Ahad, 28 Jun 2015

5462. استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه

.
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه

Perbuatan kejam jururawat dirakam CCTV

Pesakit
New York:Seorang pesakit cacat berusia 51 tahun diseret ke biliknya dalam keadaan berlumuran darah oleh seorang jururawat lelaki di pusat kejururawatan dan pemulihan di Far Rockaway, di sini.

Perbuatan kejam mereka itu telah dirakamkan melalui kamera CCTV.

Dalam rakaman itu, pesakit tersebut yang hanya memakai gaun hospital, telah terjatuh di hadapan jururawat lelaki itu dikenali sebagai Emmanuael Ufot, 36.

Manakala dua lagi jururawat wanita Funnmiloloa Taiwo, 34, dan Esohe Agbonkpolor, 39, hanya memerhatikan sahaja pesakit itu.

Mereka membiarkan lelaki itu terbaring di atas lantai selama 20 minit sebelum menariknya ke bilik dengan cara menyeret gaun yang dipakai lelaki itu, yang telah terselak dan terbelit di leher.

Ketika itu darah terus berlumuran dari bahagian kepala dan rahang lelaki itu.

Susulan itu, ketiga-tiga jururawat terbabit telah ditangkap kerana membahayakan kebajikan dan kesihatan lelaki berkenaan.

Dalam pada itu, pendakwaraya, Eric Schneiderman berkata pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan jururawat yang gagal menjaga atau membahayakan pesakit di bawah jagaan mereka. 

“Penduduk di New York berhak mendapat penjagaan yang berkualiti dan penjaga pula perlu melaksanakannya dengan penuh profesional,’’ katanya./klpost


Nursing workers caught on camera'dragging disabled man down by the neck as he poured blood' (https://www.youtube.com/watch?v=vF3abjb7cF4)


Sumber:
(http://gigitankerengga.blogspot.com/2015/06/perbuatan-kejam-jururawat-dirakam-cctv.html)

استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه

Bongkar: Surat Sulit Peguam Negara Membabitkan Ketua Kongsi Gelap suarakami

Maklumat baru kini diperolehi bagi memperjelaskan kes luar biasa yang didakwa membabitkan bekas polis paling berkuasa di negara ini, seorang peguam negara dan juga tokoh kongsi gelap lima tahun lalu.

Dokumen yang mendedahkan bagaimana maklumat yang dibekalkan oleh beberapa pemberi maklumat sehingga tertangkapnya ‘ketua’ kongsi gelap Johor Goh Cheng Poh atau juga dikenali sebagai Tengku Goh pada 2007 kini di bocorkan.

Dokumen yang sama itu digunakan bagi memalitkan enam pegawai polis yang menyiasat kes itu.

Pemberi maklumat itu kemudiannya membuat kenyataan bersumpah bahawa mereka dipaksa menukar maklumat asal oleh pasukan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang kemudiannya dinaikkan taraf menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2009.

Sebaliknya, enam pegawai polis dijadikan mangsa dan didakwa memalsukan bukti terhadap Tengku Goh yang didakwa terbabit dalam perjudian dan pengubahan wang haram. Mereka bagaimanapun akhirnya dibebaskan, yang terakhir adalah pada pertengahan 2011.



Sumber:
(http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2015/06/bongkar-surat-sulit-peguam-negara.html)
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه

INILAH WAJAH IBU YANG MENDERA ANAK TIRINYA UMUR 5 TAHUN SAMPAI PATAH TULANG BELAKANG YANG TERSEBAR DI MEDIA SOSIAL.

"Kesan luka dibadan akibat libasan hanger... kepala pecah terpaksa di jahit... di cubit sehingga lebam2 seluruh badan... di kurung tk beri makan di hantuk kepala ke dinding..." .. FB

Baby Zara... i cant believe this happen to you syg... 

umur baru 5tahun dan terpaksa lalui saat2 yg sgt2 sukar dipukul ibu tiri separuh mati sehingga patah tulang blkg.. 
patah tulang rusuk dan bahagian2 badan lain... 
retak hampir 10bahagian di badan... 
kepala pecah akibat hantukan kuat di dinding... 
dahi di hentak ke lantai.. 
tidak diberi makan sehingga 0 protein dlm badan... 
Allah please be nice to her... 
die dah sakit terlalu lama sendirian tanpa kami tahu... 
die yg menanggung setiap kesakitan dan kami hanya mampu berdoa... 
jauhilah segala duka dimatanya Ya Allah... 
pulihkan semangatnya... 
kuatkan jiwanya... 
Ya Allah jika ada keajaiban pindahkan lah deritanya pd ku... 
Ya Allah pasti ada hikmah di setiap kejadian... 
berikanlah balasan yg setimpal kepada yg melakukan...


Zahara sayang... 
be strong yaya... 
mama yaya and family semua hari2 doakan yaya cepat sembuh... FB

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera di beberapa anggota badan, dipercayai didera ibu tirinya di Kampung Kubang Rambutan, Rantau Panjang.

Kejadian itu hanya disedari ibu kandung mangsa, Sana Abdul Malek, 28, pada Khamis lalu, selepas mengambil anaknya di rumah bekas suaminya, sejurus dihubungi ibu tiri mangsa yang meminta mengambil kanak-kanak terbabit kerana tidak mampu menjaganya.

Kanak-kanak terbabit dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu untuk rawatan lanjut.

Lokasi: Rantau Panjang
Mangsa: Nur Zuliana Zaara Bt Mohd Mishabuddin
Umur: 5 Tahun
Alamat: Blok Q 915 Taman Rantau Mas, Rantau Panjang Kelantan.



Suspek/Penjahat: Rahayu bt Hassan
Umur: 25thn (anggaran)
Pekerjaan: Surirumah
Alamat : Kg.Kubang Rambutan Rantau Panjang Kelantan

Suspek/Penjahat 2: Zulkifli bin Che Othman
Umur: 40an
Pekerjaan: Peniaga kedai aksesori kereta di Rantau Panjang
Alamat: Kg Kubang Rambutan Rantau Panjang Kelantan


Fakta kes:-

Pada minggu lepas tarikh tidak pasti pengadu telah terima panggilan telefon daripada isteri kepada bekas suami bernama Rahayu bt Hassan menyatakan bahawa dia dan suami tidak lagi mahu menjaga anak saya bernama Zuliana serta mahu menyerahkan hak penjagaan kepada pengadu.

Pengadu setuju dan berjanji akan mengambil anaknya. Kemudian pada 24/06/2015 jam lebih kurang 0100hrs bertempat di belakang Pasaraya Pantai Timur Rantau Panjang Kelantan pengadu telah pergi mengambil anaknya di sana. Kemudian pengadu lihat keadaan anaknya lemah dan tubuh badan anaknya dipenuhi parut. Pengadu syaki anak didera oleh ibu tiri.
Kemudian pengadu datang ke balai membuat repot.

Siasat awal:-

-pengadu dan bekas suami telah bercerai sejak tahun 2013
- hasil perkahwinan pengadu dan bekas suami mempunyai seorang anak perempuan
- selepas bercerai anak pengadu dijaga oleh bekas suami iaitu ayah kandung anaknya
- pengadu telah berkahwin lain dan kini mempunyai seorang anak berusia 6bulan
- bekas suami pengadu juga telah berkahwin lain dan mempunyai seorang anak berusia lebih kurang setahun.
- pengadu dan anak (mangsa) jarang berjumpa selepas perceraian tersebut kerana masalah hubungan yg kurang baik bersama isteri baru bekas suami.
- kali terakhir pengadu berjumpa dgn mangsa adalah pada bulan puasa tahun lepas dan tidak lagi berhubung lagi selepas itu.
- Pengadu dihubungi oleh isteri bekas suami baru-baru ini dan menyatakan dia dan suami tidak mahu lagi menjaga mangsa kerana kesibukan
- pengadu setuju untuk mengambil mangsa tinggal bersamanya
- semasa pengadu mengambil anaknya dapati anaknya dalam keadaan lemah dan tubuh badannya dipenuhi parut.
-mangsa memberitahu bahawa mami (ibu tiri) telah mencubitnya
- pengadu bawa mangsa pulang ke Golok Thailand dan mangsa ditahan di Hospital Golok Thailand sehingga dibawa pulang ke Malaysia pada 26/06/2015

Kes disiasat di bawah sek.31(1)akta kanak-kanak 2001


Sumber:
(http://omakkau.blogspot.com/2015/06/inilah-wajah-ibu-yang-mendera-anak.html)
.

Tiada ulasan: