*
SATU PENGAJARAN BUAT GADIS2 DAN PARA ISTERI
Mengalir air mata saya, mengalir juga air mata kalian membacanya
KISAH ISTERI YG MERASA DERHAKA KPD SUAMI
Indonesia:
Ketika aku sedang menanti teman menjemput ku di masjid, aku melihat
seorang wanita berjilbab seperti menunggu seseorang juga. Lalu aku
menegurnya utk berbual bual sambil menanti teman menjemput ku pulang.
Selepas
bertanya khabar dan berbual seketika, tiba2 wanita itu bertanya, “Cik
sudah berkahwin?”. Jawabku, “Belum”. Dan aku bertanya pula, “Tunggu
siapa?”. Jawabnya, “Menunggu suami.”
Aku
melihat wanita ini membawa beg laptop dan satu beg yg besar. Seperti
wanita berkarier. Lalu aku beranikan diri utk bertanya, “Kakak kerja di
mana?”
“Alhamdulillah
2 jam tadi, secara rasminya saya tidak bekerja lagi,” jawabnya dan
terpancar sinar kegembiraan di wajahnya. Lalu aku bertanya, “Kenapa?”
Jawabnya
tegas, “Ini adalah langkah awal utk wanita yg berkarier utk lebih taat
kpd suaminya.” Aku kehairanan dgn jawapannya apatah lagi melihat dia
tersenyum.
“Saudari
boleh saya ceritakan kenapa. Semoga ia boleh dijadikan pelajaran yg
baik. Saya bekerja di pejabat yg mana gaji saya 10 kali ganda lebih
besar dari suami. Suami saya di waktu pagi berniaga roti bakar dan di
waktu petang berniaga ais cendol.
“Kami
baru bernikah 3 bulan dan kelmarin buat pertama kalinya saya menangis
kerana merasa derhaka kpd suami. Saudari tahu kenapa? Waktu itu jam 7
mlm suami saya akan menjemput saya seperti biasa di pejabat.
Kebiasaannya jam 3 saya sudah pulang tapi pada hari itu kerja saya sgt
banyak. Sampai di rumah saya kepenatan.
“Kerana
kepenatan kepala saya begitu pening. Kebetulan suami saya beritahu
badannya seperti berangin dan kepalanya pening juga. Dia meminta saya
mengambilkannya air segelas. Saya kata saya sgt keletihan dan memintanya
ambil sendiri.
”
Jam 11.30 malam baru saya tersedar dan cepat2 menunaikan solat Isyak.
Selepas solat saya melihat suami lena tidur. Saya ke dapur dan melihat
pinggan mangkuk sudah dicuci. Pakaian kami sudah dibasuh. Siapa lagi yg
buat jika bukan suami saya.
“Astagfirullah,
bukankah suami saya juga beritahu dia juga pening kepala. Rasa hiba
mula saya rasakan. Lalu saya ke bilik utk menerangkan kpdnya keadaan
saya tadi. Saya tgk dia lena tapi saya pegang wajahnya. MasyAllah panas
sungguh badannya. Dia demam panas.
Saya
teringat kata2 terakhirnya sebelum saya tertidur tadi. Dia hanya
menyuruh saya mengambilkannya air saja tapi saya membantahnya. Air mata
saya ini menitis mengenangkan saya melupakan hak2 suami saya,” ujarnya
Subhanallah,
aku melihat kakak ini bercerita dgn semangatnya, membuat hati ini sayu.
Dan dpt ku lihat titisan air mata yg diusapnya.
Sambungnya
lagi, “Dgn gaji yg saya miliki, saya merasa tak perlu meminta nafkah
pada suami kerana gaji saya jauh lebih besar dari suami apatah lagi yg
diberikan kpd saya nilainya begitu sedikit. Tapi suami selalu memberikan
hasil jualannya dgn ikhlas dari lubuk hatinya.
Setiap
kali memberikan hasil jualannya, dia selalu berkata “Umi, ini ada
sedikit rezeki dari Allah. Ambil ya. Buat keperluan kita. Walaupun tidak
byk jumlahnya, mudah-mudahan Umi redho” begitulah kata suami saya.
“Saat
itu saya baru merasakan betapa harta ini membuat saya sombong dan
derhaka pada nafkah yang diberikan suami saya dan saya yakin hampir
tidak ada wanita berkarier yg selamat dari fitnah ini”
“Alhamdulillah
saya sekarang bernekad utk berhenti bekerja, mudah-mudahan saya lebih
tahu menghargai nafkah yg diberikan suami. Memang sifat wanita sering
susah hati jika tanpa harta dan kerana harta juga wanita sering lupa
pengorbanan seorang suami.
“Saya
berkunjung ke rumah orang tua dan menceritakan niat saya ini. Saya
sedih mereka dan saudara-mara tidak bersetuju niat saya utk berhenti
bekerja. Mereka membanding-bandingkan pekerjaan suami saya dgn suami2
yg lain.”
“Saudari
tahu, saya hanya mampu menangis saat itu. Saya menangis bukan kerana
apa yg dikatakan adik saya itu benar, Demi Allah bukan kerana itu. Tapi
saya menangis kerana IMAM saya sudah DIPANDANG RENDAH olehnya.
“Bagaimana
mungkin dia meremehkan setiap titis keringat suami saya, padahal dgn
titisan keringat itu, Allah memandangnya mulia? Bagaimana mungkin dia
menghina org yg sentiasa membangunkan saya utk sujud di malam hari?
Bagaimana mungkin dia menghina org yg dgn kata2 lembutnya selalu
menenangkan hati saya?
“Di
saat kebanyakan org lebih memilih jadi penganggur tetapi suami saya,
tak ada rasa malu baginya untuk menafkahi isteri dgn nafkah yg halal.
Itulah yang membuat saya begitu bangga pada suami saya.
“Suatu
hari nanti jika saudari mendapat suami seperti suami saya, saudari
tidak perlu malu utk menceritakannya pekerjaan suami pada org lain.
Bukan masalah pekerjaannya tapi masalah halalnya, berkahnya dan kita
memohon pada Allah semoga Allah menjauhkan suami kita dari rezeki yg
haram,” kata2 terakhirnya sambil tersenyum manis padaku.
Kulihat
dari kejauhan seorang laki2 dgn menggunakan motor buruk menghampiri ke
arah kami, wajahnya ditutupi kaca helmet. Sambil mengucapkan salam,
wanita itu meninggalkanku. Wajah wanita itu tenang sekali, wajah seorang
isteri yg begitu redha.
Ya Allah….
Sekarang
giliran aku yg menangis. Hari ini aku dpt pelajaran paling berkesan dlm
hidupku. Pelajaran yg membuatku menghapuskan persepsi utk mencari org2
kaya sebagai calon suamiku yg selalu bermain dibenak pemikiran ku selama
ini.
Subhanallah..Walhamdulillah..Wa Laa ilaaha illallah…Allahu Akbar
Semoga pekerjaan, harta dan kekayaan tak pernah menghalangimu utk tidak menerima pinangan dari laki2 yg baik agamanya..
Sumber: (facebook maker)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan