Google+ Badge

Isnin, 24 Ogos 2015

5798. Tanah sekangkang kera tak akan maju punya. Tetapi akhirnya kini?

#

♡ ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ ♡
◆▬▬▬▬▬ஜ  ஜ▬▬▬▬▬◆
☆•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•★´¨`*•.¸¸.•★
♡ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه ♡
◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩  ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆

اللهُــــــم ۩★۩ صَـلٌ ۩★۩ علَى سَــيدنـا مُحـمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل ســيدنا مُحـمَّـدْ ۩★۩ كما صلٌيت علَى ســيدنـا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وعلَى آل سًــيدنــُا إِبْرَاهِيـمَ ۩★۩ وبارك علَى ُسَــيدنـُا مُحــمَّـدْ ۩★۩ وعلَى آل سَـيدنا مُحـمَّــدْ ۩★۩ كما باركت علَى سًـيدنا إِبْرَاهِيمَ ۩★۩ وعلَى آل ًسيدنا إِبْرَاهِيمَ ً۩★۩ فى الْعَالَمِينَ ۩★۩ إن ك حَمِيدٌ مَجِيدْ

♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡ ﷺ ♡

◆◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙ஜ۩۩ ♡ ۩۩ஜ◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◙◆

♡  الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
“”
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِيِن
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
 •
“”
Pra-kata: 

Anak kecil main api jadi kenyataan - Kata itu doa. Lagukanlah lagi laju-laju.

Sikaki mengantuk dan kuat tidur secara umumnya adalah makanan orang yang berjaga dan si bodoh adalah santapan si pandai. Itu sebab apa yang hendak dihairankan kalau ada yang kata "Orang Melayu pernah jadi Ketua Menteri Pulau Pinang" sebelum DAP menguasai Pulau Pinang. Cuba teka siapakah orang yang biasanya mengeluarkan hujah sedemikian? Layan pun tak guna, nanti kita pun sama jadi kurang cerdiknya, sebab  orang yang sedemikian biasanya akan berkata ikut sedap mulut dan sedap untuk menang temberang dan berdusta sahaja.

Sedap bahasa main isu bangsa "Ia samalah seperti era 1930-an apabila ramai masyarakat India dan Cina bangsat ke Tanah Melayu dan sekarang menjadi keturunan yang merupakan sebahagian daripada struktur negara ini. " Parti mana yang memberi kerakyatan kepada mereka waktu itu? PKR? PAS? Baru sekarang hendak perjuangkan bangsa konon. Sekarang mereka Rakyat Malaysia, hendak kata apa? Suruh balik negeri? Yang kurang cerdik sahaja yang berbahasa sedemikian. Cuba baca dan mengertikan Firman Allah yang bermaksud: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah Al-Hujurat ayat 13)

Kalaulah orang yang berIman tentu tidak akan membahas lagi tentang kehendak dan perintah Allah menurut Surah Al-Hujurat ayat 13 tersebut di atas. Sebab mereka sedar mereka mahu menjadi orang-orang yang berIman di sisi Allah.

Siapa penggadai tanah milik Melayu di Pulau Pinang sebenarnya dengan tipu helah serta memperdaya semasa berkuasa sebelum ini? Pujuk Melayu suruh jual tanah, sekaki persegi tak berapa ringgit sangat. Than si pendusta jual kepada pemaju dengan harga berkali lipat. Ruginya Melayu kerana adanya orang yang fasiq berkuasa dan berpengaruh di kalangan mereka waktu itu. Nauzubillah MinzaliQ.

Siapalah yang menggadaikan Singapura dan akhirnya berbunyi nanti Malaysia jadi republik, Azan tak ada. Tapi berapa ramai yang bangkit ke Masjid dan Surau bila Azan Subuh menyeru dan berkumandang? Siapa yang akhirnya mempersenda raja-raja? Siapa yang menggadaikan Pulau Batu Putih? Siapa yang jual kepentingan Keretapi Tanah Melayu Berhad di Singapura? Anwar Ibrahim? Siapa pelingkup nilai mata wang Malaysia? Orang asing? Itu sebab minyak dunia turun harga jualan petrol untuk rakyat sendiri boleh naik, dah tuu dekat Hari Raya Puasa pulak tuu. Tidakkah tindakan itu lebih dari serampang dua mata? Sebab kantong kerajaan punah. Cakap orang kampung "Dah tak ada duit kerajaan kita" GST sebagai petanda awal kerajaan tak ada duit kata mereka. Siapa serahkan kedaulatan dua telaga minyak kepada Brunai? Ke mana duit banyak semasa penswastaan aset kerajaan dulu? Semua dijual di luar kotak pemikiran yang berpegang kepada Amanah Allah. Bangunan berkembar pun terjual. Perwaja Steel lingkup, Bank Bumiputra lingkup oleh penyangak global kah? Atau oleh tangan-tangan perogol politik atau pelongkang minda politik?

Sejujurnya jika tangan-tangan itu berpegang kepada Amanah Allah  ...In Syaa Allah Malaysia akan lebih kaya dan maju dari keadaan tidak menentu hari ini. Rasanya tidak perlu pun GST. Ke mana menghilangnya taring harimau ekonomi timur era 90an dulu. Sudah puas jadi pelingkup baru hendak letak jawatan dengan tangisan sadis konon. Wayang China pun tak macam tu punya dusta.

Ke prasarana pemikiran nakal. Bayangkan duit RM2,600,000,000.00 sebenarnya adalah sagu hati US kerana MH370. Sebab menolong US mendapatkan semula teknologi tentera yang berjaya dirampas oleh Taliban Afghanistan yang hendak dijual kepada China. Bukan buah manggis sebenarnya. Secanggih sistem pengintipan dan pengesanan tak kanlah bangkai MH370 tidak dapat ditemui. Ketara sangat dustanya. Itu hari timbul serpihan MH370 ditemui. Maka Imam Malaysia pun mengesahkan penemuan itu. Sebenarnya bukan apa US buat uji kaji minda PM Malaysia, untuk uji kaji berikutnya menjatuhkan lagi nilai Ringgit Malaysia. Kalau tidak tak kan lah begitu pantas jatuhnya nilai Ringgit Malaysia berbanding Dollar US. Kita sebenarnya dipermain-mainkan oleh US gara-gara tangan dusta sebagai imam. Itu sebab tentang wang itu dapat jawapan macam-macam. Malaysia sebenarnya tidak boleh di tadbir oleh si kitol. Si kitol kan khianat Kerajaan Kesultanan Melayu Melaku dulu. Jenis-jenis si kitol mana suka dengan Hang Nadim yang menyelamatkan betis rakyat jelata dalam peristiwa Singapura dilanggar todak. Maka dibunuh lah Hang Nadim sebab beri idea batang pisang sebagai ganti peha manusia. Ketara sangat kepintaran pemerintah waktu itu dikalahkan oleh kecerdikan Hang Nadim. Maklum lah Hang Nadim tu budak lagi. Astaghfirullah.


Tabayyun menghindar jiwa Muslim dari bersubahat. Apabila kita mendapat informasi negatif tentang sesuatu yang terkait dengan peribadi atau aib/ghaibah seseorang, apa lagi seorang Islam, maka kita harus melakukan tabayyun (penyelidikan) terlebih dahulu sebelum mempercayainya, apa lagi meresponnya secara negatif. 

Allah telah berfirman Dalam Al Quran Surah Al-Hujurat 49 Ayat 6:


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Yang bererti: "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."

Aamiin Ya Allah. Ya Tuhan kami. 


Islam pun tidak menghendaki umatnya berbahasa kesat, menghina, bergaya dan berisyarat lucah. Tetapi malangnya orang yang sebegitulah menjadi halal di kalangan mereka untuk jadi Imam. Sesungguhnya cara tidak menghalalkan Hukum Allah. Astaghfirullahalazim.

Aamiin Ya Allah.
Wassalam.
www.peceq.blogspot.com .
<><><>

Tuesday, 25 August 2015

Najib Tidak Lena Lihat Perbahasan Perwakilan Umno Ini..


Najib Tidak Lena Lihat Perbahasan Perwakilan Umno Ini. Selepas seorang perwakilan Umno bahagian Langkawi menghentam presidennya, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini, tersebar pula satu video perwakilan dari Kedah melakukan perkara sama.

Kali ini video yang dimuat naik di laman sosial sejak semalam itu menunjukkan sesi perbahasan di mesyuarat agung Umno bahagian Merbok.

Dalam video tersebut, perwakilan yang dikenali sebagai Abd Karim Ali, meminta supaya Najib meletak jawatan sebagai presiden parti dan perdana menteri.

"Dengan realiti politik hari ini kita mencadangkan dan memohon secara terhormat supaya presiden kita (Datuk Seri Najib) mengundur diri sebagai presiden Umno dan perdana menteri demi memulihkan Umno dan mengembalikan keyakinan rakyat," kata beliau.

Video selama lapan minit 24 saat itu memperlihatkan Abd Karim bercakap selama 30 saat sebelum disusuli dengan seorang lagi perwakilan yang membahaskan mengenai isu cukai jualan dan perkhidmatan (GST) dan 1MDB.

Sumber: (SINI)

<><><>

Monday, August 24, 2015

'Melayu Terbangsat' Menjadi Bukti Di Pulau Pinang?.. Jangan Fitnahlah Bro..


Isu ni mengenai Kampung Mutiara di Batu Feringgi, Pulau Pinang ini dah mula disebar dalam beberapa Group WhatsApp sejak dari hari Sabtu yang lalu..

Ianya mengajak masyarakat untuk menghadikan diri di depan jalan besar Kampung Mutiara untuk mengadakan bantahan tentang cubaan merobohkan rumah-rumah yang ada di situ yang dikatakan tidak dibayar pampasan.

Hari ini ianya disiarkan oleh kebanyakkan Blog UMNO khususnya dari UMB di Pulau Pinang ini..

Tujuannya jelas untuk membuktikan kepada umum apa yang Najib kata iaitu 'Melayu Terbangsat jika UMNO hilang kuasa' itu adalah benar..

Kita baca dulu laporan dari sebuah Blog UMNO ni..
'MELAYU TERBANGSAT' MENJADI BUKTI DI PULAU PINANG, APABILA MELAYU DIHALAU BAGAI ANJING KURAP DARI KAMPUNG SENDIRI!!! 
Bukan main lagi sensitif apabila Perdana Menteri menyatakan, tanpa UMNO, Melayu akan menjadi BANGSAT. Ramai yang menyatakan ketidakpuasan hati berhubung penggunaan perkataan tersebut. Mereka lebih senang menerima perkataan BODOH, RASUAH, PENYELEWENG, RASIS dan sebagainya berbanding BANGSAT. 
Malah mereka tidak akan memberikan sebarang reaksi apabila Melayu dikaitkan dengan lembu atau babi. Tetapi sangat meloncat dan bimbang sekiranya perkataan BANGSAT akan menjadi perkataan trending yang akan menjadi sangat popular. 
Hakikatnya, BANGSAT adalah bermaksud 'tiada tempat tinggal' atau 'berkelana' atau 'bertebaran mengembara' dan dalam pengertian masakini, dihalau keluar dari tempat tinggal dan mencari-cari tempat tinggal baru tanpa ketentuan. 
Ia samalah seperti era 1930-an apabila ramai masyarakat India dan Cina bangsat ke Tanah Melayu dan sekarang menjadi keturunan yang merupakan sebahagian daripada struktur negara ini. 
MELAYU TERBANGSAT tanpa UMNO yang berkuasa terbukti di Batu Feringgi, Pulau Pinang hari ini. 
Pemusnahan 66 buah rumah, malah difahamkan melibatkan lebih 1000 keluarga adalah bukti sebenar kepada kenyataan Melayu Terbangsat. Kesemua mereka yang dibangsatkan terdiri daripada orang Melayu. Mereka dipaksa menjadi bangsat apabila rumah dan kediaman mereka dirobohkan tanpa sebarang pampasan, tanpa sebarang bantuan dan tanpa sebarang rumah ganti. 
Adalah difahamkan perkampungan tersebut dihuni oleh keturunan pahlawan dan kerana itulah, mereka akan mempertahankan kewujudan kampung mereka sehingga ke titisan darah yang terakhir. Mereka adalah keturunan daripada perajurit-perajurit yang berkhidmat untuk Sultan Kedah sebelum kedatangan Francis Light di Pulau Pinang. Sultan Kedah pada waktu itu telah membenarkan mereka tinggal di pulau tersebut yang merupakan sebahagian daripada negeri Kedah. 
Perkampungan tersebut merupakan perkampungan Melayu terakhri di Batu Feringgi, yang menjadi idaman DAP semenjak mereka berjaya merampas Pulau Pinang daripada Barisan Nasional pada tahun 2008. 
Bagi yang tidak faham istilah dan pengertian BANGSAT selain daripada maksud pertama yang popular dan seringkali digunakan, apa yang berlaku di Pulau Pinang hari ini adalah maksud sebenar perkataan BANGSAT yang kerapkali digunakan oleh masyarakat Melayu di sebelah utara Semenanjung ` The FlyingKick
Nak menangis aku baca.. sedih tak terkira bila membayangkan nasib Melayu bila UMNO dah hilang kuasa.. senang-senang saja kena halau..

Tapi.. betoi ka apa yang dia tulis tu??

Baca ni..
Isu Kampung Mutiara dekat Batu Feringghi, Pulau Pinang pun sebenarnya membabitkan tiga pihak.

Pertama, tuan tanah persendirian. Kedua, pemaju. Dan ketiga, penduduk asal di situ.
Tuan tanah persendirian itu menang kes di peringkat Mahkamah Rayuan Putrajaya, sekaligus mengakibatkan pengusiran penduduk asal dari kampung tersebut.  
Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Hariszuan Jaharudin dalam reaksi spontan memberitahu bahawa Kerajaan Negeri secara pentadbiran telahpun menyediakan khidmat guaman untuk penduduk-penduduk asal berwajib demi menghadapi tuntutan tuan tanah persendirian tersebut hingga ke peringkat akhir mahkamah.  
"Penduduk asal di situ sebahagian menerima khidmat guaman daripada pemimpin Umno, dan sebahagian lagi menerima khidmat guaman daripada Kerajaan Negeri sendiri, selepas pertemuan dengan Jagdeep Singh Deo (Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan) serta Timbalan Ketua Menteriu I (Datuk Mohd. Rashid Hasnon sebelum ini.  
"Dari segi undang-undang, Tuan Tanah Persendirian memang mempunyai hak ke atas tanah tersebut, tetapi, Kerajaan Negeri melalui PBT (MPPP) secara pentadbiran biasanya tidak akan meluluskan permohonan pelan perancangan pembangunan di atas tanah tersebut sehinggalah tuntutan penduduk asal di situ turut diambil kira," ujar Hariszuan, yang juga Ketua Pemuda DAP Bukit Bendera semasa dihubungi pagi tadi.  
Penjelasan tersebut sekaligus mendedahkan perkara sebenar di sebalik percubaan pembangkang Umno Barisan Nasional negeri menggambarkan bahawa pentadbiran Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng kononnya mengusir komuniti Melayu daripada kampung setinggan berkenaan ~ FAQAR 
Kalau benarlah mereka nak perjuangkan nasib bangsa Melayu di Pulau Pinang ni.. aku cadangkan perjuangkanlah nasib 5,000 penduduk dari 11 buah Kampung kalau tak silap aku.. yang tak tahu bagaimana masa depan mereka berikutan terjualnya tanah pengkalan TUDM kepada pemaju untuk dibangunkan..

Perjuangkanlah nasib mereka.. kenapa didiamkan?.. Aku sokong sangat kalau isu mengenai Kampung-kampung disekitar Pengkalan TUDM itu dibawa oleh Blogger UMNO..

Tapi malangnya bila perkara yang akan mencetuskan backfire kepada mereka.. mereka buat tak nampak saja..
Sumber: <SINI>










#

Tiada ulasan: