بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.
Jho Low: Saya Jadi Kambing Hitam Terhadap Kegagalan 1MDB
Written By canang on Selasa, 12 Mei 2015 | 5/12/2015 11:10:00 PTG
Ahli 
perniagaan, Low Taek Jho berkata beliau dijadikan kambing hitam terhadap
 kerugian yang dialami syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad
 (1MDB). 
Menerusi 
reaksi pertamanya kepada umum selepas dilemparkan dengan pelbagai 
tuduhan, ahli perniagaan yang lebih dikenali sebagai Jho Low berkata 
beliau tidak pernah terlibat dalam 1MDB, selain dari menawarkan nasihat kepada entiti Timur Tengah ke atas syarikat pelaburan strategik. 
“Saya tidak menguruskan 1MDB.
 Saya tidak mengawal 1MDB. Saya tidak buat apa-apa keputusan untuk 1MDB,
 tetapi jika mana-mana entiti Timur Tengah yang saya tahu mahu 
mendapatkan pandangan saya, saya akan berikan. 
“Dan, jika
 mereka mahu terlibat dengan 1MDB, itu hak mereka,” katanya kepada 
majalah Euromoney dalam temu bual eksklusif yang disiarkan dalam edisi 
April. 
Berhubung 
serangan terhadap gaya hidup mewah dan amalan berpesta, Jho Low berkata 
beliau menjadi “ahli perniagaan yang paling bodoh” jika beliau mengaut 
keuntungan dalam urusan kerajaan hanya untuk dibazirkan. 
“Oleh 
kerana terdapat gambar saya dan Paris Hilton minum dan semua itu, maka 
anda gunakannya dan berkata kepada Bumiputera. ‘oh orang Cina itu curi 
semua semua duit wang dan habiskan untuk alkohol’.
“Saya akan
 menjadi orang yang paling bodoh jika saya kaut keuntungan dari wang 
kerajaan dan bazirkan seperti esok tiada lagi. Ia perkara yang paling 
bodoh yang anda lakukan,” kata jutawan muda, merujuk kepada banyak 
gambar yang diterbitkan menunjukkan beliau berpesta dengan Paris Hilton. 
Selain itu
 beliau juga mengulangi kenyataannya bahawa beliau tidak melabur di 
dalam bon 1MDB seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak dan menafikan 
dakwaan bahawa dia bertindak mengawal syarikat itu.
Kabinet mengarahkan supaya akaun 1MDB diaudit berikutan jumlah hutang yang dikatakan mencecah RM42 juta. 
Selain itu Jho Low bagaimanapun percaya bahawa beliau dijadikan kambing hitam dalam keseluruhan isu membabitkan kerugian 1MDB. 
Sumber : Mstar
Sumber:
http://btmmari.blogspot.com/2015/05/jho-low-saya-jadi-kambing-hitam.html

Tiada ulasan:
Catat Ulasan