Sabtu, 3 Mei 2014

4986. Saya merasa sangat pelik dan memalukan apabila ada di kalangan umat Islam...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  


Obama dan hudud.
Saya merasa sangat pelik dan memalukan apabila ada di kalangan umat Islam yang mengadukan isu hudud di Malaysia kepada Barak Obama. Siapa Obama dan 'apa senarai panjang pelanggaran undang-undang antarabangsa AS kepada umat sejagat' untuk diadukan pula masalah-masalah umat Islam kepadanya?

Saya juga merasa sangat janggal dan sangat 'terasa' apabila MCA, Gerakan dan DAP sanggup bersepakat untuk menentang hudud di saat ia belum pun dibahaskan secara terperinci.

Saya juga merasa sangsi apabila semakin ramai di kalangan umat Islam dan non-Muslim berani tampil ke hadapan menyatakan pandangan mereka tanpa disertai oleh mereka yang ahli di bidang ini. Apatah lagi apabila diskusi mengenai isu besar ini dilaksanakan di pusat ibadat non-Muslim mahu pun di dewan perniagaan cina dan yang seumpama dengannya.

Sudah sampai masanya umat Islam bersepakat dalam urusan perdana yang menguntungkan umat meski pun di sana sini terdapatkan perbezaan. Para ulama, para cendikiawan Muslim dan para pemimpin masyarakat harus berkeringat dan sanggup mengorbankan kepentingan diri dan periuk nasi demi masa depan Islam dan umatnya ini.

Janganlah londehkan maruah dan harga diri umat ini dengan lebih jauh meski pun ada di kalangan umat ini yang tidak malu untuk melondehkan maruah dan harga diri sendiri.

Tok Wan 2's photo.

10 TABIAT YANG MEROSAKKAN OTAK
1. Tidak mengambil sarapan pagi.
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan.
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok.
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.
4. Penggunaan gula yang berlebihan.
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara.
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur.
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur.
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat.
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi.
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
10. Jarang berfikir.
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
Semoga bermenfaat
Salam Ukhuwah..~



  • Doa Bulan Rejab

    Peratusan paling tinggi yang tidak bersetuju dengan GST - 68 peratus - bekerja sendiri.

    Apabila hadis dijadikan gurau senda poligami.
    Hari ni tersebar luas gurau senda tentang sebuah hadis berkaitan sebutan perkataan "ibu" sebanyak 3x oleh Rasulullah saw. Hadis ini berkaitan ketaatan kpd ibu sgt dititikberatkn oleh Rasulullah.
    Jika nak bergurau tentang poligami pun cari lah hadis yang berkaitan poligami. Amba bimbang ia berlaku salah faham dan pendustaan terhadap hadis Rasulullah...
    Rasulullah pernah bersabda:
    حَدَّثَنَا بُندارٌ أخبرنا يحيى بنُ سعيدٍ حَدَّثَنَا بهزُ بنُ حكيمٍ حَدَّثَني أبي عن جدِّي قال : سمعتُ النَّبيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلِيهِ وسَلَّم يقول :
    ويلٌ للذي يحدِّثُ بالحديثِ ليُضحكَ بهِ القومَ فيكذِبُ ويلٌ لهُ ويلٌ لهُ .
    وفي البابِ عن أبي هُرَيرَةَ هذا حديثٌ حسنٌ .
    رواه الترمذي (2417) وأبو داود (4990) .
    maksudnya:
    Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !. Celakalah..!
    Huraian Hadith:
    i) Kelakar adalah perbuatan, kata-kata dan sebagainya yang dapat menggembirakan atau yang dapat menggelikan hati orang lain. Sinonimnya adalah jenaka, lawak dan gurau senda.
    ii) Membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda.
    iii) Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam seperti:
    a) Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a..w .
    b) Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.
    c) Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.
    d) Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.
    e) Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.
    Akmal hj Kamarudin
    Timbalan pengerusi,
    Tautan Rahmat Perak
    My Dashboard. 
    s3v3n

    IP
    s3v3nه
Meja www.peceq.blogspot.com  

Tiada ulasan: