Google+ Badge

Rabu, 27 Mei 2015

5275. Gambaran Awal. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
  • Sah - Penemuan Kubur Markas Pelarian Ada Kaitan Dengan Polis Yang Belot! - 12 Polis Ditahan.


    Baca jap ;
    Seramai 12 orang anggota polis ditahan bagi menyiasat penemuan kes 139 kubur pelbagai saiz di kawasan seluas kira-kira 11 kilometer persegi di Gunung Wan Kelian, Perlis.
    Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, lapan anggota polis telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) manakala empat orang lagi ditahan oleh polis sendiri.
    Bagaimanapun, Wan Junaidi enggan mendedahkan pangkat 12 anggota yang ditahan tersebut.
    “Tidak payah tahu samada ‘senior officer’ atau tidak,” katanya kepada media di Parlimen pada Rabu.
    Wan Junaidi berkata, pihaknya kini juga sedang menyiasat semua anggota keselamatan dan ia tidak tertumpu kepada anggota polis sahaja.
    Beliau yang juga Ahli Parlimen Santubong turut memberitahu bahawa tidak ada keperluan untuk kerajaan mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat 139 kubur yang dipercayai mangsa aktiviti sindiket pemerdagangan manusia.
    “Pada saya, tidak semua benda kita perlu adakan RCI, kalau tidak semua benda berlaku akan ada RCI,” katanya dalam satu sidang media di Dewan Rakyat, pada Rabu.

    Human trafficking ialah isu yang sangat penting. Aku harap rakyat Malaysia boleh menjadi lebih peka dalam membahaskan isu ini kerana perkara ini membabitkan soal keselamatan kita semua. Ini bukan isu cikai-cikai. Setakat temui kubur, kantoi dan siasat beberapa orang lepas tue tamat cerita. NO.

    Korang tahu tak gejala human trafficking neh membabitkan rantaian jenayah yang lain?

    - Bawa masuk pelarian

    - Kegiatan IC palsu

    - Anggota keselamatan terima rasuah bulanan (sebab tue malas nak kerja cari penjenayah sungguh2 pasai dah masyuk cara lain)

    - Pekerjaan jadi rebutan

    - Semakin ramai mereka disini, berpuak dan bergaul. Sampai orang kita pun ada yang backup pendatang2 haram neh pasai dah berkahwin, berrkawan apa semua.

    - Sesetengahnya terlibat dalam jenayah seperti kegiatan pelacuran. Edar dadah. Jadi agent angkut ramai2 pendatang asing masuk ke Malaysia. Tapi ada juga yang kesian. Dipaksa melacur. Kena jual. Ini memang babi juga sebab pendatang itu sendiri menjadi mangsa. Ada yang ditipu sindiket. Ada yang memang rela konon nak berhijrah tapi tau2 aje kena tipu. Ada yang berjaya membina hidup baru sebab dah bersubahat dengan agent dan menjadi sebahagian dari sindiket.

    Apa nak jadi dengan negara kita neh? Macam-macam rupa ada. Melayu, india dan cina toksah dok bangga la sebagai 3 bangsa utama di Malaysia dah lepas 10 20 tahun mendatang. 

    Lepas neh macam-macam bangsa ada.
    Nepalis ada.
    Bangladeshi pun ada.
    Nigerian pun ada.
    Terkini. Rohingya pun ada.

    Jangan2, tak memasal depa akan akan tuntut sekolah untuk mereka. Belajar bahasa mereka. Mahu bawa kebudayaan mereka dan blablablabla merepek segala.

    Bahaya memang bahaya.
    Sebab tue kegiatan human trafficking kau semua kena peka dan tekan kerajaan kaw2. Jangan bila dah terlewat baru beria2 nak menyesal bagai.

    Setakat 12 polis yang ditahan? Itu jumlah yang kecik aje. 1% dari 100% yang terlibat dalam organisasi terancang human trafficking di Malaysia beb. Kau ingat guna 12 orang polis dah boleh cover up networking human trafficking ka? Silap besar la lue.

    Yang buat IC kumpulan lain.
    Yang dok angkut dan pindah pendatang haram kumpulan lain.
    Yang dok jaga jalan (suap polis ) kumpulan lain.
    Yang dok dapatkan rumah, cari kerja kumpulan lain.
    Yang dok jaga depa tiap2 bulan kumpulan lain.
    Yang dok pastikan mereka tak lari pula (khusus yang dipaksa melacur dan jual dadah) dan kantoikan kegiatan human trafficking pun ada. Semua cukup.

    So jika korang ingat benda neh setakat berkisar, jumpa kubur, kantoi, 12 polis disiasat dan kes selesai, memang mimpi di siang hari la korang. Frame jenayah neh lebih besar dari apa yang kau semua bayangkan. Jangan tengok dari bawah. Tengok dari atas. Baru kau semua tahu apa masalah sebenar.

    Kbai.

    Sumber: (www.amenoworld.net)
    My Dashboard. 
    IP
    s3v3n

    s3v3n

Test

Tiada ulasan: