Jumaat, 10 Februari 2017

6213. Maka tidak ada faedahnya melihat atau mencuba melihat mereka.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ. 




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
Bismillahirrahmanirrahim. 
Alhamdulillahirabbilalaamiin.

Manusia Tidak Boleh Lihat Jin!!!
Manusia tidak dapat melihat jin secara terus dalam rupa mereka yang hakiki. Ini telah disepakati ulamak... 

Namun kalau pun boleh melihat jin barangkali: 

1) Dari kalangan anbiya' dan awliya'nya; Kasyaf dari nur Ilahi kerana bersih, terang hatinya, luar biasa adab dan tawadduknya serta berada di makam yang istimewa di sisi Allah sehingga terbuka rahsia rohani yang asalnya beramal ibadat khalis/ikhlas hanya kerana Allah dan bukan mengidamkan segala keistimewaan dan kasyaf tersebut. 

Tidak sama sekali! Orang awam seperti kita tidak mungkin boleh mengecapinya jika akhlak masih hodoh dan takabbur serta sombong menebal seperti kulit gajah! 

2) Kasyaf jin: Ada dua keadaan: 

A) Kerana penyakit dan mengalami gangguan jin sehingga terkena sihir takhayyul lantas tergambar halunisasi dan gambaran makhluk dan lembaga yang bukan hakikat sebenar jin tersebut... 

Pandangan mereka ditipu jin sehingga mengkhayalan susuk tubuh yang dipandu oleh nafsu yang meng'generate'kan dan men'design' penampakan tersebut... 

Atau dikhayalkan oleh sihir takhayyul jin yang berada di otak manusia.... 

B) Bomoh yang beramal dengan amalan tertentu untuk menampakkan susuk tubuh jin dan untuk mencari kehebatan sehingga ternampak akan mereka jelamaan tertentu yang sebenarnya dikhayalkan oleh jin. 

Malangnya mereka mendakwa sewenang-wenangnya bahawa itu adalah bukaan rohani. 

Bukaan rohani dan bukaan untuk melihat alam lain tidak semudah ABC... 

Dengan amalan puh pah puh pah... akhirnya mendakwa boleh tengok jin.... 

Sedangkan hati masih berkarat, berselaput noda, dosa dan nafsu, takabbur menjadi makanan ruji, akidah masih tercemar dengan kesyirikan, ibadah lintang pukang dan tidak 'luar biasa' serta akhlak ibarat semak-samun.... 

Mana mungkin dapat keajaiban berupa anugerah dan hadiah dari Allah Taala.... 

Kalaupun perkara ajaib terjadi, itulah istidraj dan bukan karamah atau maunah dari Allah.... 

Dalil manusia biasa macam kita tidak boleh melihat jin: (please take note; walau bagaimana pun sesiapa sahaja boleh melihat jelmaan dengan izin Allah melalui penampakan berupa): 

*rupa wanita/manusia (seperti dalam sirah seperti syaitan yang menyerupai Suraqah bin Malik dan iblis yang datang ke Darun Nadwah yang menyerupai seorang sheikh yang dikenali Sheikh an Najdi. 

Abu Hurairah yang menangkap syaitan jelmaan yang menggaggu simpanan Baitul Mal dan Ammar bin Yaasir yang pernah berhadapan dan bertarung dengan jelmaan makhluk halus! 

*rupa binatang buas-harimau 

*rupa binatang bisa-kala, ular,lipan 

*manusia kerdil 

*asap,awan tebal, gelombang gas. 

Ini adalah tulisan kawan2 khususnya Prof Shahnor UPM (credit to him!) di dalam forum berkenaan "Manusia tidak boleh melihat jin dalam rupa yang hakiki": 

Prof Shahnor menulis: Sdra/Puan dan Sahabat semua. 

Dalil bahawa manusia tidak boleh melihat JIN: 

1. Allah s.w.t telah mengisyaratkan dengan firman-Nya: 

“Dan pada sisi Allahlah Kunci-kunci semua yang ghaib, tidak ada yang mengetahuinya kecuali Allah” (QS. al-An’am; 6/59) 

2. Allah s.w.t berfirman: 

“Sesungguhnya ia (syaitan/jin) dan pengikut-pengikutnya melihat kamu, dari dimensi yang kamu tidak mampu melihatnya” (QS.Al A'raf 7; 27) 

3. Malaikat dan jin sebenarnya mereka juga adalah makhluk fizik, bukan metafisika. 

Asal kejadian fizik jin diciptakan dari api, sedang fizik Malaikat diciptakan dari cahaya. 

Sebagaimana manusia yang asal kejadiannya diciptakan dari tanah, bentuk kejadian selanjutnya tidaklah tanah lagi, melainkan terdiri dari tulang dan daging. 

Maka demikian juga yang terjadi terhadap makhluk Malaikat dan jin. 

Meskipun fizik jin diciptakan dari api dan Malaikat diciptakan dari cahaya, kejadian selanjutnya tidaklah api dan cahaya lagi, tapi dalam bentuk fizik tertentu yang oleh Allah s.w.t telah ditetapkan tidak dapat dirasakan atau dicakup dengan indera mata manusia. 

4. Al-Imam Al-Qusyairi menyatakan, “Allah SWT sudah menetapkan (mengikut hukum alam) bahawa anak cucu Adam tidak akan dapat melihat syaitan di dunia.” 

5. Prof. Sayyid Sabiq dalam Kitabnya Aqidah Muslim berkata, jin atau syaitan itu secara aslinya tidak dapat dilihat oleh mata (zahir) 

Tidak diketahui bagaimana bentuknya tetapi mereka mempunyai kuasa menjelma diri dalam bentuk lain (maknanya bertukar kepada fizik lain) 

Menyerupai sahabat terdekat, kekasih atau suami seorang wanita dan haiwan. 

WalLah hu Aalam... 

Maka tidak ada faedahnya melihat atau mencuba melihat mereka. 

TA menulis: 

Itu yang cuba hendak di sampaikan Prof. Tapi maklumlah perawat sekarang semua nak menunjukkan kehebatan dgn melihat jin. 

Lagi senang kerja menurut mereka yang dapat melihat jin. 

Saya bukan anti orang boleh boleh nampak jin itu tapi di antara mereka siapa yang benar-benar nampak dan siapa yang benar-benar ada jin yang menampakkan kepada mereka?...... 

Tak perlulah nak lihat jin kerana itu bukan tujuan kita hidup di muka bumi ALLAH ini. 

Perkara inilah yang paling banyak menyesatkan manusia kerana apabila melihat saja jin maka itu dikatakan satu kurniaan dan kemudian di ceritakan pada orang lain yang akan mula nampak kehebatan akhirnya........ 

jin dah tak nampak tapi masih kata dia nampak...... 

Ramai yang kena tipu......

khasnya orang melayu 

Saya tulis: 

Alhamdulillah kita tak boleh tengok jin... 

Itulah SunnatuLLAH untuk memelihara kerukunan hidup di dunia bersama makhluk lain... 

Bab pesakit tu lainlah sebab mereka teraniaya sehingga ternampak halusasi berupa penampakan perbagai... kasihan mereka. 

Yang harunya bomoh mendakwa melihat jin dan berbangga mengatakan itu adalah kasyaf seumpama terjadi kepada Para Nabi dan Wali.... 

Kalau boleh nampak, alamatnya huru haralah dunia........ 

Sumber: 
http://www.rawatanislam2u.com/2010/11/manusia-tidak-boleh-lihat-jin.html

“----” 


































































Pic ulangkaji...
In Syaa Allah ... Allah temukan kita dengan Ramadhan selanjutnya ... Aamiin Ya Allah.

Untuk khasnya Umat Islam pelayar dari Indonesia dan umumnya Umat Islam seantara dunia.









































































































Tiada ulasan: