Rabu, 4 Mac 2015

5177. Kisah Perundangan.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

Miang Satu Badan [010113] - Ust Shamsuri

Meja www.peceq.blogspot.com  

  • SPRM tahan 10 pegawai polis

    Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 10 anggota polis bagi membantu siasatan berkaitan penyeludupan petrol dan diesel ke negara jiran dalam Ops Licin 2.

    SPRM dalam kenyataannya berkata, penahanan itu menjadikan keseluruhan 25 individu ditahan sehingga petang ini dalam Ops yang bermula semalam.

    "Tujuh daripada mereka ditahan antara 11.30 pagi hingga 2 petang tadi di pejabat SPRM Kedah selepas dibawa dari Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap, manakala dua lagi di Balai Polis Kota Putra, Padang Terap.

    "Enam daripada sembilan yang ditahan adalah anggota berpangkat koperal dan masing-masing seorang konstabel, sarjan dan sarjan mejar, sementara seorang lagi yang ditahan adalah anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan dia ditahan di Kem PGA Ulu Kinta, Perak,"katanya.

    Semalam, 15 individu ditahan SPRM iaitu seramai 13 pegawai penguat kuasa Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) dan PGA, dan masing-masing seorang bekas pegawai UPP dan orang awam
    -hmetro-

    Sumber: (http://gigitankerengga.blogspot.com/2015/03/sprm-tahan-10-pegawai-polis.html)

    Azilah, Sirul tidak cabar saman RM100 juta bapa Altantuya, kata peguam

    OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

    Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar tidak akan bertindak balas terhadap saman RM100 juta yang difailkan oleh bapa Altantuya Shaariibuu (gambar). – Gambar The Malaysian Insider.

    Bekas komando polis Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukuman mati kerana membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu tidak akan bertindak balas terhadap saman RM100 juta yang difailkan bapa mangsa.

    Peguam Datuk Hazman Ahmad yang mewakili Azilah, dan Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Sirul, semasa perbicaraan jenayah, berkata mereka masih belum menerima sebarang arahan daripada mereka berdua berhubung saman sivil itu.

    "Saya menulis surat kepada firma guaman (Karpal & Co) memaklumkan mereka yang saya tidak menerima arahan untuk bertindak bagi pihak Azilah," kata Hazman.

    Kamarul memberikan jawapan yang sama apabila ditanya sama ada beliau akan membela diri dalam saman yang difailkan bapa Altantuya, Setev Shaariibuu. Azilah kini dikurung bersendirian di penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan kerajaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan membebaskan mereka.

    Sirul berlepas ke Australia sebelum mahkamah tertinggi itu menyampaikan keputusan akhir tetapi ditangkap di Queensland pada 20 Januari dan kini ditahan di Pusat Imigresen Villawood di Sydney susulan amaran merah dikeluarkan Interpol terhadapnya.

    Sementara itu, peguam Ramkarpal yang mewakili Setev berkata, mendapatkan penghakiman ingkar ialah satu pilihan yang ada pada anak guamnya.

    Setev memfailkan saman itu pada 2007, setahun selepas anak perempuannya yang ketika itu berusia 28 tahun, dibunuh.

    Kedua-dua anggota polis tidak membela diri, tidak seperti kerajaan Malaysia dan kekasih Altantuya, Abdul Razak Baginda.

    Setev memohon ganti rugi bagi "penderitaan, kesedihan, dan penderitaan fizikal dan mental".

    Beliau memfailkan saman itu bagi pihak isterinya Altantsetseg Sanjaa, dan dua cucu mereka, Mungunsha Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, yang masih kecil.

    Pasangan suami isteri itu merupakan penjaga anak-anak Altantuya sekarang. Anak keduanya mengidap penyakit yang memerlukan rawatan dengan kos yang mahal.

    Saman itu sebelum ini ditangguhkan kerana Mahkamah Tinggi mahukan perbicaraan jenayah diselesaikan dahulu.

    Razak, sekutu rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini didakwa terlibat dalam kes itu namun dibebaskan kemudiannya.

    Kerajaan memfailkan pembelaan dan berkata mereka tidak bertanggungjawab kerana dua bekas anggota polis itu melakukan tindakan berkenaan bersendirian.

    Razak sementara itu menafikan mengetahui berkenaan pembunuhan itu.

    Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Tun Ariffin Zakaria pada 13 Januari menjatuhkan hukuman mati terhadap dua bekas anggota polis itu.

    Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar, yang mengeluarkan penghakiman berkata pendakwaan membuktikan kesnya tanpa bukti yang diragui.

    Sumber: (http://wak-labu.blogspot.com/2015/03/azilah-sirul-tidak-cabar-saman-rm100.html)
    My Dashboard. 
    IP
    s3v3n

    s3v3n

Test

Tiada ulasan: