Rabu, 10 Jun 2015

5327. Perjalanan 2. Gemas-Tanjung Malim-Freser's Hill-Kuala Lipis-Temerlong-Bahau-Gemas.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
Meja www.peceq.blogspot.com  

Mengembara bersendirian adalah antara koleksi hobi peribadi, sejak puluhan tahun dulu. Entah mengapa tiba-tiba hobi itu muncul lagi, setelah lama tidak melakukannya. Dengan mengembara dapat melingkari diri dengan KeAgongan Allah Tuhan Yang Maha Pencipta. Pencipta dan Pemilik keindahan alam. 

26. Tanjung Malim 07.00
Arah Tuju Kampung Serigala Ulu, Selangor via Hulu Bernam, Selangor.
FR: 1 - SR: B44.

Minyak masih memadai untuk pemanduan seterusnya setelah kali terakhir mengisinya di Sungai Pelik, Selangor. Beberapa minit meninggalkan Hulu Bernam, terdapat Ladang Pisang. (Jalan Negeri B44 kelihatan hampir berjajaran dengan NS Expressway.)
27. Kampung Serigala Ulu - Kampung Sekolah - Kampung Selisek.
SR: B44
28. Sempadan Selangor dengan Perak.
Menuju ke Behrang Stesen, Perak.
SR: B44 - FR: 1.
29. Behrang Stesen, Perak - Tanjung Malim, Perak.
FR: 1.
30. Tanjung Malim - Kuala Kubu Bharu, Selangor (KKB.)
FR: 1.

Stesen Timbang JPJ, Kalumpang - Ada sekatan jalan raya oleh JPJ. Alhamdulillah tiada masalah. Kuala Kubu Bharu - Rasa resah dan ragu-ragu, untuk singgah di KKB bermula. Kalau aku singgah juga, alamat semakin jauh perjalanan yang bakal aku tempuhi. Astagfirullah.
Sebenarnya banyak kenangan di Kuala Kubu Bharu. Antaranya tempat aku dibesarkan. Akhirnya aku berkeputusan singgah juga ke KKB, setelah melepasi persimpangan pertama, tadi.

Dulu pernah semasa masih belajar, persatuan pelajar yang aku ikuti mengadakan program perkemahan di sebuah Lata/Jeram di KKB. Ramai pelajar terbabit didapati menghidap demam malaria, sekembalinya ke Kuala Lumpur dari perkhemahan tersebut. Alhamdulillah aku terselamat. Salah seorang temanku telah ke Hospital berdekatan (Biarlah nama hospital itu dirahsiakan) Malangnya doktor hanya memberi ubat sakit mata. Keesokan paginya, teman sehostel itu bertepek-tepek tahi mata. Temanku dibawa ke hospital semula dan ditahan wad. Alhamdulillah semua rakan teman yang mengikuti perkhemahan tersebut selamat dan sihat walafiat setelah mendapat rawatan sewajarnya. Sampai tak cukup katil wad. Satu bas kecuali beberapa orang sahaja yang sihat (tidak dijangkiti demam malaria).

Dalam perjalanan hari ini sempat aku menoleh ke kanan, Pusat Latihan Bomba Malaysia, KKB. Terpandang menara latihan, teringat aku, bangunan itulah yang aku panjat, dulu. Senyum sendirian, terkenang kisah lalu. Waktu itu persatuan pelajar tempat aku belajar mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Latihan tersebut. Dalam lawatan itu kita orang berpeluang menaiki skylift. Pegawai Bomba mencabar siapa berani naik skylift. Apa lagi "Pucuk dicita, ulam mendatang" Aku angkat tangan menawarkan diri. Alhamdulillah sampai peringkat maksimum ketinggian, Pegawai Bomba "acah" aku "Kena turun ikut tangga" Hahaha - ramai-ramai di bawah sana bersorak. Apa lagi aku pun "acahlah juga" Angkat satu kaki konon-konon nak turun ikut tangga. Ramai-ramai jerit "Jaaaaangan!!!"
31. Universiti Pendidikan Sultan Idris dulunya Maktab Perguruan Sultan Idris dan Institut Perguruan Sultan Idris.
FR: 1.
32. Sempadan Perak dengan Selangor. Kampung Pinang - Taman Bahtera - Kampung Keliang - Kalumpang.
FR: 1.
33. Kalumpang - Kampung Gumut Tambahan.
FR: 1.
34. Kerling - Kuala Kubu Bharu.
FR: 1 - FR: 55.
Berhenti sejenak - Santai. Sempat berbual dengan pemilik FZ150 yang mengemudi pelajar berbasikal dari KKB ke Peretak yang terletak di hujung kawasan empangan. (Lihat peta di bawah)
Foto Empangan Kuala Kubu Bharu. 
Sumber foto Empangan Kuala Kubu Bharu: (Empangan+Kuala+Kubu+Bharu
Extra: 

SEJARAH EMPANGAN PECAH KUALA KUBU

Masjid Ampang Pecah merupakan satu-satunya bangunan yang terselamat dalam banjir besar yang mana keajaiban Tuhan ini dapat dilihat sekali lagi dalam peristiwa Tsunami di Acheh. 
Menara Masjid tertera Tahun 1926
Salam dan selamat sejahtera. 

Post kali ini bukan untuk memaparkan kejayaan sekolah atau aktiviti sekolah. Tetapi untuk menjelaskan bagaimana hadirnya nama Ampang Pecah di Kuala Kubu Bharu. 

Pekan Kuala Kubu telah dibuka pada kurun ke 18 oleh orang-orang Melayu yang menjalankan kegiatan melombong bijih timah. Sebuah empangan besar untuk kegunaan kerja-kerja melombong telah dibina di daerah ini. Pada 24 Oktober 1883 Empangan Kuala Kubu ini telah pecah dan menyebabkan banjir besar yang menenggelamkan seluruh pekan Kuala Kubu dan kawasan sekitarnya. 

Peristiwa Empangan Kuala Kubu yang pecah ini penting dicatatkan kerana bertolak dari peristiwa inilah lahirnya pekan Kuala Kubu Bharu yang ada sekarang. Tragedi pecahnya empangan Kuala Kubu ini juga dikenali sebagai `Sejarah Kuala Kubu' 

Akibat dari kejadian ini Kuala Kubu sebagai sebuah mukim, pekan dan pusat pentadbiran jajahan Hulu Selangor telah tenggelam. Pusat pentadbiran tersebut telah dipindahkan ke Rasa buat sementara waktu. Empangan yang roboh itu panjangnya kira-kira 1.6km dan lebarnya melebihi 91.4 meter. Ia dibuat daripada batang-batang kayu dan ditambak dengan tanah merentangi Sungai Kubu iaitu anak Sungai Selangor. 

Kejadian ini telah mengorbankan nyawa dan harta benda. Seramai 33 orang termasuk Pegawai Daerah dan Majistret berbangsa Inggeris bernama Cecil Ranking turut terkorban. Sementara 38 buah rumah hanyut dan satu-satunya mata pencarian penduduk kawasan ini iaitu mendulang bijih juga turut terjejas. Usaha-usaha untuk membangunkan semula Kuala Kubu telah dibuat pada tahun 1931 dan pekan Kuala Kubu Bharu telah dibuka dan kekal sebagai salah sebuah Pusat Pentadbiran di Hulu Selangor hingga hari ini, menggantikan Kuala Kubu Lama yang tinggal dalam kenangan. 

Begitulah wujudnya nama Ampang Pechah dan Kuala Kubu Bharu. Jika saudara/ri ingin mengetahui cerita mitos buaya putih yang besangkut paut dengan empangan pecah, silalah baca Mitos Buaya Putih Kuala Kubu dari mana-mana perpustakaan atau halaman web yang banyak menceritakan tentang mitos ini. Namun begitu sastera rakyat seperti ini sudah pasti ada banyak tokok tambah bagi menyedapkan cerita dan suasana penceritaan ketika itu. Asas mitos Buaya Putih di empangan Kuala Kubu ini ada kebenarannya namun sejauh mana jalan cerita ini diolah tiada kepastiannya. 


35. Kuala Kubu Bharu ke Empangan KKB. 
FR: 55. 

SubhanAllah. Perjalanan yang damai. Tenang dan bermulalah pemanduan pendakian merentasi Banjaran Titiwangsa, yang menjadi Tulang Belakang Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia.) Hutan Tebal di kiri kanan perjalanan. Nun jauh di bawah sana, sebelah kanan, gaung beribu-ribu meter dalamnya. Ada amaran "Tanah Runtuh" Hati teringin melihat pokok hutan belantar lima enam pemeluk lilitannya. Alhamdulillah best pemanduan "Popular" bagi aku dengan gear 3. Tidak banyak kenderaan. Tetapi perlu berwaspada. Ambil selekoh tajam pun, aku pastikan tidak "Over take" bimbang terbiasa, "Padah jadinya." Astagfirullahalazim. Terasa damai memandu. Alhamdulillah seronoknya. Sempat membaca arahan "Jangan memancing di Empangan KKB ." Aku tak kisah "Memancing" bukan hobi. Berhenti seketika di Jambatan yang merentasi Tasik Empangan Kuala Kubu Bharu. Bunyi air memecah keheningan pagi 08.45. 
36. KKB - Empangan KKB - Peretak - Sungai Chiling.
FR: 55.
37. Ke Sempadan Selangor dengan Pahang.
FR: 55.

Biasalah perjalanan di kawasan pergunungan, penuh dengan jalan yang liku-liku. Perlu adanya kemahiran dalam pemanduan. Cukup teringin di lain masa "Solo ride" dengan Superbike pula, di perjalanan ini. In Syaa Allah. Masalahnya dengan superbike ni kena tuang minyak selalu. Alhamdulillah dengan kereta, meter minyak menunjukan masih ada separuh tangki lagi, sejak diisi penuh di Sungai Pelek, Selangor., semalamnya. Alhamdulillah.
38. Tentu kepada mereka yang sudah biasa dengan jalan ini, tahu arah tujuan ke mana.
Ya Fraser's Hill. Bukit Fraser. Aku tidak pasti mengapa nama penjajah ini, masih kekal hingga ke hari ini.

FR: 55.
39. Dari pangkal ke Fraser Hill jaraknya 8 kilometer. Jalan Sehala. Jalan berliku-liku yang amat. Alhamdulillah di persimpangan masuk jalan berkenaan FR: 56., lori pengangkut tanah dan itulah satu-satunya lori besar yang aku jumpa di perjalanan, memberi laluan untuk aku mendahuluinya. Itulah nilai murni seorang pemandu lori. Alhamdulillah.

Dingin semakin rasa "Terasa" Aku turunkan tingkap semua. Memandu dengan tangan sebelah kiri - tangan kanan keluar tingkap menyapa angin dingin. Masih di Selangor. Bertemu dengan sebuah kereta berpendaftaran Johor juga. Itulah satu-satunya kereta yang terpaksa aku ekori dalam perjalanan ini.

Sabar mengekorinya sampai sudah, sambil menikmati kedinginan hawa alam Ciptaan dan Milik Allah Tuhan Yang Maha Esa. Allahu Akbar. Allah Yang Maha Besar. Allah yang menciptakan dan pemilik alam serta sekelian isinya. Alhamdulillah Ya Allah Engkau beri aku hamba-Mu berkesempatan untuk sampai di sini.

Aamiin Ya Allah.

FR: 55 - FR: 56.
40. Merentasi Sempadan Selangor dengan Pahang. Alhamdulillah selamat sampai di Fraser's Hill (Bukit Fraser - di Melayukan) 10.40 di Bulatan Menara Jam Fraser's Hill, Pahang.

Ambil kesempatan ke "Dinding Cucuk" Maybank. Sempat berbual dengan seseorang yang kelihatan jauh lebih muda dari aku. Senyum pada dia dan dia membalasnya. "Memang tinggal di sini?" Aku menyapa. "Ia" Jawabnya rengkas. "Dah lama di sini" Sambung aku lagi bertanya. "Dah lapan tahun" Jawabnya lagi. Ermm aku tanya lagi "Tak niat turun?" Astagfirullah nyesal aku tanya begitu. "Taklah, isteri saya pun sejak kecil di sini" Lega wajah isterinya mendengar jawapan suaminya. Alhamdulillah aku pun rasa lega, tidak melukakan hati sesiapa dalam perbualan ringkas itu.

Tiba gilirannya untuk mendapatkan kemudahan Autoteller, aku mempamir reaksi mempersilakan. Sebaliknya dia mempersilakan aku mendahuluinya. "Saya banyak urusan ni, abang dululah" Katanya sambil mempersilakan aku mendapatkan kemudahan berkenaan, setelah lama menunggu seorang wanita dan anak lelakinya berurusan. Nilai murni yang satu lagi aku temui di sini. Selesai berurusan, aku mempersilakannya berurusan sambil berjabat tangan dan mengucapkan Assalamualaikum.

FR: 56 - FR: 148.
41. Keluar dari Bukit Fraser. Gaya pemanduan ialah menuruni kawasan pergunungan. Gear 3 juga jadi pilihan dan sesekali turun ke gear 2. Liku-liku jalan raya yang menarik. Kalau superbike kena lebih berhati-hati. Jurang yang dalam. Gaung di bahagian kiri perjalanan pula. Di perjalanan itu aku temui dua buah kereta beriringan di hadapan ku. Alhamdulillah di laluan bersesuaian pemandu dua buah kereta memperlahankan kenderaannya untuk memberi laluan untuk aku mendahuluinya. Aku beri isyarat kanan dan melambaikan tangan tanda terima kasih kepada mereka. Seronok memandu begini, menemui orang yang cukup sopan dan santun. Berbeza memandu di bawah sana, yang penuh dengan cabaran dan memerlukan kesabaran, kecekalan bagai.

Ada pokok tumbang yang telah dikemas. Innalillahiwainnailaihirojiun ucapku kepada pokok berkenaan. Alhamdulillah Allah ingatkan aku serta permudah, tolongi dan lindungi aku di sepanjang perjalanan ini. "Assalamualaina" sentiasa aku ucap dalam dakapan pemanduanku sejak dari awal keluar rumah untuk pengembaraan ini.

Aamiin Ya Allah.

FR: 148.
42. Aku tidak pasti kerana mungkin aku tertinggal membaca papan tanda "Jalan Sehala" sewaktu menuruni dan meninggalkan Bukit Fraser. Aku cari tanda-tanda lain. Alhamdulillah tanda arah hanya untuk laluan menuruni dan tidak ada tanda arah mendaki, di bahagian kanan pemanduan. So, aku pasti "Jalan Sehala" Alhamdulillah.

FR: 148.
43. Sampai ke persimpang FR: 55 semula. Aku membeluk ke kiri, menuju ke kawasan lebih dalam lagi di Negeri Pahang. Selamat tinggal Fraser's Hill dan sempat aku menoleh "Papan Nama" besar "Fraser's Hill" dalam meneruskan lagi pengembaraan aku kali ini. Alhamdulillah.

FR: 148 - FR: 55.
Sumber Peta: (www.google.com.my/maps)
Rujukan: (ms.wikipedia.org

Tiada ulasan: