Ahad, 18 Mei 2014

5005. Cikgu merangkap ayahanda dalam senyap.

Berkongsi gambar Iwla Nib Renyab Gnaba
Informasi Malaysia Kini @yahoo.com melalui google.com kepada saya
4:34 PG (1 jam yang lalu) 

Informasi Malaysia Kini 

Kisah Sedih! Mengalirnya Air Mata Seorang Guru (Menarik!)
Posted: 16 May 2014 04:01 PM PDT
Kisah Sedih! Mengalirnya Air Mata Seorang Guru (Menarik!) | Tanggal 16 mei merupakan hari bersejarah bagi seorang guru. Hari bagi memperingati jasa dan pengorbanan seorang guru dalam mendidik jiwa manusia pada hari ini. 

Ada sebuah kisah tentang seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu Ibrahim. Perjalanan kariernya sebagai seorang guru-guru benar-benar membuatkan dirinya sentiasa mengalirkan air mata apabila mengenangkan anak muridnya. Apakah kisah tersebut? 
Selamat Hari Guru
Alkisah Cikgu Ibrahim.. Cikgu Ibrahim mengajar di sebuah sekolah rendah. Di depan kelas darjah 4 pada hari pertama persekolahan, beliau memberitahu para pelajar satu pembohongan.

Seperti guru-guru yang lain, Cikgu Ibrahim memberitahu para pelajarnya bahawa beliau sayang mereka secara setara. Tapi mustahil, kerana di depan kelasnya ada seorang pelajar lelaki bernama Jimmy yang tidak bermaya dan lemah semangat.

Cikgu Ibrahim telah memperhatikan Jimmy sejak tahun lepas. Dia ini tak bergaul dengan rakan-rakan sekolah dan suka menyendiri. Pakaiannya dan rambutnya tidak terurus. Nampak comot dan kurang bersih. Cikgu Ibrahim tidak suka kepadanya.

Cikgu Ibrahim tidak berniat nak mengajar Jimmy. Kerja rumahnya yang teruk dipangkah “X” dengan besar-besar tanpa diajar. Peperiksaan bila Jimmy gagal, Cikgu Ibrahim sudi menulis dengan pen warna merah. Kadang-kala terasa juga nak tulis “Padan Muka!” di atas kertas tersebut.

Tiba masa untuk menulis rekod pelajar pertengahan tahun. Cikgu Ibrahim meninggalkan buku rekod Jimmy di bahagian terakhir. Menyampah nak baca dan tulis untuk pelajar yang malas, tak bermaya, tak terurus dan dibencinya ini.

Cikgu Ibrahim menyiapkan laporan untuk pelajar-pelajar yang lain dahulu. Akhirnya tiba giliran buku rekod Jimmy.

Mahu tidak mahu, Cikgu Ibrahim terpaksa membaca rekod Jimmy sejak Darjah 1 sehinggalah sekarang sebelum mencatat prestasi Jimmy berdasarkan pengamatan beliau.

Darjah 1:
“Jimmy seorang pelajar yang sangat pintar dan kemas kerjanya. Senyumannya begitu bersemangat sehinggakan seluruh kelas mencontohi tingkahlaku beliau. Beliau mendapat tempat nombor 1 di sekolah dan aktif dalam sukan.”

Darjah 2:
“Jimmy seorang pelajar yang sangat disukai semua guru dan rakan-rakan sekolah. Jimmy masih mengekalkan keputusan cemerlangnya meskipun bapanya terkena penyakit kronik dan ibunya terpaksa sara keluarga. Kehidupan di rumahnya tentu mencabar.”

Darjah 3:
“Bapa Jimmy meninggal. Jimmy cuba sedaya untuk fokus tapi ibunya kerana terpaksa sara keluarga terus mengabaikannya. Bantuan mesti diberikan jika tidak kehidupan keluarga akan ada negatif impak pada Jimmy. Keputusan Jimmy dah mula merundum dan lebih menyendiri. Jimmy dah mula tak buat kerja rumah dan tidur di dalam kelas.”

Setelah membaca ketiga-tiga laporan itu, Cikgu Ibrahim berasa bersalah mempunyai sangka buruk pada Jimmy sejak awal. Beliau sebak seketika dan tidak menulis laporan dalam buku rekod Jimmy.

Rupa-rupanya Jimmy jadi begitu ada kisahnya – Cikgu Ibrahim berasa malu.

Pada sambutan Hari Guru, Cikgu Ibrahim menerima hadiah daripada semua pelajar dalam kelasnya termasuk dari Jimmy. Semua hadiah dibungkus dengan cantik kecuali hadiah Jimmy yang hanya dibalut dengan kertas kuning comot.

Cikgu Ibrahim memilih untuk membuka hadiah Jimmy dulu di depan kelas. Rakan-rakan sekelasnya ketawa hadiah comot yang dihadiah oleh Jimmy. Dalamnya ada satu cincin dan sekotak bedak usang.

Cikgu Ibrahim menyuruh kelasnya diam. Beliau memakai cincin tersebut dan meletakkan sedikit bedak di lehernya.
Jimmy tersenyum tapi tidak berkata apa-apa. Ini pertama kali Cikgu Ibrahim melihat Jimmy tersenym.

Selepas habis sekolah, Cikgu Ibrahim terserempak Jimmy yang menunggu di tepi keretanya seorang diri.

“Apa hal Jimmy?”
“Tak ada apa. Cuma nak beritahu, Cikgu hari ini bau dan nampak seperti bapa saya. Terima kasih,” kata Jimmy sebelum beredar.

Masya-Allah. Mata Cikgu Ibrahim menjadi merah.
Mulai hari itu, Jimmy menjadi pelajar yang diberi perhatian khusus oleh Cikgu Ibrahim. Cikgu Ibrahim berhenti mengajar matematik, menulis dan membaca. Beliau kini mula mendidik para pelajarnya sebagai seorang ibubapa.

Hubungan Cikgu Ibrahim dengan Jimmy bertambah baik. Jimmy memberikan perhatian dalam kelas dan setiap kata Cikgu Ibrahim. Pada akhir tahun, Jimmy kembali mendapat nombor 1 di dalam sekolah.

Pada akhir tahun darjah 4, Jimmy meninggalkan sekeping nota di kereta Cikgu Ibrahim.
“Cikgu adalah cikgu terbaik di dalam hidup saya. Dalam pepatah Cina, satu hari sebagai cikgu saya ialah sama dengan seumur hidup menjadi bapa saya. Saya sayang cikgu. Terima kasih kerana memakai bedak dan cincin bapa saya. Akhirnya, saya jumpa bapa saya kembali ke sisi saya.”

Cikgu Ibrahim sekali lagi menitis air mata.

Semenjak itu, Cikgu Ibrahim dan Jimmy menjadi sangat rapat sehinggalah ke sekolah menengah yang hanya di depan sekolah rendah. Setiap kali Jimmy mendapat keputusan cemerlang, Jimmy akan mengirimkan nota, “Cikgu masih cikgu terbaik dalam hidup saya. Tanpa cikgu, takkan ada Jimmy hari ini.”

Sebelum Jimmy ke Universiti di sebelah selatan, Cikgu Ibrahim mengajak Jimmy berjumpa untuk memberikan sedikit duit sebagai bekalan.
“Cikgu harap hubungan ini berterusan sampai akhir hayat,” kata Cikgu Ibrahim.
Jimmy berfikir sejenak…

“Apa kata cikgu jadi ayah angkat saya? Macam ini, pasti takkan putus hubungan,” kata Jimmy.
Cikgu dah lama anggap Jimmy sebagai anak. Cuma Jimmy tak panggil ayah saja lagi,” jawab Cikgu Ibrahim.

Jimmy terus memeluk Cikgu Ibrahim, “Ayah. Saya dah lama nak panggil ayah. Sejak bapa tiada, anakanda dah lama anggap cikgu sebagai ayah. Kalau bukan ayah masih percayakan anakanda darjah 4 dulu, anakanda dah tak tahu hanyut ke mana.”

“Terima kasih anakanda. Ayah yang patut ucap terima kasih. Ayah selama ini tak tahu mendidik sehinggalah ayah terjumpa anakanda darjah 4 lalu,” jawab Cikgu Ibrahim.

Selamat Hari Guru.

Sadisnya aku kehilangan artikal dan sumber yang mengandungi gambar-gambar di bawah. In Syaa Allah diizinkan Allah SWT aku akan temui kembali sumbernya. Alhamdulillah dapat jumpa artikal dan sumber berkaitan.

[EKSKLUSIF] 10 Amalan Yang Boleh Mengubah Kehidupan Anda | WAJIB BACA !!!


[EKSKLUSIF] 10 Amalan Yang Boleh Mengubah Kehidupan Anda | WAJIB BACA !!! | 1) Berusahalah untuk bertahajjud (kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya).
Solat Tahajud biasanya dilakukan semasa Qiamullail. Ibadah Qiamullail adalah kebiasaan para salaful soleh dan syiar para kekasih Allah SWT. Nabi Muhammad SAW bersabda dalam hadis:
“Hendaklah kamu mengerjakan qiamullail kerana qiamullail adalah kebiasan orang soleh sebelum kamu. Qiamullail mendekatkan diri kepada Allah SWT, menghapuskan dosa dan megusir penyakit daripada tubuh.” ( Riwayat At-Tirmidzi)
Solat malam merupakan ibadah yang paling afdal kerana ia lebih mendekatkan diri kepada rasa keikhlasan dan menjauhkan diri daripada riak. Latihan ini sangat baik untuk mendidik diri agar sentiasa bersih, jernih dan suci. 

2) Melazimi membaca Al-Qur’an dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari (sumber ketenangan seorang mukmin). 

Al-Quran adalah motivasi terulung bagi seorang mukmin. Ia merupakan pengerak utama kepada kekuatan seorang insan untuk melaksanakan segala bentuk kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tegas Allah SWT dalam Firmannya yang bermaksud:
“Dan Kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menajdi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Al-Isra 17 : 82)
3) Memelihara kesempurnaan solat (kekuatan mukmin muslim yang utuh). 

Solat merupakan talian hayat utama bagai seorang hamba kepada Tuannya. Solat juga menghubungkan jiwa, ruh dan hati seseorang insan terus kepada RabbNya. Kesempurnaan solat akan memberi pelbagai bentuk suntikan tenaga yang mampu menggerakan dan melonjakan produktiviti serta amal proaktif semua insan. Solat juga menjadi kecintaan dan kerinduaannya kerana ia mendapat manfaat bersama ibadah solat sebagaimana Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Dan dijadikan mataku sejuk dalam solat.” (HR Nasai)
4) Jaga solat dhuha (kunci rezeki terletak pada solat dhuha).

Rasulullah SAW bersabda:
“ Pada tiap-tiap pagi ada kewajipan ke atas setiap orang perseorangan (individu) untuk bersedeqah, dan cukuplah menggantikan semuanya dengan mengerjakan dua rakaat sunat Dhuha.” ( Riwayat Abu Dzar RA)
Sejujurnya, kita akan merasai kelainan yang berbeza dalam menjalani kehidupan seharian apabila solat sunat ini telah menjadi malakah (darah daging) kita. Rasa janggal kalau ter’miss’ atau tertinggal walaupun sehari.

5. Sentiasa bersedekah setiap hari walau hanya dengan sekuntum senyuman (penyubur kasih sayang). 

Sedekah membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah dan menyuburkan sifat kasih sayang dalam diri manusia. Dan ganjarannya di sisi Allah SWT amatlah besar dan lumayan. Allah SWT berfirman:
“Perumpamaan orang-orang yang menafqahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan ganjaran bagi siapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas ( kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah 2 : 261)
6) Sentiasa memelihara wudhuk terus menerus (Allah menyayangi hamba yang berwudhu’).

Imam Al Banna selalu berpesan kepada sahabat-sahabatnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Wudhuk adalah senjata mukmin, kerana itu setiap Ikhwan mengambil berat soal memperbaharui wudhuk apabila terbatal walaupun di kala malam yang dingin menusuk tulang.”
Saidina Umar Al-Khattab RA:
“Sesungguhnya wudhuk yang baik, mengusir syaitan dari dirimu.”
7) Amalkan istighfar setiap masa (agar terhapus segala dosa dan noda). 

Istighfar menunjukan kemampunan seseorang untuk mengenali kesalahan, dosa, dan kemaksiatan yang telah dilakukan. Kemudian, muncul perasaan menyesal dan tekad yang kuat untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama.
“Dan bersitighfarlah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”(Al-Muzamil 73 : 20)
Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada kita, sabda baginda:
“Sesungguhnya hatiku selalu lupa, padahal aku beristighfar kepada Allah dalam sehari sebanyak seratus kali.” (HR Muslim dan Abu Daud)
8) Perbaharui azam dan tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT. 

Saban hari, pastinya jiwa dan hati kita akan diuji oleh Allah SWT dengan pelbagai bentuk ujian dan cabaran. Dan semestinya, jiwa kita itu harus disegarkan dengan memperbaharui azam dan tekad agar ia tidak layu dan kendur. Terus bersemangat dan mengobarkan cita-cita serta harapan adalah ciri yang harus pada ada seorang yang ingin melaksanakan tugas yang berat ini. Iaitu tugas mendaulatkan deen Allah SWT. Dengan sedikit kemampuan yang Allah SWT berikan kita boleh menyebarkan syiar Islam melalui pelbagai wasilah dan cara dengan kadar kepakaran serta kebolehan yang kita miliki.
9) Sentiasa ceria, bermanis muka dan berfikiran positif (watak sahsiah seorang mukmin sejati). 

Rasulullah SAW mengalakkan agar budaya senyum itu dihidupkan oleh para sahabat dengan ungkapannya:
“Senyum itu adalah sedekah.”
Senyuman itu akan membahagiakan sesiapa sahaja yang melihat kita dan pastinya ia akan membenihkan bibit-bibit kasih sayang di dalam jiwa manusia. Sahsiah inilah yang harus dihidupkan bagi melahirkan masyarakat yang harmoni hidup berkasih sayang di bawah naungan Islam.
Di samping itu, seseorang mukmin haruslah memelihara kesentiasaan positif dan meninggalkan pengaruh yang baik terhadap individu disekitarnya. Imam Al-Banna berkata:
“Orang soleh sentiasa meninggalkan pengaruh yang positif di mana pun ia pernah berada.”
10) Memelihara Diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT (di situ terletaknya nilai amalan di sisi Allah SWT). 

Ikhlas adalah ibadah hati yang pertama, terpenting, tertinggi dan merupakan asas utamanya. Firman Allah SWT :
“Dan mereka tidak diperintahkan, selain untuk beribadah kepada Allah SWT mengikhlaskan agama hanya untuk-Nya dengan penuh ketundukan.” ( Surah Al-Bayyinah 98 : 5)
Ibnu Qayyim berbicara mengenai ikhlas:
“Ikhlas adalah menjadikan Allah SWT sebagai matlamat dalam melakukan ketaatan, iaitu anda memiliki matlamat hanya pada Dia sahaja, bukan kepada selain-Nya.”
Andaikata sudah lama kekosongan jiwa kita terlopong tanpa apa-apa sentuhan, maka marilah kita isinya dengan Super 10 ini. Ia akan benar-benar menjadi dan berkesan apabila kita sendiri yang melaksana sebagai agenda serta amalan kehidupan kita. Jom sahabat-sahabatku kita jadikan 10 amalan ini sebagai kekuatan diri dalam rangka menjadi hamba Allah SWT. Amin - sumber


Sematkan dalam hati (sematkan-dalam-hati

Pesan pada diri..
Sematkan dalam hati..



SETIAP KALI MUNCUL PERASAAN HENDAK BERMEGAH-MEGAH dan INGIN TAMPIL BERBEZA DARI ORANG LAIN.......
ingatlah, itu adalah BISIKAN SYAITAN yang menguasai NAFSU!


Dalam keadaan ini, segeralah berlindung kepada ALLAH dari tipudaya itu
dengan membaca ayat ini:

وَقُل رَّبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنۡ هَمَزَٲتِ ٱلشَّيَـٰطِينِ (٩٧) وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَن يَحۡضُرُونِ (٩٨

"Ya Tuhanku, aku berlindung kepadaMu daripada bisikan syaitan dan aku
berlindung kepada Engkau ya Tuhanku supaya mereka tidak mendekatiku."

[surah al-Mukminun 23 :97-98]

Tiada ulasan: