Khamis, 3 September 2015

5887. Resepi Setianya Melayu adalah kesempatan nyawa parti politik Melayu.

#
Bismillahirrohmanirrohim.

Melayu ialah kaum yang cukup setia dengan pemimpin. Sikap setia ini mempengaruhi sebahagian besar sikap kebanyakan mereka.

Bukan mudah untuk sesiapa merobohkan kesetiaan mereka. Apa lagi kalau seseorang atau kelompok Melayu itu telah termakan budi. Sebahagian dari mereka ini sikap mengenang jasa sampai tiba tahap tidak peduli apa-apa pun tahap peribadi pemimpin mereka.

Setia kepada pemimpin tanpa berbelah bahagi adalah sikap Melayu turun temurun. Seperti kisah Jebat Derhaka. Apa benar Jebat Derhaka?. Sedangkan Sultan yang dipertahankan Tuah telah derhaka kepada Allah kerana berlaku zalim kepada rakyatnya, pembesarnya dan juga kepada kaum perempuan. Sultan yang derhaka kepada Amanah Allah.

Setianya Melayu juga mempengaruhi minda dan seterunya tindakan Pembesar Melayu sehingga menimbulkan rasa Hasad Dengki yang dilarang Allah dalam peristiwa Singapura dilanggar todak. Terjadilah pendustaan, khianat dan fitnah dengan mengatakan Hang Nadim baru budak sudah pintar, mengubah arahan Sultan berkubukan betis kepada berkubukan batang pisang.

Malangnya setia yang pada asalnya satu sikap yang baik telah menjadi kesempatan kepada mereka yang pendusta dan jahat, bukan sahaja dari kalangan Melayu tetapi juga dari bangsa lain, untuk memperkudakan kesetian Melayu yang akhirnya menjadi kesetiaan membabi buta.

Artikal ini tidak pula bermaksud mempertikai atau mempersenda apa itu SETIA. Tetapi tanpa sedar si jahat, si pendusta melebarkan lagi sayap kejahatan dan pendustaannya kerana tahu majoriti Melayu menyokong segala tindak tanduknya.

MAAF. Majoritikah Melayu jadi marah atau jadi terserlahkah rasa kecewa mereka waktu itu, apabila UMNO mempersetujui pemberian taraf Warga Negara kepada pendatang China dan India sebagai syarat KEMERDEKAAN YANG DIBERI oleh British penjajah. Mungkin tidak ramai Melayu menyedari UMNO adalah wadah parti politik yang dilahirkan ikut acuan British. Terbukti tiada seorang pun pemimpin UMNO dipenjarakan British berbanding Pejuang sebenar yang diburu, dipenjarakan dan dibunuh British.

Setia membabi buta sebenarnya akan membawa kepada kedangkalan yang menjerumuskan seseorang kepada perkara dusta, fitnah dan terusnya jadi pensubahat tegar. Mahkamah Allah Pengadilan Allah menanti perbuatan mungkar.

Benarkah Dasar Penswastaan atau Persyarikatan Malaysia mendatangkan laba atau keuntungan rakyat Malaysia. Bertimbunkan simpanan tetap Kerajaan Malaysia? yang sebagai antara cara memperkukuhkan Nilai Mata Wang Ringgit Malaysia.

Dulu pejabat-pejabat kerajaan melata menyewa bangunan swasta di Kuala Lumpur sebelum terbinanya Pusat Pentadbiran Kerajaan Malaysia Putrajaya.

Akhirnya indah khabar dari rupa Bangunan Indah di Putrajaya yang disangka milik rakyat, rupa-rupanya terus menyewa dengan syarikat Perbadanan Putrajaya. Berapa peratus agaknya share Kerajaan Malaysia dalam perbadanan itu.

Berapa peratus pula share Kerajaan Malaysia dalam syarikat yang menyewakan kenderaan rasmi kepada Yang Dipertuan Agong, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri, Timbalan-timbalan Menteri, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Kementerian, Ketua Hakim Negara, dan segala bagai jawatan sehinggalah kepada Kereta Peronda Polis, Ambulan, Kenderaan Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan. Itu belum termasuk lagi kemudahan rumah dan lain-lain yang turut diswastakan.

Persyarikatan Malaysia dipercayai memudahkan Pentadbiran Kerajaan Malaysia dan menguntungkan penokokan aset Rakyat Malaysia, seandainya pemimpin berlaku jujur dan berpegang kepada bukan sahaja amanah manusia tetapi yang lebih utama ialah AMANAH ALLAH.
Kejatuhan Nilai Ringgit Malaysia berbanding Dollar US apakah sebagai bukti ketidak jujuran pemimpin? Harga Minyak Petrol dan Desel yang sekejap naik, sekejap turun dan tidak mengikut harga pasaran global yang sebenar yang telah lama down. Sepatutnya sekarang harga Petrol RON95 boleh dijual dibawah harga RM1.50 seleter? kalau Ringgit Malaysia kukuh dan aset negara tidak diceroboh oleh pemimpin yang berwajah pengkhianat dan petualang AMANAH ALLAH.

Apakah harga Petrol hari ini sebagai perlambangan kepada ketakutan Malaysia akan bangkrap. Bangkrap? hanya terjadi kalau pemimpin mudah diperbudakan oleh kebendaan dan harta dunia, sehingga lupa AMANAH ALLAH. Pastinya rugi sesebuah negara kalau punya pemimpin yang korapsi. Itulah pentingnya setia dalam minda banyak Melayu. Bimbang tak dapat projek.

Tak setia nanti negara jadi republik macam Pulau berikutnya setelah Pulau Singapura, Pulau Batu Putih. Semua itu siapa yang lakukan? Tidak ramai Melayu kecewa bila kedaulatan negara tergadai. Berapa ramai Setia Melayu seronok bila ada pemimpinnya seronok mengistiharkan menang-menang, seiring dengan tergadainya Pulau Batu Putih yang strategik. Sebagai bukti setiap pilihanraya UMNO belum terhukum penuh untuk kalah dan malah terus berkuasa sejak 1957. Bagus setia Melayu bila diadun dengan menakut-nakutkan dan menggembar-gemburkan keburukan pasukan parti lawan, untuk menutup keburukan parti sendiri yang bergelumang noda dan dosa.

Berapa ramai Melayu marah dan rasa bermaruah apabila Keluasan Rezeb Melayu semakin kecil. Siapa yang menggadaikannya? Ini semua kerja DAP, PAS, (**S46, API, ASAS, HAMIM), PKR, NGO Melayu?

Untuk Melayu yang setia membabi buta, rasuah itu halal?, pendusta itu datangkan pahala? pemilikan harta semasa berkuasa, tidak salah?, khianat itu perkara benar?, berbahasa kesat dan lucah itu perbuatan baik? bersubahat dengan perkara fitnah dan aib dituntut ISLAM? Astagfirullah. Akhirnya keberkatan Tanah Melayu semakin hilang serinya apabila tanah semakin tidak menyubur, ekonomi semakin mencengkam, duit tabung pun hilang, amanah jadi sendaloka... maka berdikit-dikit Allah tarik rahmat-Nya sebagai peringatan kepada hamba-hamba-Nya.

Dua telaga minyak serah kedaulatannya kepada Brunai. Berapa ramai Setia Melayu rasa tercabar. Begitu juga terjualnya aset Keretapi Tanah Melayu Berhad di Singapura. Melayu cukup tegar setianya. Sebenarnya SETIA membabi butalah yang bakal membengkrapkan negara.

Lapangan Terbang Tentera Sungai Besi hak Kerajaan Malaysia pun dijual, kenapa? Jatuh miskinkah Kerajaan Malaysia. Untuk menutup penjualan itu tersebarlah di arus perdana berita Melayu kena halau dari TANAH MILIK PERSENDIRIAN di Pulau Pinang. Pendustalah yang menyebabkan MELAYU PULAU PINANG terpinggir. Semasa berkuasa di Pulau Pinang, tanah-tanah Melayu diperdaya jual murah oleh pemimpin pendusta Melayu dan manusia berkulit hitam tetapi berbangsa Melayu, yang kemudiannya menjualkannya kepada bangsa lain dengan harga berlipat kali ganda.

Itu hendak salahkan China? Apa dosa dia jika dibandingkan dosa mereka yang memberi kerakyatan tanpa syarat dulu. Bila tersepit pandai main isu bangsa, Ketuanan Melayu yang tidak boleh dibawa ke dalam kubur sebagai jawapan bernas kepada Malaikat penyoal. Berdegar-degar mengaku pejuang Islam, Hukum Hudud pun kabur dan malah jadi senda gurau makhluk yang buta Hukum Allah dari menjadi basik perundangan sebuah Negara Islam. Alasannya macam mana yang bukan Islam. Pencuri, perompak, perasuah, penzina dan pembunuh sahaja yang takut Hukum Hudud. Sedangkan Hukum Allah adil utuk semua hamba-hamba-Nya. Nauzubillah.

Wassalamu.
www.peceq.blogspot.com ...

**Sekadar menyebut parti yang telah tiada. (**S46, API, ASAS, HAMIM)

AMANAH Selar UMNO Kaitkan Bersih 4.0 Dengan Perkauman
Green Boc pada KELAB GREENBOC - Seminit yang lalu
Timbalan Pengerusi parti AMANAH Negara, Tn Hj. Salahuddin Ayub membidas pemimpin UMNO yang membuat kenyataan cuba mengaitkan himpunan Bersih 4 pada 29 hingga 30 Ogos lalu, dengan isu perkauman. Di dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan petang semalam, beliau dengan tegas menyatakan tidak timbul langsung isu perkauman dalam Bersih 4 seperti yang cuba diapi-apikan oleh pemimpin Umno itu. "Saya sendiri tidak akan mengikuti himpunan bermula Bersih 1 hingga Bersih 4, jika dengan jelas atau berselindung ia bertujuan mahu menjatuhkan kerajaan dengan kekerasan, menghapuskan kuasa aj... lagi »

Tindakan Najib berhubung ‘derma AS$700 juta’ mencurigakan, kata pengkritik antarabangsa

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - 17 minit yang lalu
[image: Ahli Parlimen dari Eropah, Ana Maria Gomes berkata mana-mana ahli politik lain akan meletak jawatan jika mereka berada di tempat Datuk Seri Najib Razak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 3 September, 2015.] Ahli Parlimen dari Eropah, Ana Maria Gomes berkata mana-mana ahli politik lain akan meletak jawatan jika mereka berada di tempat Datuk Seri Najib Razak. Ketika pemimpin Umno terus menegaskan dana AS$700 juta yang didermakan kepada Datuk Seri Najib Razak bukan luar biasa, penceramah antarabangsa pada persidangan anti rasuah global berkata, segala urusan ... lagi »

1MDB nafi akaun syarikat dibekukan oleh pihak berkuasa Switzerland.

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - 22 minit yang lalu
[image: 1MDB nafi akaun syarikat dibekukan]*KUALA LUMPUR *: Syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini menafikan dakwaan yang menyatakan akaun-akaun bank milik syarikat itu dibekukan berikutan siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa Switzerland. "Setakat pengetahuan syarikat (1MDB), tiada satu akaun banknya telah dibekukan. 1MDB kini dalam proses memupuk kefahaman yang lebih baik dalam siasatan yang sedang dijalankan di Switzerland supaya syarikat ini dapat memberi kerjasama sepenuhnya," jelasnya dalam satu kenyataan pada Rabu. Sebelum ini, *Reuter... lagi »

Skandal 1MDB: Dana Di Bank-Bank Switzerland Dibekukan

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - 25 minit yang lalu
ZURICH: Pihak berkuasa Switzerland pada Rabu berkata mereka telah membekukan dana dalam bank-bank Switzerland ketika siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dijalankan. "Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) telah membekukan aset sejumlah berpuluh-puluh juta AS dolar pada akaun bank di Switzerland," kata seorang jurucakap OAG melalui e-mel sebagai menjawab pertanyaan berhubung siasatan. "Pada peringkat awal prosedur, OAG kini sedang menganalisis dan menggabungkan bukti. OAG sudah pun berhubungan dengan pihak berkuasa Malaysia. "Kerjasama antarabangsa dengan negar... lagi »

KECOH !!! MEDIA UTAMA INDONESIA MELAPORKAN, ERA KEKUASAAN & PEMERINTAHAN PM NAJIB RAZAK SEMAKIN BERAKHIR ...

atsixty pada ZAKRI ALI - 27 minit yang lalu
Azrin Shah Aziz [image: Azrin Shah Aziz's photo.] *Sebuah akhbar harian yang cukup berpengaruh di Indonesia telah menyamakan perhimpunan BERSIH 4.0 hujung minggu lalu dengan pemberontakan anti Suharto pada akhir 90an, menunjukkan saat akhir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin hampir.* * "Pemergian Najib hanya menunggu masa dan sedang mencari formula menyelamatkan 'maruah'."Ini adalah masa yang tepat bagi rakyat Malaysia menyediakan hala tuju baharu bagi negara mereka. Suka atau tidak, mereka perlu menerima demokrasi beroperasi sepenuhnya," kata seorang pengarang akhbar b... lagi »

SPRM rasa terancam, merayu orang awam lindungilah mereka ...

Alhusseyn Alhusseyn pada HARAPAN DAN IMPIAN BARU - 27 minit yang lalu
Adalah amat malang sekali sekiranya agensi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sering diganggu gugat dengan campurtangan politik dalam urusan siasatan mereka. Hinggakan Boss SPRM sendiri merungut tentangnya dan merayu secara terbuka kepada rakyat Malaysia supaya melindungi agensi tersebut dari gangguan campurtangan orang politik yang berkuasa. SPRM sendiri berasa diri merteka tidak selamat setelah melihat bagaimana Peguam Negara yang mengkritik kerajaan tiba-tiba diganti, pasukan petugas penyiasat 1MDB digantung, orang-orang bawahannya yang menyiasat, ditangkap atau d... lagi »

Ini bukan soal parti atau Cina, ia soal negara

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - 36 minit yang lalu
Khairul Naim Rafidi Ramai juga yang berbincang tentang tajuk besar dalam akhbar Mingguan Malaysia yang berbunyi “DAP kuasai Bersih 4.0”. Pada saya, itu sesuatu yang tidak patut dihairankan. Kita perlu hairan jika pihak tersebut gagal membincangkan abjad DAP dan soal orang Cina. Hasil persidangan dengan beberapa orang teman dan wartawan baru-baru ini, kami mendapat satu konklusi orang Melayu akan kurang hadir ke perhimpunan Bersih disebabkan beberapa perkara seperti perpecahan dalam PAS, kematian “arwah” Pakatan Rakyat dan sememangnya rakyat sudah jemu serta muak dengan politik. Kees... lagi »

‘Siapa pun tak boleh diterima pijak gambar’ - Maria

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - 41 minit yang lalu
[image: Maria Chin Abdullah] ‎KUALA LUMPUR - Pengerusi Bersih 4.0, Maria Chin Abdullah mengutuk sekerasnya dengan dakwaan insiden memijak gambar Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada perhimpunan itu minggu lalu. Maria Chin berkata pihaknya tidak boleh bertolak ansur dengan tindakan tersebut kerana ia telah mencemarkan nama baik perhimpunan tersebut yang berlangsung dengan aman. "Kita tidak boleh bertolak ansur dan saya rasa sangat mengecewakan apabila berlaku pada perhimpunan itu. "Perhimpunan ini adalah kejayaan besar, dengan melakukannya tindakan itu, ... lagi »

Taklik Lafaz Cerai Talak Tiga Sah - Timbalan Mursyidul Am PAS

Mohd Sulaiman pada Wak Labu Farm - 51 minit yang lalu
Ahmad Yakob KOTA BARU: PAS Kelantan mengesahkan taklik lafaz cerai talak tiga yang dikenakan oleh parti itu ke atas wakil rakyatnya di negeri ini bagi mengelak mereka melompat parti adalah sah di sisi perundangan Islam. Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya telah merujuk perkara berkenaan kepada Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Mohammad dan beliau mengesahkan dari segi hukum Islam, jatuh hukum kepada pelafaz taklik tersebut jika individu terbabit keluar parti. "Taklik yang telah dia (wakil rakyat) sebut itu, dengan sendirinya berlaku dan hendaklah di... lagi »

SEDARLAH NAJIB, PENOLAKAN SUDAH ADA DI MANA-MANA!! - by Shahbudin Husin

atsixty pada ZAKRI ALI - 57 minit yang lalu
*Perdana Menteri Najib Razak seharusnya lebih sedar diri ketika ini. Hakikat bahawa beliau semakin ditolak dan tidak dikehendaki lagi memimpin negara ini sudah boleh dilihat di mana-mana.* *Jika selama ini penolakan itu lebih banyak tersimpan dalam hati atau lebih kerap diluahkan di kedai-kedai kopi atau dalam kata-kata melalui hujung jari, tetapi kini ia tidak lagi dilakukan secara sembunyi-sembunyi.* *Sudah ada yang berani meluahkannya dalam mesyuarat perwakilan UMNO sendiri. Di Langkawi, seorang perwakilan bernama Anina Saaduddin menyifatkan Najib selama ini telah "kencing" t... lagi »

SAMPEL BAI'AH DAN SUMPAH WAKIL-WAKIL RAKYAT PAS KELANTAN TERMASUK AHLI PARLIMEN KUALA KRAI DR HATTA RAMLI

OMAK KAU!!!! pada Omak Kau!!!! - Sejam yang lalu
*BAI'AH DAN SUMPAH Bahawa saya .................. berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan rasul-Nya dan patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam.Dan bahawa saya bersumpah dengan nama Allah, WALLAHI WABILLAHI WATALLAHI sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah terpilih menjadi ahli dewan negeri/dewan rakyat, maka tertalaklah isteri/isteri-isteri saya dengan tiga talak dan segala perbelanjaan saya dengan menggunakan wang elaun ahli dewan tersebut ada... lagi »

INILAH PERKARA YANG KERAJAAN SINGAPURA BERANI BUAT TAPI KERAJAAN MALAYSIA TAKUT NAK BUAT...

Na'im Nikmat pada Na'im Nikmat @blog - Sejam yang lalu
Di Singapura kerajaan,pembangkang dan parti2 politik berdebat secara terbuka dalam media arus perdana... Debat dibuat secara langsung tanpa suntingan... Bagaimana pula di Malaysia???

Mencuri: Wanita mengandung diikat, dipukul

Abu Luqman pada Media Orang Kampung - Sejam yang lalu
ZHENJIANG - CHINA. Seorang wanita mengandung diikat dan dipukul oleh sekumpulan penduduk kampung di wilayah Zhejiang minggu lalu selepas dikatakan mencuri wang salah seorang penduduk kampung tersebut.Menurut laporan SCMP, wanita yang tidak dikenali berusia 28 tahun itu dicekup ketika mencuri 900 Yuan (RM 596) di sebuah rumah di Hengshanqian.Walaubagaimanapun, wanita berkenaan memulangkan

PENGAKUAN BAI'AH DAN TAQLIG ..... KHALID SAMAD

OMAK KAU!!!! pada Omak Kau!!!! - Sejam yang lalu
*Pada 8 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, tentera-tentera Islam di bawah pimpinan Tariq Ibn Ziyad telah mendarat di bumi Sepanyol selepas merentasi lautan Mediterranean. Sebaik sahaja mendarat, Tariq mengarahkan supaya kapal-kapal tentera Islam ini dibakar. Beliau melakukan ini dengan tujuan supaya tentera-tenteranya menyedari bahawa mereka tiada pilihan lain selain dari meneruskan perjuangan, samada gugur atau mencapai kemenangan.Bagi yang tidak faham, tindakan Tariq Ibn Ziyad merupakan tindakan yang tidak bertanggung jawab, mencampakkan nyawa tentera-tente... lagi »

Amanah tolak cadangan Anwar masukkan PAS dalam Pakatan baharu

atsixty pada ZAKRI ALI - Sejam yang lalu
*Parti Amanah Negara (Amanah) menolak cadangan untuk memasukkan PAS dalam gabungan pembangkang baharu, Pakatan Rakyat 2.0 yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata jurucakapnya Mohamed Hanipa Maidin.* *Hanipa berkata langkah itu tidak realistik kerana kemasukan PAS tidak diyakini akan membawa permuafakatan dan menguntungkan gabungan pembangkang baharu itu.* *"Maka saya penuh yakin, mengambil kira realiti politik sekarang, keberadaan PAS dalam permuafakatan politik baru atau PR 2.0 (Pakatan Rakyat 2.0) bagi menggantikan PR tidak akan menguntungkan mana-mana parti dalam PR 2.0 itu... lagi »

Talak tiga: Penceroboh rumah tangga

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - Sejam yang lalu
Wan Salman Wan Sallam Seorang ahli Pas kini diisytiharkan bercerai talak tiga (http://www.bharian.com.my/node/79063) hakim Mahkamah Syariah gara-gara baiah pimpinan parti yang sedang mengalami penuyian fikrah dan ahli. Tapisan Allah, bak kata sesetengah pihak sedang berjalan, dan talak tiga inilah antara “harga” yang perlu dibayar jika baiah tersebut sah. Walau bagaimanapun, yang lebih merisaukan ialah bukan Dr. Hatta sahaja yang berjanji sumpah setia sebegitu rupa; pimpinan atas juga berbaiah sebegitu rupa. Jika dahulu, ramai yang sangka baiah ini acah-acah dan gossip semata. Manal... lagi »

NAJIB PATUT BERTUGAS DARI BILIK TIDURNYA SAJA

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - Sejam yang lalu
Isu wang sebanyak RM2,600 juta yang diterima Najib Razak secara peribadi daripada penderma Timur Tengah terus memberi hambatan kepadanya dari segi penilaian umum. Setelah majoriti rakyat tidak percaya wang sebanyak itu sekadar derma dan sebahagian mereka telah menzahirkannya melalui kehadiran seramai 500 ribu orang dalam perhimpunan Bersih 4 baru-baru ini, kini giliran Transperancy International pula menghambatnya dengan pertanyaan mengenai wang tersebut. Pengerusi Transperancy International, Jose Ugaz ketika berucap di majlis pembukaan Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa di Putra... lagi »

Pegawai Khas Rosmah minta YB Pas Kelantan rujuk status kahwin

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - Sejam yang lalu
Ia berhubung lafaz taklik talak talak tiga wakil rakyat Pas Kelantan yang dibuat sebelum ini untuk tidak melompat parti. [image: rizal-mansor] PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Kelantan yang melompat daripada parti itu ke Parti Amanah Negara (PAN) diminta merujuk status perkahwinan mereka ke Mahkamah Syariah. Nasihat itu dibuat Pegawai Khas kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Datuk Rizal Mansor, dalam status yang dimuat naik di Facebooknya memetik kenyataan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berhubung status bai’ah dan taklik cerai ta... lagi »

Berita Ini Sungguh Memalukan Najib Dan Malaysia..

Addin Deen pada Addin - Sejam yang lalu
*Patutlah Najib Tak Jadi Perasmi Persidangan Anti Rasuah Di Putrajaya. *Malaysia perlu memberikan jawapan terhadap dana berjumlah AS$700 juta (RM2.6 bilion) yang dipindahkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Transparency International dalam persidangan anti rasuah di Putrajaya, hari ini. Presidennya, Jose Ugaz berkata komitmen Malaysia untuk membasmi rasuah tidak boleh dianggap serius selagi tiada penjelasan diberikan terhadap dana berkenaan. "Kita mahu melihat lebih banyak perkembangan, tetapi ia tidak mungkin berlaku ketika soalan mengena... lagi »
Hanya Di Malaysia.....
noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - Sejam yang lalu

Kata Nik Amar,Dr Hatta jatuh talak 3, berbentuk arahan kepada hakim.

mantaro pada SISI BUKIT - Sejam yang lalu
FAIZ FADZIL sebagai pengamal peguam syarie berpendapat berkaitan isu baiah talaq tiga: Tidak jatuh talaq sebab kata-kata tersebut adalah sumpah yang boleh ditebus. Ia bukan satu takliq yang biasa dilafazkan terhadap isteri. Pendapat Ketua Hakim Syarie Kelantan bahawa telah jatuh talaq adalah melanggar etika kehakiman kerana kes belum didengar dan tiada keadilan bercanggah dengan Hadith Muaz Bin Jabal. Ia juga adalah prejudge dan subjudis kerna ia berbentuk arahan kepada hakim bawahan yang mendengar kes jika difailkan memandangkan kes jika difailkan akan didengar oleh hakim bawahan.... lagi »

Kisah Pak Manaf dan penduduk kampung

ReJaM© pada MiLo SuaM - 2 jam yang lalu
PAK Manaf seorang ketua kampung, orang kampung kadang kala memangginya PM sebagai nama gelaran mesra.Satu hari, Pak Manaf mengarahkan semua penduduk kampung membawa duit RM100 dan berkumpul beramai-ramai di halaman rumahnya.Semua penduduk kampung patuh dengan arahan Pak Manaf, pagi-pagi lagi mereka sudah berbaris. Dalam ramai-ramai, hanya Achong tidak dapat hadir ke perjumpaan itu, kerana dia

Terkini: Najib mempunyai 4 syarikat yang di kawal oleh Jho Low......Sebarkan... suarakam

atsixty pada ZAKRI ALI - 2 jam yang lalu
*LAPORAN POLIS TRRHADAP SYARIKAT-SYARIKAT DIKAWAL OLEH NAJIB TUN RAZAK DAN KELUARGA JHO LOW DI IBU PEJABAT POLIS HONG KONG* *Saya secara rasminya telah membuat laporan polis di ibu pejabat polis Hong Kong pada 30 ogos 2015 jam 2 petang waktu tempatan keatas empat buah syarikat yang mana najib tun razak menjadi 'signatory' serta syarikat-syarikat yang dimilikki oleh jho low serta keluarganya.* *Khairuddin Abu Hassan* *Dalam laporan polis di Hong Kong; saya telah memohon pihak berkuasa di sana untuk menyiasat secara rapi terhadap empat buah syarikat iaitu:1) ALLIANCE ASSETS INTE... lagi »

Bunyi rengekan kantoikan isteri curang

PBO™ pada pen buruk online ™ - 3 jam yang lalu
SEORANG suami yang baru pulang dari tempat kerjanya terkejut apabila melihat isterinya tengah berzina dengan lelaki lain di dalam sebuah bilik tidur di rumahnya. Memetik laporan sebuah portal berita Indonesia, mangsa yang pada ketika itu baru tiba di rumah terdengar suara wanita mengerang dari bilik tidurnya. Melihat keadaan rumahnya yang sunyi sepi, mangsa berasa curiga lantas terus bertindak
Gadis Kembar Cun Ini Siang Jadi Cikgu Malam Jadi Ahli Gusti
Nas Rul pada dairishare - 6 jam yang lalu
Pada usia 24 tahun, kembar di UK ini, Lucy dan Kelly Knott merupakan guru ganti di sebuah sekolah rendah. Tetapi pada waktu petang atau malam, mereka adalah ahli gusti professional di TNA. Mereka mula menjadi atlit gusti sejak berusia 16 tahun dan pernah menjadi juara dunia di Ohio Valley Wrestling. Apa yang mengejutkan lagi adalah pihak sekolah rendah yang mereka ajar langsung tak kisah tentang kisah hidup pada waktu malam mereka. Pihak sekolah sendiri yang berusaha bersungguh-sungguh nak mengambil kembar ini sebagai guru.

Takut datang IACC....mudahnya "sekor bangsat" nak perbodohkan rakyat..!!!

atsixty pada ZAKRI ALI - 6 jam yang lalu
Encik Politik Encik Polotik[image: Encik Politik Encik Polotik's photo.] *Alasan yg diberi Najib tak hadir ke persidangan antirasuah ini "KERANA FAKTOR KESELAMATAN..."* * HAKIKATNYA.. jika Najib Razak dtg ke mana Najib nak sorok dgn DUA PERSOALAN dlm persidangan ‪#‎16IACC‬ ‪#‎Malaysia‬ hari ini..* * 1) SIAPA BAYAR DAN KENAPA BAYAR ?* * 2) KE MANA DUIT RM2.6 BILION ITU PERGI ?* * HANYA seorang saja yg boleh jawab soalan tersebut...*

Benarkah Dr Hatta sudah bercerai talak tiga?

PBO™ pada pen buruk online ™ - 9 jam yang lalu
KOTA BHARU: Perkahwinan antara Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan isterinya, sah gugur talak tiga selepas melanggar baiah yang dilafazkan sebelum ini, kata Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan, Datuk Daud Muhammad. Daud berkata, perkahwinan itu tidak boleh dirujuk semula melainkan isteri kepada Dr Hatta itu berkahwin dengan individu lain dan kemudian bercerai. "Perkara itu berlaku

Gelaran Dato' anak Zahid Hamidi pula jadi perdebatan

kerengga pada KERENGGA - 9 jam yang lalu
Tranungkite KUALA LUMPUR: Belum pun reda isu kritikan beliau terhadap peserta Perhimpunan Bersih, nama Nurulhidayah Ahmad Zahid terus menjadi topik perbualan warga media sosial. Terbaharu, status dan gelaran Dato' yang dibawanya mula menjadi persoalan ramai. Semuanya bermula apabila beberapa laman Facebook memuat naik gambar Nurul sedang ditemu ramah sebuah stesen televisyen dengan nama

PAS kelihatan seperti tertekan dalam keadaan Presiden gembira?

noreply@blogger.com (RAKYAT MARHAEN) pada RAKYAT MARHAEN - 9 jam yang lalu
Apa yang jelas kelihatan parti PAS semakin hilang ketenangan diambang kemunculan secara rasmi Parti Amanah Negara. Hilang ketenangan parti ini dapat dilihat daripada setiap reaksi terhadap HB yang bakal menjadi parti politik Islam baru yang bakal diberi nama Parti Amanah Negara itu. Kerisauan PAS ini amat sukar dinafikan sedang beberapa bulan yang lalu selepas tamat Muktamar di Kuala Selangor, Presiden PAS sendiri menegaskan tidak risau dan bimbang sedikit pun dengan kewujudan HB ke arah penubuhan parti Islam AMANAH malah selaku Presiden beliau merasakan begitu gembira, hingga di ul... lagi »


Jose Ugaz, Ketua NGO antirasuah dunia tuntut jawapan Najib berhubung AS$700 juta yang masuk ke akaun peribadinya
kerengga pada KERENGGA - 9 jam yang lalu
Pengerusi Transparency International (TI) Jose Ugaz menuntut jawapan terhadap dakwaan skandal melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Dalam ucapan pembukaan dalam Persidangan Antirasuah Antarabangsa ke-16 (IACC) di Putrajaya hari ini, Ugaz berkata kerajaan mengambil banyak inisiatif untuk menangani masalah rasuah. “Kita mahu lihat lebih banyak kemajuan tetapi perkara itu tidak

Sekali lagi Utusan Malaysia menerima 'ancaman' saman dari DAP

Mohd Sulaiman pada Wak Labu Farm - 9 jam yang lalu
*BERSIH 4: Guan Eng putus untuk saman Utusan* Susan Loone Hari ini, 5:00 pm Hari ini, 5:21 pm Akhbar harian milik Umno Utusan Malaysia sekali lagi mengundang masalah dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Lim memutuskan untuk mengambl tindakan undang-undang kepada akhbar itu kerana mengaitkan beliau dengan penganjuran perhimpunan selama 34 jam di Kuala Lumpur hujung minggu oleh Gabungan NGO yang menuntut reformasi sistem pilihan raya BERSIH. Ratusan ribu rakyat memakai baju T kuning turun ke jalan raya bagi menyokong tuntutan BERSIH antaranya menggesa Perdana Menteri Datuk ... lagi »

DBKL tahukah sapa kencing kat mana...

ali allah ditta pada tumpang sekole...? - 9 jam yang lalu
* DBKL asking for RM65,000 donation from Bersih...* *Bersih will not fork out a single sen for Kuala Lumpur City Hall (DBKL) on the RM65,000 cleaning bill issued with regard to the weekend rally.* *Instead, Bersih chairperson Maria Chin Abdullah said, they would take the matter to court.* *"Furnish the evidence, and we'll answer in court," Maria told the media. It is DBKL's job to clean up the area. How will DBKL charge someone for urinating publicly? Do they know who it is?" Maria asked.* *Urban Wellbeing, Housing and Local Government Minister Abdul Rahman Dahlan said Bersih must... lagi »

Detik akhir Najib semakin pasti, kata akhbar Indonesia

atsixty pada ZAKRI ALI - 10 jam yang lalu
*[image: i]* *Akhbar harian berpengaruh Indonesia menyamakan perhimpunan Bersih 4 hujung minggu lalu dengan pemberontakan anti Suharto pada akhir 90an, menunjukkan saat akhir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin hampir.* *"Pemergian Najib hanya menunggu masa dan sedang mencari formula menyelamatkan 'maruah'.* *"Ini adalah masa yang tepat bagi rakyat Malaysia menyediakan hala tuju baharu bagi negara mereka. Suka atau tidak, mereka perlu menerima demokrasi beroperasi sepenuhnya," kata seorang pengarang akhbar berbahasa Inggeris The Jakarta Post, hari ini.* *Akhbar itu mem... lagi »

Phahrolrazi sahkan sertai parti Amanah

atsixty pada ZAKRI ALI - 10 jam yang lalu
*[image: Phahrolrazi sahkan sertai parti Amanah]ADUN Pengkalan Kundor Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi daripada PAS mengesahkan telah menyertai parti baharu yang sedang dalam proses didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) iaitu Parti Amanah Negara (Amanah).* *Bekas Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah dan Exco kerajaan negeri itu berkata dengan itu keanggotaannya dalam PAS gugur secara automatik.* *Bagaimanapun, beliau akan terus kekal sebagai wakil rakyat DUN itu, katanya dalam sidang media di Alor Setar hari ini.* *Isnin lepas Pengerusi Gerakan Harapan Baru (HB) Mohamad Sabu m... lagi »






#

Tiada ulasan: