Sabtu, 20 Jun 2015

5406. Yang lemah dimangsakan.



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
“Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

 

 “”
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
 •
“”
Bila berlaku perang macam-macam boleh terjadi. Semasa aman bertengkarlah tentang bangsa itu ini bagai. Akhirnya jalan terbaik ialah KEMBALI KE JALAN ALLAH. 
  • Sultan Murka Azmin Ali Dan Hadi Akan Kemuka Nama MB Selangor Yang Baru. 
    BEBERAPA minit sebelum berbuka puasa hari kedua petang tadi, saya menerima satu panggilan. 

    Tak perlulah saya sebut siapa pemanggil itu. Tapi beliau kerap menghubungi saya dari semasa ke semasa. Walaupun jarang bertemu tetapi beliau cukup istimewa. Insan itu memang hebat dalam arena politik Malaysia.
    “Saya dapat tahu Sultan cukup murka dengan MB Selangor, Azmin,” katanya pendek. Saya bertanya pasal apa? Mungkin dia akan menjadi MB Selangor terpendek tempoh perkhidmatan dalam sejarah negeri itu, jelas beliau. 

    Difahamkan sudah dua bulan Azmin tidak dititah menghadap Sultan. Dan kononnya, Sultan pun enggan menemui Azmin. Benarkah? Majlis-majlis rasmi pun kini diwakili oleh adinda baginda, Tengku Sulaiman. Nampaknya, baginda Sultan cuba mengelak daripada bertemu Azmin. 

    Apa masalah Azmin ini sebenarnya? Bukan sahaja Sultan, kononnya ramai lagi yang sudah menjauhkan diri daripadanya. Semasa belum mendapat kuasa, Azmin menjanjikan selagi ada bulan dan bintang. “Sudah dapat kuasa, lupa diri,” kata insan itu.  

    Sultan dikatakan murka kepada Azmin kerana tiga perkara.  Pertama, katanya mengenai isu air Selangor yang gagal diselesaikan sehingga kini. Kedua, isu lebuh raya Kinrara-Damansara (KIDEX) yang dibatalkan oleh Azmin. Projek itu amat diperlukan oleh rakyat. Azmin membatalkannya kononnya kerana projek itu membabitkan beberapa pihak UMNO. Dan ketiga, katanya ialah kerana isu satu kejohanan sukan peringkat negeri yang berlangsung tidak lama dulu. Baginda Sultan dikatakan menitahkan Azmin supaya jangan menggunakan cogankata “Kita Lawan” untuk kejohanan itu, yang menurut baginda membawa konotasi politik yang negatif. 

    Namun, Azmin berdegil. Semua itu mengakibatkan Tuanku murka. Itulah antara kata-kata sahabat itu kepada saya. 







    Sumber: (http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2015/06/sultan-murka-azmin-ali-dan-hadi-akan.html)
    My Dashboard. 

    ADA UDANG SEBALIK BATU. - Teringat Jambatan Bengkok gagal direalisasikan oleh Mantan PM Malaysia, bila satu lagi tanya dengan orang sana "Boleh x." 

    Singapura 'terkejut' Malaysia tamatkan terminal kereta api laju KL-Singapura di JB
    Kementerian Pengangkutan Singapura (MOTS) pada Jumaat menyatakan bahawa pihaknya ‘terkejut’ dengan kenyataan Suruhanjaya Pengangkutan Darat Malaysia (SPAD) tentang cadangan mahu menamatkan terminal kereta api berkelajuan tinggi di kompleks kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) di Johor Bahru. Pada bulan Mei, kedua-dua pemimpin Malaysia dan Singapura telah mengumumkan bahawa terminal di Singapura akan berada di Jurong East, lapor portal berita Channel News Asia. 

    “Mengikut pemahaman kami, Malaysia melihat premis komersial bagi projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura sebagai suatu hubungan terus antara dua pusat bandar raya.  Itu yang kami persetujui. “Namun, dengan menamatkan terminal tersebut di Johor Bahru objektif ini tidak akan tercapai,” kata jurucakap MOTS. 

    Dalam sebuah temubual dengan The Edge Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Nur Ismal Mohd Kamal telah ditanya mengenai stesen terakhir di Singapura yang menjadi isu. Menjawab soalan itu, Mohd Nur Ismal berkata, seperti yang dipetik oleh The Edge: “Kami lebih berminat untuk mengakhiri laluan tersebut di kompleks CIQ sedia ada. Walau bagaimanapun, Singapura mahukan ia berakhir di Jurong East. “Seperti mana kami ingin membangunkan Bandar Malaysia, mereka mahu menggunakan projek ini untuk memacu pembangunan di Jurong East. 

    “Daripada perspektif kami, dengan mengakhiri laluan tersebut di CIQ, keseluruhan projek ini akan berada dalam sempadan negara kita dan kita akan mempunyai kawalan penuh ke atasnya. Ia lebih dekat dengan Orchard Road berbanding Jurong East. “Namun tentunya, kita harus mengambil kira pertimbangan ekonomi dan komersial Singapura untuk mencapai satu persetujuan.” MOTS berkata, pihaknya dan Malaysia masih dalam perbincangan mengenai model komersial dan operasi projek landasan keretapi berkelajuan tinggi. 

    Singapura telah mencadangkan bahawa perkhidmatan transit domestik, iaitu yang berhenti di enam stesen di Malaysia, akan diselia secara berasingan daripada perkhidmatan ekspres antara Kuala Lumpur dan Singapura. “Ini yang akan memberikan autonomi kepada Malaysia bagi memenuhi keperluan domestik dan manfaat terhadap negara itu,” ujar Kementerian Pengangkutan Singapura. 

    Mohd Nur Ismal dilaporkan sebagai berkata: “Oleh kerana stesen tambahan akan memberi kelebihan kepada Malaysia, Singapura tidak begitu tertarik dengan laluan transit tersebut.” “Bagaimanapun, selain kita mempertimbangkan aspek ekonomi dan komersial Singapura, kita juga harus menjaga kepentingan kita. “Perlu ada tolak ansur supaya kedua-dua pihak boleh mendapat manfaat daripadanya,” ujarnya yang mengatakan bahawa kos membina enam stesen itu hanya peratusan kecil daripada kos keseluruhan projek.

    Sumber: (http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2015/06/singapura-terkejut-malaysia-tamatkan.html
    IP
    s3v3n

    s3v3n

PULUHAN ribu kanak-kanak dipaksa menjadi askar dalam perang saudara di Sudan Selatan. - Foto Child Rights Awareness Creation Organization

Perkosa budak, kelar leher, campak dalam api



Juba (Sudan Selatan): Laporan siasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan anggota kumpulan bersenjata dalam perang saudara di Sudan Selatan melakukan jenayah kejam terhadap kanak-kanak, termasuk memotong kemaluan, merogol dan mengikat mangsa beramai-ramai sebelum mengelar leher mereka.

Ketua agensi kanak-kanak PBB, Anthony Lake, berkata maklumat menyatakan budak lelaki dipotong kemaluan sebelum dibiarkan mati manakala budak perempuan semuda lapan tahun dirogol beramai-ramai sebelum dibunuh.

"Kanak-kanak diikat beramai-ramai dan leher mereka dikelar. Ada yang dicampak ke dalam bangunan yang sedang terbakar,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan minggu ini.

Puluhan ribu terbunuh dalam perang 18 bulan itu. Sekurang-kurangnya 129 kanak-kanak dibunuh bulan lalu di negeri Unity, medan pertempuran paling sengit.

Perang saudara di negara itu bermula pada Disember 2013 apabila Presiden Salva Kiir menuduh bekas timbalannya, Riek Machar merancang rampasan kuasa.

“Keganasan terhadap kanak-kanak di Sudan Selatan sudah mencapai tahap baru kekejaman. Ribuan kanak-kanak diculik dan dipaksa menjadi askar,” katanya. - AFP
-hmetro-

Sumber:
(http://gigitankerengga.blogspot.com/2015/06/perkosa-budak-kelar-leher-campak-dalam.html)

Skandal Lebuhraya Banting-Taiping – Najib harus jawab kepada Rakyat - suarakami


Najib harus menjelaskan kepada rakyat tentang projek lebuh raya Banting-Taiping sepanjang 316km yang menimbulkan banyak persoalan tentang ketelusan dan prestasi syarikat yang terlibat. 

Persoalan bagaimanakah kos projek ini meningkat sebanyak 134 % iaitu daripada  harga asal RM3.016 bilion kepada RM7.07 bilion? Dan kenapa konsesi kepada Kumpulan Europlus Sdn. Bhd. ditambah dari 33 tahun kepada 60 tahun? 

Adakah konsesi lebuh raya itu  selama 60 tahun yang berjumlah RM7.07 bilion sebagai permulaan kepada satu lagi skandal yang akan menyebabkan penderitaan rakyat lebih perit. 

Rakyat perlu tahu dengan jelas tentang  projek itu yang dianugerahkan kepada Kumpulan Europlus Bhd (Europlus) untuk pembinaan lebuh raya itu yang melibatkan pinjaman mudah RM2.24 bilion, subsidi faedah 3% untuk 22 tahun dan geran sebanyak RM980 juta untuk pengambilan tanah. 
Europlus mengumumkan telah menerima surat kelulusan untuk membina lebuhraya 316km daripada Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri. 
Apa yang mencurigakan kenapa Kerajaan Persekutuan belum lagi membuat pengumuman mengenai konsesi lebuhraya yang jelas melanggar prinsip asas ketelusan dan kebertanggungjawab awam.
Masalah kewangan yang dihadapi oleh Europlus Construction 
Sebelum kerajaan menandatangani perjanjian dengan Europlus, Perdana Menteri perlu memastikan tujuh persoalan berikut dijawab:

1. Adakah tender terbuka dijalankan untuk perjanjian ini, dan jika tidak, kenapa? Jika ya, siapa lagi yang menyertai dan kenapa mereka tidak dipilih?
2. Kenapa Europlus dipilih, sedangkan mereka tidak mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam bina-kendali-pindah (BOT) sektor lebuh raya, dan pemilik utamanya mempunyai sejarah permasalahan dalam projek perumahan?
3. Bagaimanakah kerajaan boleh memberi tempoh konsesi selama 60 tahun, iaitu yang terpanjang dalam sejarah Malaysia (dan kedua paling lama selepas perjanjian pembekalan air selama 100 tahun kepada Singapura yang telah dimeterai pada tahun 1960-an)?
4. Apakah rasional untuk penganugerahan pinjaman mudah sebanyak RM2.24 bilion dari tahun 2013 pada kadar faedah 4% serta subsidi faedah 3% untuk pinjaman komersial selama 22 tahun? Kedua-dua subsidi ini berjumlah RM4 bilion jika prinsipal pinjaman adalah RM6 bilion.
5. Kenapa perlu kerajaan membayar RM980 untuk pengambilan tanah sedangkan ini projek swasta?
6. Kenapa kos lebuh raya 316km ini yang berjumlah RM7.07 bilion atau RM22.3 juta setiap km adalah dua kali ganda kos pembinaan lebuhraya yang sama di India dengan kos RM10 juta setiap km?
7. Jika konsesi tol terbaru ini adalah alternatif kepada Lebuhraya Utara-Selatan yang sesak, kenapa berhenti di Taiping? Kenapa konsesi Europlus tidak dilanjutkan kepada Pulau Pinang yang mengalami kesesakan yang lebih teruk? Ini tidak adil untuk rakyat Pulau Pinang dan juga Kedah.
Konsesi 60 tahun yang dianugerahkan oleh Jabatan Perdana Menteri itu bermakna beberapa generasi rakyat Malaysia akan terpaksa membayar tol dari generasi beliau hingga ke cucu-cicitnya.
“Ini langsung tidak boleh diterima kerana tempoh konsesi yang begitu lama ini hanya menguntungkan segelintir kroni syarikat pengendali tol yang akan mengaut keuntungan Maha Firaun manakala yang ruginya 28 juta rakyat Malaysia,”
Rakyat Malaysia tidak boleh menerima lagi satu skandal seumpama Lebuhraya Utara-Selatan (NSE), di mana pengendali tol diberi tempoh konsesi 50 tahun sehingga 2038 walau pun mereka sudah mengaut keuntungan berkali-kali ganda lebih daripada pelaburan asal.
Kos pembinaan NSE adalah RM6 bilion dan setakat 31 Disember 2010, pengendali tol sudah pun menerima RM24.3 bilion, iaitu keuntungan sebanyak RM18.3 bilion.
“Kenapa pengendali NSE dibenarkan mengutip tol sehingga 2038 serta menaikkan kadar tol apabila mereka sudah mengaut keuntungan yang maha-Firaun, iaitu RM18.3 bilion ataupun 3 kali ganda kos pembinaan?
“Cukup, cukuplah Najib.....
“Rakyat Malaysia tidak mahu pengulangan skandal NSE. Perdana Menteri haruslah menjawab tujuh soalan di atas untuk memastikan kepentingan awam dijaga dan dipelihara dalam perjanjian RM7.07 bilion dan konsesi 60 tahun Europlus ini,”
Sumber: 

Masalah status 'Johor boleh keluar Malaysia'

Masalah status 'Johor boleh keluar Malaysia'

Putera Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim mengejutkan ramai pihak dengan status Instagram berkaitan perjanjian pada 1946 yang dikatakan membenarkan negeri itu keluar Malaysia dalam keadaan-keadaan tertentu.

 Bagaimanapun teks dimuat naik itu dilihat mengandungi fakta sejarah tidak tepat apabila menyebut Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dibuat pada 1946, sedangkan ia dimeterai pada 1948.

 Tambahan pula, status tersebut menyatakan bahawa sekiranya mana-mana daripada syarat-syarat tersebut dilanggar, maka terkeluarlah Johor daripada Malaysia – yang hanya wujud 17 tahun kemudian pada 1963.

 Lebih menarik lagi, menurut penganalisis politik Wong Chin Huat, perjanjian 1946 itu sebenarnya merujuk kepada perjanjian Malayan Union yang menggambarkan kegagalan keluarga diraja sehingga membawa kepada penubuhan Umno.

 "Pada 1946, tidak ada Persekutuan Tanah Melayu, hanya ada Malayan Union yang menjadi sebab mengapa Umno dilahirkan.

 "Sultan-sultan telah menyerah kuasa mereka (kepada British) dan bersetuju kepada perjanjian untuk memberi kerakyatan secara longgar atas tekanan British.

 "Ini yang menjadikan orang Melayu memberontak dan rasa dikhianati. Mereka kemudian membentuk Umno (untuk menentang Malayan Union)," katanya kepada Malaysiakini.

 Dr M: Melayu sendiri lindungi Melayu
Malah, tindakan kerabat diraja yang mudah menerima Malayan Union juga digunakan oleh perdana menteri sebelum ini Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melancarkan serangan ke atas raja-raja dalam usaha melucutkan kekebalan mereka pada 1993.

 Perkara itu terdapat dalam hansard ucapan Mahathir di Parlimen pada tahun itu.

 "Ada pihak yang berpendapat bahawa raja Melayu diperlukan untuk melindungi orang Melayu.

 "Peristiwa Perjanjian Mac Michael dan Malayan Union jelas membuktikan bahawa yang sanggup dan mampu melindungi orang Melayu ialah orang Melayu sendiri.

 "Jika tidak kerana mereka bangun dan menentang Malayan Union, hari ini orang Melayu akan menjadi pengemis di negeri sendiri," kata Mahathir dalam handsard itu.

 Sehubungan itu, Wong berkata Tunku Idris telah mencampuradukkan fakta sejarah dan peninggalan Malayan Union dalam status di Instagramnya itu.

 "Disebabkan itu (Malayan Union), kembali kepada persoalan sama ada raja-raja atau ahli-ahli politik dapat melakukan tugasan mereka dengan baik dalam mempertahankan kepentingan Melayu," kata Wong. - M'kini

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com

Sumber: 
(http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2015/06/masalah-status-johor-boleh-keluar.html


Lelaki jahanam 

Cagayan De Oro (Filipina): Seorang lelaki Australia yang disiasat kerana membunuh dan beberapa kesalahan seks, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan merogol dan memperdagang dua budak perempuan di Filipina, hari ini.

Gerard Peter Scully, 51, menghisap rokok sebelum dengan tenang menjawab ‘tidak bersalah’ selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di mahkamah di bandar pelabuhan Cagayan de Oro.

Polis Filipina mendakwa Scully merogol dua remaja perempuan berulang kali yang ditemui bogel dan dirantai dalam apartmennya di bandar itu, tahun lalu.

Dia menghadapi lima tuduhan merogol dan satu tuduhan memperdagang manusia yang membawa hukuman penjara seumur hidup bagi salah satu tuduhan itu jika didapati bersalah.

Scully juga sedang disiasat merogol bayi perempuan berusia 18 bulan dan merogol serta membunuh budak perempuan berusia 12 tahun yang mayatnya ditemui tertanam di bawah lantai dapur satu lagi apartmen lelaki itu di Surigao. Scully ditahan pada bulan sama di Malaybalay di selatan Filipina.

Media Australia melaporkan Scully yang berasal dari Melbourne, melarikan diri ke Filipina pada 2011 selepas dia didakwa kerana menipu.

Di Filipina, dia memulakan perniagaan seks siber, merakam adegan seksnya dengan budak perempuan berusia antara 12 hingga 18 tahun dari keluarga miskin. Rakaman itu dijual kepada pelanggan di Jerman, Amerika Syarikat dan Brazil.

Filipina kini antara pusat industri seks siber menggunakan kanak-kanak dan minggu lalu, polis menyelamatkan lapan budak perempuan dari sebuah rumah di Manila yang dijual untuk pelacuran dan dipaksa melakukan seks untuk tontonan secara dalam talian. Dua orang, termasuk ibu seorang budak itu ditahan. - AFP 

-hmetro- 
Sumber: 
(http://gigitankerengga.blogspot.com/2015/06/lelaki-jahanam.html

Tiada ulasan: