Ahad, 5 Julai 2015

5535. Siasatan yang berlandaskan Integriti Total.

*
♡ ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ ♡
◆▬▬▬▬▬ஜ  ஜ▬▬▬▬▬◆
☆•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•★´¨`*•.¸¸.•★
♡ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه ♡
◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩  ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆

اللهُــــــم ۩★۩ صَـلٌ ۩★۩ علَى سَــيدنـا مُحـمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل ســيدنا مُحـمَّـدْ ۩★۩ كما صلٌيت علَى ســيدنـا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وعلَى آل سًــيدنــُا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وبارك علَى ُسَــيدنـُا مُحــمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل سَـيدنا مُحـمَّــدْ ۩★۩ كما باركت علَى سًـيدنا إِبْرَاهِيمَ ۩★۩ وعلَى آل ًسيدنا إِبْرَاهِيمَ ً۩★۩ فى الْعَالَمِينَ ۩★۩ إن ك حَمِيدٌ مَجِيدْ

♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡

◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩ ♡ ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆

♡  الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
“”
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
 •
“” 
MAKA PM KEKAL HEBAT!
Hebat! Itu sahaja dapat digambarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, jika dakwaan memindahkan lebih RM2 billion wang ke akaun peribadinya.  Apa tidaknya, dengan barisan juru audit dan syarikat besar tentulah bukan mudah untuk memindahkan wang apatah lagi ke akaun peribadi.

Wall Street Journal dan Sarawak Report khabarnya mendakwa dalam laporan mereka bahawa wang 1MDB yang disiasat berakhir di akaun peribadi PM.

Siapa sahaja boleh mendakwa itu dan ini terhadap seorang pemimpin.  Apatah lagi Perdana Menteri memang tengah panas dan diasak daripada pelbagai sudut khasnya dalam isu berkaitan 1MDB.

Wang USD700 juta bersamaan RM2,644,600,000.00 adalah satu jumlah yang besar.  Jika benarlah dakwaan kedua media yang yang diragui kredibilitinya sehingga disaman oleh Kerajaan Singapura pada tahun 2008.

Jika dikaitkan secara logika pula adakah seseorang seperti PM memilih untuk memasukkan ke akaun peribadinya sendiri, tentulah lebih selamat dan bijak untuk menggunakan akaun ‘proksi’ untuk mengelakkan tohmahan.

Dengan begitu ramai ‘proksi’ tentulah hal memasukkan ke akaun peribadi tidak timbul.

Walaupun kelihatannya di atas kertas, dakwaan WSJ dan Sarawak Report berasas namun dengan ketiadaan apa-apa bukti kukuh dan menyakinkan tentulah laporan itu masih boleh dicabar.

Perdana Menteri, Kerajaan Malaysia, Peguam Negara dan barisan peguam handal ‘yang hanya mengenakan bayaran RM1,000.00’ tentulah boleh digembeling untuk mengembalikan imej dan maruah Perdana Menteri dan Kerajaan yang tercalar dek dakwaan ini.

Secara peribadi saya sukar mempercayai dakwaan kedua media ini.  Rasionalnya mudah.  Memindahkan wang dalam jumlah yang banyak walaupun secara berdikit-dikit tentulah tidak mudah.

Atau adakah wang yang dipindahkan ini hanyalah menggunakan ‘akaun tumpang’.  Hal ini mungkin kerana menyediakan perbelanjaan untuk menghadapi Pilihanraya Umum pada 2013 atau pun bersedia untuk PRU-14?

Akaun tumpang adalah akaun sementara yang diwujudkan bagi menumpangkan sejumlah wang untuk tempoh sementara bagi sesuatu tujuan.

Jika Kerajaan Singapura memilih untuk menyaman WSJ akibat laporan tidak benar mereka, maka kita juga harus memilih untuk menyaman dan mencabar dakwaan ini supaya hal ini boleh dicerahkan selama-lamanya.

Jika sekadar penafiaan, tanpa sebarang tindakan perundangan maka media seperti WSJ akan menjadi ‘drakula’ dengan taring yang lebih tajam dan panjang!

Jika benarlah wang yang dipindahkan itu digunakan untuk Pilihanraya Umum, maka Suruhanjaya Pilihan Raya sepatut memanggil pihak-pihak berkenaan khususnya Barisan Nasional untuk memperincikan perbelanjaan pilihan raya mereka.

Setakat ini, Perdana Menteri akan kekal hebat dengan dakwaan dan kebolehan memindahkan wang hampir RM2.64 billion ringgit ke akaun peribadinya! 

Peguam Negara sahkan lihat dokumen yang dimaksudkan WSJ

Aku setuju dengan pendapat Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ni.. katanya berdasarkan kenyataan dibuat Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini, secara tidak langsung telah memberi wibawa kepada laporan Wall Street Journal (WSJ) berbanding penafian mengenainya oleh Datuk Seri Najib Razak.

Tuan Ibrahim juga bertanya apakah Peguam Negara akan dituduh menyiasat 1MDB berdasarkan 'info-info palsu' yang didedahkan seorang bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Justo.

"Jika ya, apakah Kementerian Dalam Negeri akan memberikan surat tunjuk sebab kepada Peguam Negara?" katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Disebabkan Gani sendiri mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap kes penyaluran dana 1MDB yang menggemparkan itu, Tuan Ibrahim sekali lagi mendesak Najib bercuti serta-merta agar siasatan dapat dijalankan secara telus dan bebas...
Peguam Negara lihat dokumen siasatan 1MDB

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengesahkan beliau melihat laporan siasatan mengenai dakwaan pemindahan dana 1MDB ke akaun bank perseorangan Datuk Seri Najib Razak.

Dalam kenyataan beliau hari ini, Abdul Gani berkata, ia adalah antara dokumen yang diambil pasukan petugas khas bagi menyiasat isu 1MDB.

"Pasukan ini (pasukan petugas khas) telah memperoleh beberapa dokumen yang kemudiannya dikemukakan kepada saya untuk semakan. Saya mengesahkan bahawa saya telah menerima dokumen-dokumen berkaitan 1MDB termasuk dokumen berkaitan dakwaan penyaluran dana ke akaun milik YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak daripada Pasukan Petugas Khas ini.

"Sehubungan itu, saya telah meneliti dan menyemak kesemua dokumen yang dikemukakan, dan seterusnya telah memberi nasihat dan panduan kepada pasukan petugas khas ini bagi mengambil tindakan lanjut.

"Saya juga mengesahkan bahawa pada 3 Julai 2015, pasukan petugas khas ini telah menghantar pasukan siasatan ke syarikat SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd untuk mengadakan serbuan dan telah memperoleh dokumen dari ketiga-tiga premis terbabit," katanya.

Bagaimanapun, Abdul Gani tidak menjelaskan butiran lanjut dokumen yang dimaksudkan.

Katanya, siasatan akan ditumpukan kepada setiap aspek yang dibangkitkan

Semalam Wall Street Journal membuat laporan mengejutkan mengenai dapatan penyiasat yang mengaitkan pengaliran dana hampir AS$700 juta ke akaun persendirian "Dato' Seri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak".

Selepas Najib memberikan penjelasan mengenainya hari ini timbalan beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin tampil menggesa perdana menteri membuat pengesahan atau penafian meyakinkan berhubung kewujudan akaun berkenaan lapor Malaysiakini
Link: http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2015/07/peguam-negara-sahkan-lihat-dokumen-yang.html)
Kenyataan Mengejutkan Dari Mursyidul Am.. Saksikanlah
Tidak masuk akal adalah ungkapan yang dapat menggambarkan perasaan Datuk Dr Haron Din berhubung dakwaan media luarmengenai penyaluran dana ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Ditemui media di Putrajaya hari ini Haron berkata, logik akal menyatakan jika seseorang mahu mengambil dana awam ke akaun persendirian, mereka tidak akan melakukan sebegitu.

Sebaliknya, kata Haron, dana itu akan disalurkan ke akaun rahsia.Bagaimanapun Haron tidak menyatakan sama ada bersetuju atau tidak dengan dakwaan berkenaan.Kata Haron, banyak berita timbul baru-baru ini dan ia kelihatan benar tetapi kemudian terbukti sebaliknya selepas siasatan dijalankan.

"Jadi saya perlu periksa sama ada berita ini benar atau tidak terlebih dahulu," katanya.Haron juga berharap tuduhan terhadap perdana menteri itu tidak benar demi kepentingan negara.

Tuntut isytihar hartaJika tidak, katanya, perkara itu sangat malang terutama kerana ia berkait dengan ekonomi Malaysia yang semakin lemah.Jika dakwaan itu benar, kata Haron, pelabur asing akan menjadi tidak selesa melabur di Malaysia dan orang ramai akan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan negara.
"Sebab itu saya berharap akan ada penafian dan penyelewengan tidak pernah berlaku."Tetapi jika tidak berlaku juga, ia adalah perkara yang sangat malang dan tidak boleh dipandang ringan," katanya.

Semalam Wall Street Journal melaporkan hampir AS$700 juta wang daripada dana 1MDB disaluran ke akaun persendirian atas nama "Dato' Seri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak" menjelang berlakunya pilihan raya umum ke-13.

Ekoran dakwaan itu PAS kemudian menuntut Najib dan isterinya, Datik Seri Rosmah Mansor membuat pengisytiharan harta.

Najib.Najib kemudian menafikan dakwaan itu dan menegaskan beliau tidak pernah menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi.Hari ini WSJ pula mempertahankan laporan berkenaan.

Sumber: (http://addindeen.blogspot.com/2015/07/kenyataan-mengejutkan-dari-mursyidul-am.html)
Soalan Maut Che DET Kepada LHDN Berkaitan Cukai PM.
Tun Mahathir
Tun Mahathir - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kali ini membangkitkan soalan yang ditujukan khas buat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkaitan kutipan cukai terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Sudah tentu ini adalah rahsia. Tetapi saya ingin bertanya, sudahkah orang-orang cukai pendapatan menyiasat sumber wang dan cukai yang dibayar?," tanyanya dalam catatan di blognya, semalam.

Dr Mahathir menyentuh soal sumber kewangan Najib yang didakwa datang daripada perniagaan.

"Jika dia telah membuat begitu banyak wang daripada perniagaan, pasti beliau akan membayar cukai pendapatan.

"Sudahkah orang-orang cukai pendapatan siasat mengenai keuntungan perniagaannya? Berapa banyak cukai telah dia bayar? Sudah tentulah rahsia tetapi saya harap ini bukan satu 'cover up'," katanya.
Dalam catatan sama, beliau turut menyentuh soal pembelian kediaman mewah oleh anak tiri Najib di luar negara dan pembiayaan untuk penerbitan sebuah filem.

Sebelum itu, beliau mempertikaikan soal sikap memilih 'tukang kutip cukai' pendapatan yang didakwanya berlaku mutakhir ini.

"Orang-orang cukai pendapatan sentiasa mencari-cari orang-orang yang hidup di luar kemampuan mereka. Serbuan dibuat dan mereka dipaksa membayar cukai tambahan jika pelaku didapati tidak membayar penuh mengikut tahap kekayaan dimiliki.

"Tetapi akhir-akhir ini kita lihat sikap memilih dalam tumpuan orang-orang cukai pendapatan," katanya.

Dr Mahathir sempat secara sinis menyebut bahawa gaya hidup mewah pemimpin nombor satu negara itu melebihi harta yang disimpannya selama 29 tahun dalam pentadbiran.

"Saya difahamkan perdana menteri sebagai penasihat 1MDB (1Malaysia Development Berhad), tidak dibayar apa-apa. Beliau dibayar gaji perdana menteri yang saya tahu jauh lebih kecil daripada apa yang eksekutif perniagaan dapat.

"Tetapi kerajaan membayar elaun-elaun, bil-bil, tempat tinggal dan sebagainya. Oleh itu, gaji semua boleh disimpan dan dibelanjakan.

"Masih gaya hidup yang mewah pasti melibatkan kos yang tinggi. Pasti lebih daripada apa yang saya simpan selepas 29 tahun dalam kerajaan," katanya.

Link: http://kachipemas.blogspot.com/2015/07/soalan-maut-che-det-kepada-lhdn.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+ApaKhabarOrangKampung+%28Apa+Khabar+Orang+Kampung%29)
EDISI MISTERI.. Skandal Perda Gate
Beberapa hari ni, heboh di media sosial tentang satu skandal di sebelah utara.. Walaupun x la sebesar skandal Najib, tapi tetap melibatkan para penyamun2 yg berjawatan..
"Skandal ‪#‎PerdaGate‬
LOT 4325 hingga LOT 4633, MUKIM 9 Tok Keramat, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan.
Tanah keluasan 9 ekar,anah tepi jalan. Dibeli pada harga RM 3 sekaki pada tahun 1993.,harga semasa RM 13 sekaki. Tapi diarah oleh pengerusi perda jual dgn harga RM 3 sekaki. Keluhan daripada Pegawai Perda bahawa Pengerusi Perda menghabiskan tanah milik Perda. Malah salah seorang BOD dari syarikat pemaju swasta tersebut juga adalah keluarga pengerusi perda..


Dengar kata Pemaju Swasta bg komisen 10% pada Chairman Perda..."


EP mendesak SPRM membuka kertas siasatan berkaitan Perda ni.. Jangan pilih bulu.. Kalau rakyat biasa, laju je korang serbu, laju je korang nak tahan.. masuk bab kroni, yg ada nama, yg ada status... Korang buat buat tak nampak. Bila didesak, macam2 alasan korang bagi..

Dan yg terbaru... Siap ada gambar lagik sebagai bukti..
So, nak tunggu sampai Perda dijahanamkan depa macam 1MDB ke???
Link: http://www.erapasca.com/2015/07/edisi-misteri-skandal-perda-gate.html)
3 Syarikat di dakwa salur duit kepada Najib di serbu....KPN rakyat memerhati..... suarakami


Tan Sri Abdul Gani Patail mendedahkan pasukan petugas khas menyerbu 3 syarikat yang dikatakan menyalurkan wang ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak dan menambah beliau sudah menerima kertas siasatan berhubung perkara itu. 

Gani berkata, beliau sudah meneliti dan menyemak kesemua dokumen yang dikemukakan, dan memberi nasihat dan panduan kepada pasukan petugas khas ini bagi mengambil tindakan lanjut. 

Menurut Gani, semalam pasukan petugas khas  sekali lagi menghantar pasukan siasatan ke syarikat SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd untuk mengadakan serbuan dan memperoleh dokumen."Saya mengesahkan menerima dokumen-dokumen berkaitan 1MDB termasuk dokumen berkaitan dakwaan penyaluran dana ke akaun milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada pasukan petugas khas ini. 

Semalam, The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan ketiga-tiga syarikat ini memindahkan sejumlah AS$700 juta (RM2.67 bilion) kepada akaun peribadi Najib di Ambank. 

Gani berkata,  pasukan petugas khas, dianggotai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara Malaysia, sudah pun memulakan siasatan terhadap syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Menurut Gani, siasatan pasukan petugas khas akan fokus kepada setiap aspek yang dibangkitkan. 

"Saya yakin keanggotaan pelbagai agensi akan membolehkan siasatan dijalankan dengan lebih profesional dan terperinci. 

“Saya juga berharap semua pihak memberi kerjasama bagi membolehkan pasukan petugas khas ini menjalankan siasatan dan tidak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh mengelirukan orang ramai," katanya.
Link: http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2015/07/3-syarikat-di-dakwa-salur-duit-kepada.html)
AMK buat laporan polis terhadap Najib di seluruh negara pada Ahad - Faiz Zainudin
nik-nazmi-najib
Laporan polis dibuat supaya satu siasatan secara telus dibuat terhadap Perdana Menteri berhubung pendedahan AWSJ dan Sarawak Report.

SHAH ALAM: Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan menggerakkan wakil mereka di seluruh negara bagi membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bermula Ahad.

Menurut Timbalan AMK Afif Bahardin, laporan tersebut dibuat susulan dakwaan akhbar Asian Wall Street Journal (AWSJ) dan Sarawak Report bahawa sejumlah RM2.67 bilion disalurkan dari 1MDB ke akaun peribadi Perdana Menteri.

Katanya, Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad telah mengeluarkan arahan kepada AMK negeri supaya membuat laporan kepada pihak polis dan SPRM supaya melakukan siasatan secara telus terhadap Najib.

“Ketua-ketua AMK Negeri akan membuat laporan polis berkenaan dakwaan terhadap Najib itu di negeri masing-masing secara serentak pada Ahad, 5 Julai,” katanya dalam sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Shah Alam pada Sabtu.

Ambank dan Bank Negara perlu buktikan dakwaan terhadap Najib fitnah - FMT Reporters
rafizi-wsj
Ambank dan mana-mana bank lain perlu dedahkan akaun yang dimiliki Najib bagi mematikan serangan terhadap beliau.

PETALING JAYA: Ambank perlu mengesahkan atau menafikan sama ada akaun bernombor seperti yang didedahkan oleh Asian Wall Street Journal (AWSJ) di bawah nama Datuk Seri Najib Tun Razak itu benar-benar wujud.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, langkah itu akan memberi gambaran paling baik kepada rakyat sama ada Najib benar-benar terlibat dalam mengambil dana milik rakyat seperti yang didedahkan oleh AWSJ dan Sarawak report (SR) itu.

“Saya pasti jika Najib tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan, cara terbaik untuk mematikan serangan ke atas kredibiliti beliau ini ialah dengan membenarkan Ambank (atau mana-mana bank di negara ini) mendedahkan secara keseluruhan setiap bank akaun yang pernah beliau buka sejak menjadi Perdana Menteri dalam 2009.

“Jika terbukti bahawa akaun di Ambank seperti yang didedahkan oleh AWSJ dan SR itu tidak wujud, maka dengan mudah sahaja Najib boleh menghentikan isu terbaru ini.

“Saya juga menyeru supaya Bank Negara Malaysia menggunakan semua kuasanya di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan untuk merungkai kontroversi ini dengan mengesahkan sama ada akaun yang nombor dan namanya didedahkan oleh ASWJ dan SR itu benar-benar wujud.

“Jika ia tidak wujud, perkara ini tidak perlu dipanjangkan,” katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, jika akaun itu wujud, maka satu siasatan segera perlu dibuat dan Najib perlulah bercuti dan seorang pemangku Perdana Menteri boleh mengambilalih pentadbiran Kerajaan Persekutuan sementara siasatan sepenuhnya diadakan.

Link: http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2015/07/ambank-dan-bank-negara-perlu-buktikan.html)
*

Tiada ulasan: