Jumaat, 5 Jun 2015

5320. Hal yang masih belum menjadi sejarah.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
  • Friday, 5 June 2015 - INI APA KES!!!!! ... INGATKAN ISU INI SUDAH MENJADI SEJARAH APABILA AZMIN ALI MENJADI MB SELANGOR???????

    PETALING JAYA: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) memaklumkan bekalan air di Lembah Klang kembali kritikal.

    Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat SYABAS, Priscilla Alfred berkata, rizab air bersih sehingga bulan ini, berada di bawah paras satu peratus.


    Jelasnya, rizab air bersih itu menjadi negatif semasa permintaan pada waktu puncak.


    Disebabkan masalah itu, banyak kawasan terutama di Hulu Langat mengalami gangguan bekalan air sama ada terputus bekalan dan tekanan rendah.


    Katanya, keadaan kritikal itu disebabkan pembinaan Loji Rawatan Langat 2 belum siap (belum bermula) manakala pembesaran loji rawatan air dan lain-lain program dilaksanakan pada skala kecil sahaja.


    “Banyak cadangan SYABAS tidak diluluskan kerana ‘tunggu penstrukturan semula’ selesai,” katanya menerusi iklan dua muka surat di akhbar Utusan Malaysia pada Jumaat.


    Advertorial bertajuk Kemelut Air Selangor: Bilakah Akan Berakhir menerangkan secara terperinci masalah air di Lembah Klang.


    Artikel berkenaan meletakkan kesalahan di atas bahu Kerajaan Selangor kerana sehingga kini masih gagal menyelesaikan penstrukturan semula air yang diusahakan mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sejak lapan tahun lalu.


    Priscilla berkata, gangguan bekalan air dijangka lebih kerap berlaku dan lebih buruk berbanding 2014 yang mana catuan air telah dilakukan.


    Pada masa sekarang, kapasiti air bersih yang mampu dibekalkan sebanyak 4,686 juta liter sehari (JLH) dan permintaan pula 4,640 JLH.


    Baru-baru ini, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali memberi jaminan penstrukturan semula air akan selesai sebelum sambutan Ramadan.


    Bagaimanapun ia dijangka akan tertangguh lagi kerana kerajaan Selangor dan Persekutuan masih gagal mencapai kata sepakat dalam menyelesai isu-isu tertangguh.


    Katanya, selagi penjanjian pengambil alihan industri air oleh kerajaan Selangor belum selesai, projek-projek seperti penggantian paip lama, naik taraf kemudahan sistem bekalan air terawat dan program mengurangkan air tidak berhasil (NRW) tidak dapat dilaksanakan.


    Ia akan memberi impak sekaligus mengancam pembangunan ekonomi kerana 1,038 pembangunan baharu (setakat April 2015) seperti perumahan, industri perkilangan dan projek-projek mega tidak dapat dilaksanakan.

    Sumber: (omakkau.blogspot.com)

Tiada ulasan: