Rabu, 15 November 2017

6346. Musibah diri dalam diri keperibadian pejuang hak kebebasan dan hak asasi manusia. Dengan itu apakah mereka pejuang?

...

ــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم.ِ..
.
عَنِ ابْنِ مَسْعُوْدٍ، قَالَ رَسُوْلُاللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ… أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوْ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ بَصَرِيْ، وَجَلاءَ حَزَنِيْ، وَذَهَابَ هَمِّيْ
.
...
.
Maksudnya: Dari “Ibn Mas’ud berkata., Rasulallah sallallahu`alaihi wasallam bersabda: ”Ya Allah, sesungguhnya aku Hamba-Mu.. Aku memohon dengan perantara setiap Nama yang Engkau miliki, baik yang Engkau namakan Dhat-Mu dengan-Nya, atau yang Engkau turunkan nama itu dalam kitab-Mu, atau yang Engkau ajarkannya kepada sesiapa di kalangan makhluk-Mu, atau yang hanya Engkau sahaja yang Mengetahui-Nya dalam ilmu ghaib di sisi-Mu, jadikanlah al-Quran sebagai taman/pengubat hatiku, cahaya mataku, penghilang kesedihanku dan penghapus rasa gundahku”
.
...
.
آمِيّنْ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن....
.
...
...

Bicara Nabi SAW dengan Allah.

dengan perantara
setiap Nama yang Engkau miliki,

baik yang Engkau namakan Dhat-Mu dengan-Nya,

atau yang Engkau turunkan nama itu dalam kitab-Mu,

atau yang Engkau ajarkannya kepada sesiapa di kalangan makhluk-Mu,

atau yang hanya Engkau sahaja yang Mengetahui-Nya dalam ilmu ghaib di sisi-Mu




MANA PEJUANG KEBEBASAN, KENAPA TIDAK BERSUARA DALAM ISU TUDUNG, SOAL PRESIDEN ISMA

BANGI, 25 Safar 1439H, Selasa – Sikap membisu pejuang hak asasi manusia dalam isu larangan bertudung ke atas pekerja meja hadapan hotel diselar oleh Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman.
“Mana pejuang kebebasan? Mana pergi pejuang hak asasi? Kenapa mereka tidak bersuara?,” soal Ustaz Abdullah dalam satu kenyataan hari ini.
Ustaz Abdullah berkata, golongan pejuang kebebasan sepatutnya tidak berdiam diri dalam mempertahankan hak asasi wanita Islam untuk pakai apa yang mereka suka.
Katanya lagi, hak kebebasan individu memilih pakaian sepatutnya dihormati termasuk bagi umat Islam.
“Apa hak hotel untuk mencampuri hak kebebasan individu seseorang? Tidakkah memilih pakaian adalah kebebasan yang perlu dihormati oleh majikan?
“Atau sebenarnya mereka pun sebenarnya tak suka apa yang namanya Islam?,” soalnya lagi.
Isu tudung ini menjadi hangat berikutan kenyataan Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH) yang mempertahankan tindakan industri perhotelan negara melarang pekerja wanita beragama Islam bertudung bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan, sambil menegaskan ia sebahagian daripada polisi antarabangsa.

Sumber: The post Mana pejuang kebebasan, kenapa tidak bersuara dalam isu tudung, soal Presiden Isma appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Persoalan:
Apakah hal ini akan hanya menjadi isu dan modal politik pelbagai pihak, memandangkan Pru14 semakin hampir. tunggu dan lihat.

Tiada ulasan: