Sifat Yang Wajib Bagi Allah
1 Wujud ertinya ada
2 Qidam ertinya sedia
3 Baqa ertinya’ kekal
4 Mukhalafatuhu Lil Hawadis ertinya berlainan dengan segala
yang baru
5 Qiyamuhu Binafsihi ertinya berdiri Allah Taala dengan sendiri
6 Wahdaniyat ertinya Allah itu Maha Esa
7 Qudrat ertinya Allah itu Maha Kuasa
8 Iradat ertinya Allah itu Maha Berkehendak
9 Ilmu ertinya Allah itu Maha Mengetahui
10 Hayat ertinya Allah itu Maha Hidup
11 Sama’ ertinya mendengar
12 Basar ertinya melihat
13 Kalam ertinya Allah itu Maha Berkata-kata
14 Kaunuhu Qadiran ertinya keadaanNya Yang Maha Berkuasa
15 Kaunuhu Muridan ertinya keadaanNya Yang Maha Berkehendak
16 Kaunuhu Aliman ertinya keadaanNya Yang Maha Mengetahui
17 Kaunuhu Hayyan ertinya keadaanNya Yang Maha Hidup
18 Kaunuhu Samian ertinya keadaanNya Yang Maha Mendengar
19 Kaunuhu Basiran ertinya keadaanNya Yang Maha Melihat
20 Kaunuhu Mutakalliman ertinya keadaanNya Yang Maha Berkata
Sifat Yang Mustahil Bagi Allah
1 ‘Adamun ertinya tiada
2 Hudasun ertinya baharu
3 Fanaa ertinya binasa
4 Mumasilatuhu Lil Hawadis ertinya menyerupai dengan yang
baharu
5 Qiyamuhu Bi Ghairihi ertinya berdiri dengan pertolongan
orang lain
6 Ta’adud ertinya berbilang-bilang
7 ‘Ajzun ertinya lemah
8 Karahatun ertinya terpaksa
9 Jahlun ertinya bodoh
10 Mautun ertinya mati
11 Samamun ertinya pekak
12 Amaa ertinya buta
13 Bukmun ertinya bisu
14 Kaunuhu ‘Ajizan ertinya keadaannya lemah
15 Kaunuhu Karihan ertinya keadaannya terpaksa
16 Kaunuhu Jahilan ertinya keadaannya bodoh
17 Kaunuhu Mayyitan ertinya keadaannya mati
18 Kaunuhu Assammu ertinya keadaannya tuli
19 Kaunuhu ‘Amaa ertinya keadaannya buta
20 Kaunuhu Abkam ertinya keadaannya bisu
Sifat Yang Harus Bagi Allah
Sifat yang harus bagi Allah hanya satu iaitu harus Allah
melakukan atau meninggalkannya. Ertinya Allah itu harus melakukan sesuatu
mengikut kehendak dan kudratNya, tidak dipengaruhi oleh sesiapapun, Allah bebas
melakukan atau menjadikan sesuatu tanpa diikut oleh sesuatu peraturan atau
tidak melakukannya.
Sumber:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan