Sabtu, 4 Julai 2015

5522. Jawapan kurang asam atau biadap kurang ajar.

.

♡ ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ ♡
◆▬▬▬▬▬ஜ  ஜ▬▬▬▬▬◆
☆•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•★´¨`*•.¸¸.•★
♡ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه ♡
◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩  ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆

اللهُــــــم ۩★۩ صَـلٌ ۩★۩ علَى سَــيدنـا مُحـمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل ســيدنا مُحـمَّـدْ ۩★۩ كما صلٌيت علَى ســيدنـا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وعلَى آل سًــيدنــُا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وبارك علَى ُسَــيدنـُا مُحــمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل سَـيدنا مُحـمَّــدْ ۩★۩ كما باركت علَى سًـيدنا إِبْرَاهِيمَ ۩★۩ وعلَى آل ًسيدنا إِبْرَاهِيمَ ً۩★۩ فى الْعَالَمِينَ ۩★۩ إن ك حَمِيدٌ مَجِيدْ

♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡

◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩ ♡ ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆

♡  الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
“”
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
 •
“”

Najib ada harapan jadi PM pertama disiasat, dituduh dan disabitkan pecah amanah (CBT)

Datuk Seri Najib Razak digesa menjawab dakwaan terkini media antarabangsa Wall Street Journal (WSJ) yang mengaitkan dana 1MDB dengan akaun bank perdana menteri.

“Pendedahan WSJ dan Sarawak Report yang mengaitkan Najib dalam skandal terkini melibatkan 1MDB amat mengejutkan,” kata Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Batu Jimmy Puah.

“Jika laporan ini betul, Najib boleh jadi perdana menteri pertama dalam sejarah Malaysia yang disiasat, dituduh dan disabitkan pecah amanah (CBT) atau kesalahan bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009”

Beliau yang juga timbalan pengerusi PKR Johor berkata agak mengecewakan apabila dokumen berkaitan dalam isu itu dikatakan sedang dipegang oleh agensi penguatkuasaan Malaysia.

“Mungkin ini masa paling sesuai untuk peguam negara membuka mulut dalam isu ini,” kata Puah. 

WSJ, sebuah media berpengaruh di peringkat global, melaporkan terdapat pergerakan dana hampir AS$700 juta daripada badan dikaitkan dengan 1MDB ke akaun peribadi perdana menteri.

Laman pembocor maklumat Sarawak Report pula melaporkan sebanyak AS$681,999,976 (RM2.6 bilion) dipindahkan daripada dana Abu Dhabi Aabar ke dalam akaun peribadi Najib di AmBank di Kuala Lumpur pada bulan Mac 2013, dua bulan sebelum pilihan raya umum pada 5 Mei 2013.
-malaysiakini-

Sumber:
(http://gigitankerengga.blogspot.com/2015/07/najib-ada-harapan-jadi-pm-pertama.html)

PENJELASAN ISU DIPAKAIKAN KASUT ROSMAH DAPAT LAYANAN ISTIMEWA

"Lutut tak berapa nak kuat... tak boleh nak tunduk..." demikian penjelasan Datuk Rizal Mansor, pegawai kepada isteri perdana menteri berhubung sebuah video yang menunjukkan Rosmah Mansor dilayan seperti dongeng Cinderellah yang menjadi perhatian di media sosial.

Malah, Rizal juga menjelaskan Rosmah bukan lagi seorang wanita muda dan isteri perdana menteri itu memerlukan bantuan untuk dipakaikan kasut memandangkan usianya kini sudah 64 tahun.

"Kalau isteri PM (perdana menteri) itu umur 25 tahun kena pakaikan kasut sebegitu, bolehlah mu nak pelik, ini umur dah 64 tahun," kata Rizal dalam Facebooknya.

Malah beliau juga menempelak individu yang merakamkan video berkenaan dengan mengandaikan bahawa individu tersebut kurang kasih sayang dan tidak pernah memakaikan kasut kepada ibunya.

Ini kerana, menurut Rizal menjadi perkara biasa sekiranya seseorang memakaikan kasut kepada individu yang lebih tua.

"Yang jadi isu bila orang yang rekod video ini kurang kasih sayang atau dia tak pernah pakaikan kasut untuk mak dia ke, makcik dia ke, nenek dia ke.

“Bagi yang biasa dan pernah pakaikan kasut untuk mak, ini adalah sesuatu yang biasa," kata Rizal lagi.

Justeru itu, Rizal meminta supaya semua pihak bersangka baik di bulan Ramadan memandangkan  terdapat isu lain yang lebih penting perlu diambil peduli berbanding isu pemakaian kasut kepada isteri perdana menteri.

"Orang kita ini dah tak ada isu lebih penting nak ambil peduli. Isu air di Selangor tak nak pula dia bincang, isu longkang tersumbat punca denggi meningkat tak pula kakitangan Karangkraf ini nak ambil kisah. Isu pakai kasut lebih penting bagi dia.

"Bersangka baik - bulan Ramadan syaitan semua dah kena ikat. Yang tak kena ikat itu nafsu, akal dan hati," tulis Rizal.

Hari ini, video menunjukkan seorang wanita memakaikan kasut kepada Rosmah menjadi perhatian di media sosial.

Video sepanjang selama 31 saat yang dimuat naik di Facebook dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial itu.

Dipakaikan kasut, Rosmah dapat layanan istimewa

Sumber:
(http://omakkau.blogspot.com/2015/07/penjelasan-isu-dipakaikan-kasut-rosmah.html)

LEPAS WANITA CANTIK ,KINI CINDERELLA?

(http://wrlr.blogspot.com/2015/07/lepas-wanita-cantik-kini-cinderella.html)

Beri Najib peluang mentadbir negara.

Beri Dato Seri Najib terus memimpin Malaysia. Pilihanraya pun bersih. Usah diganggu  pemerintahan Najib.
GST, harga petrol naik, tol pun nak naik, 1MDB, isu MARA, isu beli tanah Tabung Haji semuanya untuk kepentingan rakyat. RAKYAT bukan tahu urusan negara. NAJIB perlu meneruskan pemerintahannya.
Usahlah kritik pemerintahan Najib. Najib  perlu dibantu. UMNO bukan sejahat Firaun pun.Tolonglah, bantu pemerintahan Najib, usahlah buat tunjuk rasa membantah kenaikan minyak atau seumpamanya.

Sumber:
(http://sisibukit.blogspot.com/2015/07/beri-najib-peluang-mentadbir-negara.html)

Jawapan 'kurang asam' Azwan Ali kepada Mufti Perak

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, baru-baru ini menegur tindakan melampau adik MB Selangor Azmin Ali, Azwan Ali memaki hamun pengikutnya di Twitter sehingga tidak menampakkan dirinya seperti orang Islam yang sedang berpuasa.

Menurut Mufti Perak itu, tweet-tweet yang dimuat naik oleh adik Azmin Ali itu menunjukkan ciri-ciri golongan fasik kerana tidak menggambarkan teladan dan sifat seorang Muslim yang sebenar.

Berikutan itu, Azwan Ali memuat naik gambar Mufti Perak berkenaan di laman Instagramnya.

"Jutaan terima kasih Mufti Perak Darul Ridzuan. Sempat tegur 1001 cerita panas truly Diva AA. Sikit tak luak, after all teruja seorang ulamak punya gigih ambil kita Azwan Ali. Hebatnya penangan nama besar Azwan Ali. Kau mampu?

"Fatwa? Hukum? Semua dah ada dalam genggaman hidup Azwan Ali. Sah-sah arwah abah aku ustaz. So? So? So? Cuma Azwan Ali hanya hambaNya. If even kau di luar sana meroyan, menyalak, mencemar busuknya Azwan Ali.

"Macamlah aku ini tak tahu hukum hakam. Why bother? Why bother? Why bother? Go ahead. But remember doa hambaNya yang teraniaya.

"Kau carilah mufti besar Arab Saudi pulak. But its okay. Terima kasih atas teguran. Tapi ingat semua, atas dunia kau boleh buat apa saja untuk berkuburnya nama besar Azwan Ali. Akhirat, azab kau amatlah pedih. Tuhan Maha Mengetahui siapa benar siapa salah. Kebenaran mungkin tidak di dunia pasti di akhirat.

"Nawaitu kau lebih penting tika memporak peranda kes ini. Nahuzubillahminzalik," katanya.
Sumber:
(http://penburukonline.blogspot.com/2015/07/jawapan-kurang-asam-azwan-ali-kepada.html)

Mufti: Jutaan hilang tapi masih terlepas

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini mengeluh berhubung penguatkuasaan undang-undang dalam negara yang menyaksikan pesalah berat terlepas begitu sahaja.

Sebaliknya, kata Asri, pihak yang terlibat dalam jenayah kecil pula ditahan polis dan diheret ke penjara.

“Kusimpati pada wajah seorang warga yang ditahan polis kerana tidak membayar saman motosikalnya.

“Kusedih seorang yang diheret ke penjara kerana mencuri setin susu untuk anaknya.

“Tapi kuhairan mereka yang dikaitkan dengan kehilangan laksa dan juta harta kita masih tersenyum bergaya dan tiada siapa yang menahan dan mengheretnya untuk dibicara,” katanya.

Beliau tidak mengatakan secara langsung siapa yang dimaksudkannya tetapi ia secara kebetulan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilanda kontroversi baru.

Wall Street Journal (WSJ), sebuah media berpengaruh di peringkat global, melaporkan terdapat pergerakan dana hampir AS$700 juta daripada badan dikaitkan dengan 1MDB ke akaun peribadi perdana menteri.

Laman pembocor maklumat Sarawak Report pula melaporkan sebanyak AS$681,999,976 (RM2.6 bilion) dipindahkan daripada dana Abu Dhabi Aabar ke dalam akaun peribadi Najib di AmBank di Kuala Lumpur pada bulan Mac 2013, dua bulan sebelum pilihan raya umum 5 Mei 2013.
Sumber:
(http://wak-labu.blogspot.com/2015/07/mufti-jutaan-hilang-tapi-masih-terlepas.html)
.

Tiada ulasan: