Jumaat, 3 Julai 2015

5510. Dari halal jadi haram, kemudian dari haram jadi halal. Cuba teka apa jawapannya.

.

♡ ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ ♡
◆▬▬▬▬▬ஜ  ஜ▬▬▬▬▬◆
☆•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•★´¨`*•.¸¸.•★
♡ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه ♡
◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩  ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆

اللهُــــــم ۩★۩ صَـلٌ ۩★۩ علَى سَــيدنـا مُحـمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل ســيدنا مُحـمَّـدْ ۩★۩ كما صلٌيت علَى ســيدنـا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وعلَى آل سًــيدنــُا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وبارك علَى ُسَــيدنـُا مُحــمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل سَـيدنا مُحـمَّــدْ ۩★۩ كما باركت علَى سًـيدنا إِبْرَاهِيمَ ۩★۩ وعلَى آل ًسيدنا إِبْرَاهِيمَ ً۩★۩ فى الْعَالَمِينَ ۩★۩ إن ك حَمِيدٌ مَجِيدْ

♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡

◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩ ♡ ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆

♡  الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
“”
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
 •
“”
Secret Recipe kini beroleh kembali sijil halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) susulan kerja-kerja di dapur utamanya, yang sebelum ini menyebabkan timbul isu kebersihan, kini selesai.

Restoran yang terkenal dengan keknya itu berkata, pihaknya sudah mengambil langkah perlu memastikan bahan yang digunakan serta cara penyediaan produknya mematuhi standard yang ditetapkan.

"Kami berbangga untuk mengumumkan Secret Recipe kini disahkan halal oleh Jakim selepas kerja pengubahsuaian dan menaik taraf dapur utama kami di Taman Mayang dan kilang baru kami di Kota Damansara selesai baru-baru ini.

"Sepasukan Pegawai Jaminan Kualiti dan Kebersihan dan Pematuhan Halal ditubuhkan bagi memastikan sumber bahan-bahan, penyediaan dan proses kami mematuhi piawaian pensijilan Halal Malaysia dan Malaysia Standard 1500:2009," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Kami jamin keselamatan makanan dan kawalan kualiti menjadi keutamaan utama kami, sepertimana kami selama ini mengikuti proses dan standard yang ketat untuk mengekalkan pensijilan kami sepanjang 15 tahun lalu dan kami akan terus mendukung janji kami kepada anda," katanya.

Pada 27 Mei, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab hal ehwal agama Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Jakim membatalkan sijil halal rantaian kafe Secret Recipe pada 7 Mei kerana dapur utamanya gagal mematuhi amalan kebersihan dan pengilangan yang baik.

Beliau berkata, seluruh rantaian restoran itu terjejas kerana dapur utama itu membekalkan barangan kepada semua 297 cawangan Secret Recipe di seluruh Malaysia.

Jamil juga menafikan sijil halal Secret Recipe ditarik balik kerana ia menggunakan bahan-bahan yang haram. – 2 Julai, 2015.


Sumber:
(http://penburukonline.blogspot.com/2015/07/secret-recipe-sudah-halal-kembali.html)
.
Jawapannya:
Nira (Halal) berubah menjadi Tuak (Haram) kemudian berubah lagi menjadi Cuka (Halal)

Tiada ulasan: