Khamis, 18 Jun 2015

5378. Adapun yang menang.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
“Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

 

 “”
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
 •
“”

  • Memang TOLOL Jika Percaya UMNO Sokong Hudud

    Putrajaya enggan berikan komitmen sokong hudud PAS 

    Putrajaya enggan menyatakan pendirian mereka tentang pelaksanaan hudud di Kelantan selepas Rang Undang-undang Persendirian presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Mahkamah Syariah muncul dalam kertas arahan Parlimen semalam. 
    "Itu bukan pendirian kerajaan. Jerai akan memberikan jawapan tentang pendirian kami," kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim merujuk kepada rakannya Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

    Shahidan menjawab soalan Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang menyimpulkan Putrajaya tidak mahu menyokong undang-undang jenayah Islam selepas mendapatkan penjelasan daripada Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengapa usul itu hanya muncul dalam Kertas Arahan semalam walaupun sudah dihantar beberapa minggu lalu.

    Pandikar meningatkan Mahfuz beliau pernah bermesyuarat dengannya bersama Hadi, dan Ahli Parlimen Kota Baru Datuk Takiyuddin Hassan di pejabatnya, dan sudah memberikan pendiriannya berhubung isu hudud.

    "Oleh kerana anda bertanya, usul dibawa Marang memenuhi syarat-syarat untuk Standing Order dan sebab itulah saya masukkan dalam kertas arahan," katanya merujuk kepada Hadi.

    "Akan tetapi Standing Order juga mengatakan urusan kerajaan perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum ianya boleh didebatkan, kecuali diusulkan kerajaan sendiri."

    Mahfuz kemudiannya berterima kasih kepada Pandikar kerana memberi jawapan kerajaan tidak bersedia menyokong rang undang-undang tersebut, menyebabkan Pandikar marah.

    "Saya tidak cakap itu, itu tafsiran Yang Berhormat, jangan heret saya ke dalam agenda politik Yang Berhormat," katanya.

    Rang undang-undang diusulkan Hadi berada dalam senarai untuk didebatkan di sidang Dewan Rakyat yang berakhir hari ini.

    Tidak kelihatan peluang ia didebatkan kerana masih terdapat 11 rang undang-undang kerajaan termasuk 14 lagi usul daripada ahli Parlimen.

    Mengikut konvensyen, urusan kerajaan perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum rang undang-undang lain diberikan laluan. – TMI 


    Hadi kena main dengan Umno isu hudud, kata Kit Siang

    DAP berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini dipermainkan Umno apabila usahanya membawa rang undang-undang persendirian hudud ke Parlimen tidak mendapat sokongan parti Melayu itu.

    Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, sama ada Umno tidak mempunyai niat atau kebolehan bagi menunjukkan sokongan di peringkat Parlimen, 48 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Sabah dan Sarawak tidak akan digunakan untuk tujuan itu.

    "Kemunculan rang undang-undang persendirian melaksanakan hudud dalam aturan mesyuarat Parlimen dua hari lalu menunjukkan Hadi diberi ganjaran kerana menukar arah politik di mana Umno sangat dihormati manakala DAP disetankan dengan bahasa kasar di muktamar.

    "48 ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak bukan saja mengundang risiko kepada Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri tetapi survival perpaduan di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini berkata Putrajaya enggan menyatakan pendirian mereka tentang pelaksanaan Hudud di Kelantan selepas Rang Undang-undang Persendirian itu muncul dalam aturan mesyuarat.

    "Itu bukan pendirian kerajaan. Jerai akan memberikan jawapan tentang pendirian kami," katanya merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

    Shahidan menjawab soalan Ketua Whip PAS, Datuk Mahfuz Omar yang menyimpulkan Putrajaya tidak mahu menyokong undang-undang jenayah Islam selepas mendapatkan penjelasan daripada Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengapa usul itu hanya muncul dalam Kertas Arahan semalam walaupun sudah dihantar beberapa minggu lalu.

    Lim berkata walaupun Pakatan Rakyat (PR) sudah berakhir, DAP akan meneruskan kerjasama dengan parti politik yang mempunyai prinsip merealisasikan "impian Malaysia".

    Katanya, tiada apa yang perlu disedihkan dengan ketiadaan PR kerana impian Malaysia seperti perpaduan, keadilan dan maruah perlu direalisasikan.

    "Kami di DAP tidak akan bekerjasama dengan pemimpin PAS yang melanggar Dasar Bersama PR.

    "Tetapi kami bersedia bekerja dengan entiti politik dan rakyat yang komited kepada dasar Dasar Bersama termasuk ahli PAS di pelbagai peringkat yang tidak menolak atau meninggalkan Dasar Bersama PR," katanya. 
    -TMI

    Mahfuz berang 'pemainan hudud' Putrajaya


    'Kemunafikan politik, Umno enggan sokong hudud PAS'

    ULASAN GB

    Hari itu haji Hadi mengucapkan perkataan TOLOL kepada sebilangan ahli PAS yang kononnya mahu berpecah. Sekarang ucapan TOLOL itu kembali kepada si penuturnya iaitu Haji Hadi sendiri. Dua kali Private Bill disenaraikan kedua-dua kali tidak dapat dibentangkan. Tidakkah TOLOL namanya jika masih mempercayai UMNO sokong Hudud? Lim Kit Siang pun tahu PAS telah berjaya ditipu oleh UMNO. 

    Yang menambahkan tololnya lagi ialah Pihak Parlimen meletakkan aturan mesyuarat yang melibatkan Private Bill di atas meja ahli-ahli Dewan Rakyat. Kononnya Private Bill itu akan dibentangkan oleh YB Marang, sedangkan YB Marang tidak berada di dalam negara, dia masih berada di Jepun. Bukankah itu TOLOL berganda namanya? Haji Hadi seolah-olah mempermainkan Umat Islam di negara ini, hantar Private Bill tetapi beliau sendiri terbang ke luar negara semasa Palimen bersidang. Ponteng lagi. Tak berdosakah jika tidak menunaikan amanah sebagai seorang ahli parlimen? 

    Satu lagi hal, yang bangun mempertikaikan isu tersebut ialah Mahfuz Omar, MP Pokok Sena yang kalah dalam pemilihan Muktamar yang lalu. Adapun yang menang dari kalangan PASUG seperti Idris Ahmad, Nasruddin Hassan Tantawi, Nik Abduh dan lain-lain membisu. Berdegar-degar Di luar Parlimen mengenai Hudud tetapi jadi tikus mondok dalam Parlimen, terus membisu dan tak tahu nak mendebatkan isu. Inilah KETOLOLOLAN maha hebat kumpulan ulama PAS dalam Parlimen. 

    Demikianlah berjalannya hukum kebenaran dan Keadilan, kini Allah dedahkan siapa SI TOLOL yang sebenarnya.

    My Dashboard. 
    IP
    s3v3n

    s3v3n

Test

Tiada ulasan: