Selasa, 26 Julai 2016

6066. Islam dan rumah tangga.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

 • 

SUAMI ROGOL ISTERI?
Isu rogol suami isteri dibangkitkan oleh sesetengah pihak dan beberapa media. Di sini, saya ingin mengulas seperti berikut;
1. Islam mewajibkan suami menunaikan kehendak seks isteri. Suami yang enggan menggauli ataupun melakukan hubungan seks dengan isterinya tanpa sebab yang sah telah melakukan dosa kecuaian tanggungjawab sebagai suami.
2. Demikian juga isteri yang enggan melakukan hubungan seks dengan suaminya tanpa sebab yang boleh diterima maka ia merupakan satu dosa.
3. Pun begitu, hubungan seks suami dan isteri hendaklah berlaku dalam keadaan yang harmoni dan tidak menyakiti antara satu sama lain. Ini memenuhi perintah al-Quran: (maksudnya) "Kamu semua bergaullah dengan mereka (isteri-isteri) secara baik" (Surah al-Nisa: 19).
4. Maka, hubungan seks secara kasar dan menyakitkan antara satu sama lain adalah dilarang di dalam Islam. Untuk itu semua pasangan hendaklah mencari cara seks yang terbaik yang memenuhi naluri keinsanan kedua pihak.
5 Para sarjana ketika berbincang hukum 'azal (suami mencabut zakar dari faraj isteri sebelum keluar air mani untuk mengelakkan hamil) menyatakan bahawa walaupun perbuatan itu dibenarkan dalam hadis, namun hendak mendapatkan persepakatan dari isteri kerana bimbang isteri tidak sempat menikmati persetubuhan. Ini menunjukkan persetubuhan secara paksa dan kasar yang satu pihak tidak menikmati sudah tentu dilarang dalam hubungan rumahtangga.
5. Isteri berhak menghalang suami menyetubuhinya jika suami itu boleh memberikan mudarat kepadanya seperti suami yang pengidap aids dan penyakit -penyakit lain yang boleh membahayakan isteri. Ini jelas dalam pelbagai dalil syarak.
6. Isteri juga boleh menghalang suami menyetubuhinya jika suami gagal menunaikan tanggungjawab sebagai suami seperti tidak memberikan nafkah kepadanya.
7. Hubungan suami isteri dalam Islam dibina di atas mawaddah wa rahmah (cinta dan kasih) seperti yang disebut dalam Surah al-Ruum ayat 21. Maka semua hadis berkaitan suami dan isteri hendaklah ditafsirkan dalam konteks dan panorama cinta dan kasih. Mana-mana tafsiran yang tidak berlatarkan konsep ini maka akan membawa maksud yang salah faham terhadap maksud hadis-hadis Nabi s.a.w tentang hubungan rumahtangga. 
(Rumah Tangga Islam)

Rogol Isteri! Boleh tak?

|
Merujuk berita dari Melaka: Seorang peniaga dituduh di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas dakwaan melakukan hubungan seks tanpa kerelaan isterinya di kediaman mereka di Melaka Tengah, dekat sini, dua tahun lalu. Tertuduh, Tengku Shaiful Nizam Tengku Abd Jalal, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Muhammad Hazri Hanafi.Berdasarkan pertuduhan, Tengku Saiful Nizam didakwa mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara hingga lima tahun kerana melakukan kesalahan. 

Seksyen ini diluluskan ketika Syahrizat menjadi Menteri hal Ehwal Wanita sebagai satu tindakan yang boleh diambil terhadap suami mengikut Seksyen 375A iaitu satu seksyen baru yang diperkenalkan dalam Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2004. Seorang suami yang mencederakan isterinya, walaupun hanya dari segi mental, termasuk menyebabkan "stress" atau tekanan, bagi mendapatkan hubungan seks, boleh didakwa dan dipenjara tidak melebihi lima tahun.

Seksyen ini didesak oleh beberapa pertubuhan NGO termasuklah SUHAKAM dan Sisters In Islam. Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Tan Sri Abu Talib Othman ketika itu meminta kerajaan menjadikan tindakan suami `merogol' isteri sendiri sebagai satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan negara ini. Beliau menegaskan, Suhakam menganggap perbuatan suami yang melakukan hubungan seks di luar kerelaan isteri adalah melanggar hak asasi manusia.

``Artikel Dua Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Untuk Menghapuskan Keganasan Terhadap Wanita menggariskan perbuatan suami merogol isteri (marital rape) sebagai perbuatan ganas yang menafikan hak asasi dan kebebasan asas wanita,'' katanya.

Malaysia, tambah Abu Talib, sudah menandatangani deklarasi tersebut bagi peringkat ASEAN pada 30 Jun lalu. Satu lagi alasan yang diberikan ialah mengikut Artikel 16(1)(c) Konvensyen Menghapuskan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita PBB, setiap pasangan mempunyai hak yang sama di dalam sebuah perkahwinan. Kenyataan ini disokong oleh pertubuhan Sister’s In Islam.

Selepas ia diwartakan, antara mangsa pertama seksyen ini ialah seorang warga Terengganu.

Rogol isteri dipenjara 10 tahun, 4 kali sebatan KUALA TERENGGANU 17 Jun 2007Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan empat kali sebatan terhadap seorang lelaki atas tuduhan merogol isterinya. Hakim Zainal Azman Abdul Aziz membuat keputusan itu terhadap Zainal Muda, 38, berdasarkan Seksyen 375 Kanun Keseksaan selepas mengambil kira perintah ex-parte oleh Mahkamah Tinggi Syariah yang mengarahkan supaya pasangan itu dipisahkan serta tidak melakukan hubungan seks sebelum kejadian berlaku. Mengikut kertas pertuduhan, Zainal dari Kampung Durian Mas, Manir di sini dituduh merogol isterinya di rumah Lot 16061, Kampung Hulu Takir, Kuala Terengganu kira-kira pukul 7.45 pagi pada 10 Mac 2005. Dia dituduh melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen sama. Pendakwaan dilakukan oleh Penolong Pendakwa Raya, Ahmad Kamal Ariffin Ismail manakala tertuduh diwakili peguam J. Chandra.

Dalam Islam sepatutnya tiada istilah rogol terhadap isteri dan tidak dikategorikan sebagai jenayah. Permasalahan keganasan rumah-tangga itu adalah permasalahan berbeza. Tetapi itulah kekeliruan yang berlaku di Barat dan membawa kepada perjuangan hak-hak wanita mereka demi kebebasan mengikut takrif mereka sendiri.

Jika sekiranya masing-masing suami maupun isteri mengamalkan ajaran Islam, nescaya tidaklah berlaku perkara-perkara pelik dan ajaib diakhir zaman ini. Al-Quran mengajar antara hak dan tanggung-jawab suami maupun isteri dalam member dan menunaikan nafkah batin mereka. Firman Allah Swt

نِسَاؤُكُمْ حَرْثٌ لَكُمْ فَأْتُوا حَرْثَكُمْ أَنَّى شِئْتُمْ
Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercocok tanam, Maka datangilah tanah tempat bercocok-tanammu itu bagaimana saja kamu kehendaki. Al-Baqarah : 223

Keperluan batin suami itu merupakan tuntutan yang perlu diselesaikan bahkan seorang isteri dituntut agar tidak melakukan puasa sunnah sedangkan suami berada di rumah kecuali dengan izinnya, sebagaimana sabda Rasulullah Saw:
Tidak boleh bagi isteri melakukan puasa (sunnah) sedangkan suaminya ada kecuali dengan izinnya.” [Mutaffaq 'alaih: Shahiih al-Bukhari (IX/295 no. 5195), Shahiih Muslim (no. 1026)]

Ia diperintahkan demikian kerana kerana dibimbangi kalau-kalau suaminya berhajat untuk melakukan hubungan jenis dengannya. Tidak segia isteri menolak jika suami mengajaknya melakukan hubungan intim karena Rasulullah Saw bersabda:
Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tapi ia menolak untuk datang lalu sang suami marah sepanjang malam maka para Malaikat melaknatnya (sang isteri) hingga datang waktu pagi.” [Muttafaq 'alaih: Shahiih al-Bukhari (IX/294 no. 5194), Shahiih Muslim (II/1060 no. 1436), Sunan Abu Dawud (VI/179 no. 2127)]

Dan di dalam hadis yang lain baginda bersabda,
Apabila seorang suami mengajak isterinya untuk berhubungan intim, maka hendaknya sang isteri melayaninya meskipun ia sedang berada di atas unta.” [Shahih: Shahiih al-Jaami' as-Shaghiir 534, Sunan at-Tirmidzi (II/314 no. 1160)]

Adapun persoalan tuntutan berakhlak baik terhadap isteri maupun manusia hatta binatang adalah suatu yang tidak dipersoalkan. Bahkan Rasulullah Saw model dan qudwah dalam hal ini. Arahan Allah Swt sangat jelas dalam firmanNya:

وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ فَإِنْ كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا
Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan pergaulilah isterimu dengan cara yang baik maka jika kamu tidak menyukainya barangkali sesuatu yang kamu tidak sukainya itu justeru Allah akan menjadikan padanya kebaikan yang sangat banyak.” (Surah an-Nisaa, 19)

Bahkan Nabi sendiri tidak menyukai lelaki yang suka memukul isterinya. Baginda SAW bersabda sebagai berikut, “Mengapa salah seorang di antara kamu suka memukul isterinya seperti memukul seorang hamba, padahal barangkali dia akan menyetubuhinya di hari lain?!”

Imam Nasa'i meriwayatkan dalam bab ini dari Aisyah r.a. sebagai berikut, “Rasulullah SAW tidak pernah memukul isteri maupun khadamnya sama sekali; dan baginda sama sekali tidak pernah memukul dengan tangannya sendiri, melainkan dalam peperangan (sabilillah) atau kerana larangan-larangan Allah dilanggar, maka baginda menghukum kerana Allah.”

Dalam riwayat Ibn Sa''ad dan al-Baihaki dari Ummi Kalsom r.a," orang-orang yang baik dikalangan kamu tidak akan memukul isterinya." 

Yang penting agar kita tidak membezakan keizinan Islam yang menyebabkan kita mengikut peraturan barat secara membabi-buta sehingga menghalalkan apa yang diharam Allah atau mengharamkan apa yang dihalalNya. Tetapi kalau yang jelas haram tu.. hukumlah menurut syariah Islam sebagaimana yang diarahkan oleh Allah Swt & RasulNya.

Habis yang ini apa kesudahannya????
AJK Umno Bahagian Tasek Gelugur Didakwa Liwat Isteri 

Ini berita daripada mStar Online yang melaporkan seperti berikut;
Bekas madu kepada penyanyi etnik kreatif Noraniza Idris hari ini mendakwa suaminya, Datuk Muhamad Mustafa Idrus, 54, pernah meniduri lebih 10 wanita sepanjang perkahwinan mereka. Mastura Bakar, 24, ketika memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini berkata, suaminya itu tidak adil dalam berpoligami selain banyak berfoya-foya. "Dalam berpoligami memang dia tidak adil dan banyak berfoya-foya dengan lebih 10 wanita di hotel kerana saya mengenali dan menghubungi setiap wanita yang pernah tidur dengannya,” katanya hari ini ketika menjawab soalan peguam syarie Roslizam Rahim yang mewakilinya dalam semasa prosiding tuntutan cerai fasakh. Dalam pada itu, Mastura mendakwa Muhamad Mustafa yang juga ahli jawatan kuasa Umno Tasek Gelugor itu pernah meliwatnya setelah dia enggan tidur bersama. “Dia (suami) suka paksa saya untuk tidur dengannya dan apabila saya enggan berbuat demikian, dia mengasari saya termasuk pernah meliwat saya”.

Entahlah?????? (Islam dan rumah tangga)
Assalamualaikum tuan yang dirahmati Allah
Tuan yang dimuliakan, Perlakuan manusia dihasilkan daripada kombinasi kefahaman, keperluan, cara hidup, gaya hidup dan beberapa elemen emosi serta ketaatan manusia kepada penciptanya. Ia amat berkait rapat dengan pembinaan manusia secara kombinasi jasad, akal, roh dan nafsu yang mendorong manusia untuk mengikut peraturan atau tidak mengikut peraturan yang disediakan oleh manusia atau hukum yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Manusia yang kurang ketaatan dan ketakutan kepada Allah S.W.T akan bertindak mengikut kesesuaian diri, keseronokan dan mengabaikan larangan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T, manakala manusia yang taat dan takut kepada Allah pula akan sentiasa di bawah lindungan Allah S.W.T dan berusaha untuk menjauhkan diri dari melakukan perkara yang mungkar dan merugikan manusia. Sehubungan itu kelompok manusia yang suka melakukan perkara yang mungkar pula akan bertemu dengan manusia yang mempunyai “taste” yang serupa maka tidak hairanlah bahawa manusia yang melakukan zina maka akan bertemu dengan manusia yang suka melakukan zina juga.
Namun Allah S.W.T maha pengampun dan penyayang yang akan memberi jalan keinsafan walaupun sudah jelas segala kemungkaran itu berlaku akibat dari kerakusan nafsu manusia. Maka keinsafan yang bersungguh-sungguh dan diikuti dengan taubat nasuha akan membawa manusia ini ke jalan yang benar dan diredhai.
Ini yang berlaku kepada tuan, tuan telah pernah hanyut dalam kegelapan bersama-sama kekasih tuan yang akhirnya menjadi isteri tuan. Setelah pintu keinsafan terbuka dan tuan mengajak isteri tuan bersama-sama untuk membuka cerita baru dalam hidup ini, kisah lama yang disingkap telah membawa tuan menjadi lebih beremosi serta cuba mengubah sejarah silam mengikut acuan tuan sendiri. Tuan menganggap bahawa kisah silam tuan tidak pernah berlaku secara songsang, tuan memilih isteri yang tidak curang, tuan mengharap kekasih tuan juga seperti tuan iaitu boleh ditiduri oleh tuan seorang saja, bukan lelaki yang lain.
Padahal hakikatnya sama saja iaitu tuan pada masa itu tidak kekok untuk melakukan zina dan kekasih tuan pada masa itu juga mempunyai tujuan yang sama. Hanya setelah dikejutkan oleh keluarga, barulah tuan sedar dan berubah. Keadaan ini telah menambahkan helah bela diri tuan bagi merasionalkan anggapan tuan bahawa kenapa tuan boleh setia sedangkan kekasih (sekarang isteri) tuan boleh mencari pelbagai pilihan lelaki untuk ditiduri. Oleh itu tuan perlu memikirkan alternatif ini bagi membantu tuan mengubah persepsi tuan.
Pertama, pastikan maklumat dari isteri tuan ini adalah benar dan bukan sekadar menonjolkan “kehebatan” dalam sesi cabar-mencabar bersama tuan. Setelah dipastikan ketepatan, maka tuan perlu timbangkan kepentingan untuk terus berada dalam dilema ini. Cuba pastikan bila masa peristiwa ini berlaku, jika sudah menjadi lipatan sejarah maka tuan perlu menerima isteri tuan seadanya bukan menyingkap kisah lalu dan menyalahkan isteri tuan atas kecurangan yang berlaku.
Kedua, tuan perlu fahami keadaan cemburu tuan didasari oleh kasih atau dendam. Jika didasari oleh kasih maka bawalah isteri tuan ke pangkal jalan dan jangan tinggalkan dirinya seorang diri meredah segala duri kehidupan. Sebaliknya jika didasari dendam atau menjadi ‘pak sanggup’ di atas ketelanjuran maka tuan perlu memperbetulkan segala kepincangan ini dan perbetulkan niat perkahwinan tuan.
Tuan perlu sedar bahawa kejadian kaum Adam adalah pemimpin kepada kaum hawa, maka gunakan sebaik mungkin peluang keinsafan yang ada untuk kembali ke jalan yang benar dan diredhai Allah S.W.T.
Ketiga, tuan perlu fikirkan semula jarak berjauhan tuan dan isteri yang boleh mengundang seribu satu macam persepsi negatif serta menggalakkan peluang kecurangan berulang kembali serta peluang fitnah yang berleluasa.
Oleh itu usahakan agar tuan dan isteri boleh berada dekat kerana tempat isteri adalah di samping suami. Keempat, tuan perlu kembalikan pemikiran positif tuan kepada diri tuan dan isteri iaitu dengan merancang apa yang akan tuan lakukan di masa depan bukan menoleh ke belakang dan mengimbau pengalaman dosa dan ketelanjuran yang boleh meracuni kebahagiaan suami isteri.
Tuan perlu faham bahawa segala yang berlaku adalah dengan kerelaan tuan seperti tuan merelakan berlaku zina antara tuan dan isteri sebelum berkahwin. Tuan rela menerima isteri dalam banyak keadaan dan tuan sanggup melupakan segala kenangan silam demi untuk membahagiakan isteri tuan. Oleh itu tuan perlu berhenti dari memikirkan kisah silam dan tumpukan untuk usaha berada dekat dengan isteri tuan.
Tuan yang dihormati, yakinlah bahawa menjadi seorang pemimpin dalam keluarga , sangat besar tanggungjawabnya terhadap diri dan orang yang dipimpin. Ketahuilah bahawa tuan sudah berada di atas landasan yang benar, maka teruskan perjalanan dan perjuangan.
Usahakan agar isteri tuan tidak kembali kepada jalan perzinaan dengan sentiasa berada dekat dengannya, lupakan kisah silam masing-masing dan terima anugerah kebahagiaan ini untuk mempertingkatkan usaha merapatkan hubungan dengan Allah S.W.T. Bantu isteri untuk takutkan Allah S.W.T dan beriman dengan Allah S.W.T kerana sesungguhnya apabila manusia takutkan azab Allah S.W.T maka dia akan berusaha menjauhkan dosa.

JANGAN MENGAKU BERZINA

Oleh,
Ahmad Jailani Abdul Ghani
29/04/2009


Suatu ketika seorang isteri memberitahu kepada saya bahawa beliau telah berzina. Sekarang telah pun bertaubat di atas dosa yang telah beliau lakukan itu. Malangnya timbul pula masalah lain. Beliau berhasrat untuk berterus terang dengan suaminya tentang dosanya itu. Dilemanya ialah beliau bimbang jika suaminya mengetahui berkenaan maksiat lampaunya itu, kelak suaminya akan menceraikannya. Sedangkan rumahtangga mereka aman damai, tiada perbalahan. Ada anak yang comel. Beliau juga tidak sanggup diceraikan. Namun, hati kecilnya sering rasa bersalah bila memandang wajah suaminya. Soalan yang beliau utarakan kepada saya ialah adakah wajar beliau menyembunyikan dosanya itu atau lebih baik beliau berlaku jujur dengan suaminya dengan memberitahu apa yang telah berlaku dan seterusnya memohon maaf daripada suaminya.

Sebenarnya amat sukar untuk saya memberikan jawapan walaupun saya sudah ada jawapan yang telah tersedia dan telah pun diberikan kepada orang lain sama ada yang menemui saya secara bersemuka, melalui telefon atau saya menyampaikannya melalui kuliah atau ceramah. Ini kerana saya bimbang ia boleh disalah-ertikan.

Jawapan saya kepada beliau ialah JANGAN MENGAKU BERZINA! Kenapa? Pertamanya; Untuk menutup dosa dan aib kita. Kedua; Untuk menggalakkan kita supaya sentiasa mencari Allah SWT dan bertaubat kepadanya dan ketiga; untuk mengelak berlakunya kemudaratan kepada orang yang bertaubat atau ingin bertaubat iaitu kehancuran rumahtangga.

Apabila Ma’iz Al-Aslami (sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam sahihnya) berjumpa dengan Nabi SAW dan membuat pengakuan zina dengan berkata ” Ya Rasulullah, Inni zanaitu” (sesungguhnya aku telah berzina), baginda berpaling daripada Ma’iz, walaupun Ma’iz mengaku berkali-kali. Sehingga sebahagian fuqaha menjadikan hadith ini sebagai dalil bahawa tidak digalakkan mengaku berzina!

Sheikh Dr. Ali Jum’ah (Mufti Mesir) apabila ditanya fatwa beliau tentang hukum memperbaiki hymen (selaput dara) atau struktur yang berkaitan dengannya bagi gadis-gadis yang pernah terlibat dengan dosa dan noda pada suatu ketika tetapi kemudiannya telah meninggalkan kefasiqan tersebut dan bertaubat, maka beliau menjawab agar ditutup keaiban itu (boleh memperbaiki ‘dara’) kerana menutup keburukan orang mukmin adalah suatu perkara yang terpuji dalam agama. Bukankah terdapat dalil syarak yang menunjukkan bahawa sesiapa yang menutup aib saudaranya di dunia, maka Allah SWT akan menutup aibnya di akhirat kelak! Ini terpakai kepada gadis tersebut sama ada kejadian hitam itu dengan kerelaannya atau paksa.

Imam Nawawi, ulama’ terkenal dalam mazhab Imam Shafie, telah menulis dalam kitab “Raudhah”, dengan katanya, “Sesiapa yang telah terlibat dengan perkara buruk dan dosa, maka disunatkan kepadanya untuk menutup kesalahannya itu.

Berbeza dengan amalan dan sikap masyarakat kita hari ini yang secara tidak langsung (mungkin tak sengaja) berbangga-bangga dengan menceritakan “maksiat” lampaunya. Contohnya, terdapat kenalan saya, yang pernah bercerita bahawa beliau masa muda-muda dulu pernah beberapa kali ke Hatyai, Thailand kerana mencari pelacur! Astaghfirullah, Ya Akhi, bertaubatlah.

Agama kita yang murni ini sebenarnya banyak mengajar kita supaya sentiasa bertaubat dan memperbaharui taubat kepada Allah SWT. Antaranya Firman Allah dalam Surah Al-Tahrim, ayat 8:-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا عَسَى رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ نُورُهُمْ يَسْعَى بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya, “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan “Taubat Nasuha”, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): “Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”

Dengan menutup aib tersebut, harapannya ialah akan menggalakkan manusia bertaubat kepada Allah. Ia juga untuk mengelak daripada berlaku mudarat kepada orang yang bertaubat. Sebagaimana riwayat Imam Malik dalam Al-Muwatta’nya – La darara wa la dirar – Tiada mudarat dan tidak memudaratkan.

Mungkin ada di kalangan kita yang akan berkata, bukankah ini akan menganiaya lelaki yang menjadi suami atau bakal suami kepada gadis atau isteri tersebut. Jawapan saya ialah masyarakat kita hari ini hanya sibuk dengan kesucian gadis atau isteri sehingga pernah berlaku dalam masyarakat kita suatu adat atau amalan meletakkan kain cadar putih untuk memastikan pengantin perempuan masih dara! Anehnya, masyarakat kita tak pernah sibuk tentang “teruna”nya pihak lelaki. Mereka sibuk tentang tak relanya kelapa ditebuk tupai tetapi mereka tak pernah sibuk tentang tupai yang sering menebuk kelapa! Alangkah tidak adilnya masyarakat hari ini. Malah ada yang sanggup berkata, bila diajukan tentang lelaki yang sudah tiada “teruna”, mereka jawab, “Alaa.. budak lelaki biasalaa.. yang perempuan tu gatal menggoda dia tu, siapa suruh”. Malah pernah berlaku dalam kes rogol, si bapa kepada remaja lelaki tersebut, bukannya menyalahkan anaknya yang merogol tetapi menyalahkan si mangsa (gadis) kerana gatal dan miang.

Ya Allah, berilah petunjukMU kepada umat ini.

Sekian.


Ahmad Jailani Abdul Ghani
29/04/2009

... 

Tiada ulasan: