Selasa, 3 Mac 2015

5170. Kesihatan Ekonomi Memberi Kesan Kepada Kemajuan Sesebuah Negara.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
  • Selepas Johor, Melaka pula tawar harta tanah  kepada Singapura.

    Kejatuhan ringgit, projek keretapi laju Kuala Lumpur-Singapura dan pengenalan beberapa langkah meredakan industri hartanah Singapura menyebabkan pemaju-pemaju Malaysia di luar Johor Bharu turut mengintai peluang untuk memikat pelabur daripada republik itu.

    Terbaharu, pemaju pembangunan bercampur di Melaka cuba memikat pelabur-pelabur daripada Singapura. Dengan lebihan bekalan hartanah di Malaysia, penganalisis menjangkakan para pemaju akan terus memperolehi pelaburan daripada negara di seberang tambak itu.

    Menawarkan projek merangkumi taman tema seluas 500,000 kaki persegi, pusat membeli-belah dan tiga buah hotel, Hatten Group berjaya mencairkan hati rakyat Singapura.

    Biarpun hanya mengadakan dua 'roadshow' sahaja, Hatten Group mampu menarik lebih 60 rakyat Singapura untuk membeli kedai dan suite hotel di Harbour City@Pulau Melaka. Kedai-kedai tersebut berharga di antara RM150,000 sehingga RM3.7 juta sementara suite hotel berharga di antara RM270,000 sehingga RM1.2 juta.

    Roadshow kedua yang dijalankan hujung minggu lalu menarik ramai pelabur Singapura terutamanya yang berada di usia pertengahan walaupun pemaju mensasarkan lebih ramai golongan muda Singapura yang berusia sekitar 30-an dan menjadikan Malaysia sebagai hartanah pertama mereka.


    Ketua Jualan dan Pemasaran Hatten Group, Cassandra Tio berkata, industri pelancongan kesihatan yang berkembang pesat di Melaka telah menyebabkan ramai rakyat negara itu dan Indonesia terbang ke Malaysia.

    Seorang pelabur berpendapat, Melaka adalah destinasi pilihan pelancong dan merupakan alternatif kepada Johor terutamanya wilayah Iskandar yang menjadi bualan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

    Melaka berbeza, tambahan pula ia adalah sebuah bandar raya bersejarah. Sebelum ini kebanyakan pemaju menawarkan hartanah di Kuala Lumpur dan Johor sahaja. Lagipun saya masih bimbang mengenai Johor kerana ianya tidak begitu selamat kata W. Lee, 55 tahun.

    Seorang lagi pelabur berpotensi yang hanya mahu dikenali sebagai Lim 40 berpendapat sektor pelancongan di Melaka mempunyai potensi yang sangat tinggi
    Kelemahan ringgit bermakna kami mampu melabur pada harga yang rendah. Tambahan pula, pasaran hartanah di Singpura tidak bagus untuk pelaburan katanya. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

    Sumber: (Atsixty-ZakriAli.)

    Siapakah Kambing Yang Bakal Dicat Hitam Dalam Isu 1MDB?

    Pendedahan demi pendedahan mengenai syarikat pelaburan 1MDB yang kini sudah menjadi tajuk berita antarabangsa semakin menunjukkan kemungkinan ianya bertukar menjadi skandal kewangan terbesar dalam era Najib Razak. 


    Bermula dengan hutangnya yang tinggi, pelaburan yang diragui dan simpanan di Pulau Cayman yang tidak pasti, 1MDB kini memasuki episod pendedahan bagaimana wangnya didakwa dilarikan untuk kepentingan peribadi.

    Selain itu, bagaimana hutang 1MDB  berjumlah RM2 bilion daripada dua bank tempatan dikatakan turut dibayar oleh  bilionaire terkemuka, Ananda Krishnan dan cubaan pinjaman tambahan RM3 bilion daripada kerajaan juga ditolak kabinet kerana ramai menteri tidak menyetujuinya, menambah-parahkan lagi imej dan persepsi awam terhadap syarikat anak emas Perdana Menteri itu.

    Secara langsung ia mengesahkan bahawa kecaman bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad mengenai syarikat itu ada benarnya. Ramai juga ketika ini yang bersetuju dengan Mahathir bahawa "tiada 1MDB pun tak apa"

    Walaupun dalam banyak urusniaga, pelaburan dan kecurangan yang menjadi isu dalam 1MDB, nama Jho Low sering dikaitkan, tetapi kaitannya dengan Najib tentu saja sukar dielakkan kerana ahli perniagaan playboy yang mengamalkan gaya kehidupan rambu-ramba di Hollywood itu juga mempunyai hubungan rapat dengan Riza Aziz, anak lelaki Rosmah Mansor.

    Selain Jho Low dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan isteri Perdana Menteri melalui Riza, Najib sendiri dilaporkan beberapa kali bertemu dengannya di luar negara, termasuk ketika bercuti di Eropah tahun lalu.

    Dengan pendedahan terbaru yang semakin menyentap hati rakyat berkaitan dakwaan RM2.5 bilion wang 1MDB cuba dilarikan oleh Jho Low dalam urusniaga dengan PetroSaudi beserta pelbagai bukti komunikasi yang disertakan,  tuntutan agar kebenaran diperjelaskan kepada umum, termasuk penubuhan Suruhanjaya Diraja semakin kuat bergema sekarang ini.

    Tetapi apa yang menariknya ialah Pejabat Perdana Menteri dengan pantas telah mengeluarkan kenyataan bahawa Najib tidak terlibat secara langsung dalam operasi harian syarikat itu, sebaliknya ia diuruskan oleh satu kumpulan profesional dan berpengalaman.

    Juga disebut bahawa kedudukan Perdana Menteri hanyalah sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB saja.

    Memahami bahawa kecurigaan dan kecurangan dalam 1MDB selama ini melibatkan bukan angka sekupang dua yang tentulah mustahil taraf "prebet" atau "koperal"  berupaya melakukannya, konsep pertanggungjawaban sebenarnya lebih terpikul di bahu Najib selaku Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihatnya.

    Bolehkah dipercayai pelaburan dan pengeluaran wang dalam jumlah yang besar boleh dilakukan tanpa pengetahuan Najib?

    Mengelak daripada memikul tanggungjawab dengan alasan tidak terlibat dalam operasi harian tidak lebih merupakan alasan untuk "cuci tangan" saja sedangkan jika 1MDB mencapai kejayaan dan kecemerlangan, sudah tentulah semuanya akan diwar-warkan sebagai buah tangan dan hasil fikiran orang yang yang terlibat dalam operasi harian tadi.

    Ketika itu juga tentunya alasan tidak terlibat dalam operasi harian tadi tidak berbangkit sama-sekali.
    Apakah kenyataan tidak terlibat dalam operasi harian ini suatu bentuk percubaan mengolah kepercayaan ramai bahawa Najib tidak terlibat dan tidak wajar dipalitkan dengan apa juga kecurigaan dan kecurangan dalam 1MDB?

    Adakah ini juga bermakna "seekor kambing" sedang dicari untuk dilumurkan cat hitam dan ditunjukkan kepada umum sebagai orang yang bersalah?

    Kalau Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB tidak harus dikaitkan semata-mata kerana tidak terlibat dengan operasi hariannya, apakah "kambing hitam" itu Lodin Wok Kamaruddin, Pengerusi 1MDB sekarang?

    Mungkinkah juga bekas CEOnya, Mohd Hazem Abdul Rahman atau penggantinya sekarang, Arul Kanda Kandasamy sebagai "kambing pilihan kedua dan ketiga" untuk ditumpahkan cat hitam itu?
    Atau "kambing-kambing"  lain sedang dicari untuk dimangsakan? (SH 03/03/2015)

    Sumber: (Wrlr.)

    Akhirnya Pemuda UMNO sedar mereka buat kerja tak berfaedah..

    Selepas diserang hebat, Pemuda Umno berkata mereka tidak akan lagi memberi penerangan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim secara terbuka, sebaliknya hanya akan mengadakan secara tertutup dan jika ada permintaan.

    Sesi penerangan juga akan dijalankan tanpa ketua pendakwa raya kes itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah seperti yang diadakan di Kelana Jaya dan Permatang Pauh bulan lepas, kata Ketua Penerangan Pemuda Umno Jamawi Jaafar.

    "Sesi dalaman ini dijalankan tanpa ketua pendakwa raya kes, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah. Kita tidak namakan 'roadshow' sebab 'roadshow' ini dari negeri ke negeri. Kita tidak mahulah popularkan nama Anwar Ibrahim di luar," kata Jamawi seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian hari ini.

    Jamawi berkata penerangan secara dalaman ini akan dibuat kepada ahli dan jentera Pemuda Umno. "Tapi kita buat secara dalaman program penerangan ini untuk memberi kefahaman termasuk kepada ahli dan semua jentera penerangan Pemuda Umno," katanya.

    Jamawi berkata, Pemuda Umno tidak akan berhenti menjelaskan kepada orang ramai, tapi ia akan dilakukan dalam skala kecil tanpa publisiti. "Kita akan teruskan dari semasa ke semasa. Malah mana-mana pihak yang jemput untuk beri penjelasan kita akan beri. Selagi kita ada permintaan, kita akan teruskan tapi dalam kumpulan skala kecil saja tanpa publisiti," katanya.

    Acara Jelajah Liwat Pemuda Umno diadakan sebaik saja Anwar dipenjarakan menampilkan Shafee untuk menjelaskan keputusan bersalah ketua pembangkang itu. Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, program jelajah seluruh negara itu diadakan sekarang memandangkan proses kehakiman kes tersebut kini selesai.

    Bagaimanapun, langkah tersebut dikritik pengamal dan pakar undang-undang. Beliau didakwa melanggar Akta Profesion Undang-Undang 1976 apabila dikatakan mencari publisiti bagi kemenangannya dalam kes itu lapor The Malaysian Insider

    Sumber: (DariSungaiDerhaka.

    March 3, 2015 Tuesday

    My Dashboard. 
    IP
    s3v3n

Tiada ulasan: