Google+ Badge

Isnin, 15 Jun 2015

5355. Pembunuhan kejam abad silam.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
Meja www.peceq.blogspot.com  



  • 10 Kisah Pembunuhan Paling Terkenal Dalam Sejarah 

    Terdapat pelbagai peristiwa mengejutkan yang terjadi dalam sejarah. Sebagai contoh, pada 22 November 1963, presiden Amerika Syarikat (AS) yang masih muda iaitu John F. Kennedy (JFK) sedang menaiki kereta di Dealey Plaza, Dallas, Texas. Hari itu seperti hari indah yang lain dan harapan orang ramai menggunung tinggi. Hanya sesaat, peluru menembusi kepala JFK dan isterinya, Jackie merangkak atas kereta untuk mengaut cebisan otak suaminya dalam keadaan terpempan.
    JFK telah ditembak mati. Set gambar kali ini merakamkan detik-detik vital selepas berlakunya pembunuhan terkenal yang tidak dijangka dalam sejarah.  

    1. Martin Luther King: ditembak mati pada 4 April 1968 oleh James Earl Ray. Dia merupakan seorang aktivis, penceramah dan pemimpin terkenal untuk hak asasi rakyat Afrika Amerika dan pemenang anugerah Nobel untuk keamanan yang dikenali kerana pendekatan memperjuangkan hak asasi melalui kepatuhan undang-undang. Dia dibunuh di Motel Lorraine di Memphis, Tennessee pada usia 39 tahun. 
    2. Presiden AS, John F. Kennedy: ditembak mati pada 22 November 1963 oleh Lee Harvey Oswald. JFK merupakan presiden AS yang ke 35, terbunuh pada 12.30 tengahari di Dealey Plaza, Dallas, Texas. Pembunuhnya telah dibunuh pula oleh orang lain sebelum perbicaraan. Terdapat pelbagai teori konspirasi muncul selepas itu yang ini ialah tindakan bagi menyembunyikan sesuatu. 
    3. Lee Harvey Oswald: dibunuh pada 24 November 1963 oleh Jack Ruby. Menurut lima siasatan rasmi, Oswald ialah penembak jarak jauh yang telah membunuh JFK dua hari sebelumnya. 
    4. Malcolm X: dibunuh pada 21 Februari 1965 oleh Norman Butler, Thomas Johnson dan Talmadge Hayer. Malcolm ialah seorang Muslim bangsa Afrika-Amerika yang seorang aktivis hak asasi manusia. Kepada pengikutnya, dia ialah seorang calon yang berani dalam memperjuangkan hak kulit hitam, seorang individu yang mengecam jenayah yang dilakukan oleh kulit putih kepada kulit hitam. Namun, ada yang menganggap Malcolm menggalakkan rasisme dan keganasan. Dia dianggap antara tokoh Afrika-Amerika paling berpengaruh dalam sejarah. 
    5. Robert F. Kennedy: dibunuh pada 5 Jun 1968 oleh Sirhan Sirhan. Dia ialah abang kepada JFK dan dibunuh selepas tengah malam di Los Angeles, California sewaktu berkempen untuk pilihanraya Presiden AS bagi tahun 1968. 
    6. George Lincoln Rockwell: dibunuh pada 25 Ogos 1967 oleh John Patler. Rockwell ialah pengasas Parti Nazi Amerika dan merupakan seorang tokoh pergerakan Neo-Nazi di AS. Tulisan dan pegangannya masih berpengaruh kepada nasionalis kulit putih dan Neo Nazi. 
    7. Anwar Sadat: dibunuh pada 6 Oktober 1981 oleh Khalid Islambouli. Pembunuhan Anwar Sadat, Presiden Mesir itu berlaku semasa perarakan tahunan untuk memperingati kejayaan Tentera Mesir menyeberangi Terusan Suez. 
    8. Inejiro Anasuma: dibunuh pada 12 Oktober 1960 oleh Otoya Yamaguchi. Anasuma ialah seorang ahli politik Jepun dan pemimpin Parti Sosialis Jepun. Merupakan seorang pemidato yang hebat, yang merupakan seorang penyokong Parti Komunis China dan Sosialisme. Yamaguchi yang hanya berusia 17 tahun, telah membunuh diri dalam penjara selepas seminggu membunuh Anasuma. Dia sempat mengikrarkan taat setia pada Maharaja Jepun melalui tulisan pada dinding penjara. 
    9. Park Chung-hee: Park ialah Presiden Korea Selatan, dibunuh pada 25 Oktober 1979 oleh Kim Jae-Kyu sewaktu makan malam di bangunan Agensi Risikan Pusat Korea (KCIA) dalam Blue House (kediaman rasmi presiden Korea) di Gungjeong-dong, Seoul. Kim Jae-kyu pula ialah Pengarah KCIA dan ketua pengawal Park. Park ditembak di dada dan kepala dan mati hampir serta merta. Empat pengawal peribadi presiden dan pemandu keretanya turut dibunuh. 
    10. Nicolae Ceausescu dan isteri: ditembak mati oleh pasukan tentera pada 25 Disember 1989 selepas digulingkan. Ceausescu ialah ahli politik Komunis Romania dan merupakan Ketua Setiausaha Parti dari tahun 1965 hingga 1989 dan merupakan Pemimpin Komunis terakhir Romania.
    MY Dashboard.
    IP
    s3v3n

    s3v3n

Test

Tiada ulasan: