Jumaat, 24 Oktober 2014

5075. Maha Suci Allah.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  

BACA ARAHAN SEPERTI YANG TERTERA DI GAMBAR. 


  • Sumber: (Facebook) 
    My Dashboard. 
     3vO-Solid™
    s3v3n

    s3v3n.
IP

5074. Sifat-Sifat Allah.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  

  • Sifat-Sifat Allah.
    20 Sifat Yang Wajib Bagi Allah
    20 Sifat Yang Mustahil Bagi Allah
     1  Sifat Yang Harus Bagi Allah


    Sifat Yang Wajib Bagi Allah
    1 Wujud ertinya ada
    2 Qidam ertinya sedia
    3 Baqa ertinya’ kekal
    4 Mukhalafatuhu Lil Hawadis ertinya berlainan dengan segala yang baru
    5 Qiyamuhu Binafsihi ertinya berdiri Allah Taala dengan sendiri
    6 Wahdaniyat ertinya Allah itu Maha Esa
    7 Qudrat ertinya Allah itu Maha Kuasa
    8 Iradat ertinya Allah itu Maha Berkehendak
    9 Ilmu ertinya Allah itu Maha Mengetahui
    10 Hayat ertinya Allah itu Maha Hidup
    11 Sama’ ertinya mendengar
    12 Basar ertinya melihat
    13 Kalam ertinya Allah itu Maha Berkata-kata
    14 Kaunuhu Qadiran ertinya keadaanNya Yang Maha Berkuasa
    15 Kaunuhu Muridan ertinya keadaanNya Yang Maha Berkehendak
    16 Kaunuhu Aliman ertinya keadaanNya Yang Maha Mengetahui
    17 Kaunuhu Hayyan ertinya keadaanNya Yang Maha Hidup
    18 Kaunuhu Samian ertinya keadaanNya Yang Maha Mendengar
    19 Kaunuhu Basiran ertinya keadaanNya Yang Maha Melihat
    20 Kaunuhu Mutakalliman ertinya keadaanNya Yang Maha Berkata
    Sifat Yang Mustahil Bagi Allah
    1 ‘Adamun ertinya tiada
    2 Hudasun ertinya baharu
    3 Fanaa ertinya binasa
    4 Mumasilatuhu Lil Hawadis ertinya menyerupai dengan yang baharu
    5 Qiyamuhu Bi Ghairihi ertinya berdiri dengan pertolongan orang lain
    6 Ta’adud ertinya berbilang-bilang
    7 ‘Ajzun ertinya lemah
    8 Karahatun ertinya terpaksa
    9 Jahlun ertinya bodoh
    10 Mautun ertinya mati
    11 Samamun ertinya pekak
    12 Amaa ertinya buta
    13 Bukmun ertinya bisu
    14 Kaunuhu ‘Ajizan ertinya keadaannya lemah
    15 Kaunuhu Karihan ertinya keadaannya terpaksa
    16 Kaunuhu Jahilan ertinya keadaannya bodoh
    17 Kaunuhu Mayyitan ertinya keadaannya mati
    18 Kaunuhu Assammu ertinya keadaannya tuli
    19 Kaunuhu ‘Amaa ertinya keadaannya buta
    20 Kaunuhu Abkam ertinya keadaannya bisu
    Sifat Yang Harus Bagi Allah
    Sifat yang harus bagi Allah hanya satu iaitu harus Allah melakukan atau meninggalkannya. Ertinya Allah itu harus melakukan sesuatu mengikut kehendak dan kudratNya, tidak dipengaruhi oleh sesiapapun, Allah bebas melakukan atau menjadikan sesuatu tanpa diikut oleh sesuatu peraturan atau tidak melakukannya.
    Sumber:
    My Dashboard.
    3vO-Solid™
    s3v3n

    s3v3n.
IP

Rabu, 22 Oktober 2014

5073. Freemasson di Malaysia.



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  .

Sejarah Freemason di Malaysia

Pertubuhan Freemason di Malaysia adalah didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. Pada tahun 1977 ia mempunyai 55 perkumpulan (lodges) dan 2,984 ahli. Malah ketika menjawab soalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz (PAS-Pengkalan Chepa) di parlimen pada 25 Oktober 1978, Datuk Husein Onn berkata Kerajaan hingga kini tidak bercadang untuk mengharamkan pertubuhan (Freemason) itu walaupun mengakui ianya bercanggah dengan aqidah Islam dan ramai golongan elit dan berpengaruh dari kalangan umat Islam negara ini yang menyertainya.

Freemasonry serta tunjang Zionisme telah lama bertapak di Malaysia. Freemasonry dikatakan telah berselindung di sebalik gerakan keagamaan di Malaysia. Hakikatnya,mereka membawa masyarakat ke arah kebebasan serta kehidupan anti-Tuhan. Kajian secara terperinci perlu dilaksanakan terhadap kewujudan Freemasonry di Malaysia.

Antara bukti kewujudan Freemasonry adalah:
1. Gerakan Sisters In Islam
2. Agama Kerajaan Langit Ayah Pin
3. Fahaman Sosialisme dan Komunisme
3. Freethinkers
4. Islam Liberal
5. Gereja anti Khatolik (tidak semua)
6. Sistem politik demokrasi British 


Fremasonry adalah gerakan rahsia Yahudi untuk menghancurkan agama-agama dan bangsa lain di dunia untuk menjadikan bangsa Yahudi sebagai penguasa tunggal dunia.

Baik Islam, Kristian, Hindu atau sebarang agama sekalipun, Freemasonry akan cuba menyerap kedalamnya dan merosakkan nilai-nilai baik setiap agama. 'jew is threat to human civilization' Zionisme dan Freemasonry adalah nadi yahudi hari ini dan formula mereka mewujudkan negara Israel Raya.

Israel Raya bukan hanya sekitar Gaza...tetapi seluruh dunia. 'Bangsa-bangsa lain hanyalah haiwan peliharaan kaum yahudi' Maka tiada satu bangsa pun akan terlepas daripada mata Zionisme 'the all seen
eyes'...walau sekecil mana sekalipun...termasuk bangsa Melayu.

Sejarah di Malaysia.
Sekitar tahun 1930 - 1950 Freemason pernah mendapatkan penganutnya daripada murid-murid nakal Malay College KualaKangsar, Perak yang sering melanggar peraturan.

Golongan pelajar ini telah bertemu dengan seorang British setiapkali mereka 'mencuri keluar' dari asrama. Mereka sentiasa berlindung di rumah warga British tersebut dan disanalah mereka didekati oleh Freemasonry.

Warga British berkenaan merupakan penganut veteran Freemasonry dan dia memperkenalkan anak-anak muda tersebut kepada gerakan rahsia itu dari A hingga Z. Kebetulan, diMCKK sendiri terdapat golongan pengajar yang kebanyakannya warga Britain ketika itu merupakan pengikut Freemasonry.

Fakta atau cerita ini adalah sedikit gambaran kepada bertapaknya Freemason,Zionismedan Yahudisme di negara kita.Umat Islam perlu sedar bahwa 'iblis berjanji merusakkan manusia' bererti setiap daripada kita tidak akan terkecuali...sumpah Freemason juga berbunyi sama dengan sumpah iblis itu. 


Wallahua'lam 


Sumber:  http://ijoks2009.blogspot.com/2009/08/sejarah-freemason-di-malaysia.html




-ijoks2009-

5072. Ciri terkini syiah.

Sabtu, 18 Oktober 2014

5071. Dengarlah Bintang Hatiku.

DEMEISES - Dengarlah Bintang Hatiku (Official Video Clip)
XXX.

5070. Teknologi Pengintipan.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  

  • Pesawat Rahsia Terbang Selama 2 Tahun Mendarat


      (Ubah saiz teks)
    CALIFORNIA: Sebuah pesawat rahsia Amerika Syarikat (AS) yang telah mengelilingi 
    dunia sejak dua tahun lalu mendarat di kem tentera Vandenberg pada Jumaat.
    Pesawat yang dikenali sebagai X-37B mendarat pada pukul 9.24 pagi di kem tentara udara AS selepas didakwa melakukan tugas rahsia dari udara.
    Berikutan itu, misi rahsia selama 674 hari pesawat berkenaan kini menjadi perkara yang ingin diketahui pelbagai pihak sama ada di AS atau dari luar.
    Sesetengah pakar menyifatkan pesawat yang membawa keperluan intipan telah selesai melakukan tugasnya seperti di dalam filem James Bond.
    Wujud juga teori bahawa pesawat tanpa pemandu berkenaan telah selesai melakukan intipan terhadap pesawat negara lain yang berada di udara termasuk mengintip makmal satelit China.
    The US air force's first unmanned re-entry spacecraft landed at Vandenberg Air Force Base in California.
    Terdapat yang mendakwa, pesawat itu hanya menjalani eksperimen terhadap orbit.
    X-37B merupakan pesawat intipan kedua yang dibina sejak 1999 untuk melakukan misi 
    rahsia dari udara.
    Pesawat itu mempunyai ketinggian 2.8 meter dan 8.8 meter panjang. Ia bergerak menggunakan kuasa solar ketika berada di udara.
    Sumber: 

    My Dashboard. 
    s3v3n

    s3v3n.
IP

Khamis, 9 Oktober 2014

5069. Maha Suci Allah - Tiada Yang Mustahil BagiNya.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  
  • Detik Islam Blogspot membantu menambah Ilmu Pengetahuan Islam. 

    Wednesday, October 8, 2014


    Fakta Sains: Haiwan Korban Tidak Sakit Semasa Disembelih

    Benarkah binatang yang dikorbankan itu merasakan sakit? 

    Sebuah kajian menunjukkan binatang yang disembelih secara syariat Islam tidak merasakan sakit sama sekali. 

    Kajian ini dilakukan oleh dua orang kakitangan ladang dari Hannover University, sebuah Universiti terkemuka di Jerman iaitu Prof Wilhelm Schulze dan rakannya Dr. Hazim. Mereka memimpin sebuah kumpulan kajian berstruktur untuk menjawab soalan: 

    Manakah yang lebih baik dan paling tidak sakit? 

    1. Menyembelih secara syariat islam yang murni / menggunakan pisau tajam ? 

    2. Menyembelih dengan cara barat dengan kaedah pengsan/dipukul kepalanya? 

    Mereka merancang sebuah kajian dengan menggunakan sekumpulan lembu yang cukup umur (dewasa). 

    Pada permukaan otak kecil lembu-lembu itu dipasang elekroda (microchip) yang disebut Electro Encephalograph (EEG). EEG dipasang dipermukaan otak yang menyentuh titik (panel) rasa sakit bagi merakam dan mencatat darjah rasa sakit ketika disembelih. 

    Dijantung lembu-lembu itu juga dipasang Electro cardiograph (ECG) untuk merakam aktiviti jantung saat darah keluar kerana disembelih. 

    Untuk mendapatkan data lebih tepat lembu tersebut dibiarkan menyesuaikan diri dengan EEG dan ECG yang telah dipasang di tubuhnya selama beberapa minggu. Setelah masa yang diadaptasi dianggap cukup, separuh lembu disembelih mengikut syariat islam dan selebihnya disembelih dengan menggunakan kaedah mesin yang digunakan oleh pihak barat. 

    Dalam syariat islam penyembelihan dilakukan dengan pisau yang tajam dengan memotong 3 saluran pada leher iaitu: saluran makan, saluran pernafasan serta dua saluran pembuluh darah iaitu arteri karotid dan urat jugular. 

    Syariat Islam tidak mengesyorkan kaedah mesin iaitu dengan cara memastikan lembu tersebut pengsan terlebih dahulu sebelum disembelih. 

    Dari hasil kajian prof Schultz dan Dr Hazim di Hannover University Jerman dapat diperoleh kesimpulan bahawa: 

    Penyembelihan menurut syariat islam/menggunakan pisau tajam menunjukan: 

    Pertama: Pada 3 saat pertama selepas ternakan disembelih (dan ketiga saluran pada leher lembu bahagian depan terputus) tercatat tidak ada perubahan pada graf EEG, hal ini bermakna pada 3 saat pertama selepas disembelih tidak ada indikasi rasa sakit.

    Kedua: pada 3 saat berikutnya, EEG pada otak kecil merakam adanya penurunan grafik secara beransur-ansur yang sangat mirip dengan kejadian deep sleep (tidur nyenyak), sehingga lembu-lembu tidak dalam keadaan sedar. Pada masa tersebut tercatat pula ECG bahawa jantung mula meningkatkan aktivitinya. 

    Ketiga: Setelah 6 saat pertama ECG pada jantung merakam adanya aktiviti luar biasa dari jantung untuk menarik sebanyak mungkin darah dari seluruh anggota badan dan mengepamnya keluar. 

    Hal ini merupakan refleksi gerakan koordinasi antara jantung dan saraf tunjang (spinal cord). Ketika darah keluar melalui ketiga saluran yg terputus di bahagian leher, grafik EEG tidak naik tetapi turun kepada zero level (angka sifar). Hal ini diterjemah oleh kedua-dua pengkaji tersebut "No Feeling of pain at all!" (Tidak ada rasa sakit sama sekali) 

    Keempat: Oleh kerana darah tertarik dan dipam oleh jantung keluar tubuh secara maksimum, maka dihasilkan "healthy meat" (daging yang sihat) 

    Jenis daging dari hasil sembelih sangat menepati prinsip Good Manufacturing Practise (GMP) yang menghasilkan Healthy Food!

    Secara pengsan/ dibius / disetrum / dipukul kepalanya dengan Barat: 

    Pertama: Setelah dilakukan proses Stunning (pengsan), lembu terhuyung jatuh & collaps (roboh), selepas itu lembu tidak bergerak lagi, sehingga mudah dikendalikan, Oleh kerana itu lembu dengan mudah disembelih tanpa meronta-ronta dan seolah-olah tanpa mengalami rasa sakit. Pada saat disembelih darah yang keluar hanya sedikit tidak sebanyak bila disembelih tanpa proses stunning.

    Kedua: selepas lembu pengsan, tercatat adanya kenaikan yang sangat ketara pada grafik EEG. Ini menunjukkan adanya tekanan rasa sakit oleh ternakan (kerana kepalanya dipukul sehingga jatuh pengsan) 

    Alatan yang digunakan: Setrum, bius, mahupun dengan cara yang mereka anggap paling baik memukul bahagian tertentu di kepala ternakan dengan alat tertentu. Alat yang digunakan adalah Captive Bolt Pistol (CBV) 

    Ketiga: Grafik EEG meningkat dengan gabungan grafik ECG yang jatuh kepada aras paling bawah dan akibatnya jantung kehilangan keupayaan untuk menarik darah dari seluruh organ tubuh serta tidak lagi mampu mengepam keluar dari tubuh. 

    Keempat: Kerana darah tidak tertarik dan tidak dipam keluar tubuh secara maksimum, maka darah itupun membeku di dalam urat/saluran darah dalam daging sehingga menghasilkan "unhealthy meat" (daging yang tidak sihat) dan tidak sesuai untuk dijadikan makanan. 

    Timbunan darah beku yang tidak keluar apabila ternakan mati/disembelih merupakan tempat atau medium yang sangat baik bagi bakteria pengurai bertumbuh yang boleh merosakkan kualiti daging. 

    Meronta-ronta dan otot tegang ketika ternakan disembelih bukannya ekspresi rasa sakit. Sangat jauh berbeza dengan dugaan kita sebelumnya. Bahkan mungkin sudah lazim menjadi keyakinan kita bersama, bahawa setiap darah yang keluar dari anggota tubuh yang terluka pastilah disertai rasa sakit & sakit, terlebih lagi yang terluka adalah leher dengan luka terbuka.

    Hasil kajian Prof Schultz dan Dr Hazim membuktikan sebaliknya. Yakni pisau tajam yang menghiris leher (mengikut syariat Islam dalam penyembelihan ternakan) ternyata tidaklah "menyentuh" saraf rasa sakit. 

    Oleh kerana itu, keduanya membuat kesimpulan bahawa lembu meronta-ronta bukanlah sebagai ekpresi rasa sakit melainkan sebagai ekpresi 'keterkejutan otot dan saraf' saja (iaitu pada saat darah mengalir keluar dengan deras), mengapa demikian? Hal ini tentulah tidak terlalu sukar untuk dijelaskan kerana EEG tidak dapat membuktikan dan juga tidak menunjukan adanya rasa sakit. 

    Jelas bukan, bahawa secara ilmiah jelas menunjukkan penyembelihan secara syariat Islam lebih maslahat. Apalagi kita dianjurkan untuk menajamkan pisau untuk mengurangkan rasa sakit haiwan semasa proses sembelihan. 

    Sabda Nabi "Sesungguhnya Allah menetapkan ihsan (kebaikan) pada segala sesuatu. Maka jika kalian membunuh hendaklah kalian berbuat ihsan dalam membunuh, dan apabila kalian menyembelih maka hendaklah berbuat ihsan dalam menyembelih. (Iaitu) hendaklah salah seorang dari kalian menajamkan pisaunya agar meringankan binatang yang disembelih. ". 

    Allah Maha Besar

    *Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

    Sumber: (http://detikislam.blogspot.com/2014/10/fakta-sains-haiwan-korban-tidak-sakit.htm) 

    My Dashboard. 
    s3v3n

    s3v3n.
IP