Google+ Badge

Khamis, 2 Februari 2017

6190. Muhasabah diri, kadang orang lagi suka guna cermin diri.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
Bismillahirrahmanirrahim. 
Alhamdulillahirabbilalaamiin. 

Bila guna cermin diri disebut muhasabah diri. Pada aku muhasabah diri lagi dekat dengan Allah. Cermin diri tu olahan kelaku melayu yang tak ke mana. Bagi amanah perintah negara pun seakan hancur lebur. Yang gahnya guna pakai takkan melayu hilang di dunia. Apa erti xhilang di dunia kalau amanah semua dah jadi milik orang sebab tergadai zaman berzaman. 

Wahai Sahabatku..

Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada kita.. Selang beberapa tempoh masa,

Individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..

Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut tempatnya adalah di sinki dan akan dibasuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..

Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dalam tong sampah yang hina..

HUBUNGAN KITA HAMBA ALLAH DENGAN ALLAH...

Dengan Allah Taala.. Jika Kita kembali padaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus tempatkan kita di tempat di mana kita berasal, yang baik dan tempat yang selayaknya bagi kita.. iaitu Syurga..

Namun jika Kita kembali ke hadratNya dalam keadaan kotor dengan dosa, Allah akan ’basuh’ Kita sebersih-bersihnya di dalam api neraka sebelum memasukkan Kita ke dalam Syurga..

Tetapi jika Kita kembali padaNya dalam keadaan yang rosak imannya, sehingga tidak dapat dibezakan antara beriman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 untuk menghumbankan kita ke dalam neraka jahanam yang hina buat selama-lamanya...

Dipersilakan share kalau rasa berguna untuk diri kita dan orang yang kita syg..
Aamiin Ya Allah. 
Wassalamu. 



















Tiada ulasan: