Google+ Badge

Isnin, 3 Oktober 2016

6103. Supersonic flight with the MIG-29 Fulcrum- top adventure over the Russian skies.

.
Bismillahirrohmanirrohim
.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ
.
Ya Allah, ampunilah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dgn air, salji dan air sejuk. Bersihkannya drp kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dgn rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.
.
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
.
Dengan rahmat Mu Ya Allah
Muharram 1438
.

Link:
https://www.youtube.com/watch?v=FRhXrjn4FvQ&spfreload=5














Sumber:

SALAM MAAL HIJRAH 1438...
*LIMA JARI KITA*
1. Ada *IBU JARI* yang selalu berkata baik & menyanjung.
2. Ada *JARI TELUNJUK* yang suka menunjuk & memerintah.
3. Ada *JARI TENGAH* yang sombong, hanya kerana merasa paling panjang.
4. Ada *JARI MANIS* yang selalu jadi teladan, baik & sabar sehingga diberi hadiah cincin.
5. Dan ada *JARI KELINGKING* yang lemah & penurut.
Dengan perbezaan (kekurangan dan kelebihan) yang dimiliki masing2 jari, mereka bersatu, saling melengkapi dan menjadi kuat.
Falsafah sederhana ini memberi contoh tentang bagaimana kuat dan indahnya kebersamaan dalam hidup. Kita dilahirkan dengan segala perbezaan yang kita miliki dengan tujuan untuk bersatu :
* _saling menyayangi._
* _saling menolong._
* _saling berkongsi._
* _saling menghargai._
* _saling melengkapi._
Bukan untuk :
- _saling menuduh._
- _saling menyalahkan._
- _saling merosak_
- _saling iri hati_
- _saling memporak perandakan._
Semua perbezaan dari kita adalah keindahan, agar kita *RENDAH HATI* dan menghargai orang lain, tidak ada satupun pekerjaan yang dapat kita selesaikan sendirian.
Kita terlihat punya kelebihan, hanya kerana orang lain punya kekurangan. Begitu juga sebaliknya.
Tiada yang benar2 lebih bodoh atau lebih pintar, kerana bodoh atau pintar itu relatif.
*Orang pintar boleh gagal.*
*Orang hebat boleh jatuh.*
*Orang kuat boleh kalah.*
Tetapi...
Orang yang *RENDAH HATI* dalam segala hal akan selalu mendapat *KEMULIAAN!*
*BUAT RENUNGAN KITA BERSAMA*
Salam Maal Hijrah 1438H

Tiada ulasan: