Isnin, 6 Julai 2015

5537. Menutup kebenaran daripada mendapatkan kebenaran.

*

♡ ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ ♡
◆▬▬▬▬▬ஜ  ஜ▬▬▬▬▬◆
☆•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•★´¨`*•.¸¸.•★
♡ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه ♡
◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩  ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆

اللهُــــــم ۩★۩ صَـلٌ ۩★۩ علَى سَــيدنـا مُحـمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل ســيدنا مُحـمَّـدْ ۩★۩ كما صلٌيت علَى ســيدنـا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وعلَى آل سًــيدنــُا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وبارك علَى ُسَــيدنـُا مُحــمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل سَـيدنا مُحـمَّــدْ ۩★۩ كما باركت علَى سًـيدنا إِبْرَاهِيمَ ۩★۩ وعلَى آل ًسيدنا إِبْرَاهِيمَ ً۩★۩ فى الْعَالَمِينَ ۩★۩ إن ك حَمِيدٌ مَجِيدْ

♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡

◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩ ♡ ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆

♡  الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
“”
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
 •
“”
*
Puteri UMNO, jangan jadi perkakas lindungi kesalahan pemimpin.
PETALING JAYA - Srikandi Keadilan, sayap wanita muda bagi PKR mengutuk Puteri UMNO kerana hanya berperanan sebagai alat dan perkakas bagi melindungi kesilapan pemimpin.

Ketuanya, Senator Siti Aishah Shaik Ismail berkata, sebagai pemimpin muda, Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin sepatutnya mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab tuduhan bukannya lari daripada kenyataan.

Katanya, tindakan Puteri UMNO membuat laporan polis terhadap Sarawak Report hanyalah menutup kebenaran daripada mendapatkan kebenaran.

“Ini soal aset negara,wang rakyat dengan kata mudahnya apabila ada sesuatu yang didedahkan melibatkan pemimpin utama negera kita harus melihat ia sebagai sesuatu yang perlu diselesaikan.

“Kita bercakap soal penyelewengan, ketirisan serta rasuah yang menyumbang kepada kadar ekonomi negara yang tidak menentu dan ini harus dipandang penting oleh Puteri Umno agar kebajikan rakyat dan hak mereka tidak mudah diseleweng, bukannya dengan bersikap mempertahankan tanpa asas, ” katanya.

Katanya, tindakan Puteri UMNO itu lebih kepada politik ‘wala’ bukannya bersifat prihatin untuk rakyat teramai.

“Ini beza kita orang muda berani bersuara dalam setiap perkara yang melibatkan kepentingan rakyat bukan menjadi alat dan perkakas untuk terus melindungi kesilapan pemimpin.

“Kepada Puteri Umno, bertindaklah sebagai anak muda yang berani bersuara demi kebenaran dan janganlah kerana kepentingan politik membolehkan kita menolak kebenaran,” katanya. - FMT

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=297862:puteri-umno-jangan-jadi-perkakas-lindungi-kesalahan-pemimpin&Itemid=2#ixzz3f1Iwc8Ym
Link: http://wak-labu.blogspot.com/2015/07/puteri-umno-jangan-jadi-perkakas.html)
Bintang Singapore Idol peluk Islam

Finalis Singapore Idol musim ketiga, Sylvia Ratonel, mengucap dua kalimah syahadah di Pusat Islam Darul Arqam, baru-baru ini.

Berdasarkan kemas kini pada akaun Instagramnya, majlis itu kemungkinan besar berlangsung pada hari Sylvia menyambut hari lahirnya yang ke-27 iaitu 14 Jun lalu.

Sylvia atau nama sebenarnya Sylvia Anne Ratonel dipercayai memilih nama Nur Sylvia Ratonel sebagai nama baru.

Ramadan kali ini juga merupakan pengalaman pertama Sylvia mengerjakan ibadah puasa.

Di samping memuat naik sekeping gambar, Sylvia mencatatkan: "Hari ini saya bermula seperti seorang bayi baru lahir. Saya berterima kasih kepada ramai orang yang saya temui sepanjang hidup saya, yang sudah membantu saya dalam perjalanan saya sehingga ke peringkat ini, dan (saya) akan terus belajar sebanyak mungkin untuk menjadi muslimah yang lebih baik dan seorang manusia yang lebih baik.

"Saya tidak dapat luahkan betapa saya bersyukur kepada sokongan yang saya ada dari teman-teman dan keluarga… Nur Sylvia Ratonel."

Nur Sylvia merupakan satu-satunya peserta wanita dalam saingan akhir Singapore Idol pada 2009 dan muncul sebagai naib juara.Baca disini


Link: http://btmmari.blogspot.com/2015/07/bintang-singapore-idol-peluk-islam.html)

APA KHABAR SAUDARA ANWAR

NUKILAN : YB DATO FAUZI ABDUL RAHMAN (PENGERUSI MPN PAHANG/MP INDERA MAHKOTA)

Apa khabar Pak Anwar
Sungguh lama tidak bersua
Air bergula ku rasa tawar
Garam segenggam tiada terrasa


Apa khabar Pak Anwar disana
Terlantar dilantai tiada beralas
Nyamuk berdaung mencari mangsa
Tidur mu nyenyak dihimpit tandas
Mengapa diPutra Jaya tidur tak lena
Dipasang pendingin dipasang kipas
Empuknya tilam pun serba tak kena
Tilam sekeras batu hawa seterik panas.


Apa khabar dikau Anwar
Dikau didalam begitu tenang
Orang diluar berhati gusar
Jiwa bergelora dihantui bayang
Kian hari berita berputar
Peristiwa celaka tersungguh malang
Jatuh berkali tangga menimpa
Tubuh bergoyang kepala bergoncang.


Apa khabar saudaraku Anwar
Kamu disana yang kami rasau
Apakah uzur apakah segar
Namun raayat yang kamu hirau
Teringat hamba di Kuala Kangsar
Sesama besekolah diwaktu lampau
Jiwa dikau senada tidak berubah tukar
Nasib si-marhaen yang sentiasa diimbau.


Salam REFORMASI dari kami semua
Dikau disana tidak pernah dilupa
Dikaulah symbol mercu tanda
Perjuangan RAKYAT memerdekakan jiwa
Kan kami cuba, cuba dan usaha
Agar perjuangan dikau tidak tersia-sia
Kepada Allah yang Maha Esa
Untuk keselamatanmu dipanjatkan doa.


Ya akhi saudara Anwar,
Allah Kurniakan ketinggian sabar,
Hamba yakin ‘kemenangan’ bekibar
Kerana sesungguhnya; Allah Allah Allahu Akbar

Link: http://wrlr.blogspot.com/2015/07/apa-khabar-saudara-anwar.html)
" MOGA SEMPAT BERTAUBAT SEBELUM HANG MENINGGALKAN DUNIA "






Aku tak heran ada manusia spesis macam ini. Nabi Muhammad saw dulu lagi dah berkata, akan tiba suatu zaman yang mana orang-orang membawa Islam ada dicerca, dihina.

Tinggi mana sangatlah ilmu kita jika nak dibandingkan dengan TGHD. Kalau ya pun tidak bersetuju dengan kenyataan TGHD janganlah sampai menghina ulama. Jangan kita menjadi golongan yang disebut oleh Nabi pada akhir zaman.
Link: http://tikaqbuloh.blogspot.com/2015/07/moga-sempat-bertaubat-sebelum-hang.html)

TMJ sindir pemimpin rasuah........ Putera Johor sindir pemimpin rasuah terlepas hukuman


Zack Ahmad's photo.
Tunku Ismail Sultan Ibrahim sekali lagi melahirkan kritikan terhadap pentadbiran negara yang menurutnya bersikap toleran dengan pemimpin rasuah.

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sekali lagi mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib Razak berhubung pendedahan dana hampir RM700 juta disalurkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri seperti dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ). 

Meskipun tidak menamakan perdana menteri tersebut, namun tulisannya yang dimuat naik dalam laman Facebook jelas menunjukkan kritikan itu ditujukan kepada Najib. 

Malah Tunku Ismail secara tidak langsung menyindir Najib dengan berkata perdana menteri itu terlepas tindakan walaupun terbabit dalam rasuah yang dianggap jenayah serius. 

"Rasuah adalah satu jenayah yang serius. Adakah anda tahu apa hukuman kerana melakukannya? 

Tiada apa-apa... 

Sekiranya anda salah seorang ahli beberapa organisasi," katanya dalam kiriman di akaun Facebook Johor Southern Tigers. Tunku Ismail yang kini dilihat kerap mengkritik Najib terutama dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), meneruskan sindirannya dengan berkata pihak mengetahui perbuatan tersebut tetapi tidak bertindak adalah lebih teruk. 

"Saya seorang sahaja seperti biasa, menyeru supaya sistem pengadilan sepatutnya mempunyai badan bebas agar tidak wujud sebarang kepentingan peribadi. 

"Terlibat dalam gejala rasuah adalah sifat yang sangat buruk. Diam dan tidak melakukan sesuatu mengenainya, adalah lebih keji. "Saya lebih suka tewas dengan penuh hormat, daripada menang dengan penipuan," katanya. 

Berikutan pendedahan WSJ dan Sarawak Report mengenai dana 1MDB yang disalurkan dalam akuan peribadi Najib, perdana menteri dikritik hebat oleh rakyat Malaysia dan pembangkang. 

Bagaimanapun, ketika kebanyakan menteri mempertahankan Najib, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin semalam meminta Najib disiasat dan tampil memberi penjelasan. – 5 Julai, 2015. 

Posted by mountdweller
Link: http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2015/07/tmj-sindir-pemimpin-rasuah-putera-johor.html)

Samseng UMNO mengamuk di Majlis Kit Siang 

Satu majlis perjumpaan bersama DAP di sebuah kedai kopi di Masai, Johor bertukar kecoh apabila diserang sekumpulan orang yang mahu menghalang Lim Kit Siang berucap.

Sejurus selepas acara bermula kira-kira jam 2 petang, kira-kira 50 orang menyerbu masuk ke premis berkenaan dan mula membaling beberapa objek, termasuk cawan, mangkuk plastik dan penyapu ke arah Lim. 
Saksi berkata, Lim tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi nasib tidak begitu baik untuk beberapa individu yang melindungi Ahli Parlimen Gelang Patah itu.

Katanya, kumpulan yang menyerbu kedai itu juga menjerit pelbagai kata-kata, seperti "Balik Kit Siang", "babi", "komunis" dan "mampus" 

 Ada beberapa anggota polis di tempat kejadian tetapi didakwa mereka gagal mengawal keadaan.
Kekecohan itu hanya berakhir kira-kira 30 minit kemudian selepas penganjur majlis mengiringi Lim meninggalkan lokasi berkenaan.

Pada asalnya, majlis itu adalah sesi dialog DAP dengan komuniti Sabah dan Sarawak di Johor.
Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong yang turut hadir di situ berkata, dia mengenali sebahagian daripada orang yang menimbulkan kekecohan itu adalah pemimpin Umno Pasir Gudang lapor Malaysiakini




Link: http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2015/07/samseng-umno-johor-mengamuk-di-majlis.html)








Tiada ulasan: