Google+ Badge

Ahad, 3 Julai 2016

5995. Hikmah diri dengan menyentuhi dan menyantuni hati sendiri 04.

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillahirabbilalaamiin.

Dengan izin dan kehendak-Nya Allah Tuhan Yang Maha Esa ...kita adalah kalangan hamba-Nya yang terpilih untuk beroleh hidayah-Nya, redho-Nya, rezeki-Nya, keberkatan-Nya serta rahmat-Nya dan juga Syafaat Nabi Muhammad kekasih Allah, Junjungan kita Rasulullah di akhirat kelak. Aamiin Ya Robbalalaamiin.


Bismillahirrahmanirrahim. 
Alhamdulillahirabbilalaamiin. 

Assalamualaikom. 
Allahhumma shalli ala Muhammad waala ali Muhammad. Bismillahhirrahmannirrahim.

Sayyidina Buraidah rhu meriwayatkan bahawa Rasullullah saw bersabda, "Sesiapa membaca al-Qur'an dan dengan al-Qur'an dia memperoleh sesuatu daripada manusia untuk dimakannya, akan muncul pada hari kiamat,mukanya cuma bertulang dan tidak berdaging." (Hadis riwayat Baihaqi)

Keterangan: 

Mereka yang membaca al-Qur'an dengan tujuan keduniaan tidak akan dapat apa apa bahagian pada hari kiamat kelak.Rasullullah saw bersabda, "Kita yang membaca al-Qur'an, antara kita ada orang Arab dan bukan Arab. Teruskanlah bacaanmu sebagaimana kamu melakukan sekarang ini. Tidak lama lagi akan bangun satu golongan manusia yang akan memperbetulkan sebutan huruf huruf al-Qur'an sebagaiman anak panah diperbetul, yaitu mereka akan berusaha keras untuk menghiasi bacaan mereka. Mereka menghabiskan masa berjam jam bagi memperbaiki sebutan setiap huruf. Mereka akan bersusah payah untuk memperbetulkan makhraj,tetapi itu semua adalah untuk keduniaan. Perbuatan mereka langsung tidak ada kena mengena dengan akhirat."

Hadis ini bermaksud bahawa hanya dengan suara yang baik sahaja adalah sia sia jika tidak ada keikhlasan dan tujuan hanyalah untuk mendapatkan faedah keduniaan. Wajah menjadi tidak berdaging bermaksud bahawa apabila seseorang itu menjadikan sesuatu yang paling mulia (iaitu al-Qur'an) sebagai alat untuk mendapatkan sesuatu yang paling rendah nilainya (keuntungan dunia) maka bahagian yang paling mulia (iaitu mukanya) akan dihilangkan kecantikan muka itu.

Saya hanyalah penyampai sedangkan taufik dan hidayah adalah dari-Nya jua. Semoga amalan tuan tuan dan puan puan diterima oleh-Nya. Aamiin ya rabbal alamin.
Fikirman alam maya.
DARI PENDOSA DI KALANGAN UMAT INI.
SILA LIKE DAN SHARE JIKA BERMINAT. 

Tiada ulasan: