Memilih 3 Julai ini sebagai tarikh untuknya memeluk agama Islam, model Felixia Yeap mendedahkan memilih nama Rania sebagai nama barunya.

Memetik kenyataan yang dikongsikan menerusi rancangan 'Apa Kata Malaysia' yang dikelolakan oleh Datuk Aznil Nawawi, nama itu dipilih selepas mendapat mimpi dan seterusnya mengkaji makna nama tersebut sebelum mengambil keputusan untuk menggunakannya.

Felixia turut menjelaskan dia memilih gabungan dua nama namun hanya mendedahkan salah satunya adalah ‘Rania’ yang membawa maksud ‘pemimpin yang mempesonakan’.