Selasa, 19 Mei 2015

5243. Syaaban (Hijrah 1436.) Allah izin untuk kita temui lagi.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
  • Nisfu Syaaban...15 Syaaban.. =)


    Bismillahirrahmanirrahim..
    Assalamualaikum .. kalam pertama yg sarat dgn kasih sayang insyaallah..

     memandangkan skrg n daa msok bln syaaban.. n rejab telah brlalu.. trase nak tulis pasal Nisfu Syaaban.. aku sendiri pown masih terkontang kanting mencari jawapan bagi Nisfu Syaaban n.. masih terlalu cetek ilmu aku n.. so.. mungkin tulisan aku kali lbey kpd perkongsian.. not bebelan atau ceramah.. hehe.. mcm bese.. if ade slh n silap.. sgala teguran amatlah di alu2 kan..


    PENEGASAN AT SINI.. : sHARING KAN.. iS CaRING.. =)

    Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda, "Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

    Aku ingat lagi.. dulu mse at skolah dulu.. ustaz slalu pesan.. bace doa bln rejab n bln syaaban.. n moga kita dipertemukan pula dgn Ramadhan taun ni.. doa tu mcm ni.. haaa.. tgk bwh ni.. 


    Aku taw.. mungkin ramai yang diluar sane xtawu pasal nisfu syaaban n.. soe yea.. xde niat pown nak kate kat mne2 pihak.. mungkin ade yg tahu .. but lumrah mnusia laa kan.. lupe.. n aku x segan n x malu mgaku bhawe aku sndri trlupe jugak.. so ak search intenet.. and terase nak share dgn korang..moga segala niat dipermudahkan Allah.. insyaallah..

    Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril as pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!" Kata saya (Nabi Muhammad SAW): "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."
    Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca: "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.

    Melalui research aku n.. malam nisfu syaaban is malam keampunan..  So beruntung lah bagi mereka yg merebut mlm ni.. hehe.. jujur laa cakap.. sbenarnye aku pade taun2 lps.. trkadang.. trlepas gak mlm nisfu syaaban n.. mne x nye.. kalut sgt dgn dunia.. ASTAGHFIRULLAHALAZIM.. hmm.. but.. tp harapnye.. sme2 lah kite try da bez tuk mrebut peluang n.. harap.. kite sempat.. insyaallah...
    urmmmm.. tapi.. dalam kite mgejar malam nisfu syaaban n.. perasan x.. ade sstgh pihak yg mngatakan kite kne bace Surah Yassin sbyk 3 kali..melalui research aku.. ade hadith yg mnyarankan kite mmbace Surah Yassin sbyk 3 kali pada mlm nisfu syaaban.. tp hadith tu adalah hadith maudhu'.. hadith maudhu' is hadith palsu.. ce kite pikir sejenak.. knp perlu di ttpkan brape bilngan bacaan ayt quran pada mlm2 trtentu.. sdgkan.. x salah jugak an if kita mmbace Yassin pada hari lain.. so.. ape slhnye kite amalkan perkara yg sme pade hari2 yg lain kan..
    ok.. kat sini aku nak share satu fatwa drpd Sheikh Abdul Aziz bin Baaz..
    Maka sebaiknya adalah kita lakukan sahaja amalan membaca Yasin atau apa-apa sahaja bacaan AlQuran , tanpa perlu dikhususkan 3 kali dan seumpamanya. Dan yang penting, bacaan itu biarlah TERTIB, TENANG dan memberi keinsafan kepada kita dan bukannya semata-mata mahu mengejar pahala  sehingga membaca AlQuran dengan tergopoh dan salah tajwid dan mengatakan sepatutnya melakukan bacaan Yasin 3 kali itu.
    urmm.. sebenarnye ade byk lagi yg perlu di tulis tntg nisfu syaaban n.. ttp mmndangkan aku sndri masih trlalu cetek ilmu n take time tuk faham.. aku ase.. ak nak stop dulu.. 6t bile2 free ak smbuk.. g pown.. mate daa xlarat nak agkat dah n.. so.. risaw plak jap g aku merapu je kan3??? huhu..
    sebarang penambahan ilmu sgt dialu2 kan.. =)

    Sumber:
    (http://nadiawawa.blogspot.com/2012/07/nisfu-syaaban15-syaaban.html)

    بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

    اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

    Banyak hadis yang menceritakan tentang kelebihan bulan Syabaan ini. Antara amalan yang amat digalakkan dilakukan dalam bulan Syabaan ialah ibadah puasa sunat dan qiyamullail, Inilah ibadah yang paling diutamakan oleh Rasulullah ﷺ pada bulan yang mulia ini.

    Subhanallah.. Sejuk Mata Memandang Adik Hakimy dan Hafidz

    بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

    اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

    Adik Hakimy dan Hafidz.
    Tidak ada sesuatu pemberian yang lebih baik daripada seseorang ayah kepada anaknya selain daripada didikan, budi pekerti dan contoh teladan yang baik.
    Rasulullah ﷺ bersabda: “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci bersih. Ibu bapalah bertanggungjawab mencorakkan anak itu menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
    Mari kita ikuti perkongsian tips dari Ustaz Wan Asrul dalam mendidik anak2nya, Hakimy dan Hafidz bagi mengembalikan kelangsungan sunnah yang pernah terbit dan diamalkan pada era Nabi ﷺ, para sahabat dan para saliful soleh terdahulu dan bukan calang2 orang dapat menurutinya…

    KJ : Nikmat Ramadhan Berkati Idulfitri

    بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

    اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

    khutbah
    .
    Khutbah Jumaat: “Nikmat Ramadhan Berkati Idulfitri ”

    ‘Qailullah’ ~ Tidur Sekejap Di Waktu Siang Hari

    بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

    اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

    qailullah
    .
    Ramai individu yang kerap melakukan ‘tidur siang’ ataunapping’ tetapi sayangnya disebabkan tidak ada pengetahuan dan keperihatinan, tujuan sebenar perlakuan tersebut semakin diabaikan. Di dalam Islam, tidur sekejap di waktu siang, dinamakan ‘Qailullah’ atau ‘Qoilulah’ iaitu tidur singkat (sebentar) di pertengahan hari yang disertai dengan niat.

    Mimpi Melihat Dan Masuk Neraka

    بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

    اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


    Mimpi Melihat Neraka
    .
    Pada zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم  , jika ada para sahabat bermimpi, biasanya mereka akan mengadu dan menceritakannya kepadanya.

    Hebatnya Qiamullail

    .
    Qiamullail bermaksud beribadah malam iaitu bangun pada 2/3 malam atau sekurang-kurangnya 1/3 akhir malam, bermula dari pukul 2.30 hingga terbit fajar pertama untuk beribadat kepada Allah SAW. Waktu ini adalah masa teristimewa dan turunnya Rahmat Allah SWT ke bumi dan amat sesuai untuk Qiamullail dengan melakukan solat-solat sunat dan berzikir kepada Allah SWT.
    .
    Sabda Rasulullah SAW: “Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau kamu berminat menjadi seorang dari orang-orang yang mengingati Allah pada saat yang tersebut, maka hendaklah kamu lakukannya.” (At-Tirmizi) Continue reading

    Qiamullail Dan Amalan Menghidupkan Malam Nisfu Syaaban

    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Maghrib ini (4.7.2012) akan masuklah 15 Syaaban 1433H iaitu Malam Nisfu Syaaban, kita disunat  menghidupkan malam ini seperti dilakukan oleh Rasulullah SAW dengan beristighfar, berzikir dan membaca Al Quran terutama surah Yasin kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.
    Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah SWT berfirman: “Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?”     (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
    Continue reading

    Sumber:
    (https://shafiqolbu.wordpress.com/tag/qiamullail/)



    FADHILAT … bulan Syaaban

    Sabda Nabi. : ‘Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya,
    kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.’ 

    Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan Nabi Allah Yusuf di dalam Syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub dan Nabi Daud. 

    Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di Hari Qiamat, dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari Khamis pada bulan Syaaban dan akhir Khamis daripada Syaaban, dimasukkan dia ke dalam Syurga. 

    Berkata Siti Aisyah r.a. :-
    Bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah ialah bulan Syaaban.’ 

    Sabda Nabi. :- ‘Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).’ Sabda Nabi. :- ‘Bahawa puasa Syaaban kerana membesarkan Ramadhan, siapa berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersolawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya baginya. Bahawa Allah membukakan pada
    bulan itu tiga ratus pintu rahmat.’ 
     Sabda Nabi :- ‘Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.’

    Sabda Nabi S.A.W :- ‘Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia’ 

    Kelebihan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.’
    Bulan Syaaban – keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Rejab dengan malam Isra’ Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Syaaban telah datang Jibril kepada Rasulullah lalu katanya :- Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang tiada syirik denganNya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak dan derhaka terhadap ibubapa.’ 

    Sabda Nabi. :- ‘Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa segala makhlukNya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya. 

    Sabdanya lagi :- ‘Apabila pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya
    bersembahyang, beribadat, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman, Adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala Aku afiatkannya. Adakah orang yang meminta rezki maka Aku rezkikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. 

    Tersebut dalam kitab Al-Barokah, bahawa jin, burung, binatang-binatang buas,ikan di laut berpuasa mereka pada hari Nisfu Syaaban.Tersebut di dalam kitab Iqna’, bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Syaaban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasulullah kali keduanya, katanya :- ‘Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah telah mengampunkan
    segala umatmu orang yang tiada mensyirikkanNya sesuatu, angkatkan kepalamu, lalu Rasulullah mengangkatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga.’ 

    Kata Syeikh Abdul Qadir Al-Kilani di dalam Ghaniah :-
    ‘Bahawa malam Nisfu Syaaban adalah hariraya Malaikat, begitu juga pada malam Lailatul Qadar mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal dan ibadat sepanjang-panjang malamnya. Dan bagi anak-anak Adam berHari Raya padanya pada siang hari dengan berpuasa dan ibadat, kerana mereka tidur pada malamnya.


    Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam Nisfu Syaaban kepada enam orang :-
    Orang yang kekal minum arak.
    Orang yang derhaka dua ibubapanya.
    Orang yang kekal dalam zina.
    Orang yang banyak berkelahi.
    Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta.
    Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi.
    Sesiapa sembahyang pada malam Nisfu Syaaban daripada umat Muhammad terlebih afdal daripada ibadatnya 400 tahun. 

    Demikian Allah memberitahu kepada Nabi Isa lalu Nabi Isa pun berdoa kepada Tuhan, ‘Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad.’

    Sumber: (https://masjidsabakuni.wordpress.com/2011/07/17/fadhilat-bulan-syaaban/)



    My Dashboard. 
    animaxwidget
    (http://www.animaxwidget.blogspot.com/)
    IP
    s3v3n

    s3v3n

Test

Tiada ulasan: