Rabu, 18 Oktober 2017

6241. Jauh ke dasar hati.

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillahirabbilalaamiin.

Dengan izin dan kehendak-Nya Allah Tuhan Yang Maha Esa ...kita adalah kalangan hamba-Nya yang terpilih untuk beroleh hidayah-Nya, redho-Nya, rezeki-Nya, keberkatan-Nya serta rahmat-Nya dan juga Syafaat Nabi Muhammad kekasih Allah, Junjungan kita Rasulullah di akhirat kelak. Aamiin Ya Robbalalaamiin.
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillahirabbilalaamiin.

Assalamualaikom. 
Allahhumma shalli ala Muhammad waala ali Muhammad.

Bismillahhirrahmannirrahim.
Allahhumma alhimna marashida umurina waaizna minsyururi anfusina wamin sayyiati akhmalina. Robbisrohlii sodrii wayossirlii amrii wahlul ukhdatan minlisani yofkahu qauli.

Fikir sesaat lebih utama daripada ibadat 70 tahun? Apakah fikir yang dimaksudkan dalam hadis tersebut? Maksudnya ialah fikir tentang kebesaran Allah swt dan fikir bagaimana diri saya, keluarga seterusnya jiran jiran dapat mengamalkan agama didalam kehidupan seharian. Cara yang bersesuaian dengan amalan Rasullullah saw.

LAILAHAILLALLAH MUHAMMADDAR RASULLULLAH.

Daripada pendosa di kalangan umat ini.
LIKE DAN SHARE JIKA BERMINAT
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillahirabbilalaamiin.
Assalamualaikom, Allahhumma shalli ala Muhammad waala ali Muhammad.
Allahhumma alhimna marashida umurina waaizna minsyururi anfusina wamin sayyiati akhmalina. Robbis rohlii sodrii wayossirlii amrii wahlul ukhdatan minlisanii yofkahu qauli.

Tuan tuan yang dimuliakan Allah swt.

Berdoalah pada Tuhan kamu dalam keadaan merendah diri dan (dengan suara) perlahan lahan, sesungguhnya Allah swt tidak suka kepada orang orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah swt menyediakan segala yang membawa kebaikan kepadanya. Dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan takut dan penuh harapan (supaya makbul) sesungguhnya rahmat Allah swt itu dekat kepada orang yang memperbaiki amalannya.( al-A'raf:55-56)

Dan Allah swt mempunyai nama nama yang baik (yang mulia) dan serulah (berdoalah) pada-Nya dengan menyebut nama-namaNya.( al-A'Araf:180)

DARI PENDOSA DI KALANGAN UMAT INI.
SILA LIKE DAN SHARE JIKA BERMINAT.
 —

Bismillahirrahmanirrahim. 
Alhamdulillahirabbilalaamiin. 

Assalamualaikom.
Allahhumma shalli ala Muhammad waala Muhammad.

Bismillahhirrahmannirrahim.

Dibawah ini ditulis mahfum beberapa hadis Baginda saw tentang kelebihan solah.

1) Solah merupakan perintah Allah swt yang pertama keatas umatku dan solahlah yang pertama dihisab pada hari kiamat.
 

2) Takutilah Allah swt tentang solah.Takutilah Allah swt tentang solah.Takutilah Allah swt tentang solah.
 

3) Solah adalah pemisah antara seseorang yang beriman dengan syirik.
 

4) Solah ialah tanda Islam.Seseorang yang bersolah dengan khusyuk serta memelihara waktu solah dan perkara perkara yang disunatkan dalam solah adalah seorang mukmin.
 

5) Tidak ada amalan yang difardukan oleh Allah swt lebih afdal daripada iman dan solah.Sekiranya terdapat amalan amalan yang lebih afdal daripada solah,nescaya Allah swt akan memerintahkan para malaikat untuk melakukan amalan amalan itu.Oleh itu,sepanjang siang dan malam ada malaikat yang rukuk dan ada yang sujud.
Inn Syaa Allah ada sambungannya.
In Syaa Allah bermanafaat buat kita semua.
Fikirman alam maya.
SILA LIKE DAN SHARE JIKA BERMINAT.

Bismillahirrahmanirrahim. 
Alhamdulillahirabbilalaamiin. 

Assalamualaikom.
Allahhumma shalli ala Muhammad waala ali Muhammad.

Bismillahhirrahmannirrahim.

6) Solah adalah tiang agama.

7) Solah menghitamkan muka syaitan.

8) Solah adalah sebaik baik jihad.

9) Solah adalah Nur bagi orang mukmin.


10) Apabila seseorang mengerjakan solah Allah swt menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.Apabila dia selesai bersolah Allah swt akan mengalihkan perhatian kepadanya.


11) Apabila bala turun dari langit maka mereka yang memakmurkan masjid terselamat daripada bala itu.


12) Kalaulah seseorang dimasukkan kedalam neraka kerana sesuatu sebab, api neraka tidak akan membakar bahagian anggota sujud.


13) Allah swt telah mengharamkan api neraka daripada menyentuh anggota sujud.

14) Amalan yang disukai oleh Allah swt ialah solah yang ditunaikan pada awal waktu.

15) Keadaan manusia yang paling disukai oleh Allah swt ialah ketika seseorang itu sujud dan dahinya menyentuh ketanah.

In Syaa Allah bermanafaat buat saya dan tuan tuan semua.
DARIPADA PENDOSA DI KALANGAN UMAT INI.
SILA LIKE DAN SHARE JIKA BERMINAT.
 — 

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillahirabbilalaamiin.

Assalamualaikom.
Allahhumma shalli ala Muhammad waala ali Muhammad.

Bismillahhirrahmannirrahim.

16) Seseorang itu sangat hampir dengan Allah swt ketika dia dalam keadaan sujud.

17) Solah adalah anak kunci kunci.

18) Apabila seseorang hendak berdiri mengerjakan solah maka terbukalah pintu pintu syurga dan tabir antara dia dengan Allah swt disingkap, selagi dia tidak melakukan perkara perkara yang makruh.

19) Seseorang yang bersolah adalah seperti dia sedang mengetuk pintu rumah Raja segala raja dan pada kebiasaannya apabila pintu diketuk berterusan maka pastilah pintu itu akan dibuka.

20) Kedudukan solah dalam agama adalah umpama kepala pada badan.

21) Solah adalah cahaya bagi hati. Sesiapa yang inginkan hatinya bercahaya maka usahakanlah melalui solah.

22) Seseorang yang mengambil wuduk dengan sempurna lalu menunaikan solah dua atau empat rakaat solah fardu atau sunat dengan khusyuk dan kuduk lalu memohon keampunan daripada Allah swt terhadap dosanya maka Allah swt akan mengampuninya.

23) Bahagian bumi yang digunakan untuk mengingati Allah swt dengan menunaikan solah berbangga bangga keatas bahagian bumi yang lain.

24) yang menunaikan solah dua rakaat lalu memohon sebarang hajat daripada Allah swt maka permohonannya itu akan diperkenankan samada pada ketika itu juga atau dilambatkan sedikit kerana sesuatu maslahat (sesuatu manafaat atau kebaikan).

25)Sesiapa yang mengerjakan solah dua rakaat bersendirian dan tiada siapa yang melihatnya kecuali Allah swt serta para Malaikatnya akan mendapat jaminan kelepasan daripada api neraka.

In Syaa Allah bermanafaat buat kita semua.
Tafsiran Syaikh ul-Hadis Hadrat Maulana Muhammad Zakariyya Khandalawi rahmatullah.

Fikirman alam maya.
LIKE DAN SHARE JIKA BERMINAT.
 —
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillahirabbilalaamiin.
Assalamualaikom.
Allahhumma shalli ala Muhammad waala ali Muhammad.

Bismillahhirrahmannirrahim.

26) Sesuatu doa akan dimakbulkan oleh Allah swt selepas seseorang itu menunaikan setiap solah fardunya.

27) Seseorang yang mengambil berat terhadap solah lima waktu dengan menyempurnakan rukuk, sujud, wuduk dan lain lain dengan sempurna maka pasti dia akan memasuki syurga dan neraka diharamkan keatasnya.

28) Selagi seseorang Islam mengambil berat dalam menunaikan solah lima waktu maka selagi itulah syaitan akan takut kepadanya. Apabila dia mencuaikan solah maka syaitan menjadi berani dan bersungguh sungguh untuk menyelewengkannya.

29) Amalan yang paling baik ialah mendirikan solah diawal waktu.

30) Solah adalah persembahan orang yang bertakwa kepada Allah swt.

31) Solah yang paling disukai oleh Allah swt ialah solah yang dikerjakan awal waktu.

32) Mereka yang pergi mengerjakan solah pada waktu subuh membawa bendera iman. Sementara mereka yang pergi ke pasar (tanpa bersolah Subuh) membawa bendera syaitan.

33) Pahala empat rakaat solah sunat sebelum Zuhur sama seperti pahala empat rakaat solah Tahajjud.

34) Apabila seseorang berdiri untuk mengerjakan solah maka rahmat Allah swt tertumpu kepadanya.

Saya hanyalah penyampai sedangkan taufik untuk beramal adalah dari-Nya jua.
In Syaa Allah amalan tuan tuan diterima oleh-Nya.
Dari pendosa di kalangan umat ini.
 

SILA LIKE DAN SHARE JIKA BERMINAT. 
-Sejadah Cinta Illahi.
Bismillahirrahmanirrahim. 
Alhamdulillahirabbilalaamiin. 

Assalamualaikom. 
Allahhumma shalli ala Muhammad waala ali Muhammad. Bismillahhirrahmannirrahim.

Sayyidina Buraidah rhu meriwayatkan bahawa Rasullullah saw bersabda, "Sesiapa membaca al-Qur'an dan dengan al-Qur'an dia memperoleh sesuatu daripada manusia untuk dimakannya, akan muncul pada hari kiamat,mukanya cuma bertulang dan tidak berdaging." (Hadis riwayat Baihaqi)

Keterangan: 

Mereka yang membaca al-Qur'an dengan tujuan keduniaan tidak akan dapat apa apa bahagian pada hari kiamat kelak.Rasullullah saw bersabda, "Kita yang membaca al-Qur'an, antara kita ada orang Arab dan bukan Arab. Teruskanlah bacaanmu sebagaimana kamu melakukan sekarang ini. Tidak lama lagi akan bangun satu golongan manusia yang akan memperbetulkan sebutan huruf huruf al-Qur'an sebagaiman anak panah diperbetul, yaitu mereka akan berusaha keras untuk menghiasi bacaan mereka. Mereka menghabiskan masa berjam jam bagi memperbaiki sebutan setiap huruf. Mereka akan bersusah payah untuk memperbetulkan makhraj,tetapi itu semua adalah untuk keduniaan. Perbuatan mereka langsung tidak ada kena mengena dengan akhirat."

Hadis ini bermaksud bahawa hanya dengan suara yang baik sahaja adalah sia sia jika tidak ada keikhlasan dan tujuan hanyalah untuk mendapatkan faedah keduniaan. Wajah menjadi tidak berdaging bermaksud bahawa apabila seseorang itu menjadikan sesuatu yang paling mulia (iaitu al-Qur'an) sebagai alat untuk mendapatkan sesuatu yang paling rendah nilainya (keuntungan dunia) maka bahagian yang paling mulia (iaitu mukanya) akan dihilangkan kecantikan muka itu.

Saya hanyalah penyampai sedangkan taufik dan hidayah adalah dari-Nya jua. Semoga amalan tuan tuan dan puan puan diterima oleh-Nya. Aamiin ya rabbal alamin.
DARI PENDOSA DI KALANGAN UMAT INI.
SILA LIKE DAN SHARE JIKA BERMINAT.

Bismillahirrahmanirrahim. 
Alhamdulillahirabbilalaamiin. 

Assalamualaikom.
Allahhumma shalli ala Muhammad waala ali Muhammad.Bismillahhirrahmannirrahim.Allahhumma alhimna marashida umurina waaizna minsyururi anfusina wamin sayyiati akhmalina.

Sayyidina Abdullah bin Abbas rhu meriwayatkan Rasullullah saw bersabda,Sesiapa yang mengumpul dua solah tanpa sebarang keuzuran,sesungguhnya dia telah tiba kesalah satu pintu DOSA BESAR.(Hakim riwayat Hakim).

Keterangan
Sayyidina Ali rhu berkata bahawa Rasullullah saw telah bersabda, "Jangan melambat lambatkan dalam tiga perkara. Pertama,solah,apabila telah masuk waktunya.Kedua,pengkebumian mayat, apabila jenazah sudah disiapkan.Ketiga, mengahwinkan seorang wanita, apabila jodoh yang sesuai sudah didapati. Ramai orang yang menganggap diri mereka soleh dan mereka juga dianggap seorang yang mengambil berat tentang solah, namun disebabkan alasan yang kecil seperti safar( perjalanan), mengurus kedai atau apa apa pekerjaan maka banyak solah ditinggalkan. Setelah pulang kerumah barulah mereka mengkadakan solah solah yang ditinggalkan itu. Tidak mengerjakan solah tepat pada waktu tanpa sebarang keuzuran seperti sakit dan seumpamanya adalah satu dosa besar. Walaupun dosa menangguhkan solah tidaklah sebesar meninggalkan solah, namun dosa tidak mengerakan solah pada waktunya amat berat dan masih tidak mencukupi hanya dengan mengkadakan solah.(kecuali dengan bertaubat).

In Syaa Allah saya dan tuan tuan serta puan puan ambil ikhtibar dari status diatas. Dapat amal dan sampaikan kepada yang lain.Fikirman alam maya. SILA LIKE DAN SHARE JIKA BERMINAT.
 —
Bismillahirrahmanirrahim. 
Alhamdulillahirabbilalaamiin. 

Assalamualaikom,Allahhumma shalli ala Muhammad waala ali Muhammad.

Bismillahhirrahmannirrahim,
Allahhumma alhimna marashida umurina minsyururianfusina wamin sayyiati akhmalina.Robbisrohlii sodrii wayossirlii amrii wahlul ukhdatan minlisani yofkahu qauli.

Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada didalam hatinya sombong sebesar zarah. Apakah itu sombong?
Seseorang yang dikatakan sombong itu ialah dia merasa LEBIH daripada orang lain. Dari apa segi pun samaada ilmu, amal, harta atau apa apa sahaja. Lantas dia memandang RENDAH orang lain seterusnya menghina.Berbangga bangga dengan apa apa yang DIMILIKINYA dan menolak KEBENARAN walaupun dia menyedarinya. Iblis berkata, Adakah patut aku sujud kepada Adam sedangkan Adam dibuat dari tanah dan aku dari api.Pertamanya dia ingkar dengan perintah Allah swt dan yang kedua dia merasa lebih baik kerana dibuat dari api.
 
Menunjuk-nunjuk dalam beramal (riyak) dan kagum (ujub) dengan prestasi amalannya. Apakah dia lupa asal usulnya (daripada saripati yang hina yaitu air mani). Apakah yang harus disombongkan? Maaf terkasar bahasa. Yang sempurna daripada Allah swt, kesilapan, kekurangan adalah dari diri saya sendiri. 

Fikirman alam maya. 

Subhanallahhi wabihamdihi subhanakallahhumma wabihamdika asyhadualla ila anta astaghfiruka waatubu ilaik. 

LIKE DAN SHARE JIKA BERMINAT.
 —
Bismillahirrahmanirrahim. 
Alhamdulillahirabbilalaamiin. 

Assalamualaikom.
Allahhumma shalli ala Muhammad waala ali Muhammad.Bismillahhirrahmannirrahim.

Sampaikanlah berita gembira(wahai Muhammad) kepada orang orang yang merendahkan diri. Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah swt., gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan solah, serta orang-orang yang menginfakan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka.)al-Hajj:34-35)

Keterangan Dalam ayat diatas MUHBITINA telah diterjemahkan sebagai orang-orang yang merendahkan diri. Terdapat beberapa pendapat ulama dalam menterjemahkan perkataan tersebut. Terjemahan asal untuk perkataan itu ialah orang-orang yang menuju ke arah tempat yang rendah. Sebahagiaan ulama MUHBITINA sebagai orang-orang yang menundukkan tengkuknya di hadapan hukum hakam Allah swt kerana terjemahan ini juga membawa makna menjadikan tengkuk tunduk kebawah. 

Sebahagiaan yang lain pula menterjemahkannya sebagai orang-orang yang tawaduk kerana mereka ialah orang orang yang setiap waktu merendahkan tengkuk mereka. Hadrat Mujahid rhu menterjemahkannya sebagai orang-orang yang tenang jiwanya. Hadrat Amr bin Aus rhu pula berkata bahawa MUHBITINA ialah mereka yang tidak menzalimi sesiapa pun dan jika mereka dizalimi maka mereka tidak akan mengambil tindakan balas. Hadrat Dahhak rhu pula berkata bahawa MUHBITINA ialah orang orang yang bersifat tawadduk. Diriwayatkan bahawa apabila Sayyidina Abdullah bin Mas'ud rhu melihat Sayyidina Rabi' bin Khaisam rhu maka beliau berkata, Melihatkan kamu mengingatkan daku kepada MUHBITINA. 

Saya hanyalah penyampai sedangkan taufik dan hidayah adalah milik-Nya jua. 
In Syaa Allah amalan tuan tuan dan puan puan diterima oleh-Nya. 
Fikirman alam maya. 
LIKE DAN SHARE JIKA BERMINAT.

 —

 —
Bismillahirrahmanirrahim.  
Alhamdulillahirabbilalaamiin. 

Assalamualaikom.
Allahhumma shalli ala Muhammad waala ali Muhammad.Bismillahhirrahmannirrahim.

Tuan tuan dan puan puan yang dimuliakan Allah. Sesungguhnya kehidupan didunia ini bukanlah satu perkara yang mudah. Perlu buat dua persiapan yaitu bekalan untuk kehidupan didunia dan bekalan untuk kehidupan diakhirat.

Sering sahaja kita hilang pertimbangan kerananya. Terlalu banyak kehendak (perancangan) yang mana membuatkan kita tidak tenang serta tertekan. Seolah olah umur kita mencecah seribu tahun. Sering kita lupa bahawa Malaikat Maut menziarahi sebanyak 70 kali dalam sehari.

Sedangkan kehidupan diakhirat yang kekal abadi sering diabaikan ataupun sekadar sambil lewa sahaja.
Sesungguhnya orang bertakwa akan ditempatkan dalam taman taman syurga dan mata mata air (Keadaan mereka) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka. Sesunghuhnya mereka didunia dahulu adalah orang yang membuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa daripada waktu malam untuk mereka tidur dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, selalu beristighfar kepada Allah swt (memohon ampun) (az-Zariyat:15-18)
 
Peringatan buat diri sendiri dan diharapkan bermanafaat buat saudara saudara yang lain. 
Fikirman alam maya. 
SILA LIKE DAN SHARE JIKA BERMINAT.
 —

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabbilalaamiin. 

Assalamualaikom.
Allahhumma shalli ala Muhammad waala ali Muhammad.Bismillahhirrahmannirrahim. Alhamdulillahhirabbil alamin,wassala tuwassala muala asrafil anbiya iwalmursalin waala alihi wasahbihi ajmain.

Ya Allah, Sesungguhnya kami memohon kepada-Mu dengan bersaksi bahawa sesungguhnya Engkaulah Allah, tiada yang berhak disembah selain daripada-Mu, Engkaulah yang Maha Esa, lagi tidak memerlukan kepada sesiapa sebaliknya segala galanya memerlukan kepada-Mu, yang tidak melahirkan sesiapa dan tidak dilahirkan oleh sesiapa dan tidak ada sesuatu pun yang menyerupai-Nya.

Rabbana atina fiddunya hasanah wafil akhirati hasanah waqina azabannar. waqina azabannar waqina azabannar.. Subhanarabbika rabbil izzati amma yasifun wasalamun alal mursalin walhamdulillahhirabbil alamin.
 — Sumber entry: (Ya Disini)

Tiada ulasan: