Jumaat, 19 Jun 2015

5387. Johor.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
“Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
 •

Johor. 

Realisasi JOHORE. 

Singapura. 


Ingat jangan menghina dan mencelakakan serta mengaibkan bila bertutur dan berhujah. 

  • Catatan dari : 

    DARUL EHSAN TODAY

    "Ramai Barua DAP Tewas Dalam Pemilihan PAS Tahun Ini"

    Johor Ugut Untuk Keluar Dari Malaysia Kerana Keadaan Politik Semakin Tenat?

    Isnin lalu, laman Facebook Harimau Selatan memuat naik sebuah info mengenai negeri Johor yang memetik perjanjian antara Kerajaan Johor dengan Kerajaan British yang dinamakan Perjanjian Setia 1885.
    Tahukah Anda?Almarhum Sultan Abu Bakar telah menandatangani satu perjanjian antara Kerajaan Johor dengan Kerajaan...
    Posted by Harimau Selatan on Sunday, June 14, 2015
    Ekoran itu, segelintir besar netizen yang berasal dari Johor pula menyuarakan untuk keluar dari Malaysia. 

    "Kita buat negara sendiri lagi bagus. Politik negara semakin tenat. Tempiasnya dapat kat kita semua," - Ramli Nin. 

    Tindakan pengendali laman Harimau Selatan memuat naik info berkenaan didakwa netizen sebagai ugutan kepada Kerajaan Malaysia berikutan perbalahan di antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz dengan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ).

    Datuk Seri Nazri minggu lalu memberikan amaran agar TMJ tidak mencampuri urusan politik atau dibelasah jika berbuat demikian. Namun, dengan sinisnya TMJ membalas,

    "Ramai orang di Putrajaya nak belasah saya,".

    Perbalahan ini sepatutnya berakhir apabila TMJ menegur menteri berkenaan melalui 'Mesej Untuk Rakyat Malaysia'. 

    Namun kedegilan Nazri pula mahu memanjangkan hal ini dengan membalas kenyataan TMJ.
    Ditulis Oleh 

    (johor-ugut-untuk-keluar-dari-malaysia)

    [JANGAN KELIRU] Perjanjian 'Johor boleh keluar Malaysia' SUDAH TERBATAL selepas merdeka - pakar. 

    "Benda ini semua sudah tutup buku, Kuasa Raja-raja Melayu sudah dimasukkan di dalam Perlembagaan. Bagaimanapun,  Kerajaan Persekutuan kena hormat undang-undang Johor. Kuasa raja kekal dan Kerajaan Pusat tidak boleh campur tangan."
    KUALA LUMPUR: Kandungan perjanjian bersama Persekutuan Tanah Melayu yang menyentuh isu hak mutlak Kerajaan Johor yang memungkinkan negeri itu keluar dari Malaysia dianggap terbatal selepas negara mencapai kemerdekaan.

    Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, perjanjian itu dan banyak lagi dokumen termasuk pada zaman negara dijajah British dikira terbatal dengan sendiri selepas 31 Ogos 1957.

    "Benda ini semua sudah tutup buku, Kuasa Raja-raja Melayu sudah dimasukkan di dalam Perlembagaan.

    "Bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan kena hormat undang-undang Johor. Kuasa raja kekal dan Kerajaan Pusat tidak boleh campur tangan.

    "Namun untuk isu Johor keluar Malaysia rasanya tidak timbul lagi. Jika boleh, ia pasti memakan masa dan proses yang amat panjang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


    Dr Ramlah mengulas catatan di akaun Instagram Tunku Idris Sultan Ibrahim berkaitan perjanjian bersama dengan Persekutuan Tanah Melayu. 

    Catatan itu turut menyebut bahawa Johor telah bersetuju menandatangani perjanjian 1946 itu dengan mengenakan beberapa syarat. 

    "Sekiranya mana-mana daripada syarat-syarat tersebut dilanggar, maka terkeluarlah Johor daripada Malaysia," jelas tulisan itu.

    Syarat itu turut menyebut, Islam menjadi agama negeri, air dan tanah negeri menjadi hak mutlak Johor serta askar timbalan setia tidak boleh dibubarkan.

    Selain itu, perlembagaan negeri Johor juga tidak boleh diusik dan kuasanya terletak pada tangan Sultan.

    Tulisan itu juga menyatakan, Johor dikenali sebagai negeri yang merdeka dan berdaulat ketika menandatangani Perjanjian Setia 1885 dengan British.

    Dalam pada itu, jelas Dr Ramlah, di dalam sistem kerajaan negeri, Sultan Ibrahim merupakan pemerintah tertinggi dan kuasa pentadbiran harian diserahkan kepada pembesar yang dilantik.

    Dr Ramlah turut merujuk beberapa insiden melibatkan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz yang tidak mempedulikan amaran Tunku Ismail Sultan Ibrahim, malahan menuduh Tengku Mahkota Johor itu bersalah dalam 'krisis' panas di antara mereka.

    "Nazri seharusnya lebih teliti, tidak payah cabar mencabar seperti apa yang berlaku kini. 

    "Dia kena ingat kuasa pemimpin politik tertakluk kepada Sultan. Malu kita tengok perselisihan begini," ujarnya.

    Tengku Mahkota Johor, Brigadier Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebelum ini dilaporkan memuat naik satu status berkaitan #Nothing2Hide di laman Facebook Johor Southern Tigers, dengan menyatakan baginda tidak terkejut apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak hadir pada majlis berkenaan. 

    Status itu mengundang teguran daripada Nazri yang 'menasihatkan' Tunku Ismail agar menjauhkan diri daripada politik.

    (jangan-keliru-perjanjian-johor-boleh-keluar-malaysia-sudah-terbatal-selepas-merdeka)

    Johor Boleh Keluar Malaysia?

    Ketika Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertelagah dengan seorang menteri, adindanya Tunku Idris pula memuat naik tulisan berkaitan perjanjian bersama dengan Persekutuan Tanah Melayu.
    Perjanjian itu, dalam status di Instragram pada Ahad itu, antaranya menyebut Johor setuju menandatangani perjanjian 1946 itu dengan mengenakan beberapa syarat.
    “Sekiranya mana-mana daripada syarat-syarat tersebut dilanggar, maka terkeluarlah Johor daripada Malaysia,” menurut tulisan dimuat naik itu.
    Syarat-syarat itu, menurut tulisan itu, Islam menjadi agama negeri, air dan tanah negeri menjadi hak mutlak Johor serta askar timbalan setia tidak boleh dibubarkan.
    Selain itu, perlembagaan negeri Johor tidak boleh diusik dan kuasanya terletak pada tangan sultan.
    Tulisan itu juga menyebut, Johor dikenali sebagai negeri yang merdeka dan berdaulat ketika menandatangani Perjanjian Setia 1885 dengan British.
    Tiada sebarang status dimuat naik oleh Tunku Idris selain gambar butiran perjanjian itu.
    Mengulas perkara itu, pengguna maya menyentuh pelbagai isu daripada kemungkinan Johor keluar Malaysia dan ada juga yang berharap baginda dapat bertenang.
    Rakyat Johor semalam berkumpul di Johor Bahru bagi menyatakan sokongan terhadap kerabat istana setelah menteri pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz menyelar Tunku Ismail.
    Nazri antaranya berkata baginda tidak harus campur tangan dalam hal politik atau bersedia untuk ‘dibelasah’.
    Tunku Ismail sebelum itu mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana tidak hadir dalam dialog terus terang Notihing2Hide bersama NGO yang disertai Tun Dr Mahathir Mohamad.
    Najib mengambil tindakan itu setelah dinasihatkan polis dengan mengambil kira faktor keselamatan.
    Sumber: (babab.net)
    (johor-boleh-keluar-malaysia)
    Pahang. 
    Catatan: Dari kisah dibawah terdapat komen menyatakan catatan sejarahnya tidak tepat, tetapi tidak menghurai lebih lanjut ketepatan sejarah yang dia tahu. Begitulah adat manusia "Pencacat"

    Monday, July 16, 2012 

    Kenapa Pahang Negeri Besar Tetapi Rakyat Tidak Ramai?

    Sebenarnya dulu negeri Pahang lebih besar dari yang ada sekarang. Empayar Srivijaya hingga Empayar Majapahit telah menjadikan negeri Pahang sangat besar.

    Negeri Pahang merangkumi selatan Semenanjung Tanah Melayu hingga ke utara. Empayar Majapahit merujuk Semenanjung Tanah Melayu sebagai Pahang.

    Dengan saiz negeri Pahang yang ada sekarang kenapa Pahang negeri besar tetapi rakyat tidak ramai?

    Sedangkan dulu semasa pengangkutan utama ialah sungai sudah tentu Pahang dengan Sungai Pahang yang kaya dengan anak-anak sungai merupakan 'super highway' orang zaman dulu. Logiknya mesti Pahang negeri ramai penduduk.

    Siapa yang boleh menjawap persoalan yang WZWH bangkit ini?  Penduduk negeri Pahang tidak ramai hingga Almarhum Tun Razak terpaksa mengimport peneroka dari negeri lain datang bermastautin di Pahang.

    Menjawap persoalan ini kita kena kaji sejarah negeri Pahang.

    Selepas Empayar Srivijaya runtuh sekitar 1000, Pahang bersilih ganti dijajah oleh Majapahit, Siam dan Kesultanan Melaka. Pahang direbut oleh Portugis, Belanda, Johor dan Acheh pada abad ke 16.

    Pada masa inilah hampir semua penduduk Pahang dibunuh, terbunuh dan dijadikan hamba. Raja Pahang dibunuh dan ekonomi Pahang hancur musnah. Tiada orang mahu tinggal di Pahang menyebabkan migrasi besar-besaran ke negeri lain.

    Selepas kejatuhan Acheh pada pertengahan abad ke 17, Pahang dibawah pemerintahan Johor. Namun Sultan Pahang dari keturunan Melaka dan Dinasti Bendahara Johor telah memerintah Pahang berkesinambungan sejak 1470 hingga lama-kelamaan beransur Pahang menjadi autonomi.

    Bila Empayar Johor musnah dengan kehilangan Riau-Lingga, Dinasti Temenggung Johor telah MOU dengan Dinasti Bendahara Pahang bagi persefahaman, pengiktirafan dan perlindungan negeri Johor dan Pahang, hak Temenggung dan keturunannya memerintah Johor serta hak Bendahara dan keturunannya memerintah Pahang.

    Akhirnya tinggalan Empayar Johor menjadikan Johor dan Pahang sebagai negeri yang bebas dan merdeka.

    Lagi sekali peperangan saudara antara Tun (Wan)  Mutahir dan Tun (Wan) Ahmad berebut jawatan Bendahara Pahang dari 1858 hingga 1863 membuatkan negeri Pahang huru hara.

    Rakyat Pahang kena membuat pilihan:

    • Menyokong Bendahara Tun Mutahir
    • Menyokong Wan Ahmad
    • Berkecuali 
    • Meninggalkan negeri Pahang buat selama-lamanya

    Pertaruhan dan perjudian politik yang besar. High risk high return. Betul sokong senang, bertambah kedudukan pangkat dan kuasa.

    Tidak betul sokong musnah pelaburan dan harapan serta hilang kedudukan, pangkat dan kuasa.

    Ahli politik Pahang masa itu termasuk Kerabat dan Pembesar-Pembesar Pahang 4,8,16,32 kena pandai baca  politik.

    Walau tiada blog masa itu orang Pahang mudah juga baca politik.  Orang Pahang tengok bagaimana sokongan rakyat Ulu Pahang dahulu dari Sungai Tembeling dan Sungai Jelai. Kemudian sentimen itu menghilir Sungai Pahang hingga ke Kuala Pahang.

    Bila orang Tembeling dan Jelai bersatu maka maralah semua rakyat Pahang membawa perubahan politik order baru Pahang.

    Peperangan berakhir bila Wan Ahmad memenangi dan diistihar Sultan Pahang yang pertama dari keturunan Raja Bendahara Pahang.

    Tetapi tidak lama untuk berkuasa secara absolute monarchy kerana British memaksa Pahang menerima seorang Residen British.

    Akhirnya Tok Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan para pahlawan Pahang bangkit kembali berperang  gerila dengan British yang menyebabkan British kerugian besar hingga Pahang tenat kewangannya muflis!

    Semua kerugian kena ditanggung oleh Sultan Wan Ahmad!

    Maka kita dapat lihat dari sejarah bahawa sebab politik lah, ketidakstabilan politik, campurtangan pihak asing, peperangan sesama kita menyebabkan ekonomi Pahang hancur dan rakyat Pahang sengsara lalu ramai berhijrah ke negeri-negeri lain.

    Itu sebab kenapa rakyat Pahang tidak ramai terpaksa import rakyat dari negeri-negeri lain.

    Bagaimana mahu menambah rakyat Pahang sedangkan negeri Pahang ini luas?
    Maka itu terpulang kepada pemimpin UMNO dan BN memikirkannya bagaimana dan kenapa Pahang negeri besar tetapi rakyat tidak ramai? 

    Ulasan (Foto)




    Sumber:
    (wzwh.blogspot.com)











    My Dashboard. 
    IP
    s3v3n

    s3v3n

    Awas untuk kaki carut ...denda atau di usir keluar dari UAE

    Written By diari berbicara on 18 Jun 2015 | 8:12 PG

    MENJELANG Ramadhan ini, Emirah Arab Bersatu (UAE) telah melaksanakan satu undang-undang baru di mana rakyat mereka akan dikenakan denda sekiranya mencarut di dalam aplikasi permesejan Whatsapp.

    Denda sehingga Dh250,000 (RM255,000) bakal dikenakan jika seorang individu didapati bersalah dan sekiranya bukan merupakan warganegara UAE, individu tersebut akan diusir keluar dari negara timur tengah itu.

    Undang-undang baru ini digubal selepas berlakunya kes seorang warga UAE dikenakan hukuman denda Dh3000 kerana mencarut menggunakan aplikasi pemesejan WhatsApp.

    Pihak pendakwaraya merayu kepada hakim bahawa hukuman denda yang dikenakan tidak cukup tinggi bagi mengelakkan kejadian mencarut di atas talian seperti ini dilakukan di masa hadapan.

    Hukuman mencecah suku juta Rigggit ini diharap dapat membuatkan penduduk UAE untuk befikir dua kali sebelum menggunakan kata-kata kesat di atas talian. 


    Tiada isian: Johor tidak boleh keluar Malaysia – bekas peguam - on THURSDAY, JUNE 18, 2015


    SIAPA AGAKNYA INDIVIDU YANG BERTANGGJUNG JAWAB MENJUAL NOMBOR PENDAFTARAN KENDERAAN NEGERI JOHOR (ANTIK) MILIK KELUARGA DI RAJA JOHOR KEPADA BANGSA LAIN. 

Tiada ulasan: