Jumaat, 1 Mei 2015

5217. Sebab Musabab Perempuan Enggan Bernikah.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
Meja www.peceq.blogspot.com  
 Kasih sayang makhluk Allah.
  • Perempuan x nak kahwin sebab ni ka?
    Sebab anda ngeri nak kahwin (hohoho)

    Gaya Hidup

    Memangla jodoh itu ketentuan Allah SWT. Namun, apa yang kami perhatikan, selalunya ada sebab kenapa wanita-wanita ini tak nak kahwin. Katanya sanggup jadi anak dara tua. Erm…
    Ini adalah jawapan yang kami perolehi daripada survey!

    1. Dapat koleksi teman lelaki yang tak senonoh!

    Pengalaman banyak mengajar. Mula-mula dapat boyfriend kaki kikis, kedua dapat kaki perempuan, ketiga pula dapat yang pemalas amat-amat. Kesimpulannya memang sanggup single sampai mati.

    2. Frust menonggeng & tertiarap dengan cinta lalu

    Bercinta bagai nak rak dari zaman sekolah. Susah senang janji hidup bersama. Siap guna #tilljannah. Tau-tau si dia minta putus atas alasan mak dah cari calon menantu ustazah anak kampung sebelah. Wey! Memang deep sakitnya ni.
    3. Hutang keliling pinggang

    Macamana lah nak kahwin sedangkan hutang PTPTN pun dah dekat RM30K. Belum masuk hutang kereta, hutang mak ayah lagi. Nasib baik GST tu bayar cash!
                           
    4. Kos perkahwinan yang tak masuk akal

    Sebenarnya kalau ikut Islam, pernikahan tu mudah sahaja. Namun, dek kerana adat Melayu, sekurang-kurangnya kena ada RM10k dalam tangan ( nampak tak perkataaan itu diboldkan?) Karang malu pulak buat majlis kecil-kecilan.
    5. Asyik dengar kes cerai sana-sini

    Fuh. Ini paling ngeri. Mana taknya, boleh dikatakan dah jadi macam trend pulak cerai-berai ni, terutamanya golongan selebriti.

    Eh, takyah cakap selebritilah, kami yakin anda mesti mempunyai kawan-kawan yang dah pun jadi ibu tunggal, janda berhias atau duda muda sekarang kan?
    6. Lebih suka bercinta dengan kerja
    Macamana nak kahwin kalau diri tu dah diikat mati oleh company korang kan? Baru je nak kenal hati budi lelaki, bos korang pulak suruh datang office. Adoiyai!


    7. Fobia bila dengar pengalaman kawan-kawan bersalin
    Caesaran, vacum dan macam-macam lagilah term yang digunakan untuk proses bersalin. Lagi-lagi yang jenis jaga penampilan nak lawa macam Che Ta je.
    Bila cakap bab bersalin, mungkin mereka buatkan golongan ni rasa ‘oh, nevermind’.

    8. Nak jaga ibu-bapa dan keluarga

    Ini berlaku pada salah seorang kenalan penulis. Bukan dia tak cantik, bukan dia tak de orang nak, tapi katanya komitmen terhadap keluarga melebihi kepentingannya sendiri.
    “Aku lebih sanggup melayan kerenah ibu tua yang sedang sakit dan juga memberi kasih sayang sepenuhnya kepada adik beradik daripada melayan lelaki yang belum tentu bersama aku forever and after.” – Statement ini memang paling deep!

    Sumber:




    My Dashboard. 
    IP
    s3v3n

    s3v3n

Test

Tiada ulasan: