♡ ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ ♡
◆▬▬▬▬▬ஜ ♥ ஜ▬▬▬▬▬◆
☆•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•★´¨`*•.¸¸.•★
♡ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه ♡
◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩ ♥ ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆
اللهُــــــم
۩★۩ صَـلٌ ۩★۩ علَى سَــيدنـا مُحـمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل ســيدنا مُحـمَّـدْ
۩★۩ كما صلٌيت علَى ســيدنـا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وعلَى آل سًــيدنــُا
إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وبارك علَى ُسَــيدنـُا مُحــمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل
سَـيدنا مُحـمَّــدْ ۩★۩ كما باركت علَى سًـيدنا إِبْرَاهِيمَ ۩★۩ وعلَى آل
ًسيدنا إِبْرَاهِيمَ ً۩★۩ فى الْعَالَمِينَ ۩★۩ إن ك حَمِيدٌ مَجِيدْ
♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡
◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩ ♡ ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆
♡ الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين ♡
“”
•
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
•
بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ,
الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ
•
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
•
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
•
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
•
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
•
“”
**
Eksklusif: Musa Hitam 'menangis' mengenang Tun Razak dan sikap Najib
Pada masa ini, Musa berhenti bercakap selama kira-kira 10 saat, dan matanya kelihatan kemerah-merahan berkaca bergenangan air mata.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai 3 pilihan dalam merencana masa depannya bagi menangkis tuduhan pemindahan wang AS$700 juta (RM2.67 bilion) yang dipindahkan ke akaun peribadinya, kata Tun Musa Hitam kepada The Malaysian Insider.
Bekas perdana menteri yang berkhidmat dari tahun 1981-1986 itu berkata Najib boleh kekal memegang jawatannya dan berhadapan tuduhan itu, meletak jawatan, atau bercuti bagi memberi laluan kepada siasatan yang sedang berlangsung.
Secara peribadinya, beliau amat mengesyorkan jika Najib memilih jalan ketiga bagi "memberi ruang secara psikologi, politik dan perundangan" kepada siasatan yang sedang berlangsung ke atas dakwaan itu.
Menurutnya, Najib boleh meletakkan jawatan dan ia ibarat "sagu hati" kepada negara bagi memberi laluan kepada pelapis baru dalam Umno.
"Namun saya dengan rendah diri mengesyorkan Najib melaksanakan pilihan ketiga iaitu bercuti buat sementara waktu bagi memudah cara siasatan non-partisan yang sedang berlangsung.
"Ini pilihan terbaik yang akan mempamerkan kepimpinan Najib, karakter, serta personaliti yang selari dengan prinsip demokrasi berparlimen," katanya.
Mengenang Tun Razak
Bercakap secara eksklusif kepada The Malaysian Insider, negarawan berusia 81 tahun itu berkata sudah tiba masanya beliau bersuara berkenaan isu-isu yang menyelubungi negara.
"Situasinya kini menuntut saya agar tidak berdiam diri lagi.
"Negara ini dibina dengan indah walau bagaimana sekali pun anda melihatnya.
"Namun, perkara yang berlaku dalam negara kita sekarang pastinya menjerumuskan kita ke dasar dengan pantas - ke dalam situasi yang menjahanamkan diri kita sendiri – jika kita tidak segera bertindak," katanya bercakap sepatah demi sepatah, seperti memikirkan dengan mendalam setiap perkataan yang dituturkan agar maksudnya jelas.
Menurut Musa, beliau terpanggil membuat seruan ini dalam bulan Ramadan yang mulia apabila mengenangkan nama baik mentornya, Tun Abdul Razak.
Almarhum Tun Razak, adalah bapa Najib merangkap bekas perdana menteri Malaysia kedua.
"Saya mengenangkan nama baik mentor saya, yang melatih saya, yang membawa negara kita pada kedudukannya sekarang, seorang yang cakna pada orang miskin, seorang yang mengambil berat terhadap rakyat.
"Seorang yang begitu banyak menyumbang iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak. Beliau menjaga saya dengan sangat baik. Sekarang saya rasa macam hendak menitiskan air mata...
"Maaf..saya tak pernah begini," kata Musa.
Pada masa ini, Musa berhenti bercakap selama kira-kira 10 saat, dan matanya kelihatan kemerah-merahan berkaca bergenangan air mata.
"Kini kita ada seorang individu yang membawa namanya dan ia membuatkan saya lebih tertekan apabila memikirkannya.
"Lakukan perkara ini (berehat). Jika pun anda rasakan anda bersalah dalam beberapa perkara, serah diri kepada Tuhan.
"Ingat, Tuhan Maha Pengampun tetapi DIA juga akan memulangkan kembali apa-apa perkara tidak elok yang kita lakukan, menurut caraNya sendiri.
"Saya melakukan perkara (seruan) ini tanpa niat buruk. Malah saya tidak untung atau rugi apa-apa. Najib sendiri begitu rapat dengan saya," kata Musa meneruskan perbualan.
Umno dalam penafian
Sementara itu, mengulas situasi Umno sekarang, Musa menyifatkan parti itu kini berada dalam penafian. Jelasnya, Umno perlu mengakui masalah ini dan mencari ikhtiar bagi menyelesaikannya. "Mereka perlu cari alternatif dan ini tidak bermakna menyingkirkan presiden tetapi meneliti pilihan-pilihan yang ada. "Ini perlu dilakukan dengan tenang, rasional dan mengambil kira kepentingan negara," katanya lagi.
Musa juga menegaskan yang beliau tidak percaya dengan sokongan terbuka yang diberikan kepada mana-mana pemimpin yang masih memegang tampuk kuasa.
"Mereka yang mengikrarkan sokongan ini adalah yang pertama akan angkat kaki apabila pemimpin mereka dilanda masalah," katanya mengimbau kembali kenangannya dalam parti.
2 Julai lalu, Wall Street Journal (WSJ) melaporkan sebanyak AS$700 juta (RM2.3 bilion) dipindahkan ke akaun peribadi Najib di AmPrivate Bank, Kuala Lumpur.
Dakwaan itu kemudian disokong dengan dokumen yang dimuat naik ke atas talian oleh WSJ.
Terkini, pasukan khas yang menyiasat dakwaan WSJ mengesahkan Najib pernah mempunyai 2 akaun peribadi di AmBank yang sudah ditutup – sekali gus mengiakan sebahagian daripada laporan WSJ.
Najib bagaimana pun sebelumnya tanpa mengesahkan atau menidakkan laporan itu, menafikan pernah menggunakan wang yang dimaksudkan demi "kepentingan peribadi".
Sewaktu laporan ini ditulis, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor pula didakwa menerima deposit wang sebanyak RM2 juta di antara 10 Februari hingga 23 April tahun ini. – 10 Julai, 2015
Link: http://penburukonline.blogspot.com/2015/07/musa-hitam-menangis-mengenang-tun-razak.html)
*
Dr M pernah tuduh Musa Hitam agen asing
Tuduhan itu hanyalah senjata rekaan Dr Mahathir dan
Umno sendiri untuk memusnahkan pengaruh Musa Hitam dalam Umno dan
masyarakat umum.
Tuduhan agen asing atau pengkhianat kepada agama, bangsa dan negara adalah satu senjata yang telah digunakan oleh Umno semenjak dahulu lagi bagi membunuh pengaruh pihak yang menentang pemimpin parti itu.
Ketika Umno bergolak pada tahun 80an sehingga membawa peletakan jawatan Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam gara-gara tidak sehaluan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, label agen asing juga telah digunakan oleh Mahathir terhadap beliau.
Setelah Musa Hitam meletakkan jawatan beliau telah bergandingan dengan Tengku Razaleigh Hamzah bagi menentang Mahathir dan Tun Ghafar Baba dalam Perhimpunan Agung Umno yang membawa kepada Umno diisytiharkan sebagai pertubuhan haram oleh mahkamah.
Perkara ini diakui sendiri Musa Hitam di dada-dada akhbar tempatan selepas tidak berapa lama Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari kerajaan dan Umno.
Ketika itu, Anwar juga telah dilabel oleh Mahathir dan pemimpin-pemimpin Umno yang tidak sehaluan dengan Anwar sebagai agen asing kepada Amerika sekaligus dianggap sebagai pengkhianat negara.
Kata Musa Hitam dalam sebuah akhbar media arus perdana ketika itu, bukan Anwar sahaja yang pernah dilabelkan agen asing, malah beliau juga ketika menentang Mahathir turut dituduh dengan tuduhan yang sama oleh Mahathir dan pemimpin-pemimpin yang menyokong Mahathir.
Utusan Khas
Bagaimanapun selepas beberapa tahun kemudian, Musa Hitam yang dilabelkan sebagai agen asing itu telah dilantik oleh Mahathir sendiri sebagai Duta Khas Malaysia ke PBB dan Utusan Khas Perdana Menteri untuk Kumpulan Bertindak Peringkat Menteri Komanwel (CMAG).
Beliau juga diberi kepercayaan oleh Mahathir untuk mengetuai perwakilan Malaysia untuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB (UNHCR) dari 1993 sehingga 1998, dan dipilih sebagai Pengerusi Sesi Ke-52 untuk Suruhanjaya tersebut pada tahun 1995.
Pada tahun 1999, sekali lagi Musa telah dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) sehingga 2002.
Selain itu, beliau turut mendapat kepercayaan kerajaan apabila dilantik sebagai Pengerusi kepada sebuah syarikat kaitan kerajaan (GLC) yang besar dan terkenal.
Apakah mungkin Mahathir dan PM selepasnya mampu memberikan begitu banyak kepercayaan kepada seseorang yang diketahuinya adalah seorang agen asing yang juga pengkhianat negara?
Hakikatnya Mahathir telah memberi kepercayaan kepada Musa Hitam di peringkat antarabangsa kerana mengetahui tuduhan agen asing dan pengkhianat yang dibuatnya sendiri ke atas Musa sebelumnya tidaklah benar.
Sebaliknya Mahathir sedar tuduhan itu hanyalah senjata rekaannya dan Umno sendiri untuk memusnahkan pengaruh Musa Hitam dalam Umno dan masyarakat umum.
Adakah tuduhan agen asing dan pengkhianat negara memang terdapat dalam buku manual ‘Bagaimana memusnahkan pengaruh musuh Umno’ milik Umno?
Apapun, membuat tuduhan terhadap musuh politik sebagai agen asing dan pengkhianat negara hari ini tidak lagi dianggap sebagai senjata yang berkesan.
* Penulis merupakan seorang penulis/wartawan bebas. Selain di FMT artikel lain beliau boleh dicapai di bedukcanang.blogspot.com.
Link: http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2011/12/21/dr-m-pernah-tuduh-musa-hitam-agen-asing/)
*
Posted: 09 Jul 2015 08:56 AM PDT
MALAYSIAKINI
Pengerusi
Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad hari ini enggan membuka mulut
berhubung dakwaan 13,947 peneroka dinafikan insentif hari raya seperti
yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Selasa lalu.
Sebaliknya, beliau tidak menjawab soalan yang diajukan padannya dan berkata tidak percayai kepada portal berita ini dan terus meletakkan telefon. "Tak apalah, Malaysiakini ini saya tak berapa yakin sangatlah, tak apa lah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Malaysiakini juga sudah menghantar soalan bertulis kepada Felda bagi mendapatkan reaksi mereka dan masih menunggu jawapannya. Sebelum ini Najib mengumumkan seramai 98,688 peneroka Felda akan menerima durian runtuh menerusi pembayaran dividen Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) dan duit raya berjumlah keseluruhan RM88.8 juta yang akan dibayar mulai 13 Julai ini. Bagaimanapun, katanya yang tidak bersama Felda tidak akan menerimanya. Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman kemudian mendakwa 13,947 peneroka lain dinafikan imbuhan itu. Dilaporkan terdapat seramai 112,635 peneroka di seluruh negara. ANAK menyifatkan tindakan itu sebagai zalim dan bersifat balas dendam serta mengulangi "diskriminasi" tahun lalu apabila peneroka didakwa dinafikan bonus kerana menyaman agensi itu. | ||
Posted: 09 Jul 2015 08:48 AM PDT
MALAYSIAKINI
Pada 3 Julai, The Wall Street Journal (WSJ)
mendedahkan kepada warga Malaysia bahawa wang berjumlah hampir AS$700
juta masuk ke dalam akaun didakwa dimiliki Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak.
Memandangkan isu ini rumit, Malaysiakini merangkum soalan daripada pembaca dan dari bilik berita dan cuba mencari jawapannya. 1. Apa sebenarnya yang dilaporkan oleh WSJ? Laporan itu mendakwa satu siasatan daripada penyiasat Malaysia mengesan hampir RM2.6 bilion dipindahkan kepada akaun yang dipercayai mereka sebagai akaun peribadi Najib. 2. Adakah akaun tersebut benar-benar dimiliki oleh Najib? Laporan WSJ tidak menyatakan perkara ini secara pasti. Mereka menyatakan bahawa dokumen pemindahan wang itu menunjukkan nombor akaun, tetapi tidak menamakan Najib. Bagaimanapun, mereka memperolehi cara alir, yang didakwa diperolehi daripada penyiasat Malaysia, yang mendakwa akaun tersebut dimiliki Najib. Laman Sarawak Report yang menerbitkan laporan sama dengan WSJ mendakwa akaun tersebut – dengan nama AmPrivate Banking-1MY, AmPrivate Banking-MY and AmPrivate Banking-MR – sememangnya milik Najib. 3. Adakah Najib dengan jelas sudah menafikan memiliki akaun tersebut. Tidak. 4. Adakah Najib dengan jelas menafikan bahawa urusniaga itu berlaku? Tidak. 5. Jadi, apa yang Najib jawab? Najib mendakwa menjadi mangsa kepada dakwaan "tidak berasas" dan "dahsyat". "Tuduhan terbaru adalah saya mengambil dana yang dikaitkan dengan negara untuk keuntungan peribadi. "Saya percaya (Tun Dr Mahathir Mohamad) bersekongkol dengan warga asing, termasuk blog serangan politik Sarawak Report yang sudah hilang kredibiliti, mendalangi penipuan terbaru ini. "Saya ingin menjelaskan: Saya tidak pernah mengambil dana untuk kepentingan peribadi seperti didakwa oleh seteru politik saya – sama ada dari 1MDB, SRC International atau entiti lain seperti yang disahkan oleh syarikat ini. Semalam, Najib mengulanginya dalam blog beliau. "Saya ingin menekankan sekali lagi bahawa saya tidak pernah mengambil dana 1MDB untuk keuntungan peribadi. "Dakwaan WSJ dibuat dengan niat jahat dan disokong oleh pihak tertentu dalam negara yang mahu saya meletak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno. Pada hari yang sama, peguam Najib mengirim surat tuntutan awal, untuk meminta pemilik WSJ, Dow Jones untuk menjelaskan jika perdana menteri menggelapkan wang negara. Saman fitnah biasanya dimulakan dengan surat tuntutan dan bukan surat tuntutan awal seperti itu. 6. Adakah WSJ menuduh Najib menggunakan wang tersebut untuk keuntungan peribadi? Tidak. Begitu juga Sarawak Report. Bagaimanapun, WSJ menyiarkan tulisan pada 18 Jun yang mendakwa Najib menggunakan dana yang berpunca dari 1MDB untuk kempen BN dalam pilihan raya umum 2013. 7. Bagaimana WSJ dan Sarawak Report mendapat maklumat ini? WSJ hanya menyebut dokumen yang diperolehi daripada "siasatan kerajaan Malaysia". Mereka mendedahkan dokumen tersebut pada hari Selasa. 8. Adakah dokumen tersebut asli? Kami tidak tahu. Namun, setakat inni, tiada agensi kerajaan yang tampil dengan kenyataan bahawa ia dokumen yang palsu. Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail membayangkan bahawa dokumen tersebut dibocorkan dari siasatan yang sedang berjalan. 9. Siapa yang menyiasat perkara berkaitan 1MDB setakat ini? Siasatan dijalankan oleh Jabatan Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara. Kemudian, muncul pula satu pasukan tindakan khas pelbagai agensi melibatkan polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Pejabat Peguam Negara. Kita juga tahu bahawa Bank Negara kini sebahagian daripada pasukan khas tersebut. 10. Siapa membentuk badan khas ini? Bila? Kami tidak tahu. 11. Apakah skop siasatan atau terma rujukannya? Pasukan itu tidak mendedahkannya. Bagaimanapun, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Ibrahim menyebut pada Mac bahawa ia melibatkan Seksyen 409 dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Seksyen 408 Kanun Keseksaan merujuk kepada "jenayah pecah amanah oleh penjawat awam atau ejen", manakala Seksyen 420 berhubung kesalahan "menipu". Najib merupakan pihak berkepentingan dalam siasatan ini. Beliau bagaimanapun menyatakan bahawa siasatan pasukan khas tersebut hanya untuk menentukan sekiranya dakwaan WSJ bahawa beliau mengaml dana 1MDB untuk kepentingan peribadi berasas. Beliau juga menyebut, siasatan perlu mengambil kira keaslian dokuman yang dikemukakan oleh WSJ. Pasukan khas tersebut sangat teliti dalam kenyataannya dengan tidak menyebut mana-mana individu khusus yang disiasat. Sebaliknya, badan itu hanya merujuk kepada "dakwaan ke atas perdana menteri" sebagai subjek siasatannya. 12. Siapakah badan khas ini? Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Peguam Negara menandatangani kenyataan daripada daripada badan khas tersebut. Maka bolehlah disimpulkan bahawa mereka merupakan anggota badan tersebut. Kami masih tidak mengetahui berapa ramai menganggotainya dan bentuk keanggotaannya. 13. Siapa mengetuai badan khas ini? Kami tidak tahu. Bagaimanapun, maklumat daripada siasatan badan khas ini sudahpun dihantar kepada Gani Patail untuk semakan. 14. Apa perkembangan siasatan setakat ini? Sehingga 4 Jun lalu, badan khas itu tidak memberi apa-apa laporan kemajuan. Bagaimanapun, Sarawak Report menerbitkan satu tulisan pada 29 April mendakwa "para penyiasat" mendapati Bank Negara diberikan "dokumen palsu" berhubung 1MDB. Bagaimanapun, badan khas tersebut mula mengemaskini status siasatan sejak Sabtu lalu, sehari selepas WSJ mengaitkan Najib dengan pemindahan wang tersebut. Sebanyak enam bank akaun berkaitan dengan kes tersebut dibekukan dan pejabat 1MDB juga diserbu semalam. Sumber yang dekat dengan badan siasatan itu memberitahu Malaysiakini bahawa tiga daripada enam akaun bank yang dibekukan itu dimiliki oleh Najib, namun Abdul Gani menafikannya. Kenyataan yang menafikan perkara itu ditandatangani oleh Abdul Gani, tidak seperti kenyataan sebelum ini yang ditandatangani oleh kesemua pemimpin tertinggi Bank Negara, SPRM, polis dan juga peguam negara itu sendiri. 15. Bolehkah empat pemimpin ini bertindak dengan bebas jika Najib tidak bercuti? Boleh, jika mereka profesional. Bagaimanapun, kebimbangan mengenai konflik kepentingan masih timbul kerana mereka masih perlu melaporkan kepada Najib. Individu ini juga menerima kritikan sebelum ini dalam pengendalian mereka dalam kes-kes sebelum ini. Dalam tugas lazim, Abu Kassim dan Abdul Gani melaporkan kepada perdana menteri manakala Zeti melaporkan kepada menteri kewangan. Sekiranya Najib direhatkan, Yang di-Pertuan Agong perlu melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pemangku perdana menteri. Jika ini berlaku, Abu Kassim, Abdul Gani dan Zeti akan melaporkan kepada Muhyiddin. | ||
Posted: 09 Jul 2015 08:46 AM PDT
MALAYSIAKINI
Naib
Presiden PAS Idris Ahmad meminta pengkritik tidak "memfitnah" dua
bekas pemimpin tertinggi mereka, Datuk Fadzil Noor dan Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat apabila mendakwa parti itu menyimpang daripada haluan
ditetapkan.
Dalam satu wawancara dengan Malaysiakini, Idris berkata adalah fitnah jika mengatakan Fadzil dan Nik Abdul Aziz tidak memberikan penekanan Islam ke dalam parti itu. "Itu satu fitnah kepada dua orang tok guru kami yang sudah meninggal. Seolah-olah mereka ini tidak pentingkan soal Islam, tidak pentingkan soal dasar. "Buku itu (perlembagaan parti) masih pakai, Majlis Syura tetap sama, kitab sama. (Untuk mengatakan bahawa kita sesat), itu fitnah la. Fitnah kepada dua orang tok guru tadi. Kasihan mereka," katanya. Menurut Idris, pihak yang mengkritik PAS ketika ini mungkin sudah terlupa bagaimana ketegasan Nik Abdul Aziz dan Fadzil ketika mereka masih hidup. Fadzil adalah Presiden PAS sebelum Datuk Seri Abdul Hadi Awang, manakala Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan pernah menduduki jawatan Mursyidul Am parti berkenaan. Fadzil meninggal dunia pada 23 Julai 2002, manakala Nik Abdul Aziz menghembus nafas terakhirnya di rumah beliau di Pulau Melaka, Kelantan pada 12 Februari lalu. Idris berkata, kritikan yang diterima PAS ketika ini adalah kritikan biasa daripada puak progresif yang sedang menimbang untuk menubuhkan sebuah parti baru. Mereka turut mendakwa pemikiran PAS tertutup di bawah Abdul Hadi .
Idris
berkata, keadaan itu berlaku kerana terdapat persepsi bahawa ulama
dalam PAS lebih mengutamakan akhirat daripada menang dalam politik.
"Itulah tuduhan ke atas Tok Guru Nik Aziz dulu ketika jadi menteri besar pada 1990 oleh Umno… Sekarang ini pula diambil alih oleh orang yang kononnya mereka anti-Umno. Rupanya mereka ni ambil hujah-hujah Umno yang dipakai pada 1990 dulu," katanya. Idris berkata, terdapat banyak persepsi negatif terhadap PAS, namun ia hanyalah "persepsi". "Itu sebabnya apabila kita telah menutup pintu mesyuarat, kita biarkan mereka memperkatakan apa yang mereka tidak berpuas hati. Kita tidak ada masalah dengan menjawab, dan kadang-kadang apa yang mereka katakan adalah semua persepsi," katanya. Idris yang dilantik sebagai pengerusi Harakah baru-baru ini berkata, sekiranya PAS hanya mengutamakan akhirat dan tidak mahu memenangi pilihan raya, mereka sudah tentu menyertai tabligh dan tidak perlu berjumpa media. Malah kata MP Bukit Gantang itu lagi, jangan ada di fikiran bahawa orang yang mempunyai latar belakang jurusan agama tidak boleh mentadbir. Sebaliknya, dalam PAS sendiri menerima golongan profesional yang ada di antara mereka memegang jawatan dalam parti itu. Beliau turut menyelar pengkritik Hadi dengan berkata: "Kalau nampak Tok Guru Hadi minum teh (dengan Umno) tak boleh tapi orang lain tak apa. Najib ziarah Tok Guru Hadi tidak boleh tapi orang lain tak apa. "Ini politik yang naif. Kalau macam ini cara mereka berfikir, jadi siapa yang konservatif, bukan ulama (yang konservatif)," katanya. | ||
Posted: 09 Jul 2015 08:41 AM PDT
MALAYSIAKINI
Laman pembocor maklumat Sarawak Report mendakwa RM2 juta dideposit ke dalam akaun bank yang dikatakan milik Rosmah Mansor. Laporan itu mendakwa laporannya berasas maklumat diterima berkaitan sebuah akaun dengan Affin Bank Berhad. Ia mendakwa sejumlah besar wang dideposit ke dalam akaun itu dalam tempoh dua bulan bermula pada awal tahun ini. Memetik dokumen didakwa berkaitan siasatan 1MDB, Sarawak Report mendakwa seorang individu bernama "Roslan Sohari" antara 10 Februari dan 23 April tahun ini memasuki sebuah cawangan bank itu di Kuala Lumpur sebanyak lapan kali. "Dalam kunjungan-kunjungan ini beliau mendeposit keseluruhan RM2,000,000 ke dalam akaun bernombor 1000 xxxx xxxx, yang mana para penyiasat melaporkan ia milik "Rosmah Binti Mansor (Datin Sri)". Dihubungi Malaysiakini, pembantu Rosmah, Rizal Mansor, berkata beliau tidak dapat mengulas perkara itu pada masa laporan ini ditulis kerana sedang berada dalam sebuah majlis berbuka puasa. Malaysiakini juga telah menyemak sebuah laman Facebook milik "Roslan Sohari", seorang pegawai tentera berpangkat pegawai waran, yang antara lain menunjukkan gambar individu itu dengan Najib selain kelihatan berada dalam jet peribadi. Dalam Facebook itu, pekerjaannya diletakkan sebagai "Resident Manager at the Prime Minister's Office" (pengurus residen di Pejabat Perdana Menteri). Rekod di Facebook itu juga mendedahkan bahawa individu itu 'mendaftar masuk' di pelbagai lokasi di luar negara ketika Najib berada di tempat itu. Tempat-tempat itu antaranya Kazakhstan (tahun lepas), Jeddah (6 Jun 2015), Beijing (12 November, 2014 ketika perdana menteri hadir Persidangan Ekonomi Asia Pasifik) dan New York (ketika Najib hadir persidangan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu September lalu). Beliau juga berada di Padang, Indonesia, pada 26 Ogos tahun lepas, ketika Rosmah menerima sebuah anugerah Minangkabau. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada individu ini orang yang sama dimaksudkan oleh Sarawak Report. Ketika Malaysiakini menghubungi "Roslan Sohari" melalui nombor telefon yang ditunjukkan dalam sebuah dokumen dimuat naik oleh Sarawak Report, dia menafikan berkhidmat dengan Jabatan Perdana Menteri atau mempunyai kaitan dengan Rosmah. Bagaimanapun, gambarnya di profil Whatsapp menunjukkan gambar yang sama dengan pemilik akaun dengan di Facebook. Laman Facebook telah dinyahaktifkan tidak lama selepas laporan ini diterbitkan. Malaysiakini juga memeriksa nombor kad pengenalan Rosmah yang dinyatakan di dokumen itu dan mendapati ia sememangnya isteri Najib. Nombor akaun Affin Bank yang 1000 xxxx xxxx yang dinyatakan itu juga mendapati ia milik "Rosmah Binti Mansor" (lihat gambar). | ||
Posted: 09 Jul 2015 08:36 AM PDT
SINAR HARIAN
Gambar hiasan
ALOR GAJAH - Empat rakan maut dalam kemalangan melibatkan tiga buah kereta di Jalan Bukit Putus, Tebong di sini petang tadi, kata polis. Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Muhammad Ismail Muhammad Yusuf berkata ketiga-tiga mangsa iaitu Mohammad Isa Ismail, 27; Nurul Azwa Syareza Tuzri, 21; dan Nur Fazira Ahmad Man, 19, meninggal dunia di tempat kejadian. Beliau berkata seorang lagi mangsa iaitu Nur Haizam Mohd Zamri, 19, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tampin di Tampin, Negeri Sembilan pada jam 6.30 petang tadi. "Dua lagi mangsa kemalangan itu yang masing-masing pemandu kedua-dua kereta tersebut tidak cedera," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Katanya kejadian dipercayai berlaku pada 4.15 petang apabila kereta dipandu Mohammad Isa dan dinaiki tiga rakannya, Nurul Azwa Syareza, Nur Fazira dan Nur Haizam dari arah Tampin ke Gemencheh, Negeri Sembilan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan. Muhammad Ismail berkata kereta Proton Wira itu kemudian melanggar sebuah kereta Honda Accord sebelum melanggar sebuah lagi kereta jenis Perodua Viva yang datang dari arah bertentangan. Beliau berkata mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat. "Ketiga-tiga kenderaan yang terlibat telah ditahan di Balai Trafik Alor Gajah, dan waris mangsa telah dimaklumkan mengenai kejadian ini," katanya. - Bernama | ||
Posted: 09 Jul 2015 08:34 AM PDT
PENCERAMAH,
Mohd Zainudin Mohamed Zaini atau lebih dikenali PU Yeop berkata,
makhluk halus sememangnya wujud dan sudah menjadi sebahagian tugasnya
untuk mengganggu, menggoda, menghasut dan melalaikan manusia.
Katanya, sepertimana manusia, makhluk halus juga mempunyai sifat dendam apatah lagi apabila tempatnya diganggu oleh manusia. "Jadi bila berlaku keadaan ini, mereka juga akan bertindak balas, boleh jadi kemalangan yang berlaku disebabkan gangguan, namun faktor utama pastilah disebabkan kecuaian kita sendiri," katanya. Beliau berkata, agama Islam menganjurkan agar setiap umatnya sentiasa membentengi diri daripada gangguan seumpama itu. "Antaranya, amalkan membaca ayat kursi pagi dan petang, memulakan doa menaiki kenderaan. "Ada sesetengah kita ambil ringan soal doa ketika menaiki kenderaan tanpa kita tahu sebenarnya doa itu senjata yang boleh digunakan untuk mengubah takdir kita," katanya. Bagaimanapun jelas PU Yeop, setiap musibah yang diturunkan mempunyai hikmahnya. Katanya, insiden sama ada membabitkan kematian atau kecederaan merupakan ujian kepada individu dan ahli keluarga itu sendiri. "Boleh jadi ianya kaffarah dosa atau ALLAH nak bagi pahala dan tinggikan makam kita," katanya. [ARTIKEL BERKAITAN: Jalan maut: Faktor mistik atau sikap pemandu?] Tambah pencahayaan di laluan berisiko Pengarah Jabatan Keselamatan Kerja Raya (JKJR) Perak, Laila Mazwin Zakaria berkata, laluan Gopeng-Gua Tempurung antara yang kerap dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat peringkat negeri melibatkan jabatan itu, berikutan kadar kemalangan tinggi yang berlaku. Menurutnya, sepanjang tempoh ini, JKJR bersama jabatan berkaitan sudah mengambil pelbagai pendekatan bagi mengurangkan kadar kemalangan. Salah satunya adalah dengan menambah pencahayaan di sepanjang laluan bagi meningkatkan kadar penglihatan pemandu. "Berdasarkan trend yang kita kaji sebelum ini, kebanyakan kemalangan berlaku khususnya pada waktu malam adalah akibat pelanggaran dari arah belakang, ini menunjukkan mereka tidak jelas dengan kedudukan objek di hadapan. "Mungkin keadaan jalan berbukit dan kemudian menurun menyebabkan keadaan ini berlaku, terutama apabila kenderaan berat di hadapan, meskipun lori mahupun treler ini besar, tetapi lampu belakang mereka lebih kecil. "Dengan bantuan pencahayaan ini, kita harap dapat membantu pengguna lebih peka dengan pemanduan masing-masing," katanya. Laila Mazwin berkata, melalui mesyuarat yang dipengerusikan PDRM pada 2013 lalu, semua jabatan yang bermesyuarat bersetuju mengesyorkan kepada kerajaan negeri untuk menambah lampu bagi memastikan lokasi lebih terang. Katanya, atas usaha itu, bermula Februari lalu, sebanyak 240 tiang lampu dipasang di sepanjang laluan Kilometer 301 hingga 306 di kedua-dua arah lebuh raya berkenaan. "Kita dapat maklum balas yang baik daripada pengguna dan saya difahamkan, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sedang membuat pemantauan kadar kemalangan, sama ada penambahan lampu jalan ini dapat membantu mengurangkan kadar kemalangan atau tidak. "Di pihak JKJR sendiri, kita berpuas hati dengan perkembangan ini," katanya. | ||
Posted: 09 Jul 2015 08:31 AM PDT
SINAR HARIAN
KUALA
LUMPUR - Jabatan Audit Negara yakin ia dapat menyelesaikan siasatan
terhadap akaun-akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menjelang akhir
tahun ini.
Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata jabatan itu telah menyelesaikan separuh daripada kerja yang diarahkan oleh kerajaan awal tahun ini. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membentangkan laporan awal mengenai 1MDB kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di bangunan Parlimen hari ini. "Terdapat banyak dokumen (untuk kami teliti), sesetengahnya telah diterima dan sesetengahnya belum lagi. Kami masih menunggu dokumen tertentu daripada 1MDB," katanya. Beliau berkata 1MDB patut diberikan sedikit masa untuk menyerahkan dokumen berkenaan. "Kami belum lagi selesai melakukan kerja kami dan kami sentiasa berhubung dengan mereka," katanya. Ambrin berkata jabatan beliau pada masa sama meneliti perkara-perkara seperti urus niaga PetroSaudi, pembangunan Tun Razak Exchange dan transaksi tanah di Pulau Pinang. Pada 4 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Ketua Audit Negara untuk mengesahkan secara bebas akaun-akaun 1MDB. Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, laporan Ketua Audit Negara akan diserahkan untuk pemeriksaan telus kepada PAC yang bersifat bipartisan sepenuhnya dan mencerminkan komposisi Parlimen. "Jika terbukti ada salah laku, undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian," kata Najib dalam kenyataan itu. - Bernama | ||
Posted: 09 Jul 2015 08:18 AM PDT
KUALA
LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Tony Pua
mempersoalkan mengapa 1Malaysia Development Berhad(1MDB) tidak memberi
kerjasama penuh menyerahkan penyata bank kepada Jabatan Audit Negara.
Menurutnya, penyata bank adalah dokumen paling penting dalam siasatan ke atas syarikat tersebut. "Bagaimana nak buat siasatan jika tiada penyata bank. Penyata bank adalah perkara paling penting dalam penyiasatan. "Mereka (1MDB) juga lambat menyerahkan dokumen selain terdapat dokumen penting lain tidak disertakan,"katanya selepas sidang media, hari ini. [ARTIKEL BERKAITAN: 1MDB tidak serah dokumentasi penting pada Audit] Beliau berkata, tiada sebarang alasan sepatutnya dikemukakan 1MDB kerana tidak menyerahkan penyata bank tersebut. "Penyata bank boleh dicetak tidak sampai lima minit. Tiada alasan," katanya. Katanya lagi, jika 1MDB tetap enggan memberikan penyata bank tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mengarahkan syarikat milik kerajaan itu berbuat demikian. "Ini kerana perdana menteri yang telah mengarahkan siasatan tersebut dijalankan," katanya. Dalam pada itu, beliau berkata laporan interim yang disediakan Jabatan Audit Negara adalah amat memuaskan. | ||
Posted: 09 Jul 2015 08:16 AM PDT
KUALA
LUMPUR - Jabatan Audit Negara tidak ada kuasa untuk menyiasat dakwaan
yang dilaporkan portal antarabangsa Wall Street Journal ( WSJ)
berhubung syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata, apa yang didedahkan portal tersebut di luar bidang kuasanya. Bagaimanapun, menurutnya, Pasukan Petugas Khas yang dianggotai Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) mampu menyiasat hal yang dibangkitkan pihak terbabit. "Kita tidak boleh tengok akaun orang lain, kita tiada kuasa. Bank Negara boleh, mereka sudah ada dalam Pasukan Petugas Khas itu, jadi biarlah mereka lakukan tugas mereka," katanya ketika ditemui media selepas membentangkan Laporan Interim terhadap 1MDB kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di Parlimen semalam. Minggu lalu, WSJ mendedahkan terdapat penyaluran dana daripada syarikat berkaitan 1MDB ke akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjumlah RM2.6 bilion. Menerusi kenyataan bersama semalam, Pasukan Petugas Khas memaklumkan enam akaun bank yang dibekukan sebelum ini tidak termasuk milik perdana menteri. | ||
Posted: 09 Jul 2015 08:14 AM PDT
Oleh ZAIRIL KHIR JOHARI & STEVEN SIM Berikutan Kongres Ekonomi Bumiputera yang pertama pada tahun 1965, Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah ditubuhkan sebagai sebuah badan berkanun melalui Akta Parlimen. Majlis amanah yang diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu diberi kepercayaan untuk "memajukan, menggalakkan, memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan"[1] dengan tumpuan khusus kepada Bumiputera dan kawasan luar bandar. Pada tahun 2008, sebagai sebahagian daripada usaha mempelbagaikan portfolionya, MARA menubuhkan sebuah anak syarikat milik penuh yang dikenali sebagai MARA Incorporated (MARA Inc) sebagai pemacu untuk menjalankan pelaburan strategik dan aktiviti komersil, khususnya menerusi pengurusan, pelaburan dan pembangunan hartanah. Sehingga kini, aset luar negara dilaporkan bernilai RM600 juta, termasuk empat hartanah di Melbourne, Australia dan tiga di London, United Kingdom. Walau bagaimanapun, dalam usaha pengembangan mereka selama ini, MARA tidak terlepas daripada dakwaan rasuah dan salah urus yang berterusan. Sebagai contoh, kontroversi beberapa tahun yang lalu berikutan tindakan MARA membeli beberapa hartanah mahal di London, termasuk Hotel Ashley berhampiran Paddington Station, Atelier EC1, yang merupakan sebuah service apartment, serta Beaumont House, asrama pelajar di barat pusat bandar London. Selain daripada hartanah di London yang didakwa dibeli pada harga yang terlebih tinggi, MARA juga membina portfolio bangunan bernilai lebih AUD80 juta (RM230 juta) di Melbourne. Bangunan-bangunan ini kini menjadi tumpuan antarabangsa kerana keraguan yang timbul akibat penglibatan syarikat luar pesisir (offshore companies) dalam urusniaga tersebut. Selain pembelian hartanah asing yang berkontroversi, Laporan Ketua Audit Negara 2013 telah menjumpai pertikaian dalam proses perolehan MARA yang berjumlah sebanyak RM124.55 juta. Pada tahun yang sama, dua pegawai kanan MARA, iaitu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Pelajaran MARA, Datuk Dr Abdul Shariff Hamid, yang juga bekas setiausaha Kelab Umno Luar Negara, serta pengurus program Zainal Rashid Zakaria telah disabitkan atas pemalsuan berkaitan dengan tuntutan berjumlah RM304,650. Pada tahun ini pula, empat pegawai MARA didakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana tuntutan perjalanan palsu yang berjumlah puluhan ribu ringgit. Adakah skandal Dudley House hanya akibat salah faham? Dalam skandal yang terbaru, akhbar harian Australia The Age baru-baru ini mendakwa MARA telah membeli Dudley House, sebuah asrama pelajar di Melbourne, pada tahun 2013 pada harga yang terlampau tinggi – AUD22.5 juta (RM65 juta), apabila harga pasaran untuk hartanah itu hanya AUD17.8 juta (RM51.6 juta). Jadi mengapakah MARA terlebih bayar? Menurut The Age, pengerusi MARA Inc, Datuk Mohammad Lan Allani, ketika disoal memberi maklum balas dengan mengatakan beliau tidak boleh ingat butir-butir perjanjian Dudley House, walaupun hanya setahun lalu beliau telah melawat hartanah tersebut bersama dengan Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa serta CEO MARA Inc Dato' Abdul Halim Rahim. Malah, menurut satu kenyataan di laman web Konsulat Malaysia di Melbourne, rombongan MARA yang melawat ke sana telah "memeriksa hartanah penginapan pelajar di 746 Swanston dan di Dudley International House Caulfied… dua hartanah yang baru dibeli…." Tambahan kepada lawatan itu, kumpulan itu juga telah diberi taklimat berkenaan "pasaran hartanah di Australia."[2] Berdasarkan ini, adalah jelas pengurusan MARA sedar sepenuhnya mengenai urusniaga tersebut. Malah, dalam satu sidang akhbar yang diadakan sehari selepas berita itu dilaporkan dalam The Age, pengerusi MARA Tan Sri Annuar menjelaskan bahawa mereka tidak menganggap harganya terlalu tinggi, dan sebenarnya percaya harga tersebut "di bawah kadar pasaran." Jika benar begitu, maka terdapat kemungkinan pengurusan MARA telah disalah-maklum, atau kajian terperinci tidak dilakukan dengan baik meskipun melibatkan urus niaga yang sedemikian besar. Namun begitu, alasan ini tidak munasabah kerana gagal menjelaskan mengapa satu bayaran berjumlah AUD4.75 juta (RM13.7 juta), yang secara kebetulan merupakan perbezaan antara harga yang dibayar oleh MARA dan nilai pasaran hartanah tersebut, telah dibuat sebagai "bayaran pengenalan dan perundingan" melalui syarikat luar pesisir di Singapura. Malah, pendedahan oleh The Age itu memetik pemaju Dudley House, iaitu Peter Mills dan Chris Dimitriou, sebagai mengesahkan bahawa bayaran AUD4.75 juta itu merupakan sogokan untuk pegawai Malaysia. Oleh itu, tidak ada sebab untuk mempercayai bahawa skandal Dudley House semata-mata berpunca daripada salah maklumat atau ketidakcekapan. Sebaliknya, adalah jelas bahawa rasuah dalam bentuk sogokan dan pengubahan wang haram telah berlaku. Rasuah yang berlaku dalam MARA jelas berpunca daripada kronisme yang telah sebati Pada hari ini, Rasuah dan kerajaan Malaysia sudah hampir sinonim, dan ini tidak menghairankan apabila hampir semua dana kekayaan kerajaan dan agensi-agensi pelaburan dikuasai oleh kroni dan ahli politik yang terkait dengan Umno. Sebagai contoh, dalam kes skandal Dudley House, pengerusi anak syarikat MARA yang terbabit, Datuk Mohammad Lan Allani, juga seorang ahli politik Umno dari Sabah yang merupakan bekas ADUN Sulabayan. Ini menimbulkan persoalan sama ada pelantikan Lan Allani mempunyai kaitan dengan hakikat bahawa Datuk Seri Shafie Apdal adalah menteri yang menjaga MARA. Hal ini kerana Shafie juga Ahli Parlimen Semporna, yang merangkumi DUN Sulabayan. Selain itu, Shafie juga ketua bahagian Umno Semporna, di mana Lan Allani pernah berkhidmat sebagai naib pengerusi dan bendahari. Sementara itu, Majlis MARA, iaitu badan pengurusan tertinggi agensi terbabit, juga didominasi oleh Umno, di mana enam daripada 11 anggota Majlis merupakan ahli aktif Umno manakala lima yang lain adalah kakitangan awam. Sepertimana kita tahu, majlis MARA juga dipengerusikan oleh Tan Sri Annuar Musa, iaitu Ahli Umno Parlimen Ketereh, Kelantan.[3] Bagi empat pengarah MARA Inc, iaitu anak syarikat yang terlibat dalam skandal Dudley House, dua daripada mereka adalah ahli aktif Umno manakala dua lagi adalah kakitangan awam.[4] Malah, broker yang menguruskan perjanjian Dudley House, Erwan Azizi, yang dilaporkan sebagai "penggemar kereta Porsche," mempunyai kaitan dengan Umno melalui peranannya sebagai Pengarah di Biosis Bhd, sebuah syarikat yang dipengerusikan oleh timbalan ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun.[5] Erwan juga anak kepada Dato' Azizi Yom Ahmad, seorang pemaju-bersama Dudley House. Keperluan untuk kebertanggungjawaban dan ketelusan Adalah jelas tiada ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam proses pengurusan MARA, walaupun agensi tersebut merupakan pemegang amanah berbilion ringgit wang rakyat. Ini adalah disebabkan hakikat bahawa MARA, sepertimana kebanyakan agensi kerajaan yang lain, dikawal dan dikuasai oleh pertalian jahat antara penaung, kroni dan ahli politik. Apabila agensi kerajaan dan ahli perniagaan bersekongkol dalam jaringan politik, tidak ada keraguan bahawa keputusan yang dibuat akan dipengaruhi oleh kepentingan-kepentingan tertentu. Skandal Dudley House hanyalah satu contoh klasik urusan sedemikian, di mana urusniaga dikendalikan oleh kroni dan ahli politik Umno yang mempunyai kuasa ke atas berbilion-bilion dana kerajaan. Oleh kerana MARA ditubuhkan di bawah Akta Parlimen, kebertanggungjawaban perlu dikembalikan kepada rakyat. Sebagai permulaan, keahlian Majlis MARA harus dibentuk daripada gabungan seimbang ahli politik daripada kedua-dua pihak, kakitangan awam dan profesional bukan-partisan. MARA juga perlu bertanggungjawab terus kepada Parlimen dan bukannya Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Sekiranya tiada langkah tegas dan pantas diambil untuk memastikan ketelusan dan kebebasan tadbir urus MARA dan agensi kerajaan lain, skandal rasuah dan korupsi dana awam akan terus melanda negara kita. – Roketkini.com | ||
Posted: 09 Jul 2015 08:10 AM PDT
KUALA LUMPUR: Kabinet perlu meminta Datuk Seri Najib Razak mendedahkan kepada umum, sama ada benar atau tidak, sejumlah wang RM2.6 bilion (USD700 juta) telah dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya. Perdana Menteri juga perlu menjelaskan sama ada beliau mempunyai akaun-akaun peribadi atas namanya sendiri di Ambank, dan jika ada, mendedahkan identiti akaun-akaun tersebut. Gesaan itu dibuat oleh Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, kepada Kabinet dengan menggariskan enam cadangan untuk membuktikan mereka adalah patriot yang mahu menyelamatkan negara. Katanya, Najib juga perlu menjelaskan peranan beliau dalam skandal 1MDB kerana ia memang tugas dan tanggungjawabnya sebagai orang yang mempunyai kuasa meluluskan urusniaga 1MDB, bukan saja sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, tetapi juga atas bidang kuasa di bawah Artikel 117 Memorandum Pertubuhan (M&A) 1MDB. Sebagai cadangan kedua, beliau meminta Najib menjelaskan sama ada Perdana Menteri sedar atau tidak bahawa laporan media Wall Street Journal yang bertajuk "Investigators Believe Money Flowed to Malaysian Leaders' Accounts Amid 1MDB Probe" adalah berdasarkan kepada siasatan kerajaan Malaysia terhadap 1MDB oleh Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis dan Peguam Negara. Sehubungan itu, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, mahu Najib menyatakan bila waktunya siasatan kerajaan itu menemui hampir RM2.6 bilion dari dana 1MDB yang dikatakan telah dimasukkan ke dalam akaun peribadinya, telah dilaporkan kepada Perdana Menteri, dan apa tindakan yang telah beliau ambil. Ketiga, pemimpin veteran DAP itu meminta Kabinet mendedahkan kepada umum laporan awal Ketua Audit Negara terhadap 1MDB yang akan dibawa kepada Jawatankuasa Kira-Kira Awam Parlimen esok. Keempat, beliau mahu Kabinet meluluskan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dengan kuasa yang luas untuk menyiasat segala aspek 1MDB, dan membuktikan bahawa kerajaan dan Perdana Menteri tidak ada apa-apa untuk disembunyikan daripada rakyat. Katanya, pengkritik tegas amalan niaga 1MDB boleh dilantik sebagai Pesuruhjaya, antaranya Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi dan Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara Tony Pua dan Ahli Parlimen PKR Pandan Rafizi Ramli sebagai ahli suruhanjaya. Kelima, Kit Siang mahu Kabinet meminta Najib bercuti sebagai Perdana Menteri selama tiga bulan untuk memberi masa kepada RCI untuk menyiasat, membentang dan mengumumkan hasil siasatan kepada rakyat. "Jika Kabinet gagal melaksanakan kelima-lima cadangan ini, maka para menteri yang terhormat dan patriotik hanya ada satu pilihan saja lagi, iaitu meletak jawatan beramai-ramai," ujar beliau. Menurutnya, ini adalah caranya untuk Kabinet mengelakkan diri daripada dikaitkan dengan salah urus dana awam yang tidak bertanggungjawab, tidak telus dan tidak akauntabel. Tambah beliau, ia juga penting bagi Kabinet untuk meletak jawatan kerana ia akan menjadi teladan tahap keyakinan, integriti dan pentadbiran baik yang tinggi kepada pemegang jawatan awam pada masa ini dan masa depan. – Roketkini.com | ||
Posted: 08 Jul 2015 04:52 PM PDT
shahbudindotcom
Tulisan
kali ini hanyalah coretan ringan dan santai saja. Tak perlu terlalu
banyak berfikir, malah boleh dibaca sambil baring-baring atau ketika
berbual dengan kawan-kawan.
Menulisnya pun ketika mata sukar nak tidur dan mungkin terus berjaga sehingga sahur nanti.
Sejak
The Wall Street Journal atau WSJ menulis laporan mengenai pengaliran
masuk wang 1MDB berjumlah kira-kira AS$700 juta ke dalam peribadi Najib
Razak pada Jumaat lalu, apa yang menimbulkan persoalan ialah mengapa
tiada jawapan atau penjelasan yang tepat diberikan mengenai dakwaan itu
sehingga ini?
Jawapan
Najib hanyalah, "saya tak pernah guna wang 1MDB untuk kepentingan
peribadi", "saya tidak akan khianati amanah rakyat", "kalau saya nak
menyamun, takkanlah saya guna akaun peribadi" atau ayat lain ala-ala
memikat jiwa yang seumpama dengannya.
Semalam,
ketika peguam Najib menulis surat kepada penerbit WSJ, Najib sekali
lagi menulis di blognya mengulangi perkataan, "saya tak pernah ambil
wang 1MDB untuk diri sendiri".
Kenapa diulang-ulang lagi jawapan syahdu sebegitu rupa?
Pendedahan
WSJ sangat mudah iaitu mengenai kemasukan wang ke dalam akaun peribadi
Najib dan jawapan yang seharusnya diberikan juga menjurus ke arah itu.
Kenapa
dijawab "saya tak pernah guna wang 1MDB untuk kepentingan peribadi",
"saya tak akan khianati amanah rakyat" dan seumpamanya?
Itu bukan jawapan. Kalau dalam peperiksaan, jawapan sebegitu tidak mungkin mendapat apa-apa markah pun.
Jawapan sebenarnya juga sangat mudah, kalau ada wang dimasukkan jawablah "ya" dan kalau tiada pula jawablah "tidak".
Sahabat
saya, Mohd Sayuti Omar atau MSO mencadangkan agar Najib bersumpah. Ini
pun bagus juga, kalau dalam kes Altantuya Najib boleh bersumpah,
tentulah tiada masalah juga untuk melakukannya sekali lagi dalam kes
wang bilion- bilion ini.
Sebagai
pemimpin, apatah lagi Perdana Menteri, jangankan menerima kemasukan
wang sebesar AS$700 juta atau RM2.6 bilion boleh dicurigai dan merupakan
suatu kesalahan, malah jika nilainya RM1 pun tetap kesalahan juga.
Termasuk
hari ini, sudah genap seminggu sejak dakwaan itu ditimbulkan oleh WSJ
tetapi masih tiada jawapan yang pasti dan meyakinkan daripada Najib.
Sebab
itu jangan marah atau melenting bila Tun Mahathir Mohamad minta Najib
menunjukkan buku akaun banknya. Ada pula yang menyoal, masa Tun
Mahathir jadi Perdana Menteri dulu, pernahkah beliau menunjukkan buku
akaunnya?
Maksud
tersirat Tun Mahathir ialah kalau susah sangat nak mengaku "ya" atau
"tidak", tunjukkan saja buku akaun bank sebagaimana nombor akaun yang
sudah didedahkan oleh WSJ itu.
Biarlah buku bank berbicara jika mulut dan lidah sudah tidak boleh berkata apa-apa.
Memang
Tun Mahathir tidak pernah menunjukkan buku akaun banknya dan kita pun
tidak tahu kekayaannya, tetapi sepanjang berkuasa selama 22 tahun,
beliau juga tidak pernah dituduh menerima wang yang dimasukkan ke dalam
akaun peribadinya.
Kalau tiada tuduhan, apa perlunya Tun Mahathir menunjukkan buku akaunnya?
Yang
rakyat ingin tahu daripada Najib sekarang ialah betul atau tidak
berlaku kemasukan wang ke dalam akaun peribadi seperti yang didakwa WSJ
itu, bukannya melencong kepada amanah rakyat yang tidak pernah
dikhianati dan kegunaan wang untuk diri sendiri yang kononnya tidak
pernah dilakukannya.
Sejauh
mana rakyat dikhianati atau tidak, ada Najib menggunakan wang negara
untuk kepentingan peribadi atau sebaliknya, biarlah Tuhan menghakiminya
di kemudian hari. Masanya akan tiba di akhirat nanti dan Najib tak
perlu kecoh-kecoh sangat mengenainya di dunia ini.
Yang
dunia ingin tahu ialah tentang kemasukan wang ke dalam akaun
peribadinya, maka jawablah dengan jujur dan tunjukkan buktinya sekali.
Mudah dan habis cerita. Rakyat pun pasti akan gembira dengannya.
| ||
Posted: 08 Jul 2015 04:41 PM PDT
MALAYSIAKINI
Sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bukan sahaja disanjung sebagai negarawan tetapi juga turut mengumpul pelbagai kritikan sepanjang pentadbirannya. Tetapi keadaan sebaliknya berlaku kepada isterinya Tun Siti Hasmah Mohamad Ali yang disegani kawan dan lawan kerana sikap lemah lembut dan keibuannya. Hasmah juga tidak pernah mencetuskan sebarang kontroversi. Beliau sebaliknya lebih dikenali dengan kerja-kerja kebajikan melalui badan isteri menteri-menteri BAKTI, minat mendalam pada sukan badminton serta menjadi inspirasi sebagai doktor wanita Melayu pertama. Ramai tertanya-tanya apa sebenarnya rahsia untuk menjadi seorang isteri kepada pemimpin tertinggi negara ini. Dengan meminta tidak membandingkan dengan sesiapa, Hasmah berkongsi 'resipinya' dengan Malaysiakini: Jangan bersaing dengan suami anda. "Sebagai isteri PM, jangan bandingkan (dengan sesiapa)... secara umumnya kamu mesti sokong suami, kamu mesti berpengetahuan, kamu mesti tahu apa yang berlaku di sekeliling dan kamu mesti pastikan bersama dengan suami apabila bertemu rakyat. "Orang ramai hendak tahu bahawa ini isteri PM dan mereka bersama-sama, mereka mementingkan kekeluargaan. "Jadi kamu mesti sokong tetapi jangan sesekali bersaing dengan suami kamu," begitu pesan Hasmah. 'Jangan pandai-pandai janji' Mahathir menjadi perdana menteri Malaysia yang keempat dan paling lama dalam sejarah Malaysia bermula pada tahun 1981. Setelah bersara pada 2003, beliau bagaimanapun terus memainkan peranan penting mempengaruhi perjalanan politik negara dan dilihat penyumbang penting terhadap kejatuhan penggantinya sendiri Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini. Malah, Mahathir kini giat mengasak pentadbiran Najib yang terpalit kontroversi sekitar dana pelaburan negara yang terbeban hutang, 1MDB. Sementara itu, diwawancara Malaysiakini di Putrajaya pada Isnin lepas, Hasmah juga berkata seorang isteri perdana menteri harus menjadi orang tengah antara suami dan rakyat biasa, tetapi jangan mudah membuat janji. "Mereka (rakyat) tidak dapat jumpa suami, mereka jumpa isterinya. Dan adalah minta apa-apa, jangan janji sesuatu. Cuma cakap kamu akan sampaikan kepada suami kamu untuk pertimbang. "Bukan kerja kamu beritahu orang ramai, 'ya, saya akan pastikan kamu dapat itu ini, kontrak itu ini'. "Tidak, sebagai PM, beliau (Mahathir) tidak akan benarkan perkara ini, malah anak-anaknya sendiri tidak dibenarkan masuk politik. Saya anggota Umno tetapi tiada jawatan dalam Umno," katanya. Ketika bercampur dengan orang ramai juga, Hasmah berkata seorang suami harus dihormati "bukan sahaja kerana beliau suami kamu tetapi juga perdana menteri kamu, seperti juga orang lain". Pengajaran dari orang miskin Dengan perwatakan lemah lembut dan penampilan sederhana berbaju kurung motif batik, Hasmah juga mengingatkan isteri pemimpin negeri supaya sentiasa merendah diri dan tidak menyombong. "Kamu mungkin doktor atau mungkin juga isteri MP (anggota parlimen), tetapi jika kamu sombong, mereka (rakyat) tidak akan terima kamu," kata Hasmah. Beliau sendiri ,kata Hasmah, belajar semua itu ketika ditugaskan sebagai doktor pertama wanita Melayu di Kedah, di mana beliau bercampur gaul dengan rakyat biasa yang rata-ratanya miskin. "Tetapi mereka ajar saya bagaimana untuk merendah diri, bagaimana buat baik dan bercakap sopan dengan orang," katanya mengimbau pengalaman berkhidmat di Kedah ketika Mahathir masih dikenali sebagai "Doktor Umno" di Alor Setar dan belum mempunyai jawatan dalam kerajaan. Kini, di usia sembilan dekad, Hasmah tetap setia menemani suaminya ke mana-mana. Malah, walaupun sudah bersara 12 tahun, Mahathir masih dianggap sebagai faktor penting perubahan politik dalam negara ini. Di usia 90 tahun, siapa sangka Mahathir masih bertenaga mengharungi pelbagai cabaran dunia politik. Semua ini pastinya tidak mudah tanpa seorang Siti Hasmah di sisi. Siti Hasmah diwawancara oleh JIMADIE SHAH OTHMAN, NORMAN GOH dan YAP JIA HEE. | ||
Posted: 08 Jul 2015 04:30 PM PDT
Bagi sebuah parti yang pernah bersenandung lagu cinta terhadap Pakatan Rakyat seperti Romeo dengan gitar di luar anjung Juliet, DAP kini ironinya beria-ia mahu berjoget di atas kubur pakatan pembangkang persekutuan itu, yang kini tidak berfungsi lagi.
Namun
saya merasakan dalam kes DAP, gitar yang mereka gunakan adalah
serupa dengan gitar yang digunakan oleh el Mariachi, watak pembunuh
upahan Antonio Banderas dalam filem Desperado. Satu peralatan yang
lebih membawa maut dan bukannya mewujudkan rasa cinta populis.
Ini ditekankan sekali lagi hari ini dengan pengisytiharan oleh kerajaan Pulau Pinang yang dikuasai oleh parti demokrasi sosialis itu, bahawa ia tidak seharusnya lagi dirujuk sebagai kerajaan negeri Pakatan.
"...
ia kini dikenali sebagai kerajaan negeri Pulau Pinang, dan bukan lagi
kerajaan negeri PR Pulau Pinang," setiausaha agung DAP dan Ketua
Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dilaporkan menjelaskan dalam satu
kenyataan.
Itulah
kata KM kerajaan negeri yang pernah dikenali sebagai kerajaan negeri
Pakatan Rakyat itu, seolah-olah kerajaan negeri itu adalah bintang pop
tahun 80-an, yang kini dirujuk sebagai "the artist once known as Prince" (artis yang dahulunya dikenali sebagai Prince), kerana namanya kini ialah sebuah simbol yang tidak boleh disebut.
Sudah
pasti bagi ramai penyokong tegar pembangkang, keadaan parti-parti
pembangkang pada masa kini mungkin juga merupakan sesuatu yang hanya
boleh digambarkan dengan kata-kata yang tidak boleh dituturkan di
khalayak ramai dan ulasan-ulasan politik.
Adalah
lebih selamat dengan itu, dan lebih-lebih lagi sesuai dalam bulan
Ramadan, untuk merujuk kepada gabungan yang tidak lagi berfungsi itu
sebagai "pakatan pembangkang yang dahulunya dikenali sebagai Pakatan,"
daripada menyatakan apa yang benar-benar difikirkan ramai pihak,
apabila berita mengenai pakatan itu timbul.
Tetapi
dalam apa-apa hal sekalipun, DAP terlalu terburu-buru dalam
mengisytiharkan kematian Pakatan secara unilateral, bertindak tanpa
berunding terlebih dahulu dengan ahli-ahli pakatan, sama ada mereka
dipulaukan atau tidak. Pada dasarnya bertindak sama seperti apa yang
mereka tuduh presiden PAS, Hadi Awang telah lakukan secara sombong.
Disebabkan
DAP gemar memberitahu BN mengenai keadilan dan banyak perkara lain,
ia bukan sahaja perlu bersikap demikian, tetapi juga dilihat bersikap
demikian. Ini mesti dilakukan dalam hal konsensus dan niat baik di
kalangan ahli-ahli gabungan itu.
Mereka mungkin mengatakan macam-macam perkara mengenai PAS, tetapi mungkin perlu cermin diri mereka sendiri.
Ini
adalah kerana DAP dengan mudahnya tidak mempertimbangkan bahawa
resolusi muktamar PAS untuk memutuskan hubungan antara kedua-dua parti
itu, secara khususnya bergantung pada keputusan oleh jawatankuasa
kerja pusat dan majlis Syura parti Islam itu.
Mungkin
ia sudah hampir pasti disebabkan kawalan kem ulama. Tetapi melainkan
jika dan sehingga ini berlaku, ianya masih belum pasti.
Tetapi
reaksi terburu-buru DAP terhadap perkara ini hanya menekankan bahawa
mereka sendiri sebenarnya tidak sabar-sabar untuk bukan hanya keluar
dari pakatan itu, tetapi juga seolah-olah mahu berjoget di atas kubur
pakatan itu.
PKR
perlu menjadi doktor yang berusaha keras untuk menyembuhkan Pakatan,
walaupun tanpa bintang pakar bedah dan ketua umum mereka yang kini
dipenjarakan Anwar Ibrahim, ini adalah satu rawatan yang tidak diberi
harapan oleh sesiapa.
Sudah
pasti penganut Kristian di kalangan kita harus mula meminta berkat
dari St Jude, santo penaung harapan dan perjuangan mustahil.
Malahan,
lebih daripada sekadar pengumuman di Pulau Pinang itu, DAP sedang
menyebabkan kebimbangan di Selangor sewaktu laporan-laporan timbul
mengenai sikap berkerasnya yang mahukan sijil kematian Pakatan Selangor
supaya dikeluarkan, sebagaimana ia telah dikeluarkan bagi Pakatan
Pulau Pinang.
Laporan-laporan
menyatakan bahawa parti demokratik sosialis itu enggan mengesahkan
sokongan tidak berbelah bagi terhadap kerajaan Selangor semasa yang
diketuai oleh PKR, melainkan jika tuntutan mereka dipenuhi. Ada yang
menganggapnya sebagai DAP meminta PKR untuk memilih antara ianya dan
parti Islam itu.
Oleh
itu telatah DAP seolah-olah menunjukkan bahawa ia sedang berjoget di
atas kubur Pakatan yang telah ia sendiri gali dan sediakan, walaupun
sudah pasti Hadi dan puak ulama yang kini mengawal PAS, yang mungkin
telah telah menjejaskan Pakatan dengan teruk.
Jika
kita menggunakan analogi permainan video Mortal Kombat, mungkin PAS
yang telah membelasah Pakatan setengah mati di gelanggang, tetapi
DAP-lah yang melakukan pukulan akhir "Fatality".
Jadi
pada akhirnya, walaupun ia mungkin mempunyai sebab-sebab yang baik
untuk memutuskan hubungan dengan Pakatan setelah mendapat banyak
manfaat daripada kerjasama sementara itu, DAP tidak sepatutnya bersikap
terlalu beria-ia untuk memutuskan sokongan hidup Pakatan, dan menari
di atas kuburnya yang masih kosong.
Hazlan Zakaria merupakan ahli pasukan Semut Harian yang gemar membaca, menulis dan memerhatikan kenanehan dunia tampak hari ini.
| ||
Posted: 08 Jul 2015 04:27 PM PDT
DATUK Dr. Haron Din, Mursyidul Am PAS telah membuat komen yang amat cerdik dan menggelikan terhadap tindakan Perdana Menteri Najib memasukkan wang daripada 1MDB sejumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun bank pribadinya. Komennya kira-kira suatu yang tidak masuk akal.Hingga Perdana Menteri tidak terasa dan tidak tersinggung dengan komen yang tajam yang boleh ditafsirkan berbagai. Betapa benar duit itu dimasukkan PM Najib ke dalam akaun peribadinya seperti yang dilaporkan oleh media The World Street Journal dipercayai tidak syak benarnya. Bantahan golongan pro-Najib atas siaran itu ialah komen dan dakwaan akhbar itu. Jika kerani atau mana-mana pegawai didapati memasukkan beberapa ringgit saja dalam simpanan atau lambat memasukkannya ke akaun sepatutnya boleh jadi satu jenayah pecah amanah, apa lagilah sejumlah wang milik negara yang tidak terhingga banyaknya dimasukkan ke akaun peribadi. Kejadian seperti itu tidak masuk akal boleh dilakukan oleh seorang Perdana Menteri atas apa sebab dan tujuan sekalipun. Bahkan yang tahu pecah amanah adalah satu kesalahan tetapi melakukannya juga atas apa alasan jua adalah tidak masuk akal dilakukannya. Apabila Najib dikatakan berbuat begitu, maka komen Dr. Haron Din ia suatu yang tidak masuk akal hingga Najib sendiri terasa lapang dengan komen itu seolah-olah pemimpin PAS itu tidak berkata buruk tentangnya, sedang keduanya adalah seteru politik. Tetapi setelah diamati komen itu adalah satu sindirian yang tajam. Memang tidak masuk akal Perdana Menteri boleh buat begitu. Kerana seorang Perdana Menteri sepatutnya tidak wajar berbuat begitu justeru ia adalah satu kesalahan. Tetapi jika Perdana Menteri berbuat begitu atas apa sebab jua, adalah tidak masuk akal Perdana Menteri sanggup buat begitu. Komen pertama menyebabkan Najib jadi macam wanita Mesir yang memegang pisau tajam dan buah epal melihat Nabi Yusuf, tidak terasa pedih terpotong jari sendiri. Tajamnya sindiran itu tidak terasa ia ditujukan kepadanya. Kedua ia ibarat gergaji dua mata, disorong makan dan ditarik pun makan. Komen itu boleh dikatakan tidak menyindir oleh setengah orang dan boleh juga dikira menyindir oleh setengah orang yang lain. Apapun perkembangan politik sekarang semuanya sudah tidak masuk akal. Komen Peguam Negara Gani Patail atas hal itu ialah dia telah melihat hal itu dan membenarkan ia terus disiasat. Biasanya Peguam Negara dilihat sebagai pelindung siapa saja Perdana Menteri dan kerajaan. Payah kemungkinan ketua kerajaan dapat disiasat. Apabila perihal yang melibatkan Perdana Menteri boleh pula disiasat, ada yang terasa ia seolah-olah tidak masuk akal juga. Yang masuk akal PM tidak akan disiasat. Segala yang terjadi tentang 1MDB yang Najib adalah penguasa penuhnya adalah benda yang tidak masuk akal. Tabung Haji beli tanah TRX dengan harga yang tinggi adalah tidak masuk akal. Mengangkat Azeez Rahim sebagai Pengurusi Tabung Haji juga tidak masuk akal. Yang masuk akal dia layak jadi duta dalam semua bencana alam di seluruh dunia. Dulu seperti tidak masuk akal bahawa Dr. Mahahir itu adalah pemimpin Umno yang serba betul. Tetapi sekarang tidak masuk akal apabila rata-rata orang Umno kata Dr. Mahahir tidak betul. Sejak jadi menteri hingga jadi Perdana Menteri banyaklah tindakannya seperti tidak masuk akal. Apabila Dr. Haron Din komen tidak masuk akal tentang masalah yang Najib hadapi itu, adakah tidak ia menggambarkan perihal politik dan kerajaan yang tidak masuk akal? | ||
Posted: 08 Jul 2015 04:20 PM PDT
Sebuah akbar utama di Indonesia menjadikan krisis yang dihadapi Najib sebagai muka hadapan.
JAKARTA – INDONESIA. Kemelut politik serta dakwaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penyelewengan wang dari dana berkaitan kerajaan menjadi perhatian negara luar. Terbaharu, sebuah akbar utama di Indonesia menjadikan krisis yang dihadapi Najib sebagai muka hadapan akhbar dengan tajuk Badai Politik Najib. Laporan akhbar tersebut menyatakan bahawa Najib kini berada dalam keadaan tertekan apabila didakwa menerima aliran wang sejumlah RM2.6 bilion daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dimasukkan ke beberapa akaun peribadinya. Akhbar tersebut memetik laporan yang telah dibuat oleh The Wall Street Journal dan Sarawak Report. [ARTIKEL BERKAITAN: Najib popular di carta Wall Street Journal] Laporan itu turut mendakwa berlaku dua transaksi besar dalam akaun Najib iaitu pada Mac 2013 atau sebelum PRU berjumlah USD 621 juta dan USD 61 juta. Manakala transaksi terbaharu pula berjumlah RM42 juta pada akhir 2014 dan awal 2015 yang dipercayai dari SRC International Sdn. Bhd. Akhbar berkenaan turut memaparkan bahawa Najib terancam digulingkan selepas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik dengan menyebut skandal Najib sebagai sesuatu yang memalukan bagi Malaysia. Dr Mahathir sebelum ini juga telah meminta supaya Najib bertanggungjawab ke atas kehilangan wang berbilion ringgit yang dipinjam 1MDB atau berundur. | ||
Posted: 08 Jul 2015 04:16 PM PDT
SHAH
ALAM – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyifatkan kebanyakan
rakyat di negara ini semakin tidak mempunyai peluang lagi untuk
berjimat cermat susulan peningkatan kos hidup yang berlaku mutakhir
ini.
Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Maamor Osman berkata, banyak perbelanjaan yang dikeluarkan setiap bulan adalah keperluan termasuk membayar balik pinjaman. "Kebanyakan rakyat hampir-hampir tidak ada pilihan. Jika ada pun pilihan adalah berjimat cermat. Sudah tentu untuk berjimat cermat itu bukan sesuatu yang mudah kerana sekarang ini sebahagian besar perbelanjaan itu sudah menjadi keperluan yang tidak boleh dipotong-potong. "Pembayaran balik pinjaman perumahan, pendidikan, kereta dan sebagainya. Sudah tidak boleh nak jimat lagi dah. Apa yang boleh kita jimat adalah ikat perut. Tapi berapa banyak yang kita boleh jimat dari situ?," katanya kepada Sinar Online. Menurutnya lagi, kepakaran rata-rata rakyat Malaysia juga terhad apabila sudah terikat dengan pekerjaan tetap sama ada dari sektor swasta mahupun kerajaan. "Kita mungkin boleh mengambil peluang untuk meningkatkan pendapatan yang boleh dilakukan di luar waktu bekerja untuk menambah pendapatan. Misalnya perniagaan online, jual insurans, jualan langsung tapi bagi saya ini mungkin akan mengganggu tugas hakikinya. "...kerana mereka mempunyai kepakaran yang terhad. Maksudnya, jika kerja swasta atau kerajaan, mereka sudah terikat dan tidak ada kemahiran lain yang membolehkan mereka meningkatkan pendapatan," katanya. Malah beliau juga menyentuh soal peluang perniagaan yang telah dirampas oleh warga asing yang merugikan negara ini. "Beberapa industri sekarang ini diambil peluang oleh pendatang-pendatang asing yang sebenarnya orang kita boleh buat. Seperti perniagaan kedai makan, jual barang-barang keperluan dan sebagainya. "Tapi sekarang ini kita lihat di mana-mana pun telah dikuasai bangsa asing. Orang Vietnam, Bangladesh pun sudah ada kedai makan sendiri. Hasil dapatan berniaga itu dihantar ke luar negara yang merugikan negara ini.," katanya. Tegasnya, kerajaan perlu tegas dalam menangani isu tersebut. "Kerajaan sepatutnya meningkatkan peluang orang tempatan untuk mengambil alih perniagaan ini. Apa yang berlaku sekarang kita lihat kerajaan macam tutup mata. Mereka itu pendatang asing tapi 'dibenarkan' berniaga. "Malah saya mendapat laporan bahawa ada yang membuka klinik dan doktor dari Myanmar membawa masuk ubat dari Myanmar untuk merawat warga mereka. Kalau lihat pasar malam, ia dikuasai warga Indonesia, Myanmar, Bangladesh. Kerajaan perlu serius memikirkan bagaimana menghalang 'pencuri peluang' dari kalangan bangsa asing ini," katanya. | ||
Posted: 08 Jul 2015 04:14 PM PDT
Mohd Puad Zarkashi
PETALING JAYA - Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail digesa bertanggungjawab terhadap pembocoran maklumat sulit oleh Wall Street Journal (WSJ) sehingga mengakibatkan spekulasi negatif terhadap imej Datuk Seri Najib Tun Razak. Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Abdul Gani juga digesa menafikan penglibatannya terhadap kebocoran maklumat tersebut. Menurutnya, siasatan dalaman perlu dilakukan untuk mengesan dalang yang telah membocorkan maklumat dan dokumen sulit kepada media asing tersebut. "Pihak berkuasa juga perlu menyiasat sama ada wujud konspirasi terancang untuk menggulingkan Najib," katanya. Beliau berkata, adalah memelikkan apabila WSJ boleh menerbitkan sebuah artikel berkaitan dokumen Pasukan Penyiasatan Khas kurang daripada 24 jam selepas serbuan dibuat. "WSJ sekali lagi menerbitkan dokumen berkaitan selepas kenyataan mengenai enam akaun yang dibekukan dibuat," katanya. Mohd Puad berkata, WSJ menyatakan terdapat dua jenis dokumen yang telah diterima mereka daripada Pasukan Penyiasat Khas Kerajaan di Malaysia. "Yang pertama adalah 'remittance document' dan yang kedua adalah dokumen pasukan penyiasatan tersebut," katanya dalam satu kenyataan semalam. Menurutnya, 'remittance document' hanya menyebut nombor akaun AmIslamic Bank yang tidak mempunyai nama sesiapa pun. "Tidak lama selepas kenyataan mengenai enam akaun yang dibekukan dibuat, WSJ sekali lagi telah menerbitkan dokumen-dokumen berkaitan," katanya. Beliau berkata, jika benar ada di kalangan anggota kepada Pasukan Penyiasatan Khas pimpinan Peguam Negara membocorkan maklumat kepada WSJ, maka dokumen tersebut adalah dokumen yang masih belum diputuskan kesahihannya. " Pembocoran maklumat ini juga boleh menjejaskan keseluruhan penyiasatan kerana terdapat individu yang tidak lagi bersifat 'impartial'," katanya. Mohd Puad berkata, Ghani perlu menyiasat segera kebocoran maklumat siasatan yang belum lengkap oleh Pasukan Penyiasat Khas yang ditubuhkan. "Tindakan tegas perlu diambil terhadap dalangnya," katanya. Kelmarin, WSJ di laman webnya memuatnaik beberapa dokumen perincian hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) yang didakwa disalurkan ke akaun peribadi Najib. Ia termasuklah slaid yang mendakwa wang tersebut dipindahkan ke akaun AmIslamic Bank Bhd dipercayai milik Najib yang disokong oleh rekod transaksi bank. Dokumen itu didakwa diperoleh daripada penyiasat Kerajaan Malaysia. | ||
Posted: 08 Jul 2015 04:10 PM PDT
MUKAH - Satu kemalangan kecil berlaku membabitkan
pesawat khas membawa Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib
Mahmud di Lapangan Terbang Mukah, di sini kira-kira jam 5 petang tadi.
Menurut laporan sebuah portal, ketika kejadian, pesawat jenis Challenger itu baru sahaja mendarat dan sedang bergerak ke bangunan terminal sebelum sayap kirinya melanggar bahagian muncung pesawat Twin Otter milik MasWings. Berikutan kejadian itu, komponen lampu pada hujung sayap kiri pesawat peribadi itu pecah, manakala muncung pesawat Twin Otter terbabit mengalami kerosakan kecil. | ||
Posted: 08 Jul 2015 04:07 PM PDT
KUALA LUMPUR – PKR tidak menolak kemungkinan dana
Petronas akan digunakan sekali lagi bagi menyelamatkan syarikat atau
agensi kerajaan yang bermasalah termasuk syarikat pelaburan 1Malaysia
Develepoment Berhad (1MDB).
Naib Presidennya, Rafizi Ramli mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak akan menggunakan "talian hayat" itu sebagai pilihan utama untuk menyelesaikan masalah syarikat yang sarat dengan hutang itu dengan alasan sebagai salah satu pelaburan. "Apatah lagi kerana Tun Razak Exchange begitu rapat dengan KLCC, mungkin boleh digunakan alasan, ia sebahagian daripada pelaburan Petronas dalam hartanah di sekitar KLCC. "Semasa zaman Tun Dr Mahathir pun wang Petronas digunakan untuk menyelamatkan Bank Bumiputera, Proton, MISC dan termasuk juga syarikat perkapalan milik anak bekas Perdana Menteri itu sendiri," katanya kepada Sinar Online, semalam. Beliau berkata demikian mengulas tulisan komentar di laman Wall Street Journal (WSJ) yang memberi amaran bahawa dana Petronas mungkin akan digunakan untuk menyelamatkan 1MDB sekiranya pelaburan syarikat itu menemui kegagalan. Amaran itu dibuat WSJ berdasarkan penelitian ke atas perkembangan isu tersebut, apabila 1MDB kini terpaksa menjual asetnya bagi menampung beban hutang. Ditanya tentang sebarang cara untuk menghalang dana Petronas daripada disalahgunakan bagi tujuan tersebut, Rafizi berkata lagi ianya agak mustahil melainkan Perdana Menteri dilucutkan jawatan atau 1MDB itu ditutup. "Ianya juga boleh berlaku sekiranya BN kalah pada PRU14. Selagi BN berkuasa dan juga Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri, risiko dana Petronas itu digunakan memang tinggi," katanya lagi. | ||
Posted: 08 Jul 2015 03:56 PM PDT
AZIZI SUNIP
Menteri
Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ditemui pada sidang
media selepas menghadiri rakaman takbir raya di Masjid Khalid Al-Walid
dan diikuti majlis berbuka puasa bersama warga Kementerian Pertahanan. -
Foto TRP/Arif Karton
KUALA LUMPUR- Jawatankuasa
khas siasatan mengenai penyelewengan dana 1MDB yang didakwa oleh Wall
Street Journal (WSJ) adalah individu yang layak.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata mereka dianggotai oleh individu yang berul-betul berwibawa.
"Peguam
Negara, Gabenor Bank Negara, Ketua Polis Negara dan Ketua Pengarah
SPRM yang dilantik, kalau tidak siapa lagi kalau tidak mereka ini untuk
mencari kebenaran," katanya pada sidang media selepas menghadiri
rakaman takbir raya di Masjid Khalid Al-Walid dan diikuti majlis
berbuka puasa bersama warga Kementerian Pertahanan.
Hishammuddin menjelaskan tidak ada sesiapa boleh meletakkan dirinya melebihi undang-undang negara.
"Biarlah
undang-undang dan siasatan menjalankan prosesnya. Jangan kita pula
membuat spekulasi untuk memecah-belahkan perpaduan sesama kita di bulan
Ramadan dan menuduh orang yang tidak bersalah," katanya.
Hishammuddin
yang juga Naib Presiden UMNO turut mengulas mengenai tuduhan WSJ dan
beranggapan ia adalah tuduhan tidak berasas tanpa bukti kukuh.
"Kita
serahkan kepada jawatankuasa untuk menyiasat, saya ingatkan kepada
orang ramai jangan kita terlalu mengikut emosi, kita mempunyai saluran
dan badan-badan tertentu yang untuk tampil ke hadapan," katanya.
Ketika
ditanya mengenai dalang di sebalik isu ini, Hishammuddin menjawab
menjadi lumrah sebagai ahli politik untuk menghadapi dugaan seperti
ini.
"Sememangnya
macam-macam serangan kepimpinan terhadap kerajaan secara bertalu-talu,
ini sudah menajdi adat resam dan juga asam garam kita nak berdepan
dengan dunia tanpa sempadan di mana maklumat datang dan keluar tanpa
sekatan," katanya.
Jelasnya,
tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membawa
perkara ini ke mahkamah adalah yang terbaik dan perkara ini telah
dibangkitkan ke dalam mesyuarat Kabinet hari ini.
Jumaat
lalu, The Wall Street Journal menyiarkan laporan yang mendakwa
sejumlah hampir US$700 juta (RM2.6 bilion) dana milik 1MDB disalurkan
ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.
Pada
hari yang sama, Pejabat Perdana Menteri menafikan laporan WSJ itu dan
menyifatkan ia sebagai sabotaj politik untuk menjatuhkan seorang
Perdana Menteri yang dipilih secara demokratik.
1MDB pula juga menegaskan bahawa ia tidak pernah menyalurkan dana kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sehubungan
itu, banyak pihak menggesa Perdana Menteri mengambil tindakan
undang-undang terhadap WSJ bagi membersihkan nama beliau dan imej
negara kerana dakwaan itu melibatkan soal maruah kepimpinan negara di
mata dunia.
Najib
berkata beliau akan membuat keputusan dalam masa beberapa hari
mengenai bentuk tindakan yang akan diambil berhubung tuduhan itu.
Katanya,
perkara tersebut telah dirujuk kepada barisan peguam beliau untuk
mendapatkan nasihat dan bentuk tindakan susulan dari segi perundangan
dan sebagainya yang boleh diambil di dalam dan luar negara.
| ||
Posted: 08 Jul 2015 03:46 PM PDT
ANTARAPOS.COM
SHAH
ALAM: Badan Perhubungan Umno Selangor ini menyatakan sokongan terhadap
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang bercadang mengambil
tindakan undang-undang ke atas pihak yang membuat tuduhan terhadap
beliau membabitkan isu 1MDB.
Pengerusinya Datuk
Seri Noh Omar berkata tindakan saman perlu dilakukan bagi membersihkan
nama Najib yang juga Presiden Umno daripada semua tuduhan tersebut.
"Umno Selangor sokong perdana menteri bertindak tegas untuk menyaman
WSJ dan Sarawak Report. Cara nak buktikan (tuduhan) ialah ke mahkamah.
"Kita minta perdana menteri mesti ambil tindakan demi mencari keadilan
untuk beliau," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Skim
Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Selangor
semalam.
Jumaat lepas, The Wall Street Journal
(WSJ) menyiarkan laporan yang mendakwa sejumlah hampir AS$700 juta
(RM2.6 bilion) dana milik 1MDB disalurkan ke dalam akaun peribadi
perdana menteri.
Pada hari yang sama, Pejabat
Perdana Menteri menafikan laporan WSJ itu dan menyifatkan ia sebagai
sabotaj politik untuk menjatuhkan seorang perdana menteri yang dipilih
secara demokratik.
| ||
Posted: 08 Jul 2015 03:45 PM PDT
ANTARAPOS.COM
KUALA
LUMPUR: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dibawa ke Hospital
Kuala Lumpur (HKL) petang semalam bagi menerima rawatan fisioterapi
akibat sakit di bahagian bahu, kata Fahmi Fadzil.
Pengarah komunikasi PKR itu berkata, tekanan darah Anwar juga akan
dipantau, dan imbasan CT akan dibuat ke atas buah pinggang beliau.
Katanya, Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dibenarkan bertemu suaminya petang tadi.
"Difahamkan beliau ditempatkan di wad berasingan dan akan berada di HKL
untuk beberapa hari," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Ini merupakan kali kedua Anwar dimasukkan ke HKL selepas Mei lalu
ekoran tahap kesihatan yang semakin merosot sejak menjalani hukuman
penjara di Sungai Buloh pada Februari lalu.
Ketua Penerangan PKR Datuk Johari Abdul dilaporkan berkata, Anwar
mengalami tekanan darah tidak menentu, selain ada simptom najis berdarah
dan hilang berat badan kira-kira 6kg.
| ||
Posted: 08 Jul 2015 03:42 PM PDT
ANTARAPOS.COM
KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Syawal untuk menetapkan
Aidilfitri adalah pada petang Khamis, 16 Julai bersamaan 29 Ramadan 1436
Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Kenyataan itu menyebut, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa
cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah
(melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan
astronomi).
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya melalui radio dan televisyen.
Mengikut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, anak bulan akan dilihat di beberapa tempat di seluruh negara.
Tempat berkenaan ialah Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak
Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang,
Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor,
Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor; Balai Cerap,
Sabak Bernam, Selangor.
Pantai Pasir Panjang,
Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak; Pusat Falak Sheikh, Kuala Muda,
Kedah; Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah; Pemandangan Indah, Pulau
Langkawi, Kedah; Menara Alor Setar, Kedah; Bukit Besar Kuala
Terengganu, Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu; Pulau
Perhentian, Besut, Terengganu; Balai Cerap Kusza, Mukim Merang, Setiu,
Terengganu.
|
Link: http://blog2-politik.blogspot.com/2015/07/dialog-rakyat_9.html)
Hard grind to unravel MH370 mystery
(¯`• ßý: ¤§º£¡Ð™¤ •´¯)
Kerana Allah kita berusaha untuk hidup dan kemudiannya mati
dan
kepada Allah kita berdoa supaya Allah perkukuhkan Iman
kita semua hamba-Nya manusia yang hanya bersifat makhluk.
Aamiin Ya Allah Ya Rohman Ya Rohim Ya Rob...
*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan