Jumaat, 6 Mac 2015

5188. Peribadi Tok Selampit.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
  • Budak-budak kalau ditegur "Makin dibuat, makin menjadi-jadi" Itu budak-budak. Ini orang tua bila ditegur. Makin menjadi-jadi hasad dengkinya. Sedangkan "Kubur kata mari, rumah kata pergi" Sebenarnya menyalah gunakan kepandaikan kepada jalan "Dengki dan khianat" menunjukan kebodohan seseorang. Mereka yang berperibadi Muslim pastinya tidak sedemikian rupa tindak-tanduknya. Itu bezanya peribadi Muslim dengan peribadi kafir.

    Hebat seseorang adalah kerana Allah tutupi aib dirinya. Itu sebab segala puji-pujian manusia hambaNya kena kembalikan kepada Allah sebab DIA Maha Hak. Oleh itu hindarilah dari perbuatan mewar-warkan ghaibah atau aib atau bersubahat dengannya. Nauzubillah minzaliq.
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Sumber: (http://tokselampit4.blogspot.com/)

    Tok Selampit

    “SETIAP MANUSIA DIJADIKAN DENGAN DUA MATA, DUA TELINGA DAN SATU MULUT SUPAYA MEREKA LEBIH BANYAK MELIHAT DAN MENDENGAR DARIPADA BANYAK BERCAKAP”  

    My Dashboard. 

    Maksud firman Allah:
    Dan pada sisi ALLAH-lah kunci-kunci semua yang ghaib. Tidak ada yang mengetahui kecuali DIA sendiri. Dan DIA mengetahui apa yang didaratan dan yang dilautan. DAN TIADA SEHELAI DAUNPUN YANG GUGUR MELAINKAN DIA MENGETAHUINYA (PULA). Dan DIA tidak jatuh sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (LAUH MAHFUDZ) Al-An'am : 59

    ---

    Aku tidak pernah berurusan dengan sesuatu yang lebih sukar daripada hatiku sendiri. Adakala ia bersamaku, adakala ia menentangku. ---Imam Al Ghazali---



    IP
    s3v3n

    s3v3n

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Musim panas ekstrem yang dijangka melanda negara minggu depan boleh memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan dan kesihatan manusia termasuk menyebabkan kematian seperti strok haba. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai harus mengambil langkah berjaga-jaga kerana cuaca kering dan berpanjangan bukan sahaja memberi kesan kepada ekosistem dan kawasan pertanian, tetapi membahayakan kesihatan. 


“Perubahan iklim ini akan menjejaskan sumber bekalan air yang selamat lalu meningkatkan kes-kes bawaan air dan makanan serta cirit-birit. Penyakit berkaitan sistem pernafasan dan kardiovaskular juga meningkat.
“Kes penyakit denggi pula akan meningkat kerana masyarakat menyimpan air di dalam bekas simpanan yang tidak ditutup malah cuaca panas juga merangsang pembiakan nyamuk dan replikasi virus dalam nyamuk,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini. 


Beliau mengulas laporan tentang negara ini dijangka bakal berdepan cuaca panas melampau bermula minggu depan sehingga awal April ini berikutan fenomena Ekuinoks yang menyebabkan matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa. 


Tambah Dr. Noor Hisham, semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas tetapi terdapat kumpulan yang lebih cenderung terkesan akibat perubahan iklim tersebut. 


“Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain lebih berisiko kerana mereka terdedah kepada cuaca panas. 


“Orang dewasa berusia 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding mereka yang lebih muda. Kanak-kanak berusia lima tahun, penghidap penyakit sistem pernafasan, darah tinggi, jantung, kencing manis dan kelenjar tiroid juga antara kumpulan yang berisiko tinggi,” katanya. 


Sementara itu, pakar kesihatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Dr. Jegan Thanabalan berkata, cuaca panas melampau juga boleh menyebabkan strok haba yang boleh membawa maut khususnya kepada kanak-kanak dan orang tua. 


“Masalah kekurangan air dalam badan adalah yang paling bahaya semasa cuaca kering dan panas kerana perubahan kandungan garam galian dalam badan boleh menyebabkan strok haba berlaku. 


“Minum banyak air suam, air isotonik dan hadkan aktiviti luar yang terdedah kepada cuaca panas terik,” katanya.

Tiada ulasan: