Google+ Badge

Rabu, 28 Januari 2015

5105. Ayam Pedas Harum.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.


Meja www.peceq.blogspot.com  
  • AYAM PEDAS HARUM

    Bahan Asas:
    200 gm ayam. dibersih dan dipotong ikut kehendak sendiri

    Bahan Untuk menumis:(A)
    sedikit minyak untuk menumis
    10 tangkai cili kering- diblend
    1 labu bawang besar- dipotong 6
    3 ulas bawang putih- dititik dan dipotong kasar
    1 batang serai-dititik
    1 helai daun pandan- dicarik dan disimpul
    1/2 inci halia- dipotong nipis
    6 tangkai cili api

    Bahan sesudah ayam dimasukkan:(B)
    2 sudu makan sos tiram
    1 sudu makan sos cili
    2 sudu makan sos tomata
    1 sudu makan kicap lemak manis
    1 sudu teh serbuk perasa ayam
    1/2 sudu teh serbuk jintan putih
    1 satu batang daun bawang- untuk ditabur

    Cara memasaknya:
    tumis bawang besar, bawang putih, serai, daun pandan dan halia, kaca sehingga bahan berbau dan sedikit layu, baru masukkan cili kering dan disusuli bahan-bahan lain, barulah masukkan ayam dan disusuli bahan-bahan (B) dan wabkan dengan tudung periuk sehingga ayam masak, barulah diangkat dan ditaburkan daun bawang.

    Selamat mencuba
    Resipi peribadi dari: Zu Ki

    My Dashboard. 
    s3v3n

    s3v3n.
IP

Tiada ulasan: