Rabu, 7 Mei 2014

4994. Peranan Kaum China Dalam Usaha Penubuhan PAS 1951.

Cina Muslim dan Penubuhan PAS 1951. 

- Siapa dia? 
RAMAI yang tidak sedar bahawa PAS atau Parti Islam Se Malaysia juga telah ditubuhkan oleh orang yang berbangsa Cina. Beliau adalah Haji Mansur JP.: 

Satu: Nama sebenarnya ialah Haji Mansur bin Haji Hasan. Hj Hasan pernah disebut-sebut sebagai Hj Hasan Kwantung (Canton). Ayahnya beragama Islam, Islam asal dari negara China, berambut panjang bertocang. Rumahnya di tengah pekan Bayan Lepas, Pulau Pinang. 

Dua: Beliau mendirikan sistem pendidikan Islam pondok yang pertama di pulau, tidak termasuk Seberang Prai, di kawasan surau simpang 3 Bayan Lepas, Kampung Seronok dan Teluk Kumbar. Surau tersebut masih ada sampai sekarang. (Sumber: temuramah Ibnu Hasyim dengan anak bongsunya Hj Murshid di awal 1990an. Rujuk buku Ibnu Hasyim: Krisis UMNO-PAS, Penyelesaian Menurut Islam ??). 

Tiga: Hj Mansur JP berjawatan sebagai Naib Yang Di Pertua Aguang PAS yang pertama selepas penubuhan PAS pada tahun 1951. (Rujuk buku Ibnu Hasyim: 1950-200 PAS Kuasai Malaysia?). PAS waktu itu ada 2 Naib YDP Agung. 

Empat: Beliau bermenantukan seorang ulama terkenal di Pulau Pinang waktu itu, iaitu Hj Ahmad Badawi, ayah kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Hj Ahmad Badawi. Ada kenyataan menyebutkan bahawa Hj Ahmad Badawi sendiri (ayah Pak Lah) adalah adalah penaja parti PAS dan menubuhkan Pemuda PAS, serta dilantik menjadi ketua Pemuda PAS yang pertama. 

Lima: Sejarah juga menceritakan semasa akan berlaku penubuhan PAS, beberapa perjumpaan antara ahli-ahli UMNO telah diadakan di Johor, Perak dan Kuala Lumpur. Mereka berjaya membentuk sebuah panatia penaja untuk mengusahakan perlaksanaan penubuhan PAS. Antara yang terpilih ialah: 
1.Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan - Pengerusi 
2.Ustaz Haji Ahmad Maliki - Setiausaha 
3.Tuan Haji Ahmad Badawi Abdullah - Anggota 
4.Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah - Anggota 
5.Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein - Anggota 
6.Tuan Haji Mansor J.P - Anggota 
7.Dua tiga orang ulama yang menjadi ahli dari Selangor dan Negeri Sembilan. 

Panatia penaja inilah yang berusaha merangka perlembagaan serta menamakan pertubuhan yang dicita-citakan itu, iaitu dengan nama Pertubuhan Ulama Se-Malaya. Panatia ini telah berusaha mengadakan Persidangan dengan Persatuan-Persatuan Kebajikan Melayu atau Islam, Majlis Agama Islam Negeri, Ulama Perseorangan, Para Kadhi dan juga Mufti. 

Panatia dua hari yang diadakan di Kelab Melayu Bagan, Butterworth, Seberang Prai, pada 22 &23 Ogos 1951 bersamaan 21 & 22 Zulkaedah 1370H. 

Ada juga yang menyebutkan Ustaz Uthman Hamzah Guru Madrasah Ihya As-Syarif juga bekas Ahli Jawatan Kuasa Eksekutif Hizbul Muslimin dan Syed Abdullah Hamid Al-Edrus seorang penulis dan penerbit di Singapura adalah di antara yang memainkan peranan penting dalam penubuhan PAS. Begitu juga penyokong-penykong terdiri dari guru-guru pondok, ustaz-ustaz, imam-imam dan pelajar-pelajar sekolah agama. 

Enam: Saya pernah menulis.. 
Pada 23 Ogos 1951, adalah hari perasmian penubuhan Persatuan Ulama Se Malaya di Bangunan Kelab Melayu Bagan, Butterworth. Setelah masing-masing setuju penubuhannya, undang-undang tubuh pun dibahas untuk disahkan. 

Seorang perwakilan dari Persatuan Al-Ihya Al-Syarif, Gunung Semanggul Perak, membahas nama yang tertera di rangka undang-undang tubuh tersebut. Beliau adalah Ustaz Uthman Hamzah bekas anggota Hizbul Muslimin dahulu. Beliau mencadangkan nama Persatuan Ulama Se Malaya dipinda kepada Persatuan Islam Se Malaya atau sebutan ringkasnya PAS. 

Alasannya, kerana ahli-ahlinya terbuka kepada umum, yakni orang-orang Islam yang akil baligh (tidak semestinya ulama) dan beberapa alasan lain. Beliau, meragui penyertaan ulama yang kurang memuaskan. Cadangannya tidak diterima oleh jawatankuasa penaja dan Puan Dasimah Dasir yang mewakili Kaum Ibu UMNO, terus menjadi perbahasan. Pengerusi waktu itu adalah Haji Mohd Ghazali Abdullah, yang menghadkan kepada tiga nama sahaja untuk diundi. 

Iaitu: 
i.Persatuan Islam Se Malaya (PAS) yang mendapat undi sebulat suara. 
ii.Persatuan Ulama Se Malaya. 
iii.Persatuan Muslimin Tanahair (PERMATA) atau Pertubuhan Islam Malaya (PERTAMA). 
Maka PAS ditubuhkan hasil dari muktamar tersebut. Alamat pejabatnya waktu itu: No 721, Kepala Batas, Seberang Prai. 

Tujuan-tujuan awalnya ialah: 
1. Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama 
bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi. 
2. Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan perlembagaan pentadbiran 
agama di seluruh negara. 
3. Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan 
umat Islam. 
4. Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang 
dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran-ajaran agama Islam di dalam 
mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan. 
5. Pegawai-pegawai persatuan’ atau pimpinannya terdiri dari; 
i.Seorang Yang Di Pertua.
ii.Seorang Timbalan Yang Di Pertua.
iii.3 orang Naib Yang Di Pertua.
iv.Seorang Setiausaha Agung.
v.Seorang Bendahari
vi.12 Ahli Jawatankuasa.

Mereka hendaklah dipilih dan dilantik dalam mesyuarat agung, 
kecuali 1/3 dari ahli jawatankuasa hendaklah dilantik oleh Yang Di Pertua. 
Jawatan mereka hanya setahun, iaitu hingga bertemu mesyuarat agung tahun hadapan. Tugas-tugas dan kewajipan juga terdapat dalam undang-undang tubuh Persatuan Islam Se-Malaya tersebut.

Antara barisan kepimpinan pertama yang dilantik menerajui PAS termasuklah: 
1.Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan - Yang Dipertua Agung. 
2.Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah - Timbalan Yang Dipertua Agung. 
3.Tuan Haji Hussin Che Dol - Naib Yang Dipertua Agung (Utara). 
4.Fakir Muhammad Nor - Naib Yang Dipertua Agung (Tengah). 
5.Abdul Rahman Jamaluddin al-Jambuli - Naib Yang Dipertua Agung (Selatan). 
6.Tuan Haji Ahmad Maliki - Setiausaha Agung. 
7.Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein – Bendahari. 
8.... * (Antara nama yang tertinggal di sini akhirnya difahamkan ialah Haji Mansur JP.:)

Ahli Jawatankuasa pula terdiri daripada: 
1.Tuan Haji Yahya Joned 
2.Tuan Haji Uthman Talib 
3.Tuan Haji Mohammad Nor 
4.Tuan Haji Zabidi Ali 
5.Tuan Haji Abdul Wahab 
6.Tuan Haji Assaiya 
7.Muhammad Mahzub 
8.Tuan Haji Ahmad Nadur.

Permohonan pendaftarannya dibuat di pejabat Pendaftar Pertubuhan Malaya, di Pulau Pinang. Apabila hampir pilihan raya kebangsaan 1955, barulah kelulusannya didapati, iaitu pada 31 Mei 1955. Registration no 773 (Penang). Rujukan kelulusan pendaftarannya 34 in R. of. S 26/52. 

Begitu, kira-kira. 
Oleh Dr Hj Mohd Hasyim

Apa itu tawassul ? Tawassul bukan meminta doa KEPADA SI MATI!
Tawassul adalah berdoa kepada Allah, meminta kepada Allah, dengan menyebut nama orang yang memiliki kemuliaan di sisi Allah dengan harapan bila menyebut nama orang tersebut dapat memudahkan terkabulnya doa. Inilah maksud tawassul.

Hukum bertawassul adalah HARUS (DIBENARKAN).

Hadis yang dikeluarkan oleh Abu Nu'aim, Thabrani dan Ibn Hibban dalam shahihnya, bahwa ketika wafatnya Fathimah binti Asad (Bonda Sayyidina Ali bin Abi Thalib kw, dalam hadis itu disebutkan Rasullullah saw. berdoa: Allah Yang Menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha Hidup tak akan mati, ampunilah dosa Fathimah binti Asad, dan bimbinglah hujjahnya, dan luaskanlah atasnya kuburnya, Demi Nabi Mu dan Demi para Nabi sebelum ku, Sungguh Engkau Maha Pengasih dari semua pemilik sifat kasih sayang.

Contoh bertawassul:

Di dalam perwartaan Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan dalam Warta Kerajaan Kelantan pada 22 Julai 2010, diakhiri dengan permohonan rahmat daripada Allah SWT berwasilahkan Junjungan Nabi SAW.sebagai berikut:- 

"Mudah-mudahan ALLAH yang Maha Kuasa melalui junjungan KITA NABI MUHAMMAD (Sallallahu 'alaihi wassalam) melimpahkan rahmatNya kepada Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) (Pindaan) 2010 ini selama-lamanya."  

Terjemahannya dalam Bahasa Inggeris: "May Allah, Lord of the Universe, through the Greatness of OUR PROPHET MUHAMMAD (Sallallahu 'alaihi wassalam) grant His Blessing to this Law of the Constitution of Kelantan (Second Part) (Amendment) 2010 for ever and ever."
بسم الله الرحمن الرحيم
Ingat mula nak tulis tajuk "Ada orang KL (Kuala Lumpur bukan Keratong 8) Pencuri dan Perompak." Tak bagus tajuk itu, getus fikirku. Aku dibesarkan dan pernah belajar di KL. Sesekali aku datang balik ke KL tuu.
(mynewshub.my - Jalan Tuanku Abdul Rahman
Bagi sesetengah orang yang tinggal dan bina keluarga bukan mudah untuk berlaku jujur kepada diri sendiri. Bukan setakat di KL sahaja, di mana-mana sahaja di dunia ini. Cukup malang sesetengah individu yang terus total memandang meterial (kebendaan) dalam meladeni kehendak malah desakan hidup, sehingga lupa dengan nilai berlaku jujur kepada diri sendiri.

Inilah akibatnya bila tidak menyedari cara bukan hukum dan sebenarnya hukum memayungi, melindungi atau mengawasi cara hidup hamba Allah SWT.
(Gambar dalaman JAKEL TAR - https://www.google.com.my
Sebahagian pemilik gedong perniagaan adalah orang yang jujur. Malangnya mereka mempunyai pekerja yang berjenama musibat. Jadi musibat kerana melakukan sesuatu yang dipanggil "Cara menghalalkan hukum" Hukum yang dimaksudkan ialah bukan undang-undang ciptaan manusia, tetapi hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Sesuatu yang tidak lepas dari perentah dan larangan Allah SWT.

Tahulah kehidupan di Kuala Lumpur, begitu mencabar. Mencabar sehingga meruntuhkan keimanan seseorang pun banyak terjadi. Antaranya pekerja Jakel di Jalan Tengku Abdul Rahman. Sanggup tukar bil pekerja lain yang boleh dibuli, jadi bil daya usaha sendiri. Tujuannya untuk dapat duit komesen lebih. Maka ramailah pembuli dan mangsa bulinya pun ramai. Hendak-hendaknya pekerja dari Jakel dari daerah lain, kena transit sekejap seminggu dua di Jakel TAR tersebut.

Pastinya pemilik gedong perniagaan memerlukan pekerja yang bukan sekadar jujur kepadanya, tetapi juga jujur kepada rakan sekerja dan jujur kepada pelanggan majikannya. Yang penting jujur kepada diri sendiri, barulah tiada pekerja musibat berkenaan dalam menggunungkan rezeki Allah SWT.

Dengan duit itu membelai cantik kenderaan berjenama, duduk rumah sewa atau milik sendiri, dengan duit itu untuk tokok tambah darah dalam badan dan segala bagai. Malangnya dengan duit cara itu juga, dikirim atau diberi untuk emak dan bapak atau keluarga di kampung atau asal mana sahaja pekerja musibat tersebut. Dengan duit itu juga keluar bercouple (Haram disisi Allah SWT). Dari sumber haram kepada perkara haram juga yang dibuatnya. Itu Maha Adilnya Allah SWT.
 ... beaded chiffon bli lagi....hahahahaah,sampai die nak pilih kain pon punye la lame..
mcm my mom plak pengantin!!!aisehhhhhhhh. Jakel, Jalan TAR
Itulah kisah sebahagian manusia yang menjadikan perkara haram jadi halal dan halal ditukar jadi haram. Ingat cara manusia tidak semuanya menghalalkan hukum Allah SWT. 

Sumber: Stone. 

Doa. 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Ya Allah hamba-Mu berdoa memohon kepada-Mu Ya Tuhan Allah Yang Maha Esa Ya Allah. 

Ya Allah lindungi aku dan hamba-Mu yang sebenar-benarnya jujur dan sedang teraniaya Ya Allah. Bukakanlah pintu hati hamba-Mu Ya Allah yang kini meniti hujung hayat supaya bertaubat dan kembali ke jalan yang benar, yang Engkau redhai Ya Allah. 

Andai mereka masih keras hati, tunjukkanlah aibnya ketika masih di hujung waktu hidupnya Ya Allah. Tunjukkan aibnya Ya Allah sewaktu sakratulmautnya supaya semua Rakyat Malaysia dan segala makhluk-Mu mengetahuinya Ya Allah. 

Ya Allah tunjukkanlah aibnya ketika pengkebumian mayatnya Ya Allah, supaya semua Rakyat Malaysia dan mahluk-Mu mengetahui tanpa dapat dibendung dan dapat diselindungi oleh setakat yang bertaraf manusia hamba-Mu Ya Allah. 

Pecahkan semua rahsia dan kemelutnya semasa mayat itu masih lagi bernyawa Ya Allah. Supaya jadi pengajaran kepada hamba-Mu yang masih hidup Engkau kurniakan akal tetapi tidak berakal seperti syarat pinjaman akal yang telah Engkau kurniakan Ya Allah. 

Ya Allah ampunilah ibu bapaku Ya Allah. Rahmatilah ke atas roh-Nya Ya Allah. Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, ampunilah hamba-Mu Ya Allah. Ya Allah makbulkan doaku hamba-Mu di hari pagi Jumaat ini Ya Allah supaya Muslim Malaysia tidak terbelengggu dan bersubahat dengan perkara dusta. Bersubahat aku tahu Ya Allah akibatnya Azab Api Neraka Jahanam, Ya Allah. Amin Ya Rob. 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Ya Allah Ya Tuhanku. Jauhilah aku dari penyakit hasad dengki yang menjauhkan aku dari dekat denganMu Ya Allah. Tuhan Pencipta alam dan Pemilik alam serta sekelian isinya. Tuhan Yang Maha Mengetahui segala isi bumi dan langit serta isi di antara langit dan bumi. Tuhan Yang Maha Pengampun tanpa perlu adanya pengantara. Tuhan Yang Maha Memakbulkan segala doa hamba-Nya. Allah Tuhan Yang Maha Agung Lagi Maha Bijaksana. Tuhan Yang Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihi. 

Andai mereka Muslim Ya Allah, bukalah pintu hati mereka yang berhasad dengki supaya kembali ke jalan yang benar. Jalan yang Engkau redhoi Ya Allah. Ya Allah andai mereka tetap enggan mengEsakanMu Ya Allah, malah tambah riak dan taqabur serta tegar melakukan perkara toghut tanpa takut Azab Api NerakaMu Ya Allah, Engkau laknati mereka Ya Allah, sebagaimana engkau melaknat kaum yahudi dan nasrani dan nasoro dan syaitan laknatullah. Ya Allah. Ya Allah. Ya Allah.

Ya Allah ampunilah ke dua ibu bapaku Ya Allah. Rahmatilah roh mereka dan rohku Ya Allah. Ampunilah aku Ya Allah. 

Amin Ya Rob... Dicatat oleh 



Sebulan yang lalu
·  1khalifah
Sebulan yang lalu
Sebulan yang lalu
2 bulan yang lalu
2 bulan yang lalu
3 bulan yang lalu
3 bulan yang lalu
4 bulan yang lalu
4 bulan yang lalu
5 bulan yang lalu
7 bulan yang lalu
7 bulan yang lalu
9 bulan yang lalu
11 bulan yang lalu
11 bulan yang lalu
Setahun yang lalu
Setahun yang lalu
Setahun yang lalu
Setahun yang lalu
·  Ad-din
Setahun yang lalu
Setahun yang lalu
Setahun yang lalu
2 tahun yang lalu
2 tahun yang lalu
2 tahun yang lalu
2 tahun yang lalu
3 tahun yang lalu
3 tahun yang lalu
3 tahun yang lalu
·  abou fateh
Buku Dijual Sangat Murah!!!!! Dapatkan segera!!!!!!!!!!!!!!!!
3 tahun yang lalu
·  at-tahzir
4 tahun yang lalu
5 tahun yang lalu
5 tahun yang lalu

Tiada ulasan: