بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
--- www.peceq.blogspot.uk ---
Hak Anda bila Di Senaraihitam oleh JPJ atau PDRM
Jika
seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta
(kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan
undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah
diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui
cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ
hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.
Hujah
ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn
Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah
diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama
Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ
Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah
memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan
JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan
adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas
kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh
digunakan kerana tiada cukai jalan.
Mahkamah
telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di
atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ
menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13
Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon
dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan
sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.
Justeru
di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik
kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen
memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa
tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.
Berbalik
kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga
hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah.
Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300
atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU
BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB
MEMBAYAR DENDA?
Perlu
diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan
undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan
dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang
tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di
Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan
diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS
mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda.
Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak.
Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah,
maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah.
Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui
kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya
bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak.
Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan
mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan
untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput
juga samann itu. Tidak tertunggak.
Soalannya
kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu
tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu
sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.
Saman
Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar
notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan
memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika
pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah
Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987atau dikenalai dengan Notis Pol
170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu
dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar
kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi
menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang
dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan
tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum
pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan.
Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan
diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah
penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak
melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum
sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.
Justeru
kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya
dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH
MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu
Mengubahnya.
Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?
1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
JPJ
berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk
perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang
ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.
Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?
2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
JPJ
hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini
bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada
perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik
kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah
saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah
dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh
menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI
3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
Jika
dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah
maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah
hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik
kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis
ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?
Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:
a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.
b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.
c) Jika
JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di
Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan
kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai
orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada
kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib
(yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan
kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah
pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa
yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami
telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya
(memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]
) .
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai
orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada
kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib
(yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan
kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah
pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa
yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami
telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya
(memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan