Sabtu, 8 Oktober 2016

6116. Sihir.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


40 Tanda-tanda Anda Terkena Sihir Dan CARA MENGATASI GEJALA SIHIR

DEFINISI SIHIR

Sihir adalah satu perbuatan hasad dengki dan sabotaj melibatkan bantuan jin dimana seseorang tersebut meminta bantuan daripada dukun ataupun pun meminta secara terus dengan syaitan untuk melaksanakan hajat buruk mereka. Sihir tergolong dalam kejahatan yang dikehendaki Allah S.W.T. Wujudnya ia di dunia ini sebagai ujian dan cubaan, walaupun tidak diredhaiNya. Allah S.W.T. melarang manusia melakukannya.

Definisi ringkas ialah, "Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, dibawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misterius." Terdapat perbezaan yang tipis antara sihir dengan mukjizat. Mukjizat mengubah sesuatu hakikat (realiti) dengan percubaan yang betul-betul terjadi, dan mukjizat inilah yang menjadi rahsia masuk Islamnya para penyihir Fir'aun.

Jenis-jenis sihir adalah :--Sihir Rumahtangga/Perceraian-Sihir Pengasih/Guna-guna-Sihir Tipuan Pandangan/Silap Mata-Sihir Gila-Sihir Santau-Sihir Kelesuan Badan-Sihir Penyakit Anggota Badan-Sihir Penghalang Pernikahan.

Tanda-tanda Terkena Sihir

Sakit kepala selepas waktu asar keatas.

Badan terasa berat dan malas.

Sukar mendapat jodoh.

Badan terasa bisa-bisa.

Sakit ketika ziarah orang meninggal.

Sukar tidur malam.

Sakit pinggang tanpa sebab.

Sakit dada bila waktu asar keatas.

Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.

Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.

Bermimpi di tempat tinggi.

Bermimpi di tempat yang kotor.

Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.

Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.

Bayi kerap menangis.

Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.

Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.

Malas beribadat.

Nyanyuk ketika usia lanjut.

Panas baran.

Sikap berubah secara mendadak.

Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.

Suka melakukan tabiat buruk.

Kerap sendawa bila mendengar al-quran.

Kerap keguguran.

Gagal melakukan hubungan kelamin.

Mengantuk bila dengar al-quran.

Bermimpi seram yang menakutkan.

Darah haid turun lebih 15 hari.

Batuk yang berpanjangan.

Selalu ditindih ketika tidur.

Kuat berangan.

Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.

Nafsu seksual yang melampau.

Selalu melihat kelibat dirumah.

Terasa diri selalu diperhatikan.

Mandul.

Kerap mendengar sesuatu bisikan.

Melihat jin secara terus.

Sakit mental atau gila.

CARA MENGATASI GEJALA SIHIR

Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-

1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6

2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257

3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286

Insyaallah sembuh

Sumber:

Anda Mungkin Terkena SIHIR kalau mempunyai TANDA-TANDA INI..

Rasulullah s.a.w menerangkan permasalahan sihir ini di beberapa keadaan antaranya seperti hadis yang diriwayatkan oleh Bajalah bin 'Abdah meriwayatkan bahwa Umar bin Al-Khaththab -Radhiallahu 'anhu telah menetapkan perintah, yaitu: 

"Bunuhlah tukang sihir laki-laki maupun perempuan." Kata Bajalah selanjutnya: "Maka kami pun melaksanakan hukuman mati terhadap tiga tukang sihir perempuan."

Tanda-tanda Umum di sihir

1) Pening kepala yang berpanjangan terutama pada waktu senja
2) Mimpi yang menakutkan
3) Sakit dada dan resah menjelang senja
4) Sakit di dalam perut bagaikan di pulas urat perut atau terasa bagaikan ada benda yang bergerak di dalam tubuh dan sering terasa bagai di tusuk di perut.
5) Mula nampak alam ghaib
6) Berlaku perkara yang pelik di sekitar umpamanya berbau kemenyan, hanyir, wangi dan sebagainya
7) Berlaku sakit yang tidak di ketahui punca dari doktor
8) Terdengar suara-suara yang memanggil namanya
9) Pening atau pengsan apabila dibaca ayat ruqyah kepadanya.

Jenis jenis sihir

1- Sihir pemisah (perceraian)  Berubah keadaan dari cinta menjadi benci, semakin banyak keraguan yang timbul antara suami isteri, saling bertengkar walaupun perkara yang remeh temeh dan sukar memaafkan, berubah bentuk isteri di mata suami dan sebaliknya, orang yang di sihir membenci semua perbuatan yang dilakukan oleh pihak lain, orang yang terkena sihir benci tempat yang di duduki oleh pihak lain, di luar rumah merasa tenang dan apabila pulang kerumah merasa bosan. Bahan yang di gunakan seperti tahi besi yang di tabur di jalan yang di lalui oleh mangsa atau di tanam di mana-mana kawasan rumah

2- Sihir Percintaan (penunduk)  Puncak cinta dan keadaan nafsu yang berlebihan, hasrat yang kuat untuk selalu bersama, tidak ada kesabaran untuk berhubungan badan, kerinduan yang sangat dan selalu ingin bertemu, ketaatan yang buta terhadap pasangan
.
3- Sihir membatal atau menunda perkahwinan  biasanya melalui 2 cara jin merosakkan.

a) Jin masuk dan menutupkan keinginan perempuan terhadap orang yang mahu meminang atau menikahinya.

b) Jin tidak dapat masuk tetapi menyihirnya dengan memberi khayalan dari luar, ia memberi khayalan kepada pasangan bahawa ia saling buruk. Dengan demikian maka setiap lelaki yang meminangakan mengundur diri tanpa sebab padahal sebelumnya sudah saling setuju.

4- Sihir yang mengikat lelaki dan perempuan 

A) Kepada lelaki
a) Sebelum kahwin alat kelamin berfungsi dengan baik tetapi selepas kahwin maka alat kelamin tidak mampu berfungsi.

b) Alat kelamin berfungsi dengan baik di luar rumah akan tetapi apabila mendatangi isteri alat kelaminnya hilang fungsi.

c) Alat kelamin berfungsi dengan isteri ketika bergurau senda tetapi apabila bersama hilang fungsi.

B) Kepada perempuan pula:
a) Ada penghalang di dalam alat kelamin isteri berupa daging yang menutupi lubang vagina isteri.

b) Ketika ingin mengauli isteri, isteri merapatkan paha agar suami tidak dapat bersama kerana halangan perasaan atau kesakitan.

c) Adanya pendarahan apabila disetubuhi, tetapi apabila menjauhi isteri maka darah tersebut berhenti.

5- Sihir dimandulkan  Tidak dapat zuriat walau pun di sahkan oleh doktor pakar bahawa ia tidak mempunyai masalah.

6- Sihir pukau 

a) Menyebabkan sesorang itu kaku, kelu dan tak mampu bertindak balas samada melalui pandangan, pendengaran atau anggota badan yang lain. Ia sudah berada di bawah penguasaan pemukau tersebut dan bertindak mengikut arahan yang diberi oleh pemukau tersebut.

b) menyebab mangsa tidur lena tidak mengetahui perkara yang berlaku di sekelilingnya.

Bagaimana terjadi pukau?

a) Pandangan mata yang tajam yang mengandungi racun syaitan (member salam dan mengarahkan).

b) Melalui sentuhan dengan berjabat tangan atau menepuk belakang mangsa.

Rasululullah menyebut: “Pandangan mata itu merupakan panahan dari panahan iblis yang boleh terkena kepada hati mukmin.”

7- Sihir Gila  mangsa menjadi sasau, meracau, bertempik, kebingungan, pelupa, kadang kadang tidak sedar diri, mata mangsa terbeliak dan melilau, ditahap yang kritikal berjalan yang tidak ada arah tuju dan tidur tidak menentu dan mula ingin berada pada tempat yang gelap.

8- Sihir Sakit anggota badan  Tandanya mengalami sakit yang berpanjangan pada salah satu anggota badan, kerap kali di serang sawan, mengalami kelumpuhan pada salah satu anggota tubuh, melumpuhkan semangat dalam melakukan aktiviti seharian.

9- Sihir Pendarahan (Darah istihaadah)  Tandanya darah yang tidak berhenti pendarahan walaupun sudah melalui tahap masa kebiasanya.

Menurut ibn Al athir darah isthihadah ialah darah yang keluar dari kemaluan wanita selepas hari hari haid sebagaimana biasa. Jin yang bergerak di dalam saluran darah orang yang disihir tersebut. Biasanya jin akan menendang rahim sekuat hatinya dan darah keluar dari saluran tersebut.

Inilah yang berlaku kepada seorang wanita di zaman Rasulullah Hamnah binti Jahsy lalu Rasulullah menyebut: “Sesungguhnya darah itu hasil sepakan syaitan, syaitanlah yang menendangnya”

10- Sihir Santau  Santau boleh di bahagikan kepada dua bahagian.

a) santau menggunakan bahan yang gatal dan miang lalu di jampi serapahnya untuk di tujukan kepada seseorang.

b) Santau yang menggunakan bahan miang, bisa terdiri dari lipan bara, bisa ular, ubur-ubur, ulat mati berangan dan sebagainya. Di gaul dan di peram beberapa bulan dihantar kepada yang ingin dituju tanpa dibaca.

Tanda-tandanya ialah gatal, batuk berdarah dan miang seluruh tubuh badan terutama menjelang senja dan batuk berdarah serta kulit membengkak pecah dan berair disertai rasa bisa. Biasanya jika tahap yang kritikal, seseorang mangsa sihir akan ketara kebiruan dan kehitaman pada jari jemarinya.

11- Sihir Penutup  Biasanya di kenakan kepada peniaga.

Antara tandanya, bau hanyir di tempat perniagaan, lesu untuk datang bekerja, pertengkaran sesama anggota kerja yang tak berkesudahan walaupun perkara kecil. Seringkali orang melihat tempat kerja tertutup sedangkan kedai di buka.

Bagaimana cara penyihir menimbulkan kesan kepada badan

Terjadinya hubungan bahan bahan ini dengan orang yang di sihir dengan cara:

1- Melalui makanan atau minuman. Orang yang akan disihir harus memakan atau meminumnya agar pengaruh sihir masuk kedalam badan.

2- Melalui perantaraan tanah yang ditabur di jalan yang akan di lalui oleh orang yang akan di sihir. Jika orang tersebut melangkahinya maka terkena sihir ini.

3- Melalui rambut, kuku, baju yang ada peluh orang yang akan disihir, ini termasuk bahan yang boleh di tampal di tanam , ditusuk di balikkan patung, ditanam atau di masukkan kedalam sungai atau laut. Jin hamba kepada tukang sihir mengenali orang yang akan disihir dengan bau peluhnya.

4- Melalui angin yang diseru dan di panggil nama orang yang akan di sihir.

(Sumber: Darusyifa')





Tiada ulasan: