Isnin, 23 Oktober 2017

6285. Apa punya kita?.

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillahirabbilalamiin.

Jadikan hidup kita hari ini dgn nyawa pinjaman Allah juga kerana Allah.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Selamat beraktiviti kerana Allah.
Selamat berniaga kerana Allah.
Selamat bertugas kerana Allah.
Selamat berperanan sebagai ibu dan bapa kerana Allah.
Selamat berperanan sebagai anak kerana Allah.
Selamat berperanan selaku boss kerana Allah.
Selamat berperanan sebagai anak buah kerana Allah.

In Syaa Allah semuanya sama-sama kita meladeninya dengan penuh kasih sayang, juga kerana Allah. Dengan kasih sayang... In Syaa Allah ...apa yg dihajat, apa yg dijadikan objektif akan dimakbulkan Allah.

Aamiin Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.

Wassalamu.


☸ SYAFA'AT AL QUR'AN KETIKA BERADA DI ALAM KUBUR ☸


● Tolong kongsi untuk manfaat bersama

● Syafa'at Al-Quran ketika di Alam Kubur.

● Dari Sa’id bin Sulaim ra, Rasulullah SAW bersabda: “Tiada penolong yang lebih utama darjatnya di sisi Allah swt pada hari Kiamat selain daripada syafa'at Al-Qur’an. Bukan nabi, bukan malaikat dan bukan juga yang lainnya.” (Abdul Malik bin Habib-Syarah Ihya).

● Bazzar meriwayatkan dalam kitab La’aali Masnunah bahawa jika seseorang meninggal dunia, ketika orang sibuk dengan kain kafan dan persiapan pengebumian di rumahnya, tiba-tiba seseorang yang sangat tampan berdiri di kepala jenazah. Ketika kain kafan mulai dipakaikan, dia berada di antara dada dan kain kafannya.

● Setelah dikuburkan dan orang ramai mulai meninggalkan kuburannya, maka datanglah dua malaikat. Iaitu Malaikat Munkar dan Nakir yang berusaha memisahkan orang tampan itu dari mayat berkenaan agar mudah sesi soal jawab dilaksanakan.

● Tetapi si tampan itu berkata pada dua malaikat: ”Si mati ini adalah sahabat karibku. Walau dalam keadaan bagaimana sekalipun aku tidak akan meninggalkannya. Jika kalian ditugaskan untuk menyoal kepadanya, maka lakukanlah pekerjaan kalian, kerana aku tidak akan pernah berpisah dari orang ini sehinggalah ia dimasukkan ke dalam syurga.”

● Lalu ia berpaling kepada sahabatnya dan berkata,”Aku adalah Al Quran kalamullah yang terkadang kamu baca dengan suara keras dan terkadang dengan suara perlahan dan lembut mendayu dayu.

● Janganlah engkau khuatir ketika menghadapi pertanyaan dua malaikat Munkar dan Nakir itu, kerana engkau tidak akan pernah mengalami walau sedikit kesulitan.”

● Setelah dua malaikat itu selesai tugas menyoal pada si mati itu, maka Al Quran kalamullah itu terus menghamparkan tempat tidur si mati tadi dengan hamparan permadani sutera yang semerbak dengan haruman kasturi yang tersangat harum baunya•  ●~dari Mala’il A’la. (Himpunan Fadhilah Amal : 609)

● Allahu Akhbar!.. sering terdapat getaran haru dalam sanubari selepas membaca hadis ini. Getaran penuh pengharapan keredhoan Allah swt bercampur baur kebimbangan lantaran kurang istiqomah dalam menuntut ilmu Al Quran. Justeru, pengharapan terus melangit dengan iringan doa semoga Allah swt melimpahkan kurnianya untuk kita agar dipermudahkan untuk menerokai ilmu Al Quran kalamullah dan sangat sangat menyintai akan kitab suci itu. Mudah mudahan Al Quran kalamullah yang kita sentiasa baca dan tadabbur itu akan menjadi pembela dan pelindung (syafa'at) pada hari akhirat nanti, in shaa ALLAHu ta'àla alam, sekaligus getaran itu akan tertanam didalam jiwa agar kita sentiasa merasa takut, seandainya Al-Quran kalamullah itu akan  menuntut pada kita kerana kurang mengutamakannya.

● Yaa Allah.. yaa rohman.. yaa rohim.. engkau terimalah bacaan Al-Quran kami seadanya, maka engkau sempurnakanlah akan kekurangannya Yaa Allah.. yaa rohman.. yaa rohim.. Sesungguhnya engkau Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani aamiin.. aamiiin.. aamiiin.. yaa robbal ààlamiiin••○

● Banyak riwayat yang menerangkan bahawa Al-Quran kalamullah itu adalah pemberi syafa’at yang pasti dikabulkan oleh Allah Subhana wa Ta'ala, kerana al Quran itu bukanlah makhluk tetapi al Quran itu adalah Qodim

☆☆☆ Oleh:- Profesor Dr. Ahmad  Sathori bin Ismail. ☆☆☆

●Sampaikanlah walaupun hanya satu ayat•

●Sayang kalau ilmu ini hanya dibaca sendiri sahaja.. sila share dan sebarkan supaya sahabat sahabat kita yang lain juga  dapat beramal dan mendapat manfaat bersama.. in shaa ALLAHu ta'àla àlam••○

ORANG YG TAK TERSENTUH API NERAKA


Rasulullah SAW bersabda :

‎ﻋَﻦِ ﺍﺑْﻦِ ﻣَﺴْﻌُﻮﺩٍ، ﻋَﻦِ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲِّ - ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ - ،ﻗَﺎﻝَ : ﺃَﻻَ ﺃُﺧْﺒِﺮُﻛُﻢْ ﺑِﻤَﻦْ ﺗُﺤَﺮَّﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﺍﻟﻨَّﺎﺭُ؟ ﻗَﺎﻟُﻮﺍ : ﺑَﻠَﻰ ﻳَﺎ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠﻪِ، ﻗَﺎﻝَ : ﻋَﻠَﻰ ﻛُﻞِّ ﻫَﻴِّﻦٍ، ﻟَﻴِّﻦٍ، ﻗَﺮِﻳﺐٍ، ﺳَﻬْﻞٍ

"Maukah kalian aku tunjukkan orang yang Haram baginya tersentuh api neraka?"

Para sahabat berkata, "Mahu, wahai Rasulullah!"

Baginda menjawab: "(yang Haram tersentuh api neraka adalah) Orang yang Hayyin, Layyin, Qarib, Sahl."

(H.R. At-Tirmidzi dan Ibnu Hiban).

1. Hayyin

Orang yang memiliki ketenangan dan keteduhan lahir mahupun batin.
Tidak mudah memaki, melaknat serta tenang jiwanya..

2. Layyin

Orang yang lembut dan santun, baik dalam bertutur-kata atau bersikap. Tidak kasar, tidak ikut hawa nafsu sendiri. Lemah lembut dan selalu menginginkan kebaikan untuk sesama manusia

3. Qarib

Akrab, ramah diajak bicara, menyenangkan bagi orang yang diajak bicara. Dan murah senyum jika bertemu.

4. Sahl

Orang yang tidak mempersulit sesuatu. Selalu ada cara untuk selesaikan setiap permasalahan.

Mudah- mudahan Kita Semua Tergolong Didalam Golongan Orang-Orang Yang Diberkati Dan Dirahmati Serta Dikasihi Allah S.W.T Di Samping Orang-Orang Yang Kita Sayang.



Tiada ulasan: