Sabtu, 20 Jun 2015

5402. Hindari sikap dusta.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
“Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

In Syaa Allah bila bertelagah, tindakan SABAR dan DIAM kerana Allah itu "jitu sejahtera" Maha Agung, Maha Hebat, Maha Adil, Perancangan Allah dan Rencana Allah. 

Masing-masing sudah Allah beri kedewasaan dan Allah beri sempat tua, pun sudah. Gigi dah berterabur, rambut sudah memudar warna, jalan kaki pun sudah goyah, kulit wajah pun sudah tampak liang liuk kelesuan.  

"Kubur kata welcome-Rumah kata go" 

 “”
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
 •
“”

Friday, June 19, 2015


Ulama PAS tidak kesal putus hubungan dengan DAP Dicatat oleh ustazcyber

Zack Ahmad's photo. Dewan Ulama PAS tidak pernah kesal selepas usulnya memutuskan hubungan dengan DAP diluluskan pada Muktamar Tahun ke-61 parti itu, kata ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed. 

Mahfodz berkata, mereka sudah sedia maklum akan akibat usul tersebut sejak awal lagi. 
 
"Bagi saya, tiada patah balik, tiada pusingan-U kerana dengan kronologi yang dibuat PKR dan DAP kepada PAS, selama ini kita sabar, tak jawab kasar-kasar,” kata Mahfodz dalam wawancara bersama The Malaysian Insider di Johor baru-baru ini. 

"Tetapi apabila kita dah buat (keputusan) di Muktamar memang tak akan berlaku pusingan-U. Kita dah memikirkan, akibatnya kita dah tahu," katanya. 

Beliau mengulas kedudukan terkini Pakatan Rakyat (PR) selepas DAP, disusuli PKR, mengumumkan gabungan itu kini "berkubur" 

Menurut Mahfodz, PAS juga tidak kesal dengan kerjasama politik yang terjalin di antara parti itu dengan DAP selama ini. 

"Kita bertahaluf ini tidak ada yang rugi, selalu untung. Dengan Umno pun kita untung juga, kita boleh sampai ke kawasan Felda. "Dengan PR kita dapat menguasai Kelantan dan dengan Tahaluf Siyasi, Alhamdulillah, hasilnya ada," katanya. Usul memutuskan hubungan dengan DAP dicadangkan Dewan Ulama PAS dan dipersetujui sehingga mendatangkan kemarahan beberapa perwakilan akar umbi. 

Pemimpin PAS bagaimanapun berkata usul itu tidak mewakili keputusan muktamad, kerana masih perlu diputuskan Majlis Syura Ulama parti itu. Namun, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kemudiannya mengatakan bersedia menerima peletakan jawatan wakil PAS dalam kerajaan negeri Pulau Pinang. 

Sekurang-kurangnya 5 ahli sudah berbuat demikian, termasuk dari kumpulan progresif PAS Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan bekas timbalan presiden, Mohamad Sabu. DAP kemudian mengisytiharkan PR sudah berakhir pada mesyuarat jawatankuasa eksekutifnya Isnin lalu. 

Bagaimanapun, Lim semalam berkata satu-satunya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS, Datuk Salleh Man, masih sebahagian daripada kerajaan negeri Pulau Pinang. 

PKR juga menganggap PR sudah tidak berfungsi secara formal dan merakam kekesalan mereka dengan keputusan DAP dan PAS. Bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa 3 parti yang sebelum ini dikenali sebagai PR agar terus menjadikan Dasar Bersama sebagai panduan dalam mentadbir negeri mereka. 

Menurutnya, ini kerana secara hakikatnya, PR masih wujud walaupun secara formal ia tiada. "Saya ingin menggesa rakan-rakan untuk menumpukan sepenuh perhatian menjadikan kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan yang menunjukkan kepedulian terhadap masalah rakyat berdasarkan Dasar Bersama PR," katanya dalam kenyataan menerusi Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah, yang bertemunya di mahkamah semalam. – 

TMI 19 Jun, 2015.

Sumber:
(atsixty-zakriali.blogspot.com)
  • Sultan Perak Pula Tegur Najib Terlalu Bergantung Pada Hutang...

    Terlalu bergantung kepada hutang merupakan satu daripada antara banyak cabaran yang dihadapi amalan sekarang yang menjadi halangan serius untuk mencapai kemapanan, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

    Baginda bertitah perlu untuk mengenal pasti terlebih dahulu dan memahami cabaran seumpama itu dalam merangka strategi untuk mentransformasikan modal sistem kewangan sekarang kepada yang memudahkan pertumbuhan ekonomi di samping memastikan kemapanan.

    Sultan Nazrin Shah bertitah demikian dalam ucapan baginda yang bertajuk 'Mencari Kemapanan: Peranan Kewangan Islam dalam Perubahan Transformasi" pada Persidangan Meja Bulat SC-OCIS Ke-6 mengenai Kewangan Islam di Ditchley Park, Oxfordshire.

    Teks ucapan baginda dikeluarkan kepada Bernama.

    Memetik Pertubuhan Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi (OECD), Sultan Nazrin Shah bertitah "Paras hutang tinggi boleh mewujudkan kelemahan, yang meluaskan dan menyebarkan kejutan harga aset dan makroekonomi." 

    Ia juga "menghalang keupayaan isi rumah dan perusahaan kepada penggunaan dan pelaburan yang lancar dan kepada kerajaan untuk mengurangkan kejutan yang teruk," titah baginda.

    Baginda bertitah kesan hutang memburukkan lagi impak negatif ke atas pasaran kewangan dan ekonomi semasa tempoh kegawatan. 

    "Terlalu bergantung kepada hutang mungkin akan menyebabkan gangguan teruk kepada pasaran serta kepada kestabilan sosio-ekonomi dan justeru itu perlu ditangani sekiranya kita mahu mencapai kemapanan yang lebih baik dalam sistem kewangan.  

    "Kebimbangan berkenaan dengan hutang menyokong pandangan Islam bahawa hutang amat tidak digalakkan dan model atau kontrak berasaskan ekuiti adalah pilihan kerana ia selaras dengan Maqasid al Syariah atau objektif Syariah," titah baginda.

    Sultan Nazrin Shah, yang juga Penaung Diraja bagi Insiatif Kewangan Islam Malaysia bertitah, kebencian Islam terhadap hutang adalah berasaskan, antara lainnya, kepada kemungkinan akses kepada hutang mendorong seseorang itu berbelanja melebihi kemampuannya. 

    "Dan apabila seseorang berbelanja mengikut tahap kekayaan atau pendapatannya, kemungkinan beliau berdepan masalah kewangan adalah tipis dan justeru itu beliau mampu mengekalkan gaya hidupnya.

    "Sebagai tambahan, hujahan ini boleh diguna pakai kepada sistem kewangan yang lebih besar. Tambahan pula, elemen perkongsian risiko sesuatu kontrak berasaskan ekuiti menggalakkan hubungan lebih saksama antara pihak-pihak yang berkontrak yang secara kolektifnya menjadi perkiraan yang lebih mapan," titah baginda.

    Ucapan Sultan Perak ini penuh maksud atau sindiran terhadap kerajaan pimpinan Najib yang suka berhutang.

    Sumber: (btmmari.blogspot.com)
    My Dashboard. 
    IP
    s3v3n

    s3v3n


    SIKAP MENDUSTAKAN KEBENARAN - Ramadhan kareem buat sahabat...

    ramadan kareem photo: Ramadan Kareem RamadanKareem.gif
    Ramadhan bulan 'ibadah. Bulan rahmat, juga bulan jihad. Termasuk dlm jihad yang besar untuk dilakukan adalah mentarbiyyah diri bercakap benar dan 'adil dalam situasi kerosakan manusia sedang berleluasa. in shaa Allah diteruskan.

    Firman Allah dalam Al-Ghafir ayat 83; 

    فَلَمَّا جَاءَتْهُمْ رُسُلُهُم بِالْبَيِّنَاتِ فَرِحُوا بِمَا عِندَهُم مِّنَ الْعِلْمِ وَحَاقَ بِهِم مَّا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُونَ 

    "Pada masa mereka didatangi oleh Rasul-rasul yang diutus kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan (untuk menyelamatkan mereka, mereka mengejek-ejeknya, dan) mereka bergembira dengan pengetahuan yang ada pada mereka (yang mengenai keduniaan semata-mata); dan dengan yang demikian mereka pun diliputi oleh azab yang mereka ejek-ejek dahulu"
    Ikhwah-ahawat:

    Merujuk pada pelbagai responses dalam beberapa tulisan lepas, berkaitan teguran pada PAS dalam isu kronologi perlanggaran janji, ayat di atas memberikan peringatan pada kita semua tentang response yang diterima oleh Nabi Muhammad apabila kaumnya sendiri mempermainkan sahaja keterangan yang dibawakan oleh Rasulullah tersebut, dan Allah menjanjikan amaran yang sangat pedih atas tindakan sedemikian

    Sahabat yang dirahmati,

    Ada yang bertanya, mengapa saya tidak serang DAP/PKR?

    Saya sebut, tulisan-tulisan saya tersebut sebenarnya untuk saya fahamkan sahabat-sahabat saya sendiri, bahawa teguran dan muhasabah secara keras (Qaulan Syadida) adalah perlu untuk menyentapkan ramai yang sedang dalam kebingungan. Saya tidak minat untuk buat post-mortem bagi pihak lain. Bahkan saya tak berminat pun untuk ambil contoh-contoh kesalahan yang dilakukan oleh pihak lain. Sebab "concern" saya hanyalah pada kesalahan yang dimulakan sendiri oleh kita, kumpulan Islam yang sepatutnya menunjukkan qudwah, akhlaq dan disiplin janji yang jauh lebih mulia berbanding kumpulan lain.

    Dan keduanya saya sangat malu (dan marah) apabila ianya dilakukan atas nama "Gerakan Islam" yang sepatutnya membawa rahmat dan penyelesaian pada pelbagai permasalahan negara (al-Islamu huwal hal). 

    Ikhwah- akhawat;

    Saya cuba berikan komen atas LIMA response utama yang diterima,

    Antaranya;

    [PERTAMA] Ramai kata tulisan saya itu adalah FITNAH, "fiction" rekaan saya semata, sebab mereka tidak pernah tahu pun mengenainya, bahkan tiada bukti yang saya lampirkan. Katanya lagi, jika benar sudah pasti kalangan pimpinan itu sendiri telah membetulkan kesalahan Presiden PAS tersebut.

    Jawapanya saya; itulah ciri penta'asub PAS (indoctrinated) atau pemuja susuk tertentu dalam PAS. Mereka dengan mudah menolak apa pun kesalahan oleh kumpulan sendiri, dan cuba meletakkan kesalahan pada kumpulan lain semata. Itulah maksud hadith berkaitan 'asobiyyah yang diharamkan tersebut; أن تُعِينَ قَومَك على ظُلْمٍ. Saya ulangi, tidakkah semua kronologi berikut adalah satu kesalahan dan pengkhianatan jika dilakukan oleh sesiapa pun, walau oleh kumpulan Islam?

    (1) PAS sejak 2012 pernah menulis surat rasmi mendesak PKR tukarkan TSKI dari jawatan MB. Masih tak percaya? 

    (2) Hakikatnya, PAS dan DAP memang bersetuju secara rasmi untuk membantu PRK Kajang dalam 2014, walau ada ahli PAS dari negeri tertentu yang boikot. Tidak salahkah? Juga isu Zaharudin Muhammad menabalkan kawan baiknya sebagai calon di Kota Damansara, adakah ia bukan satu kesalahan PAS?

    Seorang yg "naive" politik macam Ibrahim Ani tetap mahu nafikan walau sejelas itu pengkhianatannya? 

    (3) Selepas kegagalan Kajang Move, PKR maklumkan secara rasmi untuk tukar TSKI, yang dipersetujui DAP. Tiba-tiba PAS buat u-turn dengan membantahnya. Hinggakan Majlis Syura Ulamak (MSU) masuk campur tidak membenarkan TSKI ditukar selagi tidak disabit oleh "mahkamah atau SPRM". Lihat, ironi sungguh apabila PAS sudah tiba-tiba mempercayai sistem mahkamah dan badan pencegah rasuah yg dibantah sejak sekian lama [6 Ogos 2014].

    4) Kalangan pimpinan PR semua maklum, sikap Presiden PAS yang kerap tidak hadir Mesyuarat Presiden PR. Tapi sudah kerap kali melanggar keputusan yang sudah dipersetujui secara bersama dlm Mesyuarat Presiden PR yang turut dihadiri oleh wakil PAS sendiri. Tidak salahkah tindakan melanggar keputusan tersebut? 

    (5) PAS terkenal dengan sikap u-turn. Walau 2 nama calon MB dah dipersetujui oleh Mesyuarat PAS, dan dibawa ke Mesyuarat PR yang memilih hanya satu nama, tapi akhirnya PAS sendiri langgar keputusan tersebut dengan menghantar nama lain tanpa kelulusan oleh mana-mana mesyuarat pun. MSU pula berkata, kuasa Presiden PAS adalah "veto"? Soalan lanjutnya, perlukah "veto" untuk khianati janji? 

    (6) PAS sendiri bersungguh menolak pencalonan Presiden PKR sebagai MB Selangor, atas alasan beliau seorang wanita. Akhirnya bila didesak, PAS kata dari segi hukum dibenarkan pula.

    (7) PAS sendiri pernah mengecam Presiden PKR sebagai tidak layak menjadi MB Selangor, kerana beliau gagal menjawab soalan Parlimen dan DUN. Tidakkah ahli PKR akan duduk diam dengan kecaman sedemikian? 

    (8) Bahkan PAS sendiri terlibat mengajak Azmin khianati PKR dgn menawarkannya jawatan MB yg akan disokong bersama oleh PAS dan dan lain-lain, walau jelas itu melanggar semangat dan janji PR. Ramai yang tidak percaya tindakan PAS itu, tetapi perkara pahit itulah diakui sendiri oleh Presiden PAS dalam satu mesyuarat. Akhirnya tidak ada seorang pun yang sanggup menyokong tindakan Presiden tersebut.

    (9) Dan lagi sekali, PAS sanggup khianati perjanjian dengan mencalonkan beberapa nama ADUN PAS sendiri sebagai calon MB. Walhal dalam semua perjanjian lisan dan bertulis, PAS sudah bersetuju bahawa jawatan MB tersebut hanya untuk PKR sahaja.

    MAKA;

    Adakah semua yang saya tulis itu hanyalah satu FITNAH, atau kebenaran yang pahit yang antum sendiri cuba nafikan?

    Atau ia hanya menjadi FITNAH kerana dilihat melibatkan tindakan oleh Presiden Parti Islam itu sahaja? Maka ia mestikah terus dirahsiakan dari menjadi makluman umum? 

    Tidak malukah,

    Dari paling kurang 9 perkara di atas, masih ada lagi yang mahu berkata bahawa "PAS setia pada janji", tapi DAP/PKR lah yang mengkhianatinya?

    Apa yang perlu kita fikirkan adalah, mungkinkah segala keputusan DAP memutuskan hubungan dengan PAS di Sarawak dan Sabah, tindakan DAP putuskan memutuskan hubungan dengan Presiden PAS tetapi meneruskan dengan PAS, etc itu adalah BALASAN pada sikap kita sendiri yang tidak amanah memegang pada perjanjian yang kita sendiri meterainya.

    Tepuk dada,

    Tanyalah jiwa yang benar-benar beriman wahai sahabat...

    [KEDUA]
    Perkara kedua yang banyak diresponse adalah berkaitan isu "chai" dalam pemilihan AJK Pusat. Ramai yang anggap, "dah kalah itu kalahlah", dan chai itu tidak menjadi isupun. Maka jawapan saya, sedang dalam UMNO sendiripun kaedah itu ditolak, amat memalukan jika ditangkap, kenapa pula mahu dibawa ke dalam Parti Islam?

     Pemilihan qiyadah adalah amanah, dan wajiblah berdasarkan merit dan prestasi qawiyyun amin, bukan mengikut "arahan" Dewan Ulamak atau MSU untuk tidak pemimpin itu dan ini yang ditonjolkan sebagai pengkhianat Islam. Naiknya nama-nama seperti Ali Akhbar Gulasan, Mokhtar Senik, Razman, Iskandar Samad, Zaharuddin Mohamad, Zuhdi, Sanusi Mohd Noor, Norazli Musa, yang sememangnya tidak dikenali, atau hanya dikenali dengan tindakan-tindakan negatif dan buruk dalam PAS, namun apabila nama mereka dimasukkan ke dalam "chai bersama Dewan Ulamak", kesemua mereka berbangga dengan kemenangan yang diterima, dan bahawa kononnya "Allah telah betulkan semula landasan perjuangan ini".

    [KETIGA]

    Seterusnya, saya lihat, adalah masih gagal faham antara janji dan walak. Bila ditanya mengapa nak kekalkan TSKI? Jawapan diberikan adalah kerana MSU arahkan kekalkan TSKI. Mereka tidak faham, bahawa MSU itu "tidak terlibat" pun dalam perjanjian bersama PKR/DAP. Tetapi disebabkan walak yang membinasakan mereka, elemen utama iaitu "perjanjian" dalam PR dengan mudah sahaja diketepikan dan diabaikan. Ini sangat serius. 

    [KEEMPAT] Isu lain adalah, ramai yang melihat tahaaluf dengan bukan Islam itu merugikan Islam, bukan membantu dakwah Islam. Mereka melihat Islam rugi kerana tak mampu "melaksanakan Islam" disebabkan mahu menjaga perjanjian dgn DAP/PKR. Tetapi mereka gagal faham betapa banyak sekali manfaat dakwah lain yang PAS terima, yang tidak pernah dirasai sejak 61 tahun lepas di medan dakwah M'sia hasil dari tahaaluf tersebut... ( in shaa Allah, saya akan bincangkan tajuk "kerugian yang dirasai oleh sahabat" dalam peristiwa Hudhaibiyyah kelak ) 

    [KELIMA - yang paling serius];

    Dan response lain, tapi yang paling merisaukan saya adalah lahirnya para agamawan yang "tidak kisah berbohong" atas nama agama demi menegakkan sesuatu kebathilan yang sudah dilakukan. Saya masih terkejut,

    Kenyataan beberapa orang ustaz muda, termasuk Setiausaha Dewan Ulamak Selangor Muhammad Najhan Shahir Halim (Abang kepada Ketua Pemuda Selangor) tergamak membohongi para pimpinan PAS Selangor bahawa hukum asal bertahaaluf dengan DAP/PKR adalah "HARAM" secara asasnya. Bahkan beliau mengaitkan itu adalah pendirian Majlis Syura Ulamak (MSU) yang sudah diputuskan hukum "haram" itu sejak 7 tahun lepas. Saya terkejut dengan pendustaan sedemikian. Cukup parah sikap begitu untuk Islam.

    Kononnya dikatakan adalah begini;

    Demi membenarkan tindakan untuk serahkan keputusan untuk "putus hubungan dgn DAP" pada kuasa MSU, dikatakan MSU sahaja yang layak menentukan hukum jika mahu diteruskan dengan tahaaluf atau tidak. Dan MSU lah yang paling layak untuk menggariskan syarat jika "pertukaran hukum dari haram kepada harus" tersebut diperlukan semula. Bukan muktamar. 

    Bagi saya itulah satu pembohongan atas nama agama yang begitu dahsyat dilakukan oleh ustaz muda tersebut, dengan menggariskan pelbagai ayat sebagai sandaran. 

    Beliau lupa, dalam Ucapan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat sendiri pun telah menyebut bahawa "saya tidak sangka mengapa pula usul putus hubungan dengan DAP itu tak boleh dibahaskan oleh muktamar, mengapa pula kena dibahaskan secara tertutup oleh MSU". Itulah keluhan oleh Ketua DUPP sendiri, yang terpaksa akur dengan arahan Presiden PAS tersebut.

    Isunya di sini adalah jelas, walau semua memahami bahawa hukum tahaaluf tersebut adalah HARUS di atas konsep mu'amalah yang harus secara prinsipnya selagi tiada sesuatu hukum yang qat'ie yang mengharamkan. Bahkan hampir kesemua ulamak kontemporari menyatakan sedemikian, dan menjawab pandangan sebahagian ulamak silam, (terutama di Afrika dan Saudi) yang pernah mengharamkannya berdasarkan pengharaman hubungan aqidah di dalam peperangan.

    Tetapi jelas beberapa Ustaz tersebut menyatakannya haram, hanya kerana mahu menutup kesilapan yang telah berlaku dalam muktamar tersebut.

    Dalam isu yang sama, Allah mahu tunjukkan;

    Apabila isu telah menjadi serius, dan MSU didesak menetapkan hukuman untuk terus atau putuskan hubungan dengan DAP, Mursyidul 'Am PAS terpaksa akhirnya mengakui bahawa beliau tidak layak memutuskannya kerana beliau dan sebahagian besar keanggotaan MSU pada masa ini masih belum pun dilantik semula sejak tamat pada Mac 2015 lepas! Sekarang seolahnya semua mahu berlepas tangan atas kerakusan "usul tergopoh" Dewan Ulamak.

    Saya sisipkan kenyataan rasmi MSU dalam isu tahaaluf yang boleh di kertas kerja tahaaluf siyasi yang disediakan beberapa tahun lepas;

    "PAS telah mengambil dan memilih pendapat yang mengharuskan Tahaluf Siyasi berdasarkan realiti dan waqi’ di Malaysia. Sememangnya tiada khilaf di kalangan yang mengharuskan Tahaluf Siyasi, bahawa keharusan itu bukanlah satu keharusan yang mutlak, tetapi ia adalah keharusan yang mempunyai batas-batasnya yang tertentu" Rujuk Garis Panduan MSU; https://www.facebook.com/…/tahaluf-siyasi…/10150430494244876

    Akhir sekali;

    Dalam response ini yang memberi pelbagai jawapan pada persoalan pembaca, saya berharap kaedah "jawapan tegas" ini mampu memberikan kesedaran pada semua, bahawa sudah terlalu banyak kaffarah Allah turunkan pada PAS apabila kepimpinan dan ahlinya telah tidak lagi berakhlaq dan berqudwah dengan cara yang diajarkan oleh Islam.

    Dan natijah dari segala sikap itu, saya tidak terkejut langsung, kelmarin 16 Jun 2015, apabila diisytiharkan "Pakatan Rakyat" itu telah terbubar, lantaran sebahagian besar adalah tindak rakus dan tidak amanahnya PAS itu sendiri, yang menggunakan pendekatan "siku dan lutut" melebihi anugerah aqal dan hikmah.

 Sumber:
(wrlr.blogspot.com)

MeluatWorld...- KRONOLOGI PAS BAKAL ORANG MELUAT...

Aku ambik ni kat amano world..persEpsi penulis berbagai tentang awal kajang move dan menggnantikan Khalid Ibrahim..Bagi yang anggap Khalid bagus di Selangor aku tak mau pertikai...luar nampak bagus..dalam tak tau...kalau tidak masakan banyak kontrak dapat pada Umno dan kedekut duit untuk ahli ahli nak gerakan kerja sampai kena sabotaj dengan masalah sampah,,,,,sekarang tak dengar pulak masalah sampah berlaku...kot dah tukar kontraktor...dari sekecil kecil kontrak sampai sebesar besarnya di bolot kontraktor Umno habis yang kecil kecil orang pakatan langsung tak ada....duit simpan..nak simpan buat apa ...gunalah untuk kebaikan rakyat....lain lain politik punya hal lah...so no komen lebih lebih..baca la dlm blog aku ni banyak yg tulis dan copy dari lain lain....apa pun aku copy ni untuk ahli PAS renung...aku rasa aku dah lalui keadaan PAS sebelum era 1998.sejak sekolakmenengah ikut juga ceramah PAS..PAS hanya menjadi buah mulut dan sokongan lepas peristiwa DSAI mata lebam dan dipecat...wadah baru orang nak lawan Mahathir..yang ini nangoi nagoi yang dok belajar lagi masa ni..tak boleh nafikan....itu kena lihat dan renung betul betul...sekarang era PAS orang naik meluat...hati hati PAS......jangan sombong...... lagi »

Kronologi Penipuan PAS Dan Bagaimana PAS Ditipu UMNO Dalam Isu Hudud.

Orang PAS akan marah tetapi perlu juga mereka terima hakikat. Masyarakat menilai tindak tanduk mereka khususnya penyokong-penyokong setia. Yang mahu melihat PAS menjadi sebuah parti politik yang berjaya. Unless PAS merasakan levelnya sudah cukup sekadar menjadi pembangkang untuk selama-lamanya maka boleh la teruskan buat kerja gila.

Selepas Kajang Movie PAS seakan marah. Aku memahami kemarahan PAS. Kerana aku juga marah. Memang aku terasa dipermainkan dan diperbodohkan PKR khususnya Rafizi dalam percaturannya nak menukar MB. Konon atas nama nak menawan Putrajaya. Padahal ada konflik peribadi dengan Khalid.

Khalid keras kepala dan itulah sebab sebenar. Dalam erti kata lain, dia bukan boneka dan 'bukan boneka' itulah yang menyebabkan PKR jadi tak keruan dengan prestasi Khalid.

PKR berjaya mencapai persefahaman dengan DAP tetapi tidak dengan PAS. Atas sebab apa PAS enggan tukar MB itu aku tak dapat nak huraikan. Maklumat bercampur baur dan aku sendiri keliru. Jika diperhatikan apa yang tersebar, ada sampai satu peringkat, PAS sendiri pun mahu MB ditukar. Sebelum kecoh2 isu Kajang Movie. Maybe selepas itu PAS sudah mencapai persefahaman dengan Khalid yang membuatkan PAS akhirnya menukar keputusan awal.

Tetapi cukup jelas bahawa isu hudud mula jadi besar dan millage politik kepada PAS untuk menekan DAP dan memberikan kesan kepada PKR selepas berlakunya episode Kajang Movie.

Bukan aku tak percaya kepada perjuangan PAS untuk melaksanakan hudud tetapi aku meragui kemampuan mereka untuk melaksanakan hudud. Pada aku, isu hudud neh macam kita masuk pertandingan berlari. Sebelum kita boleh masuk bertanding, kita kena persiapkan diri kita dengan latihan. Selain fizikal dan emosi, kita perlu juga outfit yang bersesuaian dengan pertandingan tersebut. Perlu juga kita kenalpasti track yang bakal menjadi tempat kita bertanding dan mengkaji kelemahan dan kelebihan calon2 peserta yang bakal bertanding dengan kita. Sebagai sebuah persediaan agar bila kita masuk bertanding nanti peluang kita menang adalah tinggi.

So, isu hudud pun begitu pada aku.


Perlu PAS secara organisasi dan Kelantan secara negeri mempersiapkan diri ke arah pelaksanaan hudud.


Forum, iklan dan program sudah tidak cukup lagi.

PAS kena selesaikan masalah kemiskinan dan berbangkit di Kelantan bagi membuktikan keupayaan mereka.

Dalam masa yang sama bersedia dengan latihan. Unit amal tue boleh dijadikan sebagai subjek. Anggap mereka 'polis'. Latih mereka bagaimanakah polis dalam undang2 Islam akan memainkan peranan dalam menegakkan sistem keadilan. 

Buat satu muzium atau tapak yang mengkaji dan menghebahkan kebaikan undang2 Islam kepada manusia.


Biar orang luar masuk, baca, kaji, faham. At least PAS dapat jana pendapatan dari segi pelancongan dan dalam masa yang sama menyebarkan ilmu.


Persediaan PAS ke arah hudud dari segi tindakan tidak la sehebat sepertimana mereka sembang kencang.


Aku cakap macam neh sebab apa? Bila aku tanya orang2 PAS sendiri tentang hudud. Hampeh. Ada yang tak faham. Hanya bagi point2 begini. Ulama pewaris nabi. Hudud undang2 Islam. Jangan banyak soal. Ikut aje benda ada dalam Quran.


Nampak tak permainan ahli2 PAS kat sini?

Mereka tak boleh jawab lalu mereka guna ayat 'playsafe' untuk tutup kelemahan mereka.

Kita tatau, takpe. Kita boleh cakap kita tatau. Jangan takut.


Aku pun tatau banyak pasal undang2 Islam.

Sebab tatau la aku bertanya.

Tetapi sesetengahnya ahli2 PAS ini sampai ada yang menafikan pertanyaan.

Sangkaan mereka, tanya itu bermaksud kita melawan.
Bukan sebab kita nak faham apa yang PAS perjuangkan.
Atau lebih cerdik mereka fikir kita neh mesti tahu semua perkara.
Gagal mengetahui semua maka kita bukan umat Islam.
Padahal mereka pun tatau juga.

Macam mana?

Bukan semua ahli2 PAS itu sendiri memahami apa yang PAS mahu dalam subjek pelaksanaan hudud. 

Kita tahu PAS nak laksanakan hudud.

Tetapi kita tatau macam mana mereka nak realisasikan apa yang mereka nak tue. At least kena la ada strategi dan taktikal. Takan main angan2 aje. Pelan mesti mao ada. Tersusun dan terancang. Bukan buat tindakan macam takde arah tujuan.

Benda neh PAS gagal. Selain soal kelayakan, kecekapan, amanah dan intergriti. 


Ibarat macam, Firaun nak laksanakan hudud.


Semua benda salah dibetulkan hanya kerana Firaun nak laksanakan hudud.


Sebab tue perlu aku sebut. Aku meragui PAS. Kemampuan mereka tak menyakinkan dan mereka taknak pula mengakui mereka ada kelemahan. Sampai satu tahap menafikan kritikan hanya semata2 mereka fikir mereka dah cukup benar bila 'aku kata aku nak buat hudud. Esok semua masalah settle. Hudud tertegak sendiri'.


Kronologi permainan PAS tentang hudud bermula selepas insiden Kajang Movie.

1. Sebelum PRU ke 13, PAS sendiri sebut, hudud itu percentage kecik je dalam Islam. Basmi kemiskinan itu lebih penting. Gaji minima dan sebagainya.

2. Tetapi selepas marah dengan PKR dan DAP dalam insiden Kajang Movie dek emosi, mereka kompang isu hudud 24 jam bagi mengapi2kan situasi.

3. Macam mana la orang tak boleh detect permainan PAS kat situ?

4. Masalah kemiskinan masih ada. Masalah air bersih, jalanraya, kini isu banjir dan rumah mangsa banjir pun tak settle2 lagi. Itu tak citer bab penawaran kerja di Kelantan. Aku dapat tahu ada yang kata Nasrudin menipu bila kata kerajaan negeri dah bina 700 buah rumah di Kelantan. Mana taknya. Kerja2 NGO pun dia claim kredit kat kerajaan negeri. Itu gosip2 yang aku baca di FB la. Tapi macam aku sebut tadi la. Sedang yang asas pun PAS masih merangkak2 membina macam mana kau nak menyakini parti itu melaksanakan hudud.

5. Yang lebih teruk, punya la bersepah2 masalah rakyat tertindas di merata ceruk Malaysia, isu hudud gak yang PAS gaduhkan dengan DAP sampai tenggelam isu2 nasional.

6. Masalah depan mata neh dah kita nampak. Bukan itu yang nak dipedulikan. Sibuk pula mencipta propaganda.

7. Mungkin nak balas dendam dan lepas geram. 

8. Jadi macam mana kita nak sokong? Bila isu hudud dipropagandakan bagi mencapai millage politik? Sedangkan niat asalnya nak melaksanakan, tetapi kini bertukar menjadi propaganda bagi melampiaskan rasa marah terhadap pihak tertentu dalam PR.

Aku perhatikan perangai sesetengah pimpinan PAS dari hari ke hari bulan ke bulan sampai masuk tahun baru dan akhirnya aku menyimpulkan satu keadaan. Sesetengahnya dari mereka sebenarnya menipu penyokong2 je. Kesian la sapa yang terpedaya. Hari terakhir persidangan parlimen dah memuktamadkan pemerhatian aku.

Dan bagaimana pula PAS ditipu dan dipermainkan UMNO?

1. PAS mahu sangka baik pada UMNO dalam isu pelaksanaan hudud.

2. Aku takde masalah dengan tindakan tersebut. Jika benar UMNO nak menyokong.


3. Tetapi kita semua sedar bahawa UMNO takan sokong.


4. Tak payah pergi jauh. Royalti ada dia bagi? Lebuhraya ada dia bina? Semua pimpinan2 PAS yang diboikot berceramah, diban dari muncul di kaca tv, didakwa dan sebagainya, ada dirunding untuk melepaskan mereka? Bukankah tindakan itu semua dikenakan atas nama 'politik'? Bukannya pemimpin2 PAS neh pembunuh. Tetapi ada ke UMNO selaku kerajaan mahu mengambil satu alternatif atau pendekatan membetulkan kesilapan tersebut? Takde.


5. Jadi kita tahu la yang UMNO menipu. Dia memang tak ikhlas. Bukan macam yang Nik Amar sebut.


Apa neh brada? Apa neh brada? UMNO tue memang tak ikhlas bukan kira awal ke tak awal ke. Aku neh lagi ikhlas bila cakap UMNO tue tak ikhlas.

6. Usul berkenaan hudud dibawa ke parlimen oleh Marang (Hadi Awang) untuk dibahaskan. Usul berkenaan gagal dibentang pada sesi persidangan lepas dan sesi persidangan yang baru berlalu. Itu satu.

7. Yang kedua. Sudah la usul itu dibawa oleh Hadi Awang. Tapi batang hidungnya pun takde kat parlimen. Macam mana neh? Kita nak hudud. Hudud itu adil. Tapi pemimpin yang tinggal tanggungjawab itu adil ke? Jangan cakap bab dia buat dua, tiga kerja la. Buat kerja kena amanah tak kira la satu ke dua ke apa ke. Kalau ada banyak tanggungjawab tapi tak amanah buat apa. Pilihla yang mana mendekati kemampuan dia dan tinggalkan jawatan yang dia tak mampu pikul lagi. Kita cakap tentang sistem perundangan Islam membentuk keadilan. Tetapi diri kita sendiri tak bersikap adil pada pengundi2 kita. Adakah semua masalah penduduk Marang dah selesai?


8. Usul berkenaan bukan la apa2 sangat. Ia untuk beri kuasa lebih kepada mahkamah syariah. Supaya mahkamah syariah boleh menambahkan jumlah hukuman rotan kepada pesalah zina which is aku bersetuju juga. Tindakan keras kepada pelaku zina itu perlu. Denda 'duit' tak relevan. Buang bayi satu hal. Tapi perzinaan itu dah semacam jadi budaya pula pada zaman sekarang. Tak cool la kalau kita tak berzina. Konon-konon.


9. Tapi tuan punya usul tak hadir parlimen. Dan speaker pun letak usul di hujung2. Macam taknak bagi bahas pun ada.

10. Rupa2nya terbongkar juga wajah sebenar kerajaan bila Mahfuz provoke speaker semalam. Mahfuz tanya kenapa letak usul bab EKJS 2 kat hujung2. Kejap ada kejap takde. Speaker sound Mahfuz. Dia kata kah dah bagitau ari tue kat Marang, Kota Bharu dan Pokok Sena. Dalam bilik dia. Kita akan beri laluan kepada usul yang mendapat sokongan kerajaan. 

11. Konon nak malukan Mahfuz. Padahal Mahfuz provoke je. Dengan niat speaker akhirnya mengakui secara tak langsung yang kerajaan tak bagi laluan kepada Marang untuk bentang usul berkaitan EKJS II. 

12. Kat situ nampak macam Mahfuz tembak kerajaan. Padahal apa dia? Mahfuz pukul UMNO untuk sindir PAS.

13. Terang2 la dia nak khabar. PAS sudah kena tipu dengan UMNO dalam isu hudud. Booooooo.


14. Tapi yang nak melaksana dan beria2 gaduh bagai di media pun tak bersuara back up Mahfuz. Geng2 ustaz takde ke dalam parlimen time tue?


15. Dan aku pelik juga. Bila tengok jadual usul. Pada awalnya usul Marang takde. Then lepas Marang kena provoke bagai di laman sosial sebab ponteng monteng, dan2 usul Marang dimasukkan dalam jadual pada hari keesokannya. Tapi masuk pun tak guna der. Tuan punya badan pun sedap ponteng derrrrr. Lue kritik pun tak guna. Lue juga yang salah. Sapa suruh lue bukan ulama. OooOoOoo.


Aku taknak tuduh2. Sebab aku menyakini PAS takan bersatu dengan UMNO dalam bentuk 'fizikal'. Kalau bentuk persefahaman atas perkara2 tertentu mungkin la. Tapi aku harap biarlah ia atas perkara yang memanfaatkan rakyat bukan sebab nak menyelamatkan riwayat UMNO sebab sejarah membuktikan setiap kali UMNO lemas terkapai2, dia cari PAS dan minta tolong dan setiap kali itulah PAS akan sentiasa beri pertolongan sebab tak reti nak baca strategi politik UMNO. Dan akhirnya, PAS kena tikam dan menjadi lemah semula. Sejarah ada. Belajar la agar tak berulang.


16. Dan tadi. 
Kalau diberi peluang untuk dibentang pun tak guna. Sebab situasi ini akan berlaku ;

- Majoriti MP UMNO takan hadir atas alasan ada urusan.


- Maka mereka takan dipersalahkan sebab tak sokong.


Dalam erti kata lain, tak guna kau tunggu bulan 10 ke 11 ke tahun depan ke apa ke UMNO takan sokong pindaan tersebut. Kau gila apa nak sebat pesalah zina. Kau ingat pemain2 zina sekadar budak2 sekolah aje ke?


17. Dan ini pula ;


Terang lagi bersuluh. UMNO mempermainkan PAS. Bukan persepsi, tuduhan atau spekulasi. Ianya kenyataan dan hakikat. Nak tahu kenapa?

Lihat ayat penuh berita di atas ;


Setiausaha Agung Pas yang baru, Datuk Takiyuddin Hassan yakin Pas tidak akan dipermainkan BN dalam isu perlaksanaan undang-undang jenayah syariah di Kelantan walaupun usul meminda akta 355 masih belum dibenarkan dibawa ke Parlimen.

Beliau berkata,  berbaki empat hari persidangan Dewan Rakyat, beliau mengharapkan  kerajaan  akan membenarkan  usul itu  dibentangkan. 

“Kita masih menunggu, beberapa orang berjumpa dengan Speaker Dewan juga telah dibuat, beliau mengatakan belum mendapat lampu hijau daripada kerajaan untuk membawa usul ini, kita mengharapkan menteri akan membenarkan perkara ini dibuat dalam penggal ini juga. 


“Saya yakin kita tidak akan dipermainkan kerana undang-undang ini  akan diguna pakai untuk seluruh negara, ” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sumbangan Ihya Ramadan di Dataran Ilmu di sini, hari ini.

Sumber.

Persidangan dah berakhir. Usul tak berjaya dibahas dengan Marang pun ponteng parlimen. 

Nampak tak?

Yang aku pelik.


PAS menyakinkan dirinya bahawa BN tak mempermainkan mereka. 


Maksudnya PAS sedang menyakinkan dirinya bahawa UMNO itu boleh diharap.


Dan aku kehilangan kata-kata.


PAS, selamat maju jaya.

Nak percaya pada UMNO? Sila. 

Sumber:
(www.amenoworld.net)



Naib Pengerusi DAP Teresa Kok (dua dari kiri) berkata, kehancuran PR berpunca daripada usul ketika Muktamar PAS ke-61 di Kuala Selangor baru-baru ini, yang memutuskan hubungan dengan DAP. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Jun, 2015. 


Susulan kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali Pakatan Rakyat (PR) hanya "pengsan" semalam, pemimpin DAP berpendapat, beliau tidak dapat menerima kenyataan pakatan pembangkang itu sudah tidak lagi wujud. 

Naib Pengerusi DAP Teresa Kok berkata, kehancuran PR juga berpunca daripada usul ketika Muktamar PAS ke-61 di Kuala Selangor baru-baru ini, yang memutuskan hubungan dengan DAP. 

"Kenyataannya itu membuktikan beliau tidak dapat menerima realiti PAS membunuh PR dan PR tidak lagi wujud," kata ahli Parlimen Seputeh itu merujuk kepada Mustafa. 

Mustafa, semalam dipetik laporan media berkata, PAS akan tetap bersama PKR untuk memastikan PR terus hidup. 

"Pakatan tidak mati, hanya 'pengsan'," katanya pada sidang media di pejabat Perhubungan PAS Terengganu di Kuala Terengganu, semalam. 

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS baru-baru ini memutuskan untuk memilih Ahli Parlimen Kota Baru Datuk Takiyuddin Hassan sebagai setiausaha agung bagi menggantikan Mustafa. 

Sementara Mustafa yang sebelum ini menjadi setiausaha agung PAS diturunkan pangkat sebagai pengarah pilihan raya bagi menggantikan Dr Mohd Hatta Ramli.

Menurut Mustafa, PR hanya mengalami sedikit kejutan berikutan keputusan DAP untuk keluar daripada PR.

"DAP yang memutuskan untuk meninggalkan Pakatan," katanya.  

Kok bagaimanapun berkata, meskipun pemimpin PAS berpendapat, keputusan muktamar masih belum dimuktamadkan, usul itu jelas menunjukkan mereka ingin memutuskan hubungan dengan DAP memandangkan muktamar adalah badan pembuatan keputusan tertinggi parti itu. 

"Mustafa dan pemimpin PAS lain tidak mungkin tidak faham makna dan kesan usul tersebut.  
"Malah, juga silap apabila Mustafa mengatakan DAP yang ingin meninggalkan PR," kata Kok. 

Mustafa juga katanya tidak seharusnya cuba meletakkan beban kesalahan di bahu DAP susulan perpecahan pakatan pembangkang itu. 

"DAP sedar akan aspirasi rakyat Malaysia untuk melihat perubahan politik dalam negara. 
"Tapi, realiti menyedihkan pada muktamar PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP membunuh PR," kata Kok. 

Beliau turut mengulangi pendirian, DAP hanya akan bekerjasama dengan PKR, dan pihak yang ingin menamatkan penguasaan Umno dan Barisan Nasional (BN). – 19 Jun, 2015.  

Sumber:
(zakriali.blogspot.com)
.

Tiada ulasan: