♡ ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ ♡
◆▬▬▬▬▬ஜ ♥ ஜ▬▬▬▬▬◆
☆•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•★´¨`*•.¸¸.•★
♡ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه ♡
◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩ ♥ ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆
اللهُــــــم
 ۩★۩ صَـلٌ ۩★۩ علَى سَــيدنـا مُحـمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل ســيدنا مُحـمَّـدْ
 ۩★۩ كما صلٌيت علَى ســيدنـا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وعلَى آل سًــيدنــُا 
إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وبارك علَى ُسَــيدنـُا مُحــمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل 
سَـيدنا مُحـمَّــدْ ۩★۩ كما باركت علَى سًـيدنا إِبْرَاهِيمَ ۩★۩ وعلَى آل
 ًسيدنا إِبْرَاهِيمَ ً۩★۩ فى الْعَالَمِينَ ۩★۩ إن ك حَمِيدٌ مَجِيدْ
♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡
◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩ ♡ ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆
♡  الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين  ♡
“”
•
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
•
بِسْمِ
 اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ,
 الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ 
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ 
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ 
الضَّالِّينَ
•
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
•
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
•
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
•
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
 •
MUSLIM
MUSLIM
“Justeru Sifat Orang Mukmin ialah suka mendatangkan perasaan gembira kepada orang lain, sifat
 demikian yang menyebabkan orang lain suka bermasyarakat dengan Orang Mukmin, kerana mereka tidak suka melakukan sesuatu yang boleh 
menimbulkan rasa dukacita dan meyusahkan orang lain.” 
*Lima Alam Yang Dilalui Oleh Manusia

1. Alam Roh - Alam di mana setiap manusia berjanji mnyembah Allah dan mengikuti segala suruhan dan meninggalkan laranganNya. Manusia dihidupkan selepas Nabi Adam.
2. Alam Rahim - Selama 120 hari berada didalam rahim (tidak lagi mengingati segala peristiwa Alam Roh).
3. Alam Dunia - Manusia hidup didalam satu alam yg amat-amat singkat tetapi amat-amat penting untuk alam yg seterusnya. Purata Umat Nabi Muhammad hidup antara 65thn-75thn
4. Alam Kubur - Alam Kubur adalah bersamaan 40 thn. 1 tahun bersamaan 1000 tahun di dunia. Hadis Imam At Turmudzi menerusi Abi’Sa’iid; Rasulullah saw bersabda: “Sungguhnya Kubur itu adalah suatu kebun antara kebun-kebun Syurga ataupun satu lubang antara lubang-lubang Neraka”
5. Alam Mahsyar - Alam Mahsyar adalah bersamaan 300 thn. 1 tahun bersamaan 50,000 tahun di dunia. Alam Mahsyar dimulakan apabila 2 tiupan sangkakala ditiup oleh Malaikat Israfil. Tiupan pertama mematikan semua kehidupan manakala tiupan yang kedua menghidupkannya kembali di mana bumi memuntahkan isinya.
Dalam riwayat dinyatakan Kaabah akan berjalan masuk bersama dengan bumi Mekah dan Madinah bersama isi buminya apabila Kiamat tiba (termasuk orang beriman yang mati di Mekah/Madinah). Sunat utk kita berniat untuk mati di Mekah atau Madinah shj. Haram berniat untuk mati di tempat yang lain.
Rasullullah s.a.w yang pertama sekali dibangkitkan dimana Rasullullah s.a.w bertanya pada Jibrail ” Di mana kamu tinggalkan umatku”
*Sumber dari bersihjiwahati.blogspot.com
Pengantin Mati Ketika Sujud
Selepas melaksanakan 
Solat Maghrib, dia mulakan make-up pada wajahnya, memakai pakaian 
pengantin putih yang cantik, mempersiapkan dirinya untuk majlis 
perkahwinannya sendiri, kemudian dia terdengar azan ‘Isyak dan menyedari
 bahawa wuduknya telah terbatal. Lalu dia berkata kepada ibunya: “Mak, 
saya perlu ambil wuduk dulu dan solat ‘Isyak “
Ibunya terkejut: “Apa 
kamu gila?!! Tetamu sedang menunggu, untuk melihat kamu! Bagaimana 
dengan make-up? ! Nanti habis dirosakkan oleh air.”
Tambah ibunya lagi: 
“Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat sekarang! Wallahi… jika kamu 
ambil wuduk sekarang, mak akan tetap memarahi kamu.”
Anak perempuannya 
menjawab: “Wallahi… saya tidak akan pergi dari sini sehingga saya 
melakukan solat! Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak ada ketaatan kepada 
mana-mana makhluk agar menderhaka kepada Maha Pencipta.!!”

Ibunya berkata: “Apa 
kata tetamu nanti jika kamu muncul dalam majlis perkahwinan sendiri 
tanpa make-up?! Tentu nampak hodoh atau tidak cantik di mata mereka! 
Mereka pasti akan mentertawakan kamu! “
Sambil tersenyum, anak 
perempuan itu bertanya: “Adakah ibu bimbang kerana saya tidak cantik di 
mata mereka? Bagaimana pula dengan Maha Pencipta saya? Saya bimbang 
kerana, jika saya terlepas solat saya, saya tidak lagi cantik di 
mata-Nya “
Dia mula berwuduk, dan semua make-up pada wajah telah hilang, tetapi dia tidak peduli.
Kemudian dia memulakan 
solat itu dan pada masa dia turun untuk sujud, dia tidak sedar bahawa ia
 akan menjadi satu sujud yang terakhir!
Ya! Beliau meninggal 
dunia ketika dalam sujud! Pengakhiran yang besar bagi Muslimah yang 
berkeras untuk mentaati Tuhannya! Ramai antara mereka yang mendengar 
cerita ini begitu tersentuh!!
Beliau mengutamakan 
Allah dan ketaatan kepadaNya sebagai yang pertama dalam keutamaan hidup 
beliau, jadi pengakhiran terbaik yang dianugerahkan oleh Allah pada 
mana-mana umat Islam yang layak memilikinya!
Dia mahu menjadi lebih 
dekat kepada-Nya, maka Allah mengambil nyawanya pada saat di mana umat 
Islam berada paling dekat kepada-Nya! SubhanAllah!
Dia tidak peduli jika dia tidak indah di mata makhluk, asalkan dia cantik pada Maha Pencipta!
Wahai saudari Muslimah, 
bayangkan jika anda berada di tempat itu! Apa yang anda akan lakukan? 
Apa yang anda akan pilih: pujian manusia atau Maha Pencipta?
Wahai sekelian insan! Adakah kita ada jaminan bahawa kita akan hidup untuk minit seterusnya? Jam? Atau bulan?!!
Tiada siapa tahu apabila
 saat mereka akan datang? Atau bila kita akan bertemu malaikat Maut? 
Jadi, adakah kita bersedia untuk saat itu?
Wahai muslimah! Apa yang anda pilih: bersantai tanpa hijab atau dirahmati Allah dengan memakai hijab?
Adakah kita bersedia untuk menemui Allah tanpa hijab?
Para Muslimin sekalian, 
yang mempunyai “hubungan halal” atau “hubungan bebas”, adakah kita 
bersedia untuk menghadapi hari akhirat? Esok?! Apa yang anda pilih? 
keseronokan dunia sementara ini atau kesenangan di akhirat?!
Semoga Allah membimbing 
kita semua untuk keredhaan-Nya dan memberikan kepada semua orang yang 
membaca kisah ini mendapat pengakhiran yang baik, amin.
[Diceritakan oleh Syeikh ‘Abdul Mohsen al Ahmad’, ia berlaku di Abha (Ibu Negeri Asir di Arab Saudi)]
*Sumber dari saidinhasnam.blogspot.com
Bercakap dengan mayat musyrikin
Nabi Bercakap Dengan Mayat Kaum Musyrikin
ALLAH SWT mengirimkan 
seribu bala tentera dari kalangan Malaikat, bukanlah untuk menghancurkan
 tentera musyrikin Makkah pimpinan Abu Jahal. Kalau atas tujuan 
tersebut, tidak perlu Allah SWT menghantar seribu Malaikat, sebaliknya 
dengan satu Malaikat sahajapun sudah cukup.
Sejarah mencatatkan 
hanya kira-kira tujuh puluh orang saja tentera musyrikin Quraisy yang 
terkorban, di samping sejumlah itu juga yang tertawan oleh tentera Islam
 pimpinan Nabi s.a.w..

Tentulah tidak padan 
jika seribu bala Tentera Malaikat yang membantu Tentera Muslimin di 
medan Badar, hanya berjaya menumpaskan tujuh puluh orang sahaja serta 
memberkas tujuh puluh yang lain. Jika ikut lojik akal, semestinya semua 
tentera musyrikin terbunuh.
Justeru itu Allah SWT 
menegaskan tujuan utama penghantaran seribu malaikat itu sebagaimana 
yang ditegaskan oleh firman-Nya yang bermaksud:
"Dan Allah tidak 
menjadikannya (mengirim bantuan bala tentera malaikat itu) melainkan 
sebagai khabar gembira dan agar hatimu menjadi tenteram kerananya. Dan 
kemenangan itu hanya dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa 
lagi Maha Bijaksana." (Surah al-Anfal ayat 10).
Amat jelas firman Allah 
SWT itu, bahawa pengiriman seribu tentera malaikat ialah dengan maksud: 
Pertama; sebagai khabar gembira (busyro).
Dalam diri manusia, 
Tuhan kurniakan pelbagai perasaan, antaranya ialah perasaan gembira dan 
perasaan dukacita. Sememangnya manusia itu suka kepada sesuatu yang 
menggembirakan hati, mereka tidak suka dengan perkara-perka yang 
mendukacitakan.
Justeru itu sifat orang 
mukmin ialah suka mendatangkan perasaan gembira kepada orang lain, sifat
 demikian yang menyebabkan orang lain suka bermasyarakat dengan orang 
mukmin, kerana mereka tidak suka melakukan sesuatu yang boleh 
menimbulkan rasa dukacita dan meyusahkan orang lain.
Allah SWT datangkan 
Seribu Malaikat, dengan tujuan semata-mata untuk mendatangkan rasa 
gembira kepada Nabi s.a.w. dan kaum muslimin di medan Badar. Dengan 
bantuan Seribu Malaikat itu, pasti akan melenyapkan rasa cemas dan rasa 
gementar yang mungkin terbit di dalam hati, ketika menghadapi peperangan
 pertama itu. Apatah lagi dalam saat-saat menghadapi cabaran yang 
sengit, terpaksa berdepan dengan musuh tiga kali ganda, sama ada dari 
segi jumlah mahupun dari sudut persiapan perang.
Tujuan kedua Allah SWT 
kirim seribu malaikat ialah untuk memberikan rasa ketenangan di dalam 
hati Nabi s.a.w. serta kaum muslimin di dalam perang Badar. Apabila hati
 tenang akan memudahkan tugas mengatur strategi peperangan, seterusnya 
berdepan dengan musuh di medan perang.
Tetapi jika hati kaum 
muslimin dilanda resah gelisah dan penuh debar ketika menghadapi musuh 
yang besar, keadaan resah itulah yang menjadi sebahagian dari halangan 
untuk menghadapi cabaran yang hebat itu.
Melalui ayat 10 surah 
al-Anfal itu Allah SWT menyampaikan mesej penting bahawa kemenangan itu 
hanyalah dari sisi Allah jua. Ini bermakna bahawa kemenangan kaum 
muslimin di medan Badar, bukan disebabkan bantuan dari para malaikat, 
sebaliknya ia datangnya dari Allah SWT sendiri. Jika ditakdirkan 
kemenangan berpihak kepada tentera muslimin yang kecil jumlahnya itu, 
pasti bahawa seribu tentera musyrikin tidak upaya mengatasinya.
'Sesungguhnya Allah Maha
 Perkasa lagi Maha Bijaksana' dengan Kebijaksanaan Alla SWT, yang 
memberikan kemenangan di medan Badar, kepada Nabi-Nya dan kaum muslimin 
yang berjuang menentang musuh Allah SWT dengan ikhlas dan penuh 
kesabaran.
Seperkara lagi yang 
patut direnung dan diambil iktibar ialah kehidupan alam barzah khususnya
 yang membabitkan tentera musyrikin yang terkorban di medan Badar.
Sesungguhnya kematian 
itu hanyalah suatu perpindahan, roh yang dulunya ditempatkan oleh Allah 
SWT di dalam jasad manusia. Terpaksa berpisah dari jasad disebabkan 
kematian. Namun pada hakikatnya roh itu terus hidup hingga ke hari 
qiamat kekal buat selamanya. Sekalipun akhirnya mereka ditakdirkan 
tercampak di dalam api neraka sepanjang zaman, roh terus hidup dalam api
 neraka yang menyala. Apatah lagi mereka yang dimasukkan ke dalam 
syurga, kekallah mereka untuk menikmati kehidupan dan kebahagiaan yang 
abadi tanpa penghujung.
Pada pandangan orang 
awam bahawa mati itu adalah mati, tetapi di sisi Islam mati adalah suatu
 kehidupan, iaitu kehidupan selepas ajal. Ataupun kehidupan setelah 
melalui tempoh tertentu di muka dunia, kehidupan yang sesuai dengan alam
 benda yang bersifat sementara.
Selepas ajal, manusia 
menempuh kehidupan fasa berikutnya, disebut sebagai kehidupan barzah 
atau kehidupan alam kubur. Kehidupan barzah adalah kehidupan roh, 
keadaannya amat berbeza dengan kehidupan alam jasad.
Imam Al-Ghazali membuat 
perbandingan tentang kehidupan roh selepas ajal, ibarat kehidupan di 
alam mimpi. Dalam kehidupan mimpi manusia melalui pelbagai pengalaman 
suka duka, masam manis dan pahit getir. Merasa bahagia dengan kehidupan 
yang senang, merasa derita dengan kesengsaraan. Tetapi yang merasainya 
hanya roh, sedangkan jasad dalam keadaannya yang sedia ada.
Kehidupan alam barzah 
adalah merupakan pengalaman khusus yang hanya dilalui oleh roh, keadaan 
jasad yang telah terpisah dari roh ibarat sangkar yang telah 
ditinggalkan oleh penghuninya. Jasad kehilangan fungsinya, namun roh 
terus hidup buat selamanya.
Peristiwa di Badar 
menjadi dalil tentang kehidupan roh di alam barzah, dimana mayat kuffar 
musyrikin telah dicampakkan ke dalam sebuah telaga yang tidak digunakan 
lagi. Ketika itu Nabi s.a.w. berdiri dipinggir lubang telaga tersebut, 
lalu Nabi bercakap dengan mayat musyrikin yang sedang bergelimpangan di 
dalam perigi dengan sabdanya yang bermaksud:
"Adakah kamu telah menemui kebenaran apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kamu itu?"
Saidina Umar yang 
mendengar Nabi s.a.w. bercakap di pinggir telaga, lalu bertanya kepada 
Nabi: "Adakah Nabi sedang bercakap dengan orang yang telah mati?" Nabi 
memperakui apa yang ditanya oleh Saidina Umar Al-Khattab, malah Nabi 
menegaskan bahawa telinga orang yang hidup tidak semestinya lebih terang
 pendengarannya dari mereka yang telah mati. Ini bermakna bahawa 
orang-orang musyrikin yang dihumban di dalam lubang perigi buta itu 
tetap mendengar, tetapi yang mnedengar bukan telinga yang melekat pada 
jasad yang telah menjadi mayat, sebaliknya yang mendengar ialah rohnya.
Tiada siapa yang tahu 
hakikat bagaimana Nabi s.a.w. bercakap dengan mayat-mayat tentera 
musyrikin itu. Bagaimanapun Nabi s.a.w. menegaskan bahawa roh-roh orang 
yang mati sentiasa berlegar di sekeliling jasad mereka, mendengar segala
 kata-kata yang ditujukan kepadanya.
Wallahu'alam....
[Tuan Guru Hj. Nik Abd. Aziz Nik Mat]
*Sumber dari hasnulhadiahmad.blogspot.com
Akhir Zaman: Laut pada masa depan apabila lautan dijadikan meluap
Tahukan anda gunung krakatau di selat sunda? Salah sebuah gunung berapi yang tumbuh di tengah lautan. Selepas letusan pada tahun 1800-an muncul pula gunung kecil yang dikenali sebagai anak krakatau. Anak gunung Krakatau ini juga telah berkali-kali meletus.Maklumat tentang gunung berapi yang tumbuh dilautan, beberapa tahun lalu para saintis mendapati letusan gunung berapi yang sangat besar di dasar laut akibat celah panjang yang berada pada kedalaman 2500 meter di bawah permukaan laut. Apabila letusan kuat berlaku sehingga cecair lava berkumpul dan kemudiannya naik membentuk awan berapi setinggi 250 meter di permukkan laut dan akan memanaskan air secara drastik.Para saintis mengenal pasti letupan tersebut akan terus berulang sehingga pada beberapa waktu tertentu, bahkan bagi siapa yang memantau gunung berapi ini beserta letusan gunungnya terasa seperti terbakar di depan laut yang tidak akan padam.Terdapat beberapa retakan yang memyelubungi dasar lautan dan di dalam laut terdapat celah-celah kerak bumi dan dimana cairan magma memancut keluar dari perut bumi. Jelas keadaan laut pada ketika itu seperti dibakar oleh kepanasan lava tersebut. Seperti telah disebutkan dalam Al-Quran, sewaktu Allah swt berfirman dengan Laut-Nya yang terbakar (menyala), Firman-Nya:"Demi laut yang penuh gelombang," [QS. At-Tuur: 6].Jika benar Al-Quran adalah produk budaya manusia di Zaman munculnya, sejaka empat belas Abad lalu Ummat manusia hanya menyakini berbagai legenda, mitos-mitos yang jauh dari fakta ketika berbica tentang misteri Laut, tetapai kitab suci Al-Quran dengan segala bukti Ilmiah sama sekali bersih dengan hal-hal demikian, tidak lain kerana Al-Quran diturunkan oleh Sang Maha Mengetahui.Jika seseorang bertanya tentang misteri kewujudan retak tersebut, mengapa Allah swt menciptakan bumi dengan begitu banyak retakan? Jawabanya jika seandainya bumi ini hanya sebuah planet tanpa retakan maka reaksi panas Bumi akan tertahan di bawah sehingga akan mencetuskan Letupan besar yang menghacurkan keseluruhan planet ini.Maka dari itu mungkin boleh dikatakan bahawa keretakan itu adalah celah pernafasan bagi Bumi kita, darinya keluar beban, suhu panas dan tekanan jika berlebihan. Atau ibarat injap keselamatan yang menjaga kestabilan dan keseimbangan bumi.Sesungguhnya fakta tentang lautan yang diluahkan atau البحر المسجور sudah diyakini kepastiannya dan kita sekarang boleh melihat lava di dasar laut yang terpancar dan memanaskan air Laut. Hakikat ilmiah ini tidaklah diketahui hingga berlalunya bepuluh-puluh Abad setelah diturunkannya Al-Quran. Bagaimana boleh pengetahuan tersebut ada dalam Quran dan siapakah yang membawanya pada waktu itu?Sesungguhnya Allah swt yang Maha mengetahui segala yang tersembunyi dan yang memberitahu kita tentang nyala Api dalam Lautan dan menjelaskan tentang laut di masa depan ketika api semakin menyala:"Dan apabila lautan dijadikan meluap," (QS. At-Takwir: 6).Kemudian hari di mana Lautan meletup:"Dan apabila lautan dijadikan meletup," (QS. Al-Infihaar: 3).Di sini kita mencari sebuah kaedah baru Al-Quran dalam membuktikan fakta-fakta ilmiah di masa depan, sama seperti laut yang kita lihat pada masa ini yang mana mencetuskan hanya beberapa peratus. Pada masa akan datang dimana perut bumi mengeluarkan semua beban-bebannya dan kemudian meletup, inilah bukti ilmiah tentang kebenaran hari kiamat."Dan bumi mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung) nya," (QS. Al-Zilzal: 2).
Gambar yang membuktikan kekuasaan Allah swt Sang Maha Penciptaan: bagaimana mungkin keduanya bercampur tanpa air memadamkan api dan api menguap air, namun dua unsur tersebut tetap seimbang, Maha Besar Allah!
Tompokan sisa-sisa lava di permukaan yang membentuk pulau-pulau Volkanik.Para saintis berpendapat bahawa terdapat beberapa retakan dibahagian dasar laut yang dipenuhi dengan batuan magma yang sangat panas, maka dari itu Allah swt berfirman bahawa Siksaan Api Neraka-Nya benar-benar nyata:"Dan laut yang di dalamnya ada api, sesungguhnya azab Tuhanmu pasti terjadi ......" (QS. At-Thuur :6-7).Diterjemahkan oleh Detik islam dari sumber www.islampos.com.
Sumber: http://detikislam.blogspot.com/2013/06/akhir-zaman-laut-pada-masa-depan.html.
Hard grind to unravel MH370 mystery(¯`• ßý: ¤§º£¡Ð™¤ •´¯)
Kerana Allah kita berusaha untuk hidup dan kemudiannya matidankepada Allah kita berdoa supaya Allah perkukuhkan Imankita semua hamba-Nya manusia yang hanya bersifat makhluk.My Dashboard.s3v3n
s3v3n.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan