Isnin, 15 Jun 2015

5352. Pemimpin rakus, silapnya rakyat juga, mengapa memilih mereka. Rakyat turut bersubahat.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
Meja www.peceq.blogspot.com  



  • "ALANGKAH BAIKNYA JIKA PEMIMPIN NEGARA HARI INI MENYELAMI APA YANG TERTULIS DI DALAM STATUS TERBARU FB DR MAZA INI "


    Sokong 100% apa yang ditulis oleh Dr Maza ini, negara kita telah hilang keberkatan. Terlalu banyak penyelewengan dalam negara, rakyat terbiar menanggung beban daripada kesilapan pemimpin.

    Rentetan peristiwa yang tidak pernah terfikir oleh kita selama ini, kapal tangki minyak sehingga hari ini tiga telah hilang, kapal terbang dua telah kemalangan dan hilang, banjir besar yang hampir melanda di semua pelusuk negara dan yang terbaru gempa bumi yang berlaku di Sabah. Pemimpin negara pula semakin rakus dengan perbuatan mereka.

    Nak dapat berkat dari Allah bagaimana jika perkara yang kita lakukan sentiasa bercanggah dengan perlembagaan Allah, fikir-fikirkan lah.


    Monday, June 15, 2015

    Polis akan siasat Nazri... 

    Dakwa Pengkhianat ini KPN Agar Seluruh PDRM Tidak Di Caci Rakyat - suarakami

    Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan polis akan menyiasat Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz mengikut Akta Hasutan 1948 kerana memberi amaran kepada Putera Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim. 

    Khalid berkata laporan polis sudah dibuat ke atas Nazri dan beliau disiasat keranamemberi amaran kepada Tunku Ismail agar menjauhi politik. 

    "Ya, kami akan menyiasat di bawah Akta Hasutan," kata Khalid. Beliau berkata polis juga akan mengambil kenyataan Nazri tidak lama lagi. Nazri pada Sabtu memberi amaran kepada Tunku Ismail supaya menjauhi politik jika tidak mahu "dibelasah" apabila mengkritik Najib yang tidak muncul dalam program "Nothing To Hide" bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu. 

    “Saya rasa beliau harus menjauhkan diri daripada politik. Jika tidak, beliau juga akan dapat benda yang sama. Kita akan whack (belasah secara lisan) beliau,” menurut The Star Online. 

    Tunku Ismail pada 5 Jun lalu memuat naik status di laman Facebook “Johor Southern Tigers” membidas Najib tidak muncul di khalayak umum menjawab persoalan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana mahu menyembunyikan banyak perkara. 

    Komen itu dimuat naik baginda beberapa jam selepas forum yang dianjurkan SukaGuam itu dibatalkan oleh polis atas faktor keselamatan. 

    Tunku Ismail di laman Facebook Johor Southern Tigers berkata: “Macam mana boleh adakan dialog dipanggil Nothing2Hide yang menampilkan seorang yang banyak perlu disembunyikan? Memanglah dia tak akan muncul.”‎ 

    Tulisan Tunku Ismail juga mengatakan mereka yang diamanahkan dengan tanggung jawab tidak patut menyalahkan rakyat kerana kehilangan kepercayaan umum. 

    “Mereka yang diamanahkan dengan tanggungjawab, jangan salahkan rakyat kerana hilang kepercayaan denganmu, tetapi fikirkan mengapa mereka tidak percayakan kamu lagi.” 

    Sumber: atsixty-zakriali.blogspot.com
    MY Dashboard.
    IP
    s3v3n

    s3v3n

Test

Tiada ulasan: