Ahad, 7 Jun 2015

5324. PAS. Fokus kepada hal sendiri, itu lebih bagus.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

'Jangan curah asid kepada yang nak pergi'

 
Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menyampaikan ucapan terakhirnya di muktamar PAS di Kuala Selangor penuh dengan sindiran selepas kalah mempertahankan jawatan tersebut.

Dengan nada yang sayu dan kecewa, beliau menggunakan perkataan, pepatah atau frasa penuh bermakna dan memedihkan bagi menggambarkan perasaannya.

Antara frasa terebut ialah "kita kuat jika tidak dalam Pakatan", "mencurah asid orang yang keluar rumah" dan "berseorangan untuk mencari reda Allah".

"Kami telah lama berada di pentas ini. Lebih 20 tahun, jadi macam-macam. Kemudian tuan baru nak duduk rumah ini, jadi kami kena tinggal rumah itu.

"Selalunya orang yang nak tinggalkan rumah, berilah sedikit bekalan supaya dapat berpindah dengan baik. Jangan curah asid kepada yang nak pergi, kita perlu bersikap terbuka," katanya.

Patah sayap, dengan paruh datang

Kemudian beliau menyindir pihak yang menuduhnya 'Ketua Jebon' bagi kumpulan Hawaii Five-O yang didakwa kumpulan konservatif kononnya merancang menggulingkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden.

Untuk menyelesaikan dakwaan itu, Mohamad berkata, sebuah jawatankuasa siasatan perlu ditubuhkan.

Katanya, pihak yang dituduh cuba menggulingkan Abdul Hadi sedia memberi keterangan di depan jawatankuasa berkenaan.

"Patah sayap, dengan paruh aku datang. Patah dayung, dengan jari kudayung. Saya hadapi jawatankuasa bebas untuk siasat.

"Fitnah amat pedih, kita lalui dengan sabar," katanya bagi menyampaikan ucapan penggulungan sebagai pengerusi mobilisasi demokrasi dengan nada sayu.
 

Mengenai sesetengah ahli yang berpendapat PAS semakin kuat jika tidak bersama Pakatan Rakyat, Mohamad turut menyelitkan sindiran tajam kepada golongan berkenaan.

"Lawan kita Umno dan BN. DAP ini parti kecil. Kita boleh siku dia, kita jatuh dia dan kita karate dia. Kalau dulu baca doa cemuh, sekarang kita ada lutut, siku, dan karate. Kita lebih kuat, jangan bimbang," katanya sinis.

Semalam wakil Dewan Ulama PAS, Nasruddin Hassan memberi amaran kepada DAP supaya tidak mencabar kesabaran anggota sayap parti itu.

"Saya rayu janganlah cabar kesabaran kami. Walaupun kami dari Dewan Ulama yang rata-ratanya memakai kopiah, serban, berjubah, tetapi ingat dalam jubah ini ada siku dan lutut yang masih kita belum guna lagi," katanya ahli parlimen Temerloh itu sambil mendapat laungan takbir daripada  perwakilan dan pemerhati.


Sumber: (http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2015/06/jangan-curah-asid-kepada-yang-nak-pergi.html)

Pertemuan dengan UMNO 'haram' bukan ketetapan PAS - Hadi Awang

Hadi bertegas akan terus melakukan apa yang wajar selagi ia tidak melanggar batas dan syariat agama. - Foto TRP/Azrol Ali

KUALA SELANGOR, 6 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa PAS akan terus mengadakan pertemuan dengan UMNO walaupun ada pihak yang tidak senang dengan pendekatan itu.

Menurut beliau, tindakan sesetengah pihak yang mempertikaikan perjumpaannya dengan UMNO adalah berdasarkan perasaan cemburu.

“Malangnya ada yang cemburu, cemburu macam isteri tak benarkan suami pergi ke pasar, tak boleh berjumpa dengan perempuan apa sahaja, nak ke pasarpun tak boleh.

“Asal jumpa dengan UMNO sahaja tak boleh, diharamkan!

“Itu bukan pendekatan kita walaupun kita berada dalam Pakatan Rakyat,” katanya dalam ucapan Penangguhan Presiden PAS pada Muktamar Tahunan Ke-61 petang ini.

Pada Mac lalu, DAP menyatakan rasa kesal terhadap Hadi ekoran menjalankan kerjasama dengan UMNO berhubung pelaksanaan hudud di Kelantan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebelum ini di dalam satu kenyataan berkata, beliau berasa kesal atas tindakan tidak jujur dan tidak bermaruah Abdul Hadi yang bekerjasama dengan UMNO untuk melanggari semangat konsensus serta dasar bersama.

Susulan daripada itu, Hadi bertegas akan terus melakukan apa yang difikirkan wajar selagi mana ia tidak melanggar batas-batas dan syariat agama.

Dalam masa yang sama, Hadi buat kesekian kalinya memberi amaran kepada pihak luar untuk tidak mencampuri urusan PAS.

Katanya, ekoran campur tangan pihak luar kepada PAS selama ini menyebabkan kepimpinan mereka tercalar dengan imej yang negatif.

“Isu kepimpinan parti. Itu urusan dalaman PAS, kita berkempen orangpun berkempen pemilihan kita.

“Kesian rakan-rakan (ahli-ahli) kita yang menjadi mangsa, tidak ada ahli-ahli PAS yang melanggar hukum Syariah, tidak ada dalam pemimpin PAS yang menolak akidah Islam, kalau mereka tolak akidah Islam mereka tak masuk PAS.

“Tapi akibat salah laku, rakan-rakan (PKR dan DAP) yang menyebabkan kepimpinan kita tercalar,” jelasnya di dalam ucapan yang sama.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/06/pertemuan-dengan-umno-haram-bukan-ketetapan-pas-hadi-awang/#ixzz3cIOWenyg
Sumber: (http://wak-labu.blogspot.com/2015/06/pertemuan-dengan-umno-haram-bukan.html)

CHAI punya pasal Ustaz Abd Ghani Samsudin pun kalah.

Ustaz Abdul Ghani Samsudin pun boleh kalah. Beliau hanya dapat  297 undi. Ustaz Nor Azli sebab ada senarai dalam list CHAI mendapat tempat  ke 18, dengan undi 544.

Seorang lagi, penulis tak pernah dengar namanya Ali Akhbar Ghulasan, memperoleh undi 596.
Hampir 80 peratus perwakilan  memilih berdasarkan senarai yang telah didapati. Purata undi  yang didapati oleh calon seperti DS Nizar, Hanipa, Khalid Samad, Dr Mujahid dan lain-lain hampir sama.


Sumber: (http://sisibukit.blogspot.com/2015/06/chai-punya-pasal-ustaz-abd-ghani.html)
Sunday, June 07, 2015
BUAT PARTI BAHARU TETAPI BUKAN JEMAAH BAHARU GANTIKAN PAS, TEGAS USTAZ HASRIZAL ABD JAMIL 

Muktamar PAS baru-baru ini memberikan mesej yang sangat jelas menolak semua golongan yang tidak sehaluan dengan 'geng ustaz'. Sangat menghina diri untuk sama-sama kalah dengan PAS2015 dalam pru nanti. Tolonglah buat parti baru. Bukan jemaah baru. Tapi parti baru. Parti Progresif Ihsan (PPI). Islam adalah pada identiti ahli dan calon.

 Pakatan Rakyat: 1. PKR = keadilan 2. PPI = ihsan 3. DAP = demokratik. DAP dan PKR boleh diajak duduk bersama untuk memperbaiki kefahaman.

 PAS selepas ini, sudah hilang maruah untuk melunaskan amanah dakwah. Hudud akan dibincangkan sebagai subjek legal, perundangan, di kalangan ahlinya, malah sebagai penambah baikan Perlembagaan Persekutuan. Bukan bahan murahan ceramah dan bahan stiker kereta "we love hudud". Bekas PAS, IKRAM, anak muda progresif boleh bersama dalam parti ini, andai mereka beraspirasikan perjuangan Pakatan Rakyat. Tarbiah biar usahanya dalam kapasiti individu.

 PPI adalah wadah politik semata-mata. 'Direction' komunikasi hanya kepada rakyat. Jangan jawab, peduli atau gelisah dengan cacian, maki hamun, label, hatta fitnah, konspirasi PAS2015.

 Kasihan rakyat. Tiada keperluan menunggu-nunggu barisan agamawan PAS2015 membuktikan apa-apa. Jika mereka kalah pun, mereka yakin itu takdir Allah untuk mereka kerana berada di jalan yang benar. Rakyat yang menolak mereka dituduh penentang kebenaran.

 Dengan kognitif sebegitu, tiada rasional yang boleh diketengahkan.

 Jangan khuatir. Pemimpin-pemimpin PAS terdahulu dari era dua profesor itu hingga ke Allahyarham TGNA, perjuangan mereka adalah perjuangan Islam yakni menegakkan keadilan dan ihsan.

 Bukan memperjuangkan parti, demi parti, atas nama parti, untuk parti. Jika dahulu, ada disebut oleh Ustaz Fadzil Noor bahawa antara ketahyulan politik Malaysia ialah orang Melayu tidak boleh hidup tanpa UMNO.

 Kini, ketahyulan kedua ialah kita tidak mungkin dapat memperjuangkan Islam tanpa PAS. Jika PRU14 tidak sempat mengukuhkan PPI, momentumnya perlu teguh menuju PRU15. Takkanlah PAS2015 hendak mewakili suara kita menjelang Wawasan 2020.

 Ya Allah bukakanlah hati pemimpin-pemimpin PAS yang ikhlas berjuang namun tersingkir itu. 

Ustaz Hasrizal Abd Jamil 
 Saifulislam.com 
■ PPI hanyalah nama spontan.


Sumber: (http://alhusseyn51.blogspot.com/2015/06/buat-parti-baharu-tetapi-bukan-jemaah.html)
Saturday, June 6, 2015
Tuan Ibrahim: Kemenangan tak diingini 
 
Timbalan Presiden PAS yang baru Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan, kemenangannya sebagai orang nombor dua dalam parti bukanlah sesuatu yang beliau harapkan.

Malah, Tuan Ibrahim berkata, beliau sebelum ini bernazar untuk melakukan sujud syukur dan menyembelih kambing sekiranya kalah dalam pemilihan jawatan timbalan presiden.

"Saya sebenarnya bernazar kalau saya kalah, saya nak buat sujud syukur dan sembelih kambing," katanya semasa berucap pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor hari ini.

Pada masa sama, Tuan Ibrahim juga terkenang kepada pesanan bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pernah menasihatinya supaya tidak menarik diri sekiranya menerima pencalonan.

"Jawatan bukan perkara yang nak direbut. Namun Allah letakkan harapan ini. Nik Aziz juga berpesan kepada saya, kalau ada pencalonan jangan tarik diri. Kalau tak menang tak apa, jangan kecewa kerana harapan perwakilan," kata Tuan Ibrahim sebak.

Sehubungan itu, selaku timbalan presiden yang baru Tuan Ibrahim menasihatkan semua ahli supaya bersama mengukuhkan parti dan jangan menganggap kekalahan dalam pemilihan sebagai "keluar rumah".

"Bukan soal meninggalkan atau keluar dri rumah tetapi kita perlu bersama membina rumah ini dan bergabung kekuatan yang ada.

"Insya-Allah mudah-mudahan PAS mampu membawa hasrat rakyat,"katanya lagi.

Sumber: (http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2015/06/tuan-ibrahim-kemenangan-tak-diingini.html)
Saturday, June 6, 2015
'Saya tidak tahu lagi, saya tidak tahu' 
 
Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau menunggu laporan rasmi daripada DAP berhubung permintaan Ketua Menteri Pulau Pinang supaya semua wakil PAS di negeri itu meletakkan jaawatan daripada agensi kerajaan negeri.

Sehingga laporan rasmi diterimanya, Abdul Hadi berkata beliau tidak dapat memberikan sebarang kenyataan mengenai permintaan Lim Guan Eng itu.

Malah Presiden PAS itu juga menjelaskan usul memutuskan hubungan dengan DAP oleh Dewan Ulama itu hanya dipersetujui di peringkat muktamar.

Katanya, usul berkenaan perlu dibawa pula ke Majlis Syura dan keputusan tidak dibuat dalam muktamar.

"Saya perlu menunggu laporan daripada rakan-rakan Pulau Pinang terlebih dahulu. Tak boleh nak buat apa-apa kenyataan sebelum mendapat kenyataan yang terperinci.

"Usul itu sebenarnya diterima untuk dibawa ke Majlis Syura dan tidak buat keputusan di dalam muktamar," katanya di sidang media selepas berakhirnya muktamar PAS tahun ini.

Abdul Hadi yang menang dalam pemilihan selepas dicabar untuk kali pertama sejak menjadi presiden berkata, usul Dewan UIama itu perlu dikaji terlebih dulu oleh Majlis Syura.

Ditanya bilakah usul mengenai memutuskan hubungan dengan DAP akan dibincangkan, Ahli Parlimen Marang itu berkata ia akan dilakukan segera.

"Seberapa segera yang dapat dilaksanakan," katanya ringkas.

Berhubung hasrat bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang ingin melepaskan semua jawatannya dalam kerajaan Pulau Pinang, Hadi hanya berkata: "Saya tak tahu lagi. Saya tak tahu," katanya ringkas.

Sumber: (http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2015/06/saya-tidak-tahu-lagi-saya-tidak-tahu.html)

JK PAS Pusat bincang segera usul tahaluf siyasi

MUHAMMAD FAIZAL
KUALA SELANGOR: Usul politik (tahaluf siyasi) yang dikemukakan Dewan Ulamak PAS Pusat dan PAS Kawasan Tumpat berhubung memutuskani hubungan dengan DAP akan dibincangkan segera di peringkat Jawatankuasa PAS Pusat.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata usul yang diterima tanpa bahas pada pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-61 yang berakhir di sini, hari ini bukannya satu keputusan.

Sebaliknya, kata beliau ia akan dibawa ke peringkat Jawatankuasa PAS Pusat serta Majlis Syura Ulamak.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucapan penangguhan pada muktamar yang berlangsung di Stadium Tertutup Kuala Selangor, petang tadi.

Usul itu, antara lain menuntut dan menggesa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak hendaklah memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP, sebaliknya kekal bersama PKR dalam Pakatan Rakyat.
Sumber: (http://wak-labu.blogspot.com/2015/06/jk-pas-pusat-bincang-segera-usul.html)

PAS Sanggup Sedia Platform Untuk Mahathir Bercakap Atas Pentas PAS.

Jangan. Jangan sesekali PAS mengulangi kesilapan lepas mereka dengan berbaik2 atau berpakat2 dengan bekas2 pemimpin BN yang ada masalah dengan pemimpin2 BN masakini. PAS akan dianggap seperti sedang melepaskan buaya yang tersepit dari kayu, selepas tersepit, kaki lembu digigitnya.
Dalam erti kata lain. JANGAN BUAT KERJA BODOH.
Biar aje kita dok tepi tengok mereka berperang dan masuk campur sikit2 bagi menambahkan bara api. Tak perlu beria2 sangat.
Tambahan pula, tidak pula Mahathir dilarang dari mengkritik Najib. Disebabkan Mahathir berhak mengkritik Najib la maka ahli2 UMNO kini berpecah kepada 3.
Pertama : Pro Mahathir.
Kedua : Pro Najib.
Ketiga : Tak pro sapa2 / playsafe / pening kepala.
So jangan la kita jadi pengalas masalah orang. Biar depa selesai sendiri. Bergaduh sesama sendiri. Baik tumpu perhatian pada masalah kita dan urusan parti kita. Sebab parti kita pun berantakan juga. Adakah PAS fikir UMNO akan bersama2 PAS menyelesaikan masalah parti kita? Atau adakah PAS fikir UMNO akan peduli tentang PAS andaikata mereka kembali kuat dan berkuasa seperti sebelum PRU ke 12? Fikir panjang la PAS oi. Mahathir walaupun kutuk Najib kaw2, tak pernah pula dia berhenti mengkritik PAS kaw2 juga.
Baca ;
PAS sudah bersedia menawarkan satu platform kepada mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bercakap selepas insiden semalam.
Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata dalam ucapan pertamanya menceritakan bagaimana Dr Mahathir diarahkan berhenti dari bercakap di hadapan para hadirin pada sesi dialog terbuka yang sepatutnya dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tuan Ibrahim berkata demikian dalam satu sesi ceramah dengan kira-kira 300 penyokong PAS di Stadium Tertutup Kuala Selangor di mana Muktamar tahunan parti itu sedang berlangsung.
“Saya kasihan Tun Mahathir. Beliau adalah pemimpin negara kita dan dia seorang lelaki tua.
“Dia tidak boleh dilayan dengan cara itu, untuk diberitahu melangkah turun dari pentas dan diiringi keluar, itu tidak perlu.
“Jika dia mahu bercakap, kami bersedia untuk membiarkan dia bercakap di atas pentas kami. Selain itu, isu-isu yang beliau bercakap itu adalah isu-isu yang menjadi kebimbangan rakyat,” katanya kepada The Rakyat Post selepas ceramah.
Tun Mahathir membuat penampilan di dialog terbuka Najib bertajuk ‘Nothing To Hide’ dengan lebih daripada 1,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hadir.
“Itu membimbangkan saya. Jika Perdana Menteri tidak selamat, bagaimana pula dengan kita yang lain?” kata Tuan Ibrahim.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman twitternya berkata polis diarahkan agar dialog tersebut dibatalkan demi ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat.
“Dialog 1MDB bersama NGO2. Demi ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat, @PDRMsia mengarahkan Dialog di atas, di PWTC KL pagi ini dibatalkan,” kata Khalid.
Dalam pada itu, ketika Dr Mahathir berucap, timbul kekecohan apabila pihak polis memintanya berhenti dan beredar dari majlis. -TRP.

Sumber: (http://www.amenoworld.net/2015/06/pas-sanggup-sedia-platform-untuk.html)

Muktamar PAS 2015: Hari terakhir yang penuh sindiran

"Sesiapa duduk di Selangor tahu betapa pentingnya tahaluf siyasi ni. Pemimpin jangan ambil mudah...wahai ulamakku ingat, memang Allah akan reda tetapi Allah hanya akan reda dengan akal yang terbit daripada pemikiran yang waras," katanya lantang. Sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS 2015 menyaksikan pentas untuk mereka meluah, mempertahan dan merasionalkan prinsip dan pendirian masing-masing.

Pemilihan parti Khamis lepas menyaksikan golongan pro Pakatan tewas teruk kepada golongan ulama yang mendominasi semua jawatan tertinggi.

Malah, semua Jawatankuasa PAS Pusat, Dewan Muslimat, Dewan Pemuda dan Dewan Ulama turut dikuasai golongan pro ulama.

Bekas timbalan presiden dan naib-naib presiden yang tewas, ketika berucap pada sesi penggulungan itu, tetap mempertahankan pegangan mereka bahawa kerjasama PAS dalam pakatan pembangkang amat penting untuk PAS mengukuhkan perjuangannya.

Ada yang merajuk, menyindir dan mahu melepaskan jawatan.

Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Mazlan Aliman, yang dilihat pemerhati politik sebagai calon tunggal pro-DAP yang menang pada pemilihan itu, turut mengumumkan untuk melepaskan jawatan AJK PAS Pusat itu.

Mohamad Sabu yang gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden, dalam ucapan penggulungan juga dilihat penuh dengan sindiran apabila menyentuh hubungan PAS dengan DAP.

Beliau turut mengumumkan untuk meletakkan jawatan sebagai anggota Lembaga Pengarah Bekalan Air Pulau Pinang dan Pengerusi Penang International Halal Hub.

"Ini saya mulakan terhadap diri saya kerana saya mematuhi resolusi ulama (Dewan Ulama PAS), nanti tak patuh orang cakap pula lawan ulama maka saya mulakan dengan diri saya dan diikuti oleh rakan-rakan lain di Pulau Pinang," katanya secara sinis.

Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat pada Rabu lepas, dalam usul tergempar meluluskan usul parti itu memutuskan hubungan dengan DAP tetapi tidak dengan pakatan rakyat.

Sementara hari terakhir Muktamar Tahunan PAS ke-61 hari ini, menerima usul itu tanpa dibahas sebaliknya akan dikaji di peringkat Majlis Syura dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Mohamad yang tewas kepada pencabarnya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilihat pro-ulama, secara sinis berkata PAS akan lebih kuat apabila bersendirian.

Secara sinis beliau mencadangkan PAS perlu bertanding semua kerusi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak sebab PAS kuat di Sarawak.

Kalangan perwakilan yang dilihat seperti pro Pakatan, turut mengambil kesempatan mempertikaikan keputusan untuk tidak membahaskan usul Dewan Ulama yang mahu memutuskan hubungan dengan DAP.

Perwakilan dari Rembau, Negeri Sembilan, Mohd Faiz Fadzil bangun selepas Pengerusi Jawatankuasa Usul, Datuk Mahfuz Omar memaklumkan bahawa usul itu tidak akan dibahaskan hari ini kerana ia usul yang sensitif dan perlu diputuskan oleh pimpinan PAS.

Mahfuz yang juga Ketua Penerangan PAS, berkata usul berkenaan perlu dibincangkan di peringkat pimpinan kerana dibimbangi ia akan menjejaskan kedudukan parti itu di Pulau Pinang dan Selangor.

Seorang lagi perwakilan dari Kota Raja, Selangor Norhalim Sirome turut mencadangkan agar usul itu dibincangkan dalam muktamar khas agar ia boleh dibahaskan kerana melihat betapa pentingnya tahaluf siyasi.

"Sesiapa duduk di Selangor tahu betapa pentingnya tahaluf siyasi ni. Pemimpin jangan ambil mudah...wahai ulamakku ingat, memang Allah akan reda tetapi Allah hanya akan reda dengan akal yang terbit daripada pemikiran yang waras," katanya lantang.

Sementara itu, Pensyarah Kanan, Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff, berkata golongan pro Pakatan memang tidak berpuas hati dengan tindakan PAS memutuskan hubungan dengan DAP.

"Persoalan sekarang ialah apa seterusnya yang akan berlaku selepas keluarnya luahan kekecewaan daripada tokoh-tokoh yang kalah ini. Umpamanya Mohamad Sabu menamatkan ucapan beliau dengan menyanyikan lagu sedih, minta pemimpin baharu menjaga PAS baik-baik," katanya.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di akhir ucapan penggulungannya, mengajak semua bersama-sama meneruskan perjuangan parti dan yakin bahawa perjuangan itu sekali pun jika terpaksa bersendirian kelak, mereka (PAS) akan tetap dirahmati Allah.
Sumber: (http://penburukonline.blogspot.com/2015/06/muktamar-pas-2015-hari-terakhir-yang.html)

Inikah ahli TOLOL yang dimaksud Haji Hadi


Ahli PAS cawangan Telok Bachok kelantan telah bertindak merobohkan markas dan membakar bendera-bendera PAS
Sumber: (http://gigitankerengga.blogspot.com/2015/06/inikah-ahli-tolol-yang-dimaksud-haji.html)

Itu bukan salah kita, kata Hadi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyalahkan 'pihak lain' di luar parti itu yang menyebabkan sesetengah pemimpinnya kalah dalam pemilihan semalam.

"Kita tak kempen (dalam) pemilihan orang (parti lain),  (tetapi) orang tolong kempen pemilihan kita,  disiarkan oleh media.

"Kesian rakan kita yang menjadi mangsa. Tidak ada pemimpin kita yang tolak hukum syariat.  Kalau tidak, dia tak boleh jadi ahli PAS," katanya dalam ucapan penggulungan di Kuala Selangor hari ini.

Menurut Abdul Hadi, 'rakan' dalam Pakatan Rakyat melakukan kesilapan sehingga menyebabkan imej sesetengah pemimpin PAS tercalar.

"Itu bukan salah kita, salah rakan kita," katanya

Menurut ahli politik dari Terengganu itu, 'calar' dialami sesetengah pemimpin PAS dalam isu hudud membawa kepada penurunan sokongan yang diberikan perwakilan terhadap mereka.

Dalam kerjasama politik dengan PKR dan DAP, Abdul Hadi mengakui parti itu berdepan dengan cabaran.

Namun, katanya, PAS tetap menunjukkan displin dan adab kerjasama tanpa mengkhianatinya, termasuk mengambil pendekatan berdamai menerusi dialog.

"Masing-masing ada ideologi, tidak ganggu akidah walaupun ideologi berbeza, dalam titik persamaan antara kita bekerjasama.

"Namun rakan, rakan menuntut dalam perkara berkaita akidah dan disiplin. Isu pelaksanaan syariat, ini isu akidah. Isu kepimpinan parti, ini isu dalaman PAS," katanya.

Sumber: (http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2015/06/itu-bukan-salah-kita-kata-hadi.html)

Saturday, 6 June 2015
WALAUPUN DISAMBUT MERIAH DI MUKTAMAR PAS KE-61 KHALID IBRAHIM MENAFIKAN BELIAU AKAN MASUK PAS. 



Tan Sri Khalid Ibrahim menafikan beliau akan menyertai Pas kerana hubungan rapatnya dengan pemimpin pro ulama.

Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, hubungan rapat itu telah terjalin semenjak beliau menjadi Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Masuk Pas? Perkara ini tiada dalam agenda saya,” jawabnya ringkas ketika ditanya desas desus itu selepas program Tahlil Perdana dan Sajian Rakyat di Pulau Indah pada Sabtu.

Beliau sebelum itu hadir sebagai pemerhati bebas di Muktamar Pas di Kuala Selangor dan disambut meriah pemimpin dan ahli Pas yang seakan-akan mengesahkan dakwaan Ahli Parlimen Bebas Bandar Tun Razak itu akan menyertai Pas.

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid berkata, perubahan kepemimpinan Pas disebabkan sikap campur tangan DAP dalam hal ehwal parti itu.

Katanya, perubahan drastik dalam Pas itu sebagai pengajaran kepada parti lain supaya tidak mencampuri urusan dalaman rakan parti lain.

Beliau bagaimanapun percaya, Pas dan DAP mampu menyelesaikan masalah antara mereka dengan baik.

Sumber: (http://omakkau.blogspot.com/2015/06/walaupun-disambut-meriah-di-muktamar.html)

Tiada ulasan: