Google+ Badge

Isnin, 6 Julai 2015

5539. Jika kita simpati kepada orang lain, orang simpati pada kita.


♡ ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ ♡
◆▬▬▬▬▬ஜ  ஜ▬▬▬▬▬◆
☆•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•★´¨`*•.¸¸.•★
♡ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه ♡
◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩  ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆

اللهُــــــم ۩★۩ صَـلٌ ۩★۩ علَى سَــيدنـا مُحـمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل ســيدنا مُحـمَّـدْ ۩★۩ كما صلٌيت علَى ســيدنـا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وعلَى آل سًــيدنــُا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وبارك علَى ُسَــيدنـُا مُحــمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل سَـيدنا مُحـمَّــدْ ۩★۩ كما باركت علَى سًـيدنا إِبْرَاهِيمَ ۩★۩ وعلَى آل ًسيدنا إِبْرَاهِيمَ ً۩★۩ فى الْعَالَمِينَ ۩★۩ إن ك حَمِيدٌ مَجِيدْ

♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡

◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩ ♡ ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆

♡  الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
“”
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
 •
“”
*
Dalam entry ini ada beberapa kisah: 

Kisah satu: Dr Maza sindir kaw2 Menteri-Menteri Najib - Kata-kata menarik “ayat biadap untuk rakyat” 

*Teringat satu kawan aku sering ucap ayat ...“Biadap kurang ajar” 

Kisah dua: TMJ: Biar tewas terhormat dari menang menipu - Kata-kata menarik Diam dan tidak melakukan sesuatu mengenainya, adalah lebih keji,” 

Kisah tiga: PADAN MUKA ! INILAH JAWAPAN JURURAWAT INI KEPADA ANAK PESAKIT MEMBUATKAN SEMUA TERDIAM DAN TERKEDU . - Kata-kata menarik “Ingat, kita takkan sentiasa muda. Tidak akan sentiasa sihat. Allah Maha Adil.”






Dr Maza sindir kaw2 Menteri-Menteri Najib!
“Janganlah kata ‘rakyat manja’ ataupun ‘jika mahal, jangan beli’ ataupun ‘jika nak jimat, jangan balik kampung’ ataupun apa-apa ‘ayat biadap untuk rakyat’

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berkata kerajaan sepatutnya melayan rakyat sama seperti layanan istimewa yang diberikan terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau merujuk kepada layanan istimewa terhadap Rosmah yang dipakaikan kasut oleh seorang anggota polis di Shah Alam baru-baru ini kerana beliau mengalami sakit lutut san tidak boleh tunduk.

Mohd Asri yang memuat naik statusnya di Facebook berkata, beliau tidak hairan jika seorang yang berusia lagi gempal meminta orang lain tolong mengenakan kasutnya.

“Apatah lagi jika tempat berkenaan tiada kerusi membolehkan beliau duduk.

“Apa yang penting si pembantu sudi membantu. Hulurkan simpati.

Janganlah kita kata ‘terlebih manja’, ataupun ‘kalau tidak mampu pakai kasut, jangan pakai’ atau seumpamanya,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Asri berkata layanan istimewa yang diterima Rosmah itu tidak sama dengan layanan kerajaan terhadap rakyat yang menghadapi pelbagai tekanan hidup.

Katanya, kerajaan sepatutnya menunjukkan simpati jika rakyat tertekan kerana tidak mampu menanggung kos sara hidup yang semakin meningkat kerana kenaikan harga barangan dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Jika rakyat tidak mampu dengan tekanan belanja seharian, kerajaan wajar hulurkan simpati,” katanya.

Sama seperti isu Rosmah apabila rakyat dinasihat tidak membuat andaian melulu begitu juga dengan rakyat yang tidak sepatutnya dilemparkan kata-kata biadap apabila mengadu mengenai tekanan hidup.

“Janganlah kata ‘rakyat manja’ ataupun ‘jika mahal, jangan beli’ ataupun ‘jika nak jimat, jangan balik kampung’ ataupun apa-apa ‘ayat biadap untuk rakyat’.

“Jika kita simpati kepada orang lain, orang simpati pada kita,” ujarnya.
Link: http://penburukonline.blogspot.com/2015/07/dr-maza-sindir-kaw2-menteri-menteri.html)
TMJ: Biar tewas terhormat dari menang menipu 
"Rasuah adalah satu jenayah yang serius. Adakah anda tahu apa hukuman kerana melakukannya? Tiada apa-apa... Sekiranya anda salah seorang ahli beberapa organisasi," kata Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Beliau yang terkenal dengan sikap berterus terang menyatakan pandangannya dalam akaun Facebook JOHOR Southern Tigers hari ini.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Johor menegaskan, 'sistem pengadilan' sewajarnya mempunyai badan bebas bagi mengelakkan agensi itu dipengaruhi kepentingan peribadi mana-mana pihak.

Katanya seperti biasa beliau mahu membuat penegasan bahawa rasuah adalah "sifat yang sangat buruk".

"Diam dan tidak melakukan sesuatu mengenainya, adalah lebih keji," kata beliau.
Tidak dapat dipastikan kenyataan itu merujuk kepada isu apa tetapi negara kini sedang memberi perhatian kepada laporan media antarabangsa Wall Street Journal yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pengaliran dana 1MDB.

Malam tadi, pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) turun ke gelanggang dalam saingan Liga Perdana menentang PDRM.

JDT memenangi perlawanan itu dengan jaringan 2-1.

Mengakhiri kenyataan itu, Tunku Ismail berkata beliau lebih suka tewas dengan penuh hormat daripada menang dengan penipuan.
Link: http://btmmari.blogspot.com/2015/07/tmj-biar-tewas-terhormat-dari-menang.html)
PADAN MUKA ! INILAH JAWAPAN JURURAWAT INI KEPADA ANAK PESAKIT MEMBUATKAN SEMUA TERDIAM DAN TERKEDU .
gambar hiasan

Nota Penulis : Dibawakan cerita ini dari hasil tulisan Muhammad Rusydi yang penuh dengan pesanan kemanusiaan yang harus  kitasemua hayati .

Ruangan dalam wad kecoh.

“Kenapa bising-bising ni?”

Seorang jururawat senior masuk ke dalam wad. Dia nampak seorang jururawat pelatih sedang dimarahi oleh beberapa individu. Nampak seperti keluarga pesakit.

Menghampiri mereka.

“Macam mana korang buat kerja ni?!” Seorang lelaki umur dalam lingkungan umur 40-an bercakap kasar dengan misi senior yang baru melangkah masuk. Diikuti dengan seorang wanita. Juga mulai memaki-hamun.

“Ni mak kami. Tapi, kalau kerja nak tak nak macam ni, panggil banyak kali pun buat tak reti saja, baik tak payah jadi jururawat! Eh, kerja nurse memang basuh berak, basuh kencing, mandikan pesakit! Tapi, kami tengok service sini bukan main teruk lagi. Kami bayar mahal-mahal. Ambil insurans perubatan gred A nak check-in sini. Tapi, macam ni layanan yang kami dapat?!” Wanita itu menyambung dengan menghamburkan kata cacian yang membingitkan gegendang telinga.

Semua ini gara-gara ibunya yang terlantar sakit, tiba-tiba buang air besar tidak menentu. Habis bersepah najis di katil pesakit. Bila mereka sampai di wad, jururawat tak ada di sisi ibu mereka. Bila panggil, lambat datang. Kebetulan masa tu waktu makan tengahari. Ada yang pergi solat, ada yang pergi makan.

“Maafkan kami, tuan, puan. Biar kami uruskan semuanya. Harap bersabar.” Jururawat senior cuba menenangkan keadaan. Namun, nampaknya tidak reda.

Anak lelaki makcik itu berang. “Gila. Hospital swasta kot. Bukan hospital kerajaan. Kalau dah teruk macam ni, kami nak bawa keluar ke hospital lain! Hari ini jugak!”

Jururawat pelatih hanya terdiam. Tak berani bicara. Biarkan saja jururawat senior yang handle.

“Bertenang, tuan. Pihak kami akan bereskan.” “Hish. Tahu tak kamu dah bazirkan masa kami. Kami keluar sekejap dari pejabat sebab nak ziarah mak. Tapi, jadi macam ni, lecehlah. Kena tunggu kamu nak bersihkanlah, mandikanlah. Nak tukar tilamlah. Aduhai!” Wanita itu marah lagi.

Jururawat senior nampak seperti sudah hilang kesabarannya.
“Tuan dan puan, izinkan saya bercakap seketika. Minta maaf kalau terkasar bahasa.

Pertama sekali, Ini wad.

Jangan buat kecoh sini. Tak nampak ke sign ‘Jangan Bising’. Mengganggu pesakit-pesakit lain.

Kedua, Walaupun semua orang tahu tugas jururawat dan bidang skop jururawat untuk uruskan para pesakit.

Tapi, perlu juga kamu tahu, tugas utama dan wajib bukanlah pada kami sepenuhnya, tetapi pada semua anak dalam dunia ni.

Anak-anaklah yang wajib menguruskan dan melayani orang tua mereka 24 jam. Bukan kami. Kami tak mampu berada di samping pesakit sepanjang hari. Ada ramai lagi pesakit yang perlukan kami.

Kami bukan amah. Bukan orang gaji. Kami lakukan atas nama amanah. Hospital juga bukan rumah kebajikan orang-orang tua yang boleh sesuka hati sesiapa pun nak campakkan ibu-bapa mereka di sini.

Ketiga, Bab Aurat antara kami dengan pesakit.

Adalah lebih baik aurat bapanya dilihat oleh anak lelakinya sendiri dan aurat si ibu yang sudah tua dilihat oleh anak perempuannya sendiri. Kami completely adalah orang luar bukan saudara-mara kamu dalam soal ini.

Seandainya kamu suatu hari sudah tua, adakah kamu tidak berasa malu mendedahkan aurat pada jururawat yang bukan mahram kamu pun? Pasti semua orang berasa malu.

Kami juga segan dan malu, tapi atas dasar tanggungjawab dan perubatan, kami laksanakan.

Lebih afdal anak kandung yang mencuci najis, basuh berak ibu dan ayah mereka sendiri.

Itu ayah dan ibu kamu sendiri. Yang kandungkan kamu, yang bela kamu sejak kecil. Yang basuh berak kamu ketika kecil tanpa rasa jijik dan kotor sedikit pun.

Tapi, bila dah dewasa, anak-anak terasa loya dan tak sanggup nak uruskan ibu dan ayah sendiri.

Keempat, Syurga dan Neraka anak soleh dan solehah.

Bab ini, semua orang tahu, anak jenis macam mana yang boleh bawa ayah mak ke Syurga dan sebaliknya.

Kalau benar cinta dan kasih pada ibu dan bapa, buktikan!

Kenapa perlu maki kami, makilah diri sendiri yang tak sedar tanggungjawab sebagai anak!”

“Maaf, tapi mohon tuan dan puan keluar dari bilik ini sebab kami nak uruskan ibu tuan dan puan sekarang juga. Ramai lagi pesakit lain menanti layanan kami.”

Lelaki dan wanita itu terkejut mendengar reaksi dari jururawat senior itu. Membalas berang seakan tidak insaf, “Kami akan saman kamu semua!”

Dijawab sinis oleh si jururawat, “Silakan. Jangan sangka kami tidak ada persatuan jururawat dan doktor seluruh Malaysia. Jangan sampai kami semua boikot dan tak terima langsung kamu sekeluarga di mana-mana hospital di negara ini lepas ini.

“Ingat, kita takkan sentiasa muda. Tidak akan sentiasa sihat. Allah Maha Adil.”

Pintu bilik wad ditutup.

Kedua manusia itu terkedu di luar bilik. Tidak puas hati. Namun, dalam hati mereka juga bimbang jika benar apa yang jururawat itu tadi katakan.

Kerana waktu berputaran. Ada hari, ‘kan sampai hukum Tuhan.
Cerita oleh: Muhammad Rusydi

Link: http://kachipemas.blogspot.com/2015/07/padan-muka-inilah-jawapan-jururawat-ini.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+ApaKhabarOrangKampung+%28Apa+Khabar+Orang+Kampung%29) 
Dahulukan negara dan rakyat. Bukan kepentingan peribadi atau kesetiaan peribadi kata Adik Najib 
Ada benarnya bila adik Najib, Nazir Razak ini menulis 'We must remember to place the country & the rakyat first, Not personal interest, not personal loyalties, not even party politics.'

Sebabnya kebanyakkan dari kita sekarang bila terlibat dengan politik baik dipihak Kerajaan mahupun Pembangkang semuanya boleh dikatakan taksub kepada pemimpin..

Taksub kepada pemimpin parti membabi buta biarpun nampak didepan mata kesalahan dilakukan tapi kerana kepentingan peribadi, buat-buat tak nampak saja..

Nak tegur takut kepentingan tergugat, takut hilang jawatan dan hilang segala yang diperolehi melalui kabel politik..

Kalau sikap ini tidak diubah.. sampai kiamatlah negara kita macam ni..

Laporan berkaitan..

Pengerusi CIMB, Datuk Seri Nazir Abdul Razak - adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak - menyifatkan situasi politik Malaysia sebagai "masa gelap politik".

Dalam satu posting di Instagram, Nazir meletakkan gambar Tugu Negara.

Katanya, mereka berkorban supaya kita boleh membina sebuah negara.

Dalam masa gelap politik ini, katanya, kita mesti ingat untuk mendahulukan negara dan rakyat.

"Bukan kepentingan peribadi, atau kesetiaan peribadi, atau malah bukan politik parti," kata Nazir, yang mengetuai CIMB, kumpulan perbankan kedua terbesar di negara ini.

Gambaran yang diberikan oleh Nazir berhubung senario politik itu dibuat di tengah-tengah dakwaan bahawa hampir AS$700 juta telah disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Najib.

Menurut laporan The Wall Street Journal Jumaat lepas, sebahagian besar daripada dana itu telah dipindahkan dalam bulan Mac 2013, dengan bakinya dipindahkan antara Disember 2014 dan Mac 2015.

Najib telah menuduh pengkritik utamanya, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, di belakang dakwaan tersebut.

Najib memberitahu pemberita semalam bahawa perkara itu sudah dirujuk kepada peguam beliau dan mereka akan memberikan nasihat mengenai tindakan wajar yang boleh diambil dari segi perundangan lapor Malaysiakini
Link: http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2015/07/dahulukan-negara-dan-rakyat-bukan.html)
Najib belum saman WSJ, mungkin ada perundingan?
Oleh Mohd Sayuti Omar
Pembatalan untuk Najib Razak membuat kenyataan bagi menyaman akhbar Wall StreeT Journal (WSJ) yang mendakwa beliau telah "memakan" wang 1MDB bernilai RM700 juta pada malam tadi menyebabkan persepsi dakwaan akhbar itu sebagai benar akan terus membelenggu diri Najib.

Najib malam ini dilaporkan memberi tempoh beberapa hari lagi untuk mengambil tindakan kepada WSJ yang dikatakan telah memfitnah beliau "memakan" wang syarikat berkenaan. Beliau memberi tahu wartawan malam ini akan berunding dan mendapat nasihat daripada para peguamnya terlebih dahulu.

Sebelum ini Najib beriya-iya untuk mengumumkan tindakannya akan menyaman akhbar berkenaan serta mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang memfitnah beliau kononnya "memakan" wang 1MDB. Gambaran yang diberikan sebelum ini seolah-olah Najib sudah memutus dan nekad untuk saman WSJ untuk membersih dirinya.

Apakah Najib mempunyai pandangan lain menyebabkan beliau mengubah pendirian dan sikap untuk tidak segera mengambil tindakan kepada harian berkenaan?

Dengan melengah-lengahkan untuk mengambil tindakan, walaupun atas alasan untuk berbincang dengan peguam menyebabkan orang akan beranggapan, mesti ada sesuatu yang belum beres mengenai tuduhan akhbar itu. Najib mungkin sedang membuat perkiraan yang terbaik untuk meredakan tanggapan buruk terhadapnya.

Apakah Najib sedang mencari penyelesaian cara lain dengan akhbar berkenaan bagi mengelakkan beliau mengambil tindakan. Mungkinkah Najib sedang berurusan dengan broker untuk membayar akhbar berkenaan agar menghentikan laporan buruk ke atasnya? Dalam kes seserius itu orang akan sanggup bayar berapa banyak untuk mengaja keutuhan sebuah kuasa.

Atau pun beliau sudah dinasihati kalaupun beliau menyaman ia tidak akan menyelesaikan isu itu bahkan ia akan bertele-tele lagi dimana ia makin menyusah dan menyerabutkan perdana menteri itu.

Boleh jadi juga tidakan itu ditangguhkan apabila Najib mendapat tahu yang WSJ telah mengeluarkan kenyataan lanjutan yang mereka yakin dengan sumber maklumat yang diperolehi itu? Selang beberapa hari selepas akhbar itu mendedahkan berlaku pengaliran wang ke dalam akaun Najib, dan setelah Najib dan para menteri dan sang setianya membelanya, menafikan dakwaan laporan itu, akhbar berkenaan mengeluarkan satu kenyataan menegaskan mereka bertanggungjawab atas pendedahan yang dibuat dan menegaskan ianya datang dari sumber kerajaan Malaysia sendiri.

Najib tidak perlu menangguhkan tindakan undang-undang ke atas WSJ kalau dia berada dipihak benar. Setidak-tidaknya apabila dia telah menghantar notis saman ia boleh dijadikan modal kepada para pembelanya bahawa Najib berada dipihak benar. Orang akan membuat perkiraan kalau dia salah, sudah pasti tindakan undang-undang diambil.

Tindakan saman lebih bertenaga untuk membebaskan Najib daripada dibelenggu dengan isu itu berbabding dengan pembelaan oleh sang setianya ataupun seruan dibuat oleh Mursyidul Pas, Haron Din yang tidak logik kalau Najib songlap wang. Kenyataan dan ulasan bomoh itu orang nampak ia lebih untuk menenangkan dan bersifat untuk berbuat budi kerana mengharapkan jasa PM itu.

Begitu juga kenyatan daripada pihak berkuasa seperti polis, SPRM atau Bank Negara sekali pun yang menafikan dakwaan itu ia tidak dakan menamatkan persoalan itu, berbanding dengan tindakan Najib menyaman WSJ. Mahkamah dalam soal ini lebih diyakini dan dipercayai dan dapat meredakan tanggapan busuk terhadap Najib. Najib dapat sedikit ketenangan sekurang-kurangnya untuk beberapa ketika kerana proses mahkamah itu sudah pasati akan mengambil masa.

Sementara menunggu penghakiman, Najib boleh gunakan masa rihat itu mengukuhkan kedudukannya serta membina pelbagai pagar lagi dari dibolosi penyerang-penyerang seperti Dr Mahathir Mohamad, Rafizi Ramli dan Lim Kit Siang ataupun Lim Guan Eng serta pihak pembangkang dan sebagainya. - http://msomelayu.blogspot.com/

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=298062:najib-belum-saman-wsj-mungkin-ada-perundingan?&Itemid=2#ixzz3f3yhGPou Link: http://wak-labu.blogspot.com/2015/07/najib-belum-saman-wsj-mungkin-ada.html)

*^*

Tiada ulasan: