Khamis, 1 Mei 2014

4964. Sejarah Kehidupan Seorang Pejuang Allah SWT.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  



  • Seorang Pemuda Islam Telah Menggoncangkan Vatican

    295134 465038623529243 938085816 n Seorang Anak Miskin yang Mengguncang Vatikan
    Pada suatu malam di musim panas tahun 1918 M di salah satu perkampungan miskin di Bandar Surat berhampiran sempadan barat India, lahirlah seorang bayi dari pasangan suami isteri Muslim. Dia adalah anak pertama mereka ketika mereka sudah mencapai usia tua.

    Kanak-kanak ini hidup sebagaimana kebanyakan kanak-kanak yang lain di perkampungan miskin tersebut. Tidak ada yang membezakan antara dirinya dengan yang lain dalam masalah pergantungan kepada kedua orang tuanya dan juga dari segi kecerdasan. Dia mempunyai wajah bulat dan tembam, kulit kehitam-hitaman, tingginya sedang dan penuh bersemangat. Dia selalu mengagumi dengan segala sesuatu dan tidak ada yang menghentikan sifat ingin tahu dalam diri dengan pelbagai persoalan di kepalanya.


    Ketika usianya mencapai 9 tahun, bapanya mempunyai hasrat untuk berhijrah bekerja dengan anak bapa saudaranya dengan tujuan mencari pekerjaan dan kehidupan yang lebih baik. Terasa berat kehidupan di India kerana kepadatan jumlah penduduk yang tinggi dan faktor kekuasaan Inggeris pada masa itu. Oleh kerana itu dia memberitahu hasratnya itu kepada isterinya.

    Kerana sangat menyayangi anaknya, dia ingin anaknya turut bersamanya dan berjanji kepada isterinya yang dia akan kembali semula selepas setahun. Isterinya merelakan pemergiannya dengan berat hati.

    Akhirnya, ayah kanak-kanak tadi berhijrah dan menetap di Kota Dirban untuk beberapa ketika pada tahun 1927 M. Bandar tersebut adalah salah sebuah bandar di Afrika Selatan. Dia berada di bawah tanggungan anak bapa saudaranya dan anaknya pula bersekolahkan di sana. Masa terus berlalu, sudah lapan bulan mereka tinggal disana dan anaknya menunggu masa untuk mendapatkan kembali pelukan ibunya. Beberapa hari selepas itu mereka mendengar berita kematian ibunya. Dua beranak ini terpukul dengan berita kematian tesebut. Akhirnya mereka memutuskan untuk menetap di Afrika Selatan buat selamanya.

    Mereka tinggal di bahagian selatan bandar Dirban. Di sana terdapat perkampungan bangsa Negro. Dia melakukan banyak pekerjaan dan mampu untuk menyara anaknya. Masa terus berlalu, seiring dengan usia dan kesihatan juga mula terganggu.

    Selepas tujuh tahun menempuhi liku-liku kehidupan bersama anaknya yang masih bersekolah, bapa kanak-kanak tersebut telah kembali ke Rahmatullah pada tahun 1934 M ketika berusia 16 tahun. Dia menamatkan pengajiannya dan mencari pekerjaan. Dia menetap di perkampungan bangsa Negro tersebut yang dia sendiri tidak mengetahui siapa yang akan melindunginya sedangkan negeranya sendiri dan saudara-maranya yang berada di seberang laut tidak mungkin mampu menyeberang untuk membantunya.

    Dia banyak bertukar pekerjaan. Akhirnya dia bekerja di sebuah kedai yang pemiliknya adalah seorang Nasrani. Dia adalah salah seorang dari lelaki kulit putih yang tinggal di Afrika Selatan. Pemilik kedai tersebut melihat pada diri remaja itu tanda-tanda kelebihan, amanah, ikhlas dan kejujuran. Sedikit demi sedikit dia mempercayai remaja itu dan berbuat baik kepadanya. Segala-galanya berjalan lancar dan dia bekerja dengan gembira.

    Suatu ketika ketenangan tersebut terusik dengan berhembusnya "angin kencang". Pada suatu hari, seorang pendeta Nasrani melawat sahabat karibnya iaitu pemilik kedai tersebut. Semasa mereka berbual, pendeta itu melihat remaja tersebut dan dari riak wajahnya seperti bukan penduduk asli Afrika Selatan.

    Dia boleh bercakap Bahasa Inggeris, Bahasa Zulu [bahasa negara-negara Afrika Tengah dan Selatan] dan Bahasa Urdu [bahasa daerah asalnya]. Remaja itu mempunyai wajah berseri-seri dan cekap dalam bekerja. Usianya ketika itu dalam lingkungan 18 tahun.

    Pendeta tersebut bertanya kepada sahabatnya: "Siapa nama anak ini?"

    Si pemilik kedai menjawab: "Namanya xxxxx"

    Pendeta tersebut bertanya dengan perasaan terkejut: "Seorang Muslim?"

    Si pemilik kedai menjawab : "Ya!"

    Maka Pendeta itu berkata: "Tidakkah kau tahu bahawa mereka menghina Tuhan kita? dan berkata bahawa Dia adalah Hamba [bukan Tuhan] ? "

    Pemilik kedai itu berkata: "Akan tetapi dia adalah seorang yang jujur ​​dan dipercayai!

    Pendeta itu berkata: "Walaupun seperti itu, dia harus masuk Nasrani atau keluarkan dia tanpa diampun!"

    Akhirnya, pendeta itu berjaya menyebarkan fitnah di hati sahabatnya dan dia memanggil remaja tersebut.

    Pemilik kedai itu berkata: "Aku ingin menyelamatkanmu dari kesesatan!"

    Remaja itu menjawab: "Apa itu?"

    Pemilik kedai tersebut berkata: "Sesungguhnya pendeta ini adalah agamawan yang mulia, dia ingin menyelamatkan pengikut Tuhan yang hilang dan menolong agar engkau menyelamatkan dirimu sehingga Tuhan akan memberkati!"

    Remaja ini mengetahui kesanya iaitu menjadi murtad, maka dia berkata: "Tidak, saya Muslim!"

    Maka pemilik kedai itu berkata: "Fikirkan dulu sebelum membuat keputusan!"

    Namun remaja itu tetap menolak kerana dia mengetahui kecuali ada satu sembahan yang berhak disembah yakni Allah SWT, ada pun Isa adalah Nabiyullah yang muli , tidak lebih.

    Maka berkatalah pendeta tersebut mencelah pembicaraan remaja itu dan marah dengan keteguhannya terhadap agama dan menolak murtad. "Apakah kamu tidak tahu bahawa Islam adalah agama berhala, kamu tawaf di rumah [Kaabah] yang didalamnya ada batu dan Rasul kalian beristerikan 9 wanita!"

    Kemudian pendeta itu menyebutkan semua kekeliruan dan perbohongan tentang Islam tetapi pendeta itu masih belum dapat meluluhkan hatinya. Remaja itu hanya diam untuk menghormati pemilik kedai dan dia berkeyakinan bahawa pemilik kedai hanya membantu sahabatnya si pendeta itu. 

    Akan tetapi beberapa hari selepas itu, pemilik kedai kembali kepada kebiasaannya perangainya yang suka mencela dan memerangi Islam dengan keyakinannya. Dia tidak boleh membantah kekeliruan itu kerana dia tidak tahu hal tersebut secara sempurna. Maka dia mengambil keputusan yang berada di luar garis kehidupannya, dia memutuskan untuk mempelajari selok belok agama Nasrani.

    Untuk permulaan, dia mendekati mubaligh untuk mempelajari kitab-kitab mereka secara ilmiah. Dia memperhatikan Injil, mempelajarinya hingga menghafalnya. Dia membandingkannya dengan Al-Quran dan dia mendapati terdapat banyak perbezaan. Namun dia belum merasa cukup dan belum hilang hausnya. Maka dia melakukan perjalanan untuk membela Islam.

    Pertama, dia mengajak untuk berdebat dengan pemilik kedai iaitu tempat dia bekerja. Dia berdebat begitu hebat sehingga pemilik kedai itu tidak mampu untuk berhujah. Kemudian dia mencabar beberapa pendeta dan dia boleh menjatuhkan mereka melalui tangan mereka sendiri dan mereka tidak dapat mempertahankan kebenaran keyakinan mereka di hadapan ribuan orang yang membanjiri forum debat mereka.

    Dia mahu menutup mulut orang Nasrani selamanya agar tidak lancang menghina Islam. Dia berhenti kerja di kedai nasrani tersebut. Dia mula menemui orang-orang Nasrani yang datang ke Afrika Selatan dan mengajaknya berdiskusi. Ketika dialog dan debat yang dia lakukan telah banyak dan usianya mencapai tiga puluhan tahun, dia mula berdialog dengan kalangan pendeta Nasrani.

    Semenjak hari itu, suaranya ibarat petir yang menggegar hingga negara-negara barat nasrani. Gema yang menggoncangkan dewan Vatican. Pembicaraanya bergema di barat dengan perbincangan dan dialog yang terkenal dan melambungkan reputasinya. Dia terus mencabar dan ngaumannya tetap menggema hingga ke hari ini.

    Pembicaraan meliputi pertentangan dalam kitab Injil, pusat-pusat kajian Nasrani dan banyak instituso tinggi di barat membentuk jawatankuasa untuk menangkis dan berhujah di dalam buku-buku mereka melalui penelitian dan kajian yang serius.

    Pemilik kedai dan sahabatnya itu telah membangkitkan akal dan hati anak muda Muslim ini. Mereka telah membangunkan anak muda yang lemah lembut itu hingga menggemparkan dunia dan menggegarkan Vatican, menggetarkan gereja-gereja mereka dan membongkar banyak kekeliruan dalam agama mereka.

    Anak tersebut bernama Ahmad Deedat.
    ahmad deedat2 Seorang Anak Miskin yang Mengguncang Vatikan
    *Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com
    Sumber: (http://detikislam.blogspot.com/2014/05/seorang-pemuda-islam-telah.html
    My Dashboard. 
    s3v3n

    s3v3n

    Himpunan TURUN bantah GST berjalan lancar

    mso.im pada . - 2 minit yang lalu
    CATATAN *Pemandangan himpunan di hadapan Dataran Merdeka.**Himpunan* TURUN bantah GST yang berlangsung di Dataran Merdeka petang ini telah selesai dan berjalan dengan aman. Semua pihak berpuas hati. Himpunan kali ini tidak ada halangan langsung daripada pihak polis seperti sebelum ini. Para peserta bebas untuk bergerak. Tidak ada semburan air beracun atau pun kedengaran hantukan cota si kepala merah dan jeritan mengejar para peserta himpunan. Mungkin tidak ada setitik darah juga yang jatuh ke bu...lagi »

    Gambar Yang Menggerunkan Pemimpin Umno BN

    Addin Deen pada Addin - 48 minit yang lalu
    Kota raya Kuala Lumpur dibanjiri para peserta Himpunan 501 Bantah GST anjuran NGO 89, juga disertai komponen parti dalam Pakatan Rakyat. Dengan memakai baju berwarna merah, mereka mula berkumpul sejak subuh lagi.Beberapa tempat ditetapkan penganjur sebagai tempat perkumpulan awal sebelum bergerak menuju ke Jalan Raja, Dataran Merdeka. Antaranya termasuklah, Masjid Negara, Dataran Maybank, KLCC dan Sogo.Perhimpunan hari ini turut mendapat kerjasama pihak polis dan penganjur dibenarkan berhimpun di Jalan Raja berhadapan Dataran Merdeka. Polis bagaimanapun menegaskan peserta himpun... lagi »

    Remaja Di Gantung Kerana Menjalinkan Hubungan Cinta Dengan Gadis Berkasta Tinggi

    Nas Rul pada dairishare - 51 minit yang lalu
    Penduduk Desa Kharda, Bahagian Maharashtra, India menggantung seorang remaja lelaki. Kerana beliau menjalin hubungan cinta dengan gadis berkasta lebih tinggi darinya. Akhbar Times of India melaporkan, Khamis (1/5), remaja itu pada awalnya dicekik sebelum akhirnya di gantung. Polis telah menahan dua orang abang gadis tersebut dan seorang rakan mereka. "Mereka menangkap ketita tengah berdua-duaan dan lantas memukul beliau," ujar salah seorang penyiasat polis "Dheeraj Patil". Pemuda itu dicekik dan dibawa ke lombong. Suspek kemudian menggantungnya hingga mati. Kasta atau perbezaan d... lagi »

    AZMIN TIDAK IDAMKAN JAWATAN MENTERI BESAR SELANGOR KATA ZURAIDA.

    OMAK KAU!!!! pada Omak Kau!!!! - Sejam yang lalu
    *Antara isu besar yang dikaitkan dengan Azmin Ali adalah cita-citanya untuk menjadi Menteri Besar (MB) Selangor. Azmin kononnya kecewa apabila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik sekali lagi menerajui negeri paling maju di Malaysia itu.* *Akibatnya, hubungan kedua-dua orang kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dikatakan mula renggang sehingga berlakunya perebutan jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR pada pemilihan kali ini.* *Ketika bertemu dengan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin, wartawan MalaysiaGazette, HAMDAN OTHMAN berkesempatan bertanyakan perkara ini. Selama setengah... lagi »

    INILAH PRESIDEN CUEPACS YANG GELARKAN KAKITANGAN AWAM YANG HADIR SAMA HIMPUNAN BANTAH PELAKSANAAN GST SEBAGAI PENGKHIANAT!!!!

    OMAK KAU!!!! pada Omak Kau!!!! - Sejam yang lalu
    *Penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) di Dataran Merdeka hari ini dianggap sebagai pengkhianat dan tidak layak bergelar penjawat awam. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Azih Muda berkata penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan yang menentang kerajaan itu melanggar Akujanji dan Ikrar Perkhidmatan yang telah dibuat. "Sebelum ini saya sudah maklumkan bahawa penjawat awam tidak boleh terlibat dalam apa jua perhimpunan yang menentang kerajaan kerana mereka tela... lagi »

    TERSERLAH!!! Inilah Wajah2 Penjawat Awam Sertai Demo GST, Anda Dianggap Pengkhianat & Tidak Layak Bergelar Penjawat Awam - Presiden Cuepacs

    sahabat sedaka pada SEDAKA Sejahtera™ - Sejam yang lalu
    JITRA - Penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Dataran Merdeka hari ini dianggap sebagai pengkhianat dan tidak layak bergelar penjawat awam. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Azih Muda berkata penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan yang menentang kerajaan itu melanggar Akujanji dan Ikrar Perkhidmatan yang telah dibuat. "Sebelum ini saya sudah maklumkan bahawa penjawat awam tidak boleh terlibat dalam apa jua perhimpunan yang menentang kerajaan kerana mereka telah pun melafazk... lagi »

    501..GAMBAR PALING PANAS HARI INI.

    canang pada Cananglahnie - 2 jam yang lalu
    3

    perghhh Hampir 100 ribu hadiri himpunan GST

    Abu Luqman pada Media Orang Kampung - 2 jam yang lalu
    MACAI-MACAI UMNO KATA HIMPUNAN AMAN BANTAH GST DI DATARAN MERDEKA TIADA SAMBUTAN DAN HAMBAR ... DATARAN LENGANG, SUNYI SEPI. Pergh!!!! Ingat betul sungguh tiada sambutan sebab sebelum ini hampir kesemua blog macai UMNO menyiarkan kononnya Himpunan Aman Bantan GST tiada sambutan. Kira-kira 35,000 peserta membanjiri Kuala Lumpur dalam demonstrasi besar hari ini bagi membantah

    Bekas pemuzik kumpulan rock terlibat kumpulan militan di Syria lapor Utusan

    Anak Sungai Derhaka pada Anak Sungai Derhaka - 2 jam yang lalu
    Puluhan rakyat Malaysia dipercayai terbabit dengan kumpulan militan di Syria termasuk seorang bekas pemuzik satu kumpulan rock terkenal tahun 1990-an, lapor Utusan Malaysia hari ini. Akhbar itu yang memetik daripada sumber keselamatan berkata, rakyat Malaysia itu dikatakan terpengaruh dengan perjuangan 'jihad' yang membolehkan mereka mati syahid dalam perang saudara di negara Islam tersebut. Berjuang atas nama 'jihad', mereka dipercayai dilatih secara ala tentera menggunakan senjata api terlebih dahulu sebelum berlepas ke Syria menaiki penerbangan sama ada melalui Turki, Jordan d... lagi »

    Terkini!!! LIVE : (Video & Gambar) Perkembangan Terkini Anti-GST Di Dataran Merdeka, DS Anwar Berbaju Merah.. Jom Terjah!!!

    sahabat sedaka pada SEDAKA Sejahtera™ - 2 jam yang lalu
    siaran langsung boleh diikuti http://www.hijau.fm/#/ *3.30 PM:* Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berucap. Beliau berkata himpunan hari ini adalah satu kejayaan besar selepas beberapa kali himpunan besar yang dilakukan sebelum ini. Pekerja negara ini menerima kenaikan gaji kalah dengan Indonesia. Sedangkan mengorban keringat untuk negara. Kini ditekan lagi dengan GST. *3.25 PM:* Wakil Dewan Muslimat, Aiman Athirah berucap. Beliau mengajak rakyat untuk terus mendesak kerajaan agar menghapuskan GST. *3.20 PM:* Pengerusi Majlis, Chegu Bard menyatakan himpunan hari ini akan ber... lagi »

    Ustaz militan: Ustaz Mohd Lotfi saman saja UTUSAN setan itu.

    mantaro pada SISI BUKIT - 3 jam yang lalu
    Fitnah Utusan berterusan sampai sekarang. Ustaz Mohd Lotfi Ariffin yang dituduh Utusan.

    Perhimpunan Anti-GST dingin? vedio inside

    Mohd Sulaiman pada Wak Labu - 3 jam yang lalu
    TuDiaaa!!! (Gambar2) LIVE - Anti-GST : Ribuan Rakyat Sudah Mula Bergerak... Jom Terjah!!! Beberapa tempat ditetapkan penganjur sebagai tempat perkumpulan awal sebelum bergerak menuju ke Jalan Raja, Dataran Merdeka. Antaranya termasuklah, Masjid Negara, Dataran Maybank, KLCC dan Sogo. Perhimpunan hari ini turut mendapat kerjasama pihak polis dan penganjur dibenarkan berhimpun di Jalan Raja berhadapan Dataran Merdeka. Polis bagaimanapun menegaskan peserta himpunan tidak boleh memasuki padang Dataran Merdeka kerana ia sedang dalam proses menaik taraf. ... lagi »

    MACAI-MACAI UMNO KATA HIMPUNAN AMAN BANTAH GST DI DATARAN MERDEKA TIADA SAMBUTAN DAN HAMBAR ... DATARAN LENGANG, SUNYI SEPI.

    OMAK KAU!!!! pada Omak Kau!!!! - 3 jam yang lalu
    *Pergh!!!! Ingat betul sungguh tiada sambutan sebab sebelum ini hampir kesemua blog macai UMNO menyiarkan kononnya Himpunan Aman Bantan GST tiada sambutan.Kira-kira 55,000 peserta membanjiri Kuala Lumpur dalam demonstrasi besar hari ini bagi membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang digerakkan oleh 89 gabungan NGO.Perhimpunan yang turut disokong oleh parti Pakatan Rakyat diadakan sempena Hari Pekerja yang disambut seluruh dunia hari ini dan dijangka turut disertai ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.Polis sebelum mengisytiharkan perhimpunan i... lagi »

    Ahli Parlimen DAP Teluk Intan meninggal dunia

    cikgu pencen pada cikgu pencen - 3 jam yang lalu
    KUALA LUMPUR, 1 MEI: Selepas pemergian ‘Harimau Jelutong’, seorang lagi pejuang rakyat, Ahli Parlimen DAP Teluk Intan Seah Leong Peng meninggal dunia pagi tadi. Menurut laman Facebook rasmi DAP, Seah, 48 meninggal dunia akibat penyakit barah hempedu. Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam laman twitternya menyatakan kesedihan berhubung pemergian mendiang. “Di Hospital Universiti. Seah meninggal pada jam 7.45 pagi selepas sakit yang berpanjangan. (Kami) kehilangan pemimpin DAP yang baik dan setia. RIP,” katanya. Rakan komponen Pakatan Rakyat, PKR mengucapkan takziah di atas p...lagi »

    BAN Politik - Rafizi Bidas KJ Diperbodohkan Blogger Umno

    atsixty pada ZAKRI ALI - 4 jam yang lalu
    *How cuteeee... spin sana sini.. Semalam ada KJ tweet pasal pemilihan PKR di kemaman.. Then katanya rafizi mengamuk. Mula2 aku nak post la pasal tu.. * *Tapi pikir balik, relax dulu lah.. Tunggu apa respon rafizi.. Sebab KJ mintak rafizi respon.. Now rafizi dah respon.. * *Pemilihan PKR tu dibuat di pejabat and bukan dewan. Kata rafizi lagi tu gambar palsu yang disebarkan blogger umno..Isu yang disiarkan dalam tv3 berkenaan pangkah kertas calon bagi pkr, rasanya belum terjawab. PKR harus telus dalam pemilihan supaya selari dengan tema moto kereta jet mereka bawak.. Menegak keadi... lagi »

    Inilah Wajah Pelakon Di Sebalik Topeng Dalam Filem-Filem Terhebat

    Nas Rul pada dairishare - 4 jam yang lalu
    Inilah pelakon di sebalik filem terkenal yang mungkin anda semua Belum Tahu

    TuDiaaa!!! (Gambar2) LIVE - Anti-GST : Ribuan Rakyat Sudah Mula Bergerak... Jom Terjah!!!

    sahabat sedaka pada SEDAKA Sejahtera™ - 4 jam yang lalu
    Beberapa tempat ditetapkan penganjur sebagai tempat perkumpulan awal sebelum bergerak menuju ke Jalan Raja, Dataran Merdeka. Antaranya termasuklah, Masjid Negara, Dataran Maybank, KLCC dan Sogo. Perhimpunan hari ini turut mendapat kerjasama pihak polis dan penganjur dibenarkan berhimpun di Jalan Raja berhadapan Dataran Merdeka. Polis bagaimanapun menegaskan peserta himpunan tidak boleh memasuki padang Dataran Merdeka kerana ia sedang dalam proses menaik taraf. GST diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentan... lagi »

    UPDATE@ VIDEO...PERSERTA MULA MEMBANJIRI KEDATARAN.

    canang pada Cananglahnie - 4 jam yang lalu
    LAGI DISINI Dipos oleh Turun Bantah GST.

Tiada ulasan: