Jumaat, 13 Februari 2015

5118. Kisah Warga Tanah Selatan.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
Meja www.peceq.blogspot.com  
  • Singapura, China pemilik hartanah terbesar kalangan warga asing di Johor

    JOHOR BAHRU, 12 FEB: Warga China dan Singapura menjadi pemilik terbesar di kalangan rakyat negara asing yang menguasai sektor hartanah di negeri Johor.

    Kerajaan negeri Johor telah meluluskan 2,078 permohonan dari warga China tahun lalu, meningkat hampir 500% daripada kelulusan 436 permohonan pada tahun 2013.

    Kelulusan permohonan daripada warga Singapura pula adalah 4,314, iaitu jumlah yang tertinggi untuk tahun lalu tetapi peratusannya kurang berbanding tahun 2013 di mana 5,335 permohonan telah diluluskan.

    Kerajaan negeri Johor mengesahkan butir-butir tersebut dalam jawapan kepada soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri DAP Senai, Wong Shuqi di persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di sini hari ini.

    Selepas Singapura dan China, pemilik asing hartanah Johor yang besar adalah Indonesia dengan 455 permohonan diluluskan pada tahun lalu, diikuti oleh Jepun (271), India (155) dan banyak lagi negara dan syarikat lain.

    Di kalangan negara umat Islam antarabangsa, selain Indonesia, permohonan hartanah yang diluluskan oleh kerajaan Johor untuk mereka pada tahun lalu adalah Bangladesh (35), Pakistan (12), Yemen (7), Iraq (2), Turki (1) dan UAE (1). – www.Roketkini.com

    Sumber: (wak-labu
    My Dashboard. 
    s3v3n

    s3v3n.
IP

Tiada ulasan: