Sabtu, 21 Jun 2014

5057. Kuda Trojan.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.



Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
www.peceq.blospot.com

Sejak akhir-akhir ini banyak benar berita tentang Tan Sri KI. Entry kali ini memaparkan beberapa kisah tentangnya, yang diperolehi dari beberapa blogger (Seperti biasa sumber perolehan berita disertakan).

Antaranya...

Khalid Ibrahim, KIDEX, Hutang Bank Islam dan Kegagalan Menawan Putrajaya


Tulang Besi tau bahawa Khalid Ibrahim adalah sebab utama Pakatan Rakyat gagal menawan Putrajaya.

Mula-mula Tulang Besi cuma ingat macam orang lain ingat.

Sekadar MB Selangor ini berperangai kedekut.

Walaupun pada masa itu Tulang Besi telah syak berlaku perkara buruk di belakang tabir bila MB Selangor berkeras tidak mahu membantu usaha membenteras pengundi hantu serta penyelewengan pilihanraya sama sekali.

Arahan Anwar Ibrahim kepada beliau untuk berbelanja wang negeri di kawasan2 Melayu di Selangor juga tidak diendahkan oleh Khalid Ibrahim. Semua maklum kawasan2 Melayu di Selangor adalah kubu kuat UMNO. Hasilnya UMNO tidak perlu bekerja keras mempertahankan kawasan2 mereka.

Khalid Ibrahim juga menolak sama sekali usaha mendaftar pemilih2 baru yang jelas menguntungkan Pakatan Rakyat serta merugikan UMNO. Khalid Ibrahim tidak mahu berbelanja satu sen pun wang ke arah mendaftar pemilih2 baru.

TAPI!!!!!!

Begitu mudah Khalid Ibrahim meluluskan projek2 besar UMNO seperti MRT. Padahal MRT itu adalah projek milik kroni UMNO yang berjasa menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Tanpa segan silu Khalid Ibrahim mengisytiharkan kerjasama yang beliau akan berikan kepada kroni UMNO.

Kalau MRT yang jelas membantu kroni dan UMNO itu begitu mudah diluluskan, apatah lagi KIDEX yang jelas melanggar manifesto Pakatan Rakyat.

Motif dan sebab Khalid Ibrahim itu kekal misteri sehinggalah keluar berita Khalid Ibrahim tiba2 berjaya merundingkan penyelasaian berjumlah RM70 juta di atas hutang pribadi beliau dgn Bank Islam.

Semua maklum Bank Islam adalah milik UMNO dan mustahil Bank Islam dapat memberikan apa2 penyelesaian kalau UMNO tidak campur tangan.

Yang lebih misteri adalah Khalid Ibrahim sendiri TIDAK MAHU mendedahkan butiran perjanjian dgn Bank Islam itu. Padahal wajib bagi Khalid Ibrahim mendedahkan butiran perjanjian itu kerana perjanjian dibuat selepas dia menjadi MB Selangor. Ia bukan lagi perkara pribadi tapi hak umum.

Kalau perjanjian dgn Bank Islam itu tidak ada cacat mengapa perlu dirahsiakan butirannya? Kenapa Khalid Ibrahim takut sangat nak dedah butiran perjanjian kalau dia benar2 bersih dari rasuah?

Maka, tak hairanlah Khalid Ibrahim boleh menyokong projek2 kroni UMNO, menyerahkan air Selangor kepada UMNO, menghalang semua usaha untuk mengagalkan penipuan pilihanraya di Selangor mahupun Malaysia dan banyak lagi.

Bagi Tulang Besi, Khalid Ibrahim adalah alat UMNO dan kroni UMNO.

Beliau akan berbuat apa sahaja untuk memastikan UMNO terus memerintah Malaysia.

Kalau ditakdirkan Pakatan Rakyat menang PRU13 yang lepas, apa jaminan Khalid Ibrahim dapat merundingkan penyelesaian hutang pribadi RM70 juta dgn Bank Islam.

Semoga Allah SWT membalas segala pengkhianatan Khalid Ibrahim kepada Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat serta rakyat Malaysia umumnya.

Sumber: (http://wrlr.blogspot.com/2014/06/khalid-ibrahim-kidex-hutang-bank-islam.html)

Meja www.peceq.blogspot.com  
  • Penasihat undang-undang diarah bincang dengan peguam negara laksana perintah sultan - OLEH DIYANA IBRAHIM

    Photo: Penasihat undang-undang diarah bincang dengan peguam negara laksana perintah sultan

OLEH DIYANA IBRAHIM

Published: 21 June 2014 | Updated: 21 June 2014 4:44 PM

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata ia susulan daripada pertemuan diantara kerajaan negeri bersama Sultan di istana bagi mengemukakan cadangan pemulangan semula Bible kepada Persatuan Bible Malaysia. – Gambar The Malaysian Insider, 21 Jun, 2014.Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata ia susulan daripada pertemuan diantara kerajaan negeri bersama Sultan di istana bagi mengemukakan cadangan pemulangan semula Bible kepada Persatuan Bible Malaysia. – Gambar The Malaysian Insider, 21 Jun, 2014.Selangor hari ini meminta penasihat undang-undang negerinya untuk berbincang dengan Peguam Negara bagi melaksanakan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tentang isu Bible.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata ia susulan daripada pertemuan diantara kerajaan negeri bersama Sultan di istana bagi mengemukakan cadangan pemulangan semula Bible kepada Persatuan Bible Malaysia (PBM).

"Saya bersama setiausaha kerajaan negeri bersetuju bagi penasihat undang-undang negeri mendapatkan pandangan dan nasihat guaman dari peguam negara bagi melaksanakan titah tuanku," katanya pada sidang media selepas merasmikan seminar pengurusan masjid dan surau negeri Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Dalam isu pemulangan rampasan kitab Bible, Sultan Selangor Khamis lalu menitahkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) disupaya merujuk perkara tersebut dengan pihak pendakwa raya.

Dalam kenyataan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, baginda bertitah supaya kemelut melibatkan Bible yang dirampas itu diselesaikan menerusi proses mahkamah.

Ditanya mengenai pendapatnya mengenai kenyataan Majlis Peguam, beliau berkata biarlah perkara tersebut ditentukan melalui perundangan selaras dengan titah sultan.

"Tidak apa, kalau dia betul. Apa pun pandangan mereka, tatacara kita ialah penasihat kerajaan negeri akan terima nasihat peguam negara untuk perkara yang dinyatakan Tuanku Sultan iaitu dalam kenyataan akhbarnya di mana perkara ini harus tentukan melalui mahkamah," katanya.

Khalid berkata buat masa ini kerajaan negeri menumpukan usaha menguruskan kes rampasan kitab Injil diuruskan dengan baik dan lancar termasuk mengadakan kerjasama antara Jais dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Khalid turut mengulas mengenai desakan pemimpin PAS Selangor yang mendesak Mais tidak lagi diberi kuasa menjaga kedaulatan agama Islam di negeri itu dengan meminda enakmen yang selama ini memberi tanggungjawab kepada badan agama berkenaan.

Katanya, desakan itu hanya perbezaan pandangan yang tidak akan diberikan penumpuan oleh kerajaan negeri memandangkan keutamaan adalah menyelesaikan isu pemulangan Bible terlebih dahulu.

Beliau berkata, sekiranya kerajaan negeri berhasrat melakukan perkara tersebut maka ia juga perlu melalui perbincangan bersama rakan Pakatan Rakyat (PR) lain.

"Pemisahan kuasa satu usaha perundangan. Ia bukan polisi yang ada sekarang. Kalau ada apa-apa perubahan polisi, perbincangan perlu dibuat secara kumpulan iaitu bersama pemimpin PR.

PAS ketika sidang medianya di Parlimen menyarankan kerajaan negeri menyekat kuasa Mais berikutan keengganan memulangkan rampasan kitab Bible dilihat sebagai tindakan menjatuhkan imej Islam.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, penghapusan kuasa Mais itu boleh dilakukan kerana kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mempunyai suara majoriti dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk memberi sokongan terhadap sebarang pindaan pada enakmen berkaitan.

"Kami sebagai ahli Parlimen PAS meminta kerajaan negeri mengkaji enakmen yang memberikan kuasa eksekutif kepada Mais untuk mengarahkan Jais dan sekiranya perlu, membuat pindaan kepada enakmen berkenaan.

"Tindakan yang seperti ini (isu rampasan Bible) boleh mencemarkan imej Sultan Selangor itu sendiri," katanya.

Minggu lalu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menyatakan tiada sebarang pendakwaan dibuat berhubung kes rampasan Bible oleh Jais pada Januari lalu.

Peguam negara menegaskan kes itu ditutup manakala berhubung kitab-kitab yang dirampas, Jais diminta mengambil tindakan selanjutnya mengikut lunas undang-undang.

Bagaimanapun, Mais mengeluarkan kenyataan menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan keputusan Abdul Gani untuk tidak meneruskan prosiding pendakwaan serta menolak arahan Selangor yang meminta Jais memulangkan lebih 300 naskhah Bible yang dirampas dalam serbuan pada 2 Januari lalu kepada PBM. – 21 Jun, 2014.

 http://www.themalaysianinsider.com.Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata ia susulan daripada pertemuan diantara kerajaan negeri bersama Sultan di istana bagi mengemukakan cadangan pemulangan semula Bible kepada Persatuan Bible Malaysia. 

    Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata ia susulan daripada pertemuan diantara kerajaan negeri bersama Sultan di istana bagi mengemukakan cadangan pemulangan semula Bible kepada Persatuan Bible Malaysia.  

    Selangor hari ini meminta penasihat undang-undang negerinya untuk berbincang dengan Peguam Negara bagi melaksanakan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tentang isu Bible.

    Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata ia susulan daripada pertemuan diantara kerajaan negeri bersama Sultan di istana bagi mengemukakan cadangan pemulangan semula Bible kepada Persatuan Bible Malaysia (PBM).

    "Saya bersama setiausaha kerajaan negeri bersetuju bagi penasihat undang-undang negeri mendapatkan pandangan dan nasihat guaman dari peguam negara bagi melaksanakan titah tuanku," katanya pada sidang media selepas merasmikan seminar pengurusan masjid dan surau negeri Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

    Dalam isu pemulangan rampasan kitab Bible, Sultan Selangor Khamis lalu menitahkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) disupaya merujuk perkara tersebut dengan pihak pendakwa raya.

    Dalam kenyataan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, baginda bertitah supaya kemelut melibatkan Bible yang dirampas itu diselesaikan menerusi proses mahkamah.

    Ditanya mengenai pendapatnya mengenai kenyataan Majlis Peguam, beliau berkata biarlah perkara tersebut ditentukan melalui perundangan selaras dengan titah sultan.

    "Tidak apa, kalau dia betul. Apa pun pandangan mereka, tatacara kita ialah penasihat kerajaan negeri akan terima nasihat peguam negara untuk perkara yang dinyatakan Tuanku Sultan iaitu dalam kenyataan akhbarnya di mana perkara ini harus tentukan melalui mahkamah," katanya.

    Khalid berkata buat masa ini kerajaan negeri menumpukan usaha menguruskan kes rampasan kitab Injil diuruskan dengan baik dan lancar termasuk mengadakan kerjasama antara Jais dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

    Khalid turut mengulas mengenai desakan pemimpin PAS Selangor yang mendesak Mais tidak lagi diberi kuasa menjaga kedaulatan agama Islam di negeri itu dengan meminda enakmen yang selama ini memberi tanggungjawab kepada badan agama berkenaan.

    Katanya, desakan itu hanya perbezaan pandangan yang tidak akan diberikan penumpuan oleh kerajaan negeri memandangkan keutamaan adalah menyelesaikan isu pemulangan Bible terlebih dahulu.

    Beliau berkata, sekiranya kerajaan negeri berhasrat melakukan perkara tersebut maka ia juga perlu melalui perbincangan bersama rakan Pakatan Rakyat (PR) lain.

    "Pemisahan kuasa satu usaha perundangan. Ia bukan polisi yang ada sekarang. Kalau ada apa-apa perubahan polisi, perbincangan perlu dibuat secara kumpulan iaitu bersama pemimpin PR.

    PAS ketika sidang medianya di Parlimen menyarankan kerajaan negeri menyekat kuasa Mais berikutan keengganan memulangkan rampasan kitab Bible dilihat sebagai tindakan menjatuhkan imej Islam.

    Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, penghapusan kuasa Mais itu boleh dilakukan kerana kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mempunyai suara majoriti dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk memberi sokongan terhadap sebarang pindaan pada enakmen berkaitan.

    "Kami sebagai ahli Parlimen PAS meminta kerajaan negeri mengkaji enakmen yang memberikan kuasa eksekutif kepada Mais untuk mengarahkan Jais dan sekiranya perlu, membuat pindaan kepada enakmen berkenaan.

    "Tindakan yang seperti ini (isu rampasan Bible) boleh mencemarkan imej Sultan Selangor itu sendiri," katanya.

    Minggu lalu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menyatakan tiada sebarang pendakwaan dibuat berhubung kes rampasan Bible oleh Jais pada Januari lalu.

    Peguam negara menegaskan kes itu ditutup manakala berhubung kitab-kitab yang dirampas, Jais diminta mengambil tindakan selanjutnya mengikut lunas undang-undang.

    Bagaimanapun, Mais mengeluarkan kenyataan menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan keputusan Abdul Gani untuk tidak meneruskan prosiding pendakwaan serta menolak arahan Selangor yang meminta Jais memulangkan lebih 300 naskhah Bible yang dirampas dalam serbuan pada 2 Januari lalu kepada PBM. – 21 Jun, 2014.



    TAN SRI KHALID IBRAHIM LAGI SEKALI MENEGASKAN AKAN TERUS MENJADI MB SELANGOR SAMPAI TAMAT TEMPUH UMUR PRU 13.

    Dato' Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan beliau tidak akan layan sebarang provokasi baik daripada rakan PR mahupun BN selagi belum tamat tempoh penggal Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) pada 2018 nanti.

    Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak risau dengan desas-desus penolakan PAS Selangor terhadap kepimpinannya.

    Menurutnya, beliau maklum tugas sebagai menteri besar Selangor adalah "mencabar dan penuh tanggungjawab"  dan ia tidak seselamat seperti tugasnya sewaktu berada dalam sektor korporat.

    "Jaminan kerjaya saya ini - setahu saya dalam arena politik ini tidak dapat dipastikan seperti sewaktu saya berada dalam sektor korporat.

    "Saya menganggapnya sebagai satu cabaran dan satu tanggungjawab.

    "Saya tidak risau tentangnya," kata Khalid dalam satu sidang media di Shah Alam, tengah hari ini.

    Beliau berkata demikian sewaktu mengulas laporan yang mendakwa PAS  Selangor menolak kepimpinannya apabila mengambil kira cara beliau menangani beberapa isu mutakhir ini.


    Sumber: (http://omakkau.blogspot.com/2014/06/tan-sri-khalid-ibrahim-lagi-sekali.html)

    Pimpinan PR perlu bincang pilih MB Selangor baru.

    Ini Langkah Terakhir Khalid Ibrahim Di Selangor??

    Pas Selangor menyifatkan barisan pimpinan PR wajar bertemu untuk berbincang bagi mencari pengganti Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

    Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, calon menteri besar baru itu perlu diterima ketiga-tiga parti dalam PR.

    “Pokoknya dia bermasalah. Partinya sendiri pun menolak dia. Semestinya sukar untuk beliau bertahan. Kalau dia sudah tidak mendapat sokongan daripada dua parti dan ahli badan perhubungan Pas pun telah melihat dia bermasalah, maka saya rasa, kita mesti bersedialah membawa satu pertukaran kerana kita tak boleh la hanya menganggap seorang saja yang mampu (menjawat jawatan MB).

    “Jadi, apa yang perlu dilakukan sekarang ini ialah pimpinan daripada ketiga-tiga parti wajar bertemu dan berbincang untuk mencari calon lain yang boleh diterima. Nyatakan syarat-syarat baru yang mahu dikenakan oleh setiap parti ke atas calon yang akan dipilih dan disokong bersama itu,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

    Hari ini, media melaporkan Pas Selangor menolak Abdul Khalid ekoran tindakannya yang sering membelakangkan parti dalam membuat keputusan.

    Perkara itu disuarakan Pengarah Pilihan Raya Pas Selangor, Jaafar Sulaiman yang menyebut mesyuarat Badan Perhubungan Pas Selangor bersetuju agar Abdul Khalid ditukar kerana dianggap membawa masalah.

    “Saya rasa untuk kerajaan PKR ini betul-betul mencapai kejayaan dan menunjukkan prestasi yang sebaik mungkin, kita mesti ada MB yang diterima ketiga-tiga parti.

    “Sekarang ini, PKR dan DAP sendiri sudah tidak berpuas hati dengan kepimpinan Tan Sri Khalid, maka bagaimana beliau boleh bertahan atas sokongan satu daripada tiga parti itu saja. Jadi, Pas pun kena fikirkanlah tentang keadaan yang sebegini rupa,” katanya.

    Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad mengambil sikap menyokong keputusan mesyuarat Badan Perhubungan Pas Selangor tersebut.

    “Saya hanya menyokong keputusan dalam mesyuarat Badan Perhubungan Pas Selangor. Apa pun keputusannya saya terima dan kalau begitulah yang diputuskan bersama, maka saya tentunya bersama dengan keputusan itu.

    Namun saya sendiri bukan dari Badan Perhubungan Negeri Selangor, saya tidak terlibat dalam keputusan itu. Saya tidak mempunyai sebarang pandangan peribadi kerana prestasi MB ini memang sudah kita maklum mengalami beberapa masalah dalam PR,” katanya.

    Menurutnya, dakwaan yang dibuat Jaafar itu benar bukan sekadar rekaan.

    Malah beliau berpendapat, Abdul Khalid perlu dipertanggungjawabkan segera atas tindakan-tindakannya sebelum ini.

    “Saya sendiri adalah ahli jawatankuasa air bersama Tony Pua dan Rafizi diangkat oleh Majlis Presiden PR. Kami ini langsung tidak diambil apa-apa pandangan atau perhatian langsung. Malah sehingga ke hari ini, kami tidak dapat berjumpa dengan MB. Kami tidak dirujuk seolah-olah kami ini tidak wujud.

    “Itu satu contoh. Apa yang disebut cikgu Jaafar itu punya kebenarannya. Kawan-kawan yang lain juga mempunyai pandangan seperti itu. Mereka bukan mereka-reka cerita ini. Saya kira Abdul Khalid perlu dipertanggungjawabkan segera dengan semua ini,” katanya.

    sumber...sharian

    Sumber: (http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2014/06/pimpinan-pr-perlu-bincang-pilih-mb.html)

    Gelora MB Selangor!!! Kedudukan MB Selangor Bakal Berubah, Ini Buktinya... Jom Terjah!!!

    Sikap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada penggal kedua itu yang seringkali membelakangkan Pakatan Rakyat (PR) dalam keputusan menyebabkan parti Islam negeri yang selama ini setia bersamanya, beralih arah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Jun, 2014.
    Sikap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada penggal kedua itu yang seringkali membelakangkan Pakatan Rakyat (PR) dalam keputusan menyebabkan Parti Islam negeri yang selama ini setia bersamanya, beralih arah. 
    Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal berdepan dengan masalah baru untuk terus memimpin Selangor apabila PAS negeri yang selama ini menyokongnya untuk terus kekal sebagai menteri besar kini bersama PKR dan DAP untuk menolaknya ekoran tindakan beliau yang selalu membuat keputusan bersendirian di negeri kaya itu.
    Sikap menteri besar Selangor pada penggal kedua itu yang seringkali membelakangkan Pakatan Rakyat (PR) dalam keputusan menyebabkan parti Islam negeri yang selama ini setia bersamanya, beralih arah, kata beberapa pemimpin PAS negeri.
    "Pada dasarnya, inilah yang disuarakan oleh satu mesyuarat Badan Perhubungan PAS Selangor sebelum ini, kesemua 22 Yang di-Pertua PAS kawasan di seluruh Selangor bersetuju agar Khalid ditukar kerana beliau dianggap membawa masalah," kata Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor Jaafar Sulaiman kepada The Malaysian Insider.
    Menurut Jaafar, pelbagai isu yang berlaku di Selangor kini berpunca daripada kelemahan pimpinan Khalid yang membelakangkan parti-parti dalam PR walaupun mereka yang meletakkan beliau di kedudukan itu.
    Jaafar turut mendesak PAS Pusat dan PR agar menukar Khalid dengan calon yang lebih layak dan sentiasa bersama gabungan itu.
    PKR sebelum ini memulakan Langkah Kajang untuk menggantikan Khalid dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.
    Namun langkah itu terbantut selepas Mahkamah Rayuan menerima rayuan Putrajaya, dan mendapati Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
    Keputusan mahkamah itu menyebabkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terpaksa bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang selepas bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan itu, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan.
    Bagi Jaafar, kelemahan Khalid semakin ketara dalam menggendalikan beberapa isu penting, termasuk pengambilalihan syarikat pengurusan air, rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban daripada Persatuan Bible Malaysia (PBM) dan pembinaan Lebuhraya Kidex yang mendapat bantahan ramai.
    Menurut Jaafar, rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban daripada PBM dan serbuan ke atas majlis perkahwinan di sebuah kuil Hindu, selari dengan Agenda Rampas Selangor (ARS) yang dibentuk Umno negeri untuk menjauhkan sokongan bukan Islam daripada PR.
    Beliau berkata kuasa berlebihan yang diberikan oleh Khalid kepada pegawai kerajaan di pejabat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang membelakangkan ahli-ahli majlis dilantik oleh parti-parti PR, turut menimbulkan kemarahan.
    "Misalnya, pengambilan kuasa pengurusan ke atas pasar-pasar malam daripada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) yang dikuasai parti Pakatan kepada pegawai di PBT. Apabila kita bertanya kepada pegawai PBT, mereka katakan ini kehendak menteri besar," katanya.
    Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS, Khalid Samad turut bersetuju dengan Jaafar.
    "Kita sudah membuat keputusan sebelum ini, Khalid perlu ditukar dengan pemimpin lain yang bagi saya perlu diterima oleh semua parti dalam Pakatan Rakyat.
    "Saya tidak nampak bagaimana seorang menteri besar boleh kekal jika partinya sendiri menolak beliau," kata Khalid ketika kepada The Malaysian Insider.
    Ketika ditanya mengapa isu ini bergema kembali, Khalid berkata, ia senyap seketika kerana pemilihan PKR sedang berjalan dan bukan kerana sudah selesai.
    "Ramai senyap kerana bimbang jika serangan ke atas Khalid diteruskan, ia ditafsirkan sebagai kempen negatif ke atas beliau yang bertanding timbalan presiden PKR," katanya yang sebelum ini adalah penyokong utama Khalid Ibrahim di Selangor.
    Sementara itu, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman berkata, masalah besar Khalid adalah beliau tidak mendengar dan mendapatkan nasihat daripada rakan-rakannya dalam PR.
    "Ketika hangat isu ini dibincangkan sebelum ini, saya pernah menyebut kepada beliau bahawa kita tidak bercadang untuk menukar beliau, tetapi kita mahu beliau berubah," kata Dr Rani yang juga merupakan Adun Meru.
    Menurut Dr Rani, beliau pernah membisikkan kepada Khalid dan meminta beliau agar mendekati dan mengambil pandangan sahabat-sahabat dalam PR.
    "Isu yang saya sebut kepada beliau, antaranya adalah PBT. Nampaknya isu ini boleh menjatuhkan Pakatan selepas ini," katanya.
    Sementara Adun Hulu Klang dari PAS, Shaari Sungib mengatakan DAP pernah menimbulkan agar Khalid digantikan, tetapi perbincangan masih belum dilakukan di peringkat PR.
    "Tetapi jika dikekalkan keadaan dasar yang ada, ini akan menyebabkan kekalahan PR dalam PRU14, kita kena bersemukalah, 'put our facts together'," katanya.
    PKR Selangor pimpinan Mohamed Azmin Ali sememangnya tidak sebulu dengan pentadbiran Khalid. DAP pula secara terbuka menyerangnya melalui pemimpin seperti Gobind Singh Deo.
    Ahli Parlimen Raub dari DAP, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz baru-baru ini menulis di blognya Sakmongkol AK47, mengatakan jika Khalid tidak digantikan, BN akan berjaya merampas Selangor dalam PRU14.
    Bagaimanapun, apabila diminta mengulas kenyataan ahli Parlimen DAP itu, Khalid berkata: "Tidak, itu perlu bertanya pada Raub. Dia bukan wakil daripada negeri Selangor." – 20 Jun, 2014.
    - themalaysianinsiderSumber: (http://sedakasejahtera.blogspot.com/2014/06/gelora-mb-selangor-kedudukan-mb.html)

    Khalid Ibrahim Kuda Trojan UMNO????

    Mungkin inilah sebabnya Khalid Ibrahim menjadi duri kepada PKR dan Pakatan Rakyat selama ini.

    Rupanya semejak menjadi MB Selangor ini, Khalid Ibrahim menghadapi saman dari BAnk Islam berjumlah RM70 juta.

    Namun, tiba2 sahaja Khalid Ibrahim mendapat "penyelesaian" yang membenarkan beliau membayar hutang beliau dgn kadar yang jauh lebih kecil dari RM70 juta. The Edge melaporkan antara yang bertanggungjawab membuat penyelesaian ini adalah dgn bantuan peguam2 UMNO. Bank Islam juga berada di bawah pengusaan penuh UMNO dan Presiden UMNO.
    Bukan itu sahaja penyelesaian ini di lakukan dengan bantuan Daim Zainuddin.Beliau telah menghantar orangnya untuk bertemu Khalid bagi penyelesaia hutang dengan Bank Islam.

    Jadi tak hairanlah KHalid Ibrahim telah:
    1) Menyerahkan urusan air di Selangor kepada UMNO dan membenarkan pembinaan LAngat 2.
    2) Tidak mahu membantu PR Selangor mempertahankan Selangor dari dirampas oleh UMNO melalui penipuan pilihanraya malahan
    3) Membiarkan pegawai2 kerajaan mensabotaj Pakatan Rakyat dgn membiarkan pusat2 urut, judi dan arak haram seluruh Selangor dan telah dijadikan isu besar oleh UMNO menyebabkan PR kalah dgn undi Melayu.
    4) Membiarkan pegawai2 kerajaan JPA menaikkan kadar sewa dan lesen sewenangnya yang bakal menyebabkan peniaga2 pasar malam serta pemilik2 kedai membenci PR.
    5) Membiarkan kontraktor2 UMNO terus menerus bermaharajalela membolot 90% kontrak2 di peringkat Kerajaan tempatan. Apabila diutarakan perkara ini kepada beliau, semuanya mudah sahaja diketetepi kan oleh beliau
    6) Mudah sahaja membenarkan projek MRT dan LRT dilaksanakan di Selangor. PAdahal, pada masa itulah patutnya ditukar ganti dgn mengambil alih semula air tapi mudah sahaja diserahkan oleh Khalid kepada UMNO. Projek MRT itu sebenarnya berjaya membantu UMNO kekal memerintah.
    7) SOkongan puak UG yang tidak berbelah bahagi pada Khalid Ibrahim sedangkan kita tahu puak2 UG ni barua UMNO dalam PAS
    8) Khalid Ibrahim secara pribadi MENOLAK untuk membantu NGO2 seperti BERSIH dan banyak lagi kerana NGO2 itu mampu melemahkan NGO2 yang ditaja UMNO sebelum 2013 yang lepas.
    9) Dia tidak mahu membelanjakan wang membangunkan kawasan2 desa dan kampung di Selangor kerana itulah kubu2 kuat UMNO walaupun telah disuruh oleh Anwar berkali2. Hasilnya UMNO masih mampu menang kerusi2 di kawasan mereka.
    10) Menjalankan projek "Air Percuma" yang tiada dalam Manifesto Barisan Alternatif yang tersangat mahal menyebabkan PR tak mampu memenuhi janji2 manifesto yang lain. Tak perlu air percuma. Cukup dgn tidak naik harga air dan air percuma untuk orang miskin.
    11) Prestasi PBT yang sangat buruk, jalan berlobang, sampah yg banyak tidak berkutip dsbnya.
    Ini cerita2 yang kita tau. Yang kita tak tau mungkin lebih banyak lagi.

    Konon Khalid Ibrahim ni bersih dari korupsi tapi rupanya ada udang sebalik batu.

    Yang jelasnya tidak mungkin Khalid Ibrahim boleh mendapat tawaran penyelesaian dgn begitu mudah kalau tiada "jasa" yang ditinggalkan kepada UMNO. Bagi Tulang Besi, jasa Khalid Ibrahim secara mudah membenarkan projek MRT di Selangor adalah antara jasa beliau yang sangat besar kpd UMNO.

    Tak sabar nak dengar penjelasan Arfa'eza Aziz dan Faekah sedangkan mereka tahu akan perkara ini selama ini.

    Apa pun perkembangan ini menandakan perlunya Khalid diganti sebagai MB Selangor.

    TULANG BESI

    ps Pengalaman Tulang Besi sendiri - Bayangkan, usaha2 yang tiada kena mengena dgn politik seperti membersih daftar pemilih (bantahan) serta mendaftar pengundi baru pun Khalid Ibrahim tidak mahu teribat sama sekali.

    Padahal itu adalah tanggungjawab asas mana2 kerajaan negeri pun. Tapi, usaha sebegitu akan merugikan UMNO sama sekali yang bergantung kpada SPR untk menang.

    Satu sen pun mamat ni tak keluar untuk bantu usaha mendaftar pemilih baru dan untuk bantahan daftar pemilih utk lawan pengundi hantu, tak sampai RM50k pun dia keluarkan.

    Sememangnya dia tahu usaha2 di atas ini akan memastikan UMNO mati di Selangor.
    Sumber: (http://wrlr.blogspot.com/2014/06/khalid-ibrahim-kuda-trojan-umno.html)

    Pimpinan PR perlu bincang pilih MB Selangor baru

    • Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat 
    •  
    • Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat
    SHAH ALAM – Pas Selangor menyifatkan barisan pimpinan PR wajar bertemu untuk berbincang bagi mencari pengganti Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

    Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, calon menteri besar baru itu perlu diterima ketiga-tiga parti dalam PR.

    “Pokoknya dia bermasalah. Partinya sendiri pun menolak dia. Semestinya sukar untuk beliau bertahan. Kalau dia sudah tidak mendapat sokongan daripada dua parti dan ahli badan perhubungan Pas pun telah melihat dia bermasalah, maka saya rasa, kita mesti bersedialah membawa satu pertukaran kerana kita tak boleh la hanya menganggap seorang saja yang mampu (menjawat jawatan MB).

    “Jadi, apa yang perlu dilakukan sekarang ini ialah pimpinan daripada ketiga-tiga parti wajar bertemu dan berbincang untuk mencari calon lain yang boleh diterima. Nyatakan syarat-syarat baru yang mahu dikenakan oleh setiap parti ke atas calon yang akan dipilih dan disokong bersama itu,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

    Hari ini, media melaporkan Pas Selangor menolak Abdul Khalid ekoran tindakannya yang sering membelakangkan parti dalam membuat keputusan.

    Perkara itu disuarakan Pengarah Pilihan Raya Pas Selangor, Jaafar Sulaiman yang menyebut mesyuarat Badan Perhubungan Pas Selangor bersetuju agar Abdul Khalid ditukar kerana dianggap membawa masalah.

    “Saya rasa untuk kerajaan PKR ini betul-betul mencapai kejayaan dan menunjukkan prestasi yang sebaik mungkin, kita mesti ada MB yang diterima ketiga-tiga parti.

    “Sekarang ini, PKR dan DAP sendiri sudah tidak berpuas hati dengan kepimpinan Tan Sri Khalid, maka bagaimana beliau boleh bertahan atas sokongan satu daripada tiga parti itu saja. Jadi, Pas pun kena fikirkanlah tentang keadaan yang sebegini rupa,” katanya.

    Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad mengambil sikap menyokong keputusan mesyuarat Badan Perhubungan Pas Selangor tersebut.

    “Saya hanya menyokong keputusan dalam mesyuarat Badan Perhubungan Pas Selangor. Apa pun keputusannya saya terima dan kalau begitulah yang diputuskan bersama, maka saya tentunya bersama dengan keputusan itu.

    Namun saya sendiri bukan dari Badan Perhubungan Negeri Selangor, saya tidak terlibat dalam keputusan itu. Saya tidak mempunyai sebarang pandangan peribadi kerana prestasi MB ini memang sudah kita maklum mengalami beberapa masalah dalam PR,” katanya.

    Menurutnya, dakwaan yang dibuat Jaafar itu benar bukan sekadar rekaan.

    Malah beliau berpendapat, Abdul Khalid perlu dipertanggungjawabkan segera atas tindakan-tindakannya sebelum ini.

    “Saya sendiri adalah ahli jawatankuasa air bersama Tony Pua dan Rafizi diangkat oleh Majlis Presiden PR. Kami ini langsung tidak diambil apa-apa pandangan atau perhatian langsung. Malah sehingga ke hari ini, kami tidak dapat berjumpa dengan MB. Kami tidak dirujuk seolah-olah kami ini tidak wujud.

    “Itu satu contoh. Apa yang disebut cikgu Jaafar itu punya kebenarannya. Kawan-kawan yang lain juga mempunyai pandangan seperti itu. Mereka bukan mereka-reka cerita ini. Saya kira Abdul Khalid perlu dipertanggungjawabkan segera dengan semua ini,” katanya.

IP

Tiada ulasan: