Khamis, 19 Oktober 2017

6259. Dialog cun.

Ustaz : hantarlah anak awak ke madrasah saya, dia tu nampak cerdas.

Ayah : nanti saya fikir dulu ustaz. Saya ada rancang juga nak hantar ke sekolah asrama penuh.

U : bukan apa Man, saya sayang tengok kecerdasan dan diri dia sendiri. Ingin selamatkan anak macam dia dari fitnah dunia sekarang..

A : ........ Saya rasa mungkin sekolah yang saya nak hantar ni ok ustaz.

U : takpelah kalau camtu, kalau bertukar fikiran tu bagitau je kat saya.

A : insyAllah ustaz

6 bulan kemudian... henfon ustaz berbunyi

A : assalamualaikum ustaz. Apa khabar?

U : Waalaikumussalam man. Alhamdulillah sihat. Lama tak dengar khabar. Apa khabar, sihat ke? Keluarga macam mana?

A : alhamdulillah sihat. Err.. sebenarnya saya ada hajat ni ustaz.

U : hajat apa dia tu?

A : kalau saya masukkan anak saya ke madrasah ustaz boleh? Anak saya macam tak boleh teruskan belajar di sekolah baru. Cikgu asyik call saya kata dia bermasalah.

U : masalah macam mana tu?

A : masalah disiplin ustaz. Dia terlibat kes buli, dia ramai kawan senior dan dia join buli pelajar sama tahun dengan dia dengan pelajar senior. Beberapa bulan ni cikgu asyik call bagitau kepada saya anak saya ditangkap selepas menumbuk pelajar-pelajar di sana.

U : kalau macam tu saya susah sikit nak terima dia.

A : kenapa ustaz? Bukan ustaz kata nak selamatkan anak saya hari tu dari fitnah zaman sekarang?

U : bukan saya yang tak nak selamatkan dia tapi awak tu yang tak nak selamatkan dia. Sebelum dia jadi macam ni saya tawarkan untuk dididik bawah didikan madrasah tapi awak tolak sebab nampak potensi dia. Tapi bila dia dah bermasalah baru nak masukkan ke madrasah. Madrasah bukan pusat pemulihan akhlak. Kalau dia masuk kemudian sedia berubah tak mengapa, saya takut timbul satu fenomena yang lain pula di kalangan pelajar. Bukan semua madrasah yang mampu mentarbiyah, tenaga pengajar kami cukup untuk mengajar sahaja tetapi untuk tarbiyah pelajar bermasalah kami belum cukup sedia..

A : jadi bagaimana ustaz?

U : bawa dia balik jadi pelajar harian. Mulai dari ini, didik dia solat dan bacakan hadith fadhilat amal untuk dia. Tetapkan masa dan tempat, insyaAllah Allah akan bagi taufiq kepada dia nanti dengan keberkatan hadith tu.

A : insyaAllah saya cuba ustaz. Terima kasih atas nasihat.

U : sama-sama Man..

(Dialog ini hanya rekaan tetapi banyak berlaku dalam realiti masyarakat. Bukan untuk merendahkan sistem sekolah hari ini, tetapi untuk menyedarkan bahawa ramai ibubapa melihat dengan remeh kedudukan madrasah serta pondok sebagai “last choice”. Jika semua madrasah disibukkan dengan kerja membentuk akhlaq yang sudah rosak, maka pada masa bila kita dapat melahirkan ulama?)









Tiada ulasan: