Isnin, 6 April 2015

5207. Cuba fahamkan apa penulis kisah ini hendak sebenarnya.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
  • Sama ada  bercanggah dengan ISLAM atau tidak ...mari kita kaji dengan teliti apa yang diwar-warkannya tentang 10 Sebab Kenapa Wanita Dilarang Pilih Suami Orang.

    10 Sebab Kenapa Wanita Dilarang Pilih Suami Orang.




    1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
     Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja! 

    2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA

    Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

    3. HUBUNGAN SECARA SULIT

    Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!

    4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
    Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami "kerugian" kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!

    5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?

    Persoalannya, apakah kamu masih sanggup meneruskan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!

    6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU

    Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak "test market" saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

    7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
    Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!

    8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI

    Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai "Action that speak louder than words" (pandai cakap tapi buatnya tidak!)

    9. BERWASPADALAH DENGAN "BOOMERANG KESALAHAN"

    Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !

    10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA


    Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!


    Sumber: 10 Sebab Kenapa Wanita Dilarang Pilih Suami Orang. | ! *أحبك يا رسول الله......أحبك يا الله ! http://ohgadisitu.blogspot.com/2015/03/10-sebab-kenapa-wanita-dilarang-pilih.html#ixzz3UxItSkja
    Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial
    Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook
    Sumber: (http://ohgadisitu.blogspot.com/2015/03/10-sebab-kenapa-wanita-dilarang-pilih.html)
    My Dashboard. 
    IP
    s3v3n

    s3v3n


Bismillahirrohmanirrohim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Muhasabah diri - Cermin diri kerana Allah.

Pejuang Kalimah Allah dewasa kini. Ada yang tidak kisah pun dengan aurat. Boleh tanya lagi salahkah perempuan bersuara lantang. Nauzubillah Minzaliq. Seronok dengan tudung berlapis-lapis, bertingkat-tingkat kalah mangkok tepen/mangkok tengkat, berwarna warni "Berpelangi lagi" serta beropol-ropol lagi, tapi sayang lahirnya "Tudung kontot" - "Maaf" mungkin sekontot ilmu aurat pencipta atau pereka asalnya. Agaknyalah yang penting duit atau pulus masuq. Sampaikan artis wanita yang melalak dan tidak memakai tudung, tiba-tiba mereka cipta tudung, maka kerana dia artis ramailah yang membeli dan memperagakannya, tanpa membelik asal usul keupayaan menutupi auratnya. Astagfirullahalazim.

Lain pula halnya seluar ketat yang popular di kalangan kafir laknatullah. Ramailah juga yang terikut-ikut memperagakannya di khalayak. Astagfirullahalazim. Yang lelakinya seronok dengan seluar nampak "kepala lutut" Kepala lutut itulah jadi saksi di satu alam lagi, yang akan ditemui selepas "Malaikat Maut mencabut nyawa" datang, tanpa bertangguh walau sesaat atau tercepat barang sedetik.

Sampai sekarang aku tercari-cari Hadis Soheh Nabi yang mengkisahkan Nabi bila jumpa sahabatnya mengucapkan "Selamat Siang" "Selamat Pagi" "Selamat Tengahari" "Selamat Petang" dan "Selamat Sore" DAN belum jumpa juga Hadis Nabi yang menyebutkan "Selamat Malam" atau kononnya lebih manis dari madu lebah "Good Night" bila Nabi hendak "Sleep" Astagfirullah. Itu belum masuk lagi ucapan "Hello" "Hai" Lagi caker "Hai ...wan" Tak cukup lengkap agaknya "Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh" dan maka dengan sebab itulah banyak lepas ucapan "Assalam" mesti dituruti "Selamat" dan yang tentu selamatnya ialah siang, pagi, tengahari, petang, sore dan malam. SADISnya hal ini berleluasa di Grop Dalam Hati Ada Taman Maha Suci Allah. Peribadi Muslim™ ISLAM Agamaku™ Apa Agamamu - Islam Agamaku™ Loving House Permintaan Hati™ Ampuni aku Ya Allah.

Malangnya ada yang sekadar tengok foto dan membaca isinya tidak.

Ya Allah ampunilah hamba-Mu ini Ya Allah. Bangunkan aku di saat hamba-Mu ini lalai Ya Allah. Lindungilah dan tolongilah hamba-Mu ini Ya Allah. Tiada kekuatan bagiku hamba-Mu ini Ya Allah, melainkan dengan pertolongan-Mu Ya Allah.

Aamiin Ya Allah Ya Rohman Ya Rohim Ya Rob.
Wassalamu.
Untuk isteriku serta anak-anakku juga.

^
Bismillahirrohmanirrohim.
Alhamdulillah
SubahnAllah
JazakAllah Bil Khair hadirnya saudaraku sekelian.

Ilmu itu milik Allah. Puji-pujian itu milik Allah. Semuanya dengan izin dan kehendak Allah. Sama-samalah kita berusaha kerana-Nya dan menadah tangan berdoa pada-Nya, Allah Tuhan Yang Maha Esa. Muga kita terhindar dengan pertolongan-Nya dan terlindung dengan perlindungan-Nya dari "Fitnah Dunia" Seperti Firman Allah yang bermaksud "..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]

In Syaa Allah sama-sama kita beroleh Rahmat Allah dan Syafaat Nabi Muhammad kelak.

Aamiin Aamiin Aamiin Ya Allah Ya Rohman Ya Rohim Ya Robbalaalaamiin.

Wassalamu.
:) Senyum itu sedekah.

Tiada ulasan: