Sabtu, 11 Julai 2015

5596. Siapa yang membunuh loveku untukmu.


♡ ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ ♡
◆▬▬▬▬▬ஜ  ஜ▬▬▬▬▬◆
☆•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•★´¨`*•.¸¸.•★
♡ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه ♡
◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩  ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆

اللهُــــــم ۩★۩ صَـلٌ ۩★۩ علَى سَــيدنـا مُحـمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل ســيدنا مُحـمَّـدْ ۩★۩ كما صلٌيت علَى ســيدنـا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وعلَى آل سًــيدنــُا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وبارك علَى ُسَــيدنـُا مُحــمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل سَـيدنا مُحـمَّــدْ ۩★۩ كما باركت علَى سًـيدنا إِبْرَاهِيمَ ۩★۩ وعلَى آل ًسيدنا إِبْرَاهِيمَ ً۩★۩ فى الْعَالَمِينَ ۩★۩ إن ك حَمِيدٌ مَجِيدْ

♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡

◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩ ♡ ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆

♡  الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
“”
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
 •
“Entry No: 5596 ini mengandungi dua kisah yang berbeza” 
JazakAllah Bil Khair kesudian hadirnya kalian. 

Yang Hadir & Yang Kembali.

Jam dinding berdeting beberapa kali. Pukul 3 pagi. Entah kenapa aku terbangun dari tidur yang lena. Kutatapi wajah 'sahabat' akrabku sedalam-dalamya. Ku belai perlahan rambut ikalnya yang menutupi wajahnya ...

Kau cantik sayang.., bisikku perlahan. Tanpa disedari, usia perkahwinan kami telah mencecah tahun yang kelima. Namun kami masih belum dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri kebahagiaan ini.

Ya Allah kurniakanlah kepada kami seorang anak. Walaupun, cuma seorang. Itulah doa yang sering ku panjatkan kepada Ilahi dalam setiap sujudku. Kami telah disahkan oleh doctor pakar bahawa kami berdua adalah normal. Pelbagai ikhtiar telah kami usahakan. Mungkin benar apa yang dikatakan doktor dua tahun lalu; "Bersabarlah, mungkin anda berdua sedang diuji Tuhan. Teruskan usaha dan berdoalah.

Mudah-mudahan dimakbulkan doa anda berdua.."

Apakah hikmah yang tersembunyi di sebalik semua ini. Aku yakin, Allah SWT menyimpan hikmah ini untuk kuketahui suatu ketika kelak ...pasti!

"Huda....bangun.,...jom kita solat."
Kugerakkan bahu isteriku perlahan. Dia mengeliat....Aku tersenyum melihat wajahnya yg keletihan.. Letih menguruskan rumahtangga ditambah pula kesibukannya sebagai pengusaha Taman Didikan Kanak-Kanak.

Tentu dia penat melayan karenah 'anak-anak'nya ... .Ahh. aku sayang padamu Huda ...

Akhirnya, aku bangun sendiri. Aku tenggelam dalam solat malamku yang panjang .. Dan seperti biasa aku tak pernah lupa memanjatkan doa sebagaimana dalam firman Allah SWT .. (al A'raaf : 189 ) yang bermaksud: "Ya Allah jika engkau memberi kami anak yang soleh, tentulah kami termasuk orang-orang yang bersyukur .."

Jam berbunyi empat kali. Aku mengakhiri solat witirku dan ketika salam kedua kudapati Huda dah berada di belakangku.. Wajahnya masam, .. merajuklah tu. Kurenung wajahnya dengan riak lucu.
"Kenapa ni.? Muncungnya mulut.." usikku dalam nada separuh berbisik .... Semakin menjadilah rajuknya. " Kenapa abang tak kejutkan Huda.?" Protesnya ... Aku tersenyum cuma.

"Dah, abang tengok cik adik letih sangat.. bukan tak kejut tapi cik adik sayang yang tak sedar .. "Akhirnya Huda mengalah, tapi bersyarat .. Jangan tidur sampai dia selesai solat malam.

"Baiklah tuan puteri, saya yang menurut perintah." Usikku lagi. Huda tersenyum lebar mendengar usikanku .. Serentak dengan itu jarinya yang mungil bertindak menggeletek pinggangku. Dia kemudianya berlalu dengan wajah yang melucukan.
Petang itu, sambil kami menikmati minum petang, Huda memecahkan kedamaian itu dengan ungkapan:

" Abang ..... nikah jelah satu lagi" Dengan nada yang bersahaja .. Aku tersentak. Aku memang amat mengharapkan keturunan,. Kan Rasulullah SAW berbangga umatnya ramai..! Tapi hingga saat ini aku belum mampu membahagikan cintaku pada wanita lain. Walaupun Islam tidak pernah menghalang poligami apatah lagi dengan keadaan yang kami alami sekarang ini, sanggupkah aku memikul bebanan ini ....?

"Hai.tak takut cemburu ke ..? Umpanku pula.. "Cemburu .... .emmm itukan memang fitrah manusia bang .. takkan Huda tak cemburu. Aisyah pun cemburu pada Khadijah, tapi masalahnya sekarang, kalau abang kawin satu lagi, kan Huda boleh tumpang kasih anak dari isteri abang..? hujahnya panjang lebar.

"Hai.takkan tak cukup lagi 'anak-anak' di tadika..? "Abang niii . .Itu lain. Itu bukan dari zuriat abang. "Macam mana kalau isteri kedua abang juga tak boleh melahirkan zuriat ..?" umpanku lagi..

"Kahwin satu lagi.."
"Kalau tak dapat anak juga,..?" Usikku terus. "Nikah lagi .. kan boleh sampai empat..!" Jawab Huda dalam nada semakin kendur.

"Huss .. Huda sayang ! Jangan merepeklah . Abang tak mampu mencontohi Ibrahim bapa Ismail .. berilah peluang abang meneladani Zakaria bapa Yahya.." Ku tamatkan dialog ini seolah-olah marah kepadanya .. Kudakap erat Huda, ... ada titisan panas yg membasahi dadaku .......

Hari ini ulang tahun perkahwinan kami yang ke tujuh ... umurku sudah merangkak 33 tahun ...Uban di kepalaku sudah meningkat bilanganya ... Berbanding ketika awal pernikahan bilangannya belum sampai sebelah tangan, beritahu Huda kepadaku .. Sehingga ke saat ini Allah belum kurniakan kami rezeki, seorang anak. Tapi cintaku pada Huda masih seperti dulu. Tak pernah pudar. Hidangan istimewa disediakan Huda hari ini ....

Ada bungkusan hadiah comel di meja hidangan. Huda menarik lenganku, .. dengan nada manja sambil berkata ..:

"Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan kita .." Begitu teratur kalimah itu dibisikkan ke telingaku. Sambil mataku mencuri pandang hadiah di atas meja. Ada sampul surat yang berlogo hospital terkenal di ibu kota. Tanganku segera ingin mencapai sampul tersebut. Huda dengan pantas menghalangya. "Makanlah dulu kek coklat yang Huda buat .! Abang ni tak sabarlah.." Protes Huda separuh merajuk.

"Oklah sayang." Ku pendamkan rasa ingin tahuku lalu ku ambil pisau yang dihulurkan..

" Bismillahirrahmanirrahimm .. " Ku potong kek istimewa itu. Kami berbalas suapan .. dengan perlahan-lahan aku mengambil sampul surat dari tangannya tadi..

"Subhanallah..Maha suci Allah, .. Tuhan sekelian alam..!!" Huda hamill ..!! Masya Allah, .. setelah sekian lama penantian ini.! Seketika aku tersungkur sujud. Airmataku mengalir deras. Kurangkul Huda seerat-eratnya.

Airmataku terus mengalir seolah-olah tak akan henti tika ini, .. tangisan SYUKUR..! "Kenapa jumpa doctor tak bagitau abang .. ?" Tanya ku seperti memprotes.. "Kalau beritahu tak surprise lahhh." Jawab Huda selamba .. Tiba-tiba aku rasa bersalah, .. Sejak akhir2 ini Huda ada mengadu sakit kepala dan rasa kurang selera makan. Kusangka dia terlalu letih menguruskan cawangan tadikanya yang baru, ..

Ditambah pula dgn kesibukanku di pejabat dan 'kewajipan saham akhirat'. Aku benar-benar lupa membawanya ke klinik. Sungguh..!! Aku benar-benar rasa bersalah .. Sejak berita itu diterima.kesihatan dan aktiviti Huda menjadi perhatian utamaku segala hajatnya kupenuhi. Aku tak benarkan dia memandu sendiri dan bercadang mengupah driver untuk kemudahannya.

Aku minta supaya dia mengurangkan semua aktivitinya. Namun Huda tak bersetuju. Katanya, janganlah terlalu manjakan dia .. Biarkan dia menjadi ibu yang 'luarbiasa' Ibu yang 'luarbiasa' akan melahirkan anak yang 'luarbiasa' .. ketika aku tetap meminta dia memenuhi hasratku, .. dia berkhutbah panjang.

"Abang sayangggg. abang kata nak jadi seperti Zakaria bapa Yahya .. Abang nak bayi ini menjadi mujahid atau mujahidah, .. Abang.., .. kalau kita bercita-cita nak jadikan anak kita sebagai mujahid atau mujahidah, kita kena latih dia sejak dalam kandungan.. Maknanya, .. jangan manjakan ibunya .. Kalau dilimpahkan kesenangan pada Huda dan anak yang bakal lahir ini , bagaimana hendak dapat anak seperti Fatimah atau Ali abi Thalib ..?

Abangkan kan tau, .. kesenangan dan kemewahan bukan modal yang baik untuk anak ... Dengan kesusahan barulah generasi menikmati kesenangan di syurga."... Sebelum sempat khutbahnya dteruskan.aku terus meletakkan tanganku di mulutnya .. 'Stop'.. Aku faham dan akan terus memahami hakikat pendidikan dalam Islam..

Cuma aku sendiri pelik kenapa tiba-tiba aku yang jadi terlalu cerewet..!

Pagi itu selepas sarapan aku melihat Huda tidak seperti biasa, .. Peluh mengalir laju membasahi dahinya .. Dia kelihatan pucat.. Kurasa badannya, ..panas.! Seingat aku Huda hanya akan melahirkan pada 26 Mei, ...hari ni baru 26 April, ..

Aku panik .. Aku segera membawa Huda ke hospital dengan seribu satu doa yg tak putus dalam hatiku,.aku harap ayah dan ibuku segera datang untuk menambah ketenangnku. Aku mundar mandir ..Ya Allah., selamatkanlah isteri dan anakku .. bisikku berulang kali..

"Encik Saifuddin..?" .. Dr Khadijah, .. Pakar Sakit Puan rujukan isteriku, ..

"Ya, .. saya doctor, .." sahutku cepat .. Kuhampiri Dr Khadijah .. "Boleh kita berbincang sebentar,, .." Minta Doktor sambil mengajakku ke bilik rundingan, ..

"Saya harap Encik Saifudin bertenang, ..isteri encik menghadapi sedikit masalah, .. air mentubannya dijangkiti kuman .. dan degupan jantung bayi didapati semakin lemah .. Puan Huda perlu dibedah segera.."
"Bedah..? Buatlah apa yang sewajarnya doktor .. Tapi isteri saya bagaimana.doktor ..?" Tanyaku dengan nada separuh ketar. Bimbang. "saya akan cuba sedaya upaya, .. utk menyelamatkan kedua-duanya, .. Yang lain kita pulangkanlah pada Allah. Sama-samalah kita berdoa .." Suara tenang tapi yakin lahir dari doktor Khadijah..

Ya Allah, selamatkanlah isteriku, .. Ya Allah .. jangan Kau ujiku di luar batas kemampuanku, .. Dalam sujudku yang panjang tak henti aku berdoa keselamatan isteri dan anakku .. Aku memohon limpah kasih sayang Allah kepada isteri dan anakku tersayang ..

Begitu lamaku cari ketenangan dalam solatku, .. tiba2 ayahku memanggilku mengajakku menunggu di luar bilik pembedahan.. Ketika sampai dipintu bilik , .. aku terdengar suara tangisan bayi, .. alangkah lunaknya.

"Encik saifudin ..?"

"Ya..saya.."

"Alhamdulillah isteri encik telahpun melahirkan bayi perempuan yang sihat, 2.9 kg dan comel seperti ibunya." kata Dr Khadijah tenang,.. "Alhamdulillah. isteri saya bagaimana doktor.?"

Dr, Khadijah terdiam .. tiba-tiba perasaan tidak sedap menjalar keseluruh tubuhku, .. Kutenung wajah Doktor dengan tatapan penuh tanda tanya, ... Tiba-tiba doktor menggeleng kepalanya perlahan sambil tertunduk ..

Mulutku ternganga seketika, .. "Maaf, .. saya telah berusaha semampu yg mungkin, Tapi Allah lebih menyayangi Huda,.."

Deraian air panas bercucuran tanpa boleh dibendung, Perlahan aku mengikuti doktor ke ruang bilik pembedahan .. Kurasa seperti seretan kaki ini sungguh lemah dan tak berdaya, .. sesusuk tubuh di tutup dengan kain putih terbaring, .. Perlahan aku membuka kain penutup ..I nnalillahi wainna ilaihi raji'unnnn .. DariNya kita datang, kepadanya kita kembali, ..

Wajah Huda pucat, .. tapi bibirnya terukir senyuman manis, .. manis sekali, .. tanpa kusedari kudakap Huda seerat-eratnya .. tangisku perlahan, tapi tak tertahan ..! "Sabar encik Saifudin, .. sabar.." Terdengar suara doktor Khadijah cuba menenangkan aku ,..

"Nurse, .. tolong bawa anak Encik Saifudin .." katanya lagi, .. Seorang bayi mungil yang masih merah dihulurkan di hadapanku, .. .perlahan kuambil dan kudakap bayi itu, kutatap wajahnya berganti-ganti dengan Huda .. Mereka amat mirip.! Matatanya, .. hidungnya, .. mulutnya, .. Allahuakbar..!!!

Dadaku bertambah senak .. tangisanku semakin menjadi-jadi, .. Sehinggalah ayah datang memegang bahuku .. dan berkata, .." Iqamahkan anakmu Saifuddin, .. sambutlah yang hadir, .. doakanlah yang kembali .."

Huda, . .rupanya inilah hikmah Allah SWT, .. Maha Kuasa dan Maha MengetahuiNya Allah, .. Dia memberi kesempatan kepadaku menemanimu, mengasihimu, hampir selama lapan tahun, .. untuk akhirnya memanggilmu setelah dikurniakan gantinya.

Ya Allah,.jangan biarkan hati ini berandai-andai, .. Seandainya kami tidak mengharapkan anak jika itu membawa kematian Huda, .. Tidak, .. Tidak, itu semuanya ketentuanMu Ya Rabb. Tuhan Yang Maha Mengetahui, .. Lagi Maha Pengasih, .. Selamat jalan Huda...

~Fithratul haqq..~
Ketetapan adalah tetap ketetapan Allah. Manusia dengan ikhtiarnya.

Inilah tarbiyah Allah SWT buat orang-orang yang menyerahkan sepenuh penggantungannya kepada Allah SWT. Kita berdoa. Kita merayu agar disampaikan hajat. Kita menangis, bermunajat. Harus juga kita ingat akan doa Nabi SAW. Janganlah Ya Allah Kau berikan aku sesuatu yang aku pinta hanya kerana belas kasihan dan simpatimu sedangkan ia hanya membawa kerugian kepada diriku. berdoalah .. berdoa dengan mengharapkan kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan redhalah ... redha dengan setiap pemberian dan anugerahNya .. redha ketika diuji itulah sabar namanya. dan ... bertajahudlah lagi di malam hari dan berdampinglah dengan AL-Quran ..

InsyaAllah itulah ubat mengistiqamahkan iman alfaqirah ila Allah.

Sumber: Email.
*
Wasiat
ASSALAMMUALAIKUM WRWB
Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran... Insya'Allah.

Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A), telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).

Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani dikampung beliau.

Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut. Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.
Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu Allahyarham itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.

Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar Allahyarham (kakak balunya) pun sampai. Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.

Penulis yang masih berada di situ (Kaki pasang telinga or busy body kah kah kah) merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu. Antara jawapannya ialah:

Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada). Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya.

Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang sahamsebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang). Untuk makluman, arwah adalah seorang yang berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.

Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil. Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam Allahyarham memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah.

Penulis  juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya.

Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4, manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan, dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.

Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan samarata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.

Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.

Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.

Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.

Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya.

Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau, dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam.


Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya).

Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.

"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga."

"Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sihat apatah lagi jika aku sakit."

"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah.

Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku.

Makan  dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).

Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga."

"Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku, tugas seharianku, anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)."

Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu, barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya.

Marilah kita renungi bersama. Semoga dengan apa yang terjadi diatas, akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam. she should be thankful..... she got the forgiveness from her husband-

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.
Sumber: Email.
Hard grind to unravel MH370 mystery
  (¯`• ßý: ¤§º£¡Ð™¤ •´¯)
Kerana Allah kita berusaha untuk hidup dan kemudiannya mati
dan 
kepada Allah kita berdoa supaya Allah perkukuhkan Iman kita semua hamba-Nya manusia yang hanya bersifat makhluk. 

Aamiin Ya Allah Ya Rohman Ya Rohim Ya Rob...
*













*

Tiada ulasan: